Pages - Menu

30 Dec 2012

Hebat


Sejak dari dahulu lagi aku selalu memerhatikan akan perkara ini.Sungguh hebat kuasa yang dia miliki sehingga aku terasa keadilan yang dia berikan sungguh-sungguh luarbiasa sekali.

Dia yang maha berkuasa apa lagi yang perlu aku katakan lagi.

Namun perkara ini selalu sangat buat aku tersenyum sendiri dan adakalanya amat sangat lucunya.Bukan sengaja aku mahu mengejek atau mengeji tetapi ianya terlalu benar.Hakikat yang tersangat realitinya.Tiada siapa dapat merungkai persoalan ini sehingga ke hari ini....iaitu kenapa?

Ya kenapa begitu....

Jika masih tidak faham cuba KLIK dan cari apa yang cuba aku sampaikan....tolong jujur dengan diri sendiri pergi klik dan baca sampai habis sesudah itu cari apa perkara yang kamu fikirkan di dalam kepala otak kamu!

Jangan bohong yer...dah klik dan juga habis baca....baru sambung semula apa yang aku tulis dibawah ini!

Dia cantik tetapi pasangan dia kacak atau tidak? Sepadan dengan dia atau tidak? Kenapa begitu akhirnya jawapan yang selama ini menjadi persoalan kepada semua pemabaca dan pengikut setia blog beliau.Siapakah gerangan sijejaka yang berjaya mencuri hati beliau.Mungkin juga persoalan kenapa ibu beliau tidak menyukai pasangannya ketika diawal perkenalan mereka kini sudah terjawap.

Ya...tidak seperti pinang yang dibelah dua sama sekali!

Tiada niat jahat sengaja aku menulis entry ini untuk memburukkan beliau cuma mahu menunjukkan bukti bahawa yang maha kuasa itu maha adil lagi maha hebat.

Dahulu di blog lama aku ada menulis secara panjang lebar tentang hebat dan istimewanya jika menjadi lelaki yang tidak kacak dan hensem.Lihat sahaja gambar diatas yang aku paparkan pelik sekali bukan.Seal dan Heidi Klum walaupun mereka telah berpisah sekarang tetapi mereka berjaya menerbitkan 2 orang anak kalau tidak silap.

Persoalannya kenapa perkara yang diluar jangkaan kita seringkali berlaku di sekeliling kita.Adakalanya kita meragui dan ada masanya kita keliru dan hilang semangat juga keyakinan diri.Sebenarnya apa yang berlaku dan kenapa iaiya berlaku.

Mudah...bagaimana sihodoh lagi jelek yang sangat hitam legam dengan muka yang berparut macam kena tembak mesingun itu berjaya menawan hati sicantik jelita itu?

Malahan bukan itu sahaja selalu sangat kita terjumpa dengan pasangan yang sangat pelik-pelik tetapi sangat bahagia.Sikurus dan sigemok.Sihitam dan siputih melepak.Sihensem dengan gadis biasa-biasa sahaja.Simuka pecah batu bata macam samseng dengan gadis ayu bertudung litup.

Ish....banyak lagilah kalau mahu aku tulis disini.Perkara ini selalu buat aku tertawa sendiri dan mengajar aku jadi lebih memahami tentang realiti kehidupan di dunia yang maha hebat ini.


Jahat ke aku buat entry ini selepas melihat Namee Roslan berkahwin dengan ishamnya? Namee jangan marah yer....sorriii....semoga bahagia hingga hujung nyawa!



chow!



28 comments:

  1. tuu la dinamakan jodoh...dan juga...cinta itu buta....

    ReplyDelete
  2. hehe yeah , mungkin pd mata namee thats the best for her .nk faham lebih lg kes2 cmni tgok movie she is out of my league . :)

    ReplyDelete
  3. Babe aku pun sebenarnay tak minat sangat dengan lelaki hensem, tahu kenapa? Sorry terus terang sangat, sebab aku selalu jumpa lelaki hensem yang takde otak. Bagi aku baik cari lelaki yang biasa biasa saja rupanya, asalkan dia punya budi pekerti dan sayang aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan fifie :)
      mostly lelaki hensem yg sy kenal semua x guna. ya, mungkin x semua tapi yg sedap mata memandang tu lah jauh lebih berharga & berguna. At least sedar diri

      Delete
  4. rupa paras tak menjaminkan kebahagiaan.. tetap yang menjamin kebahagiaan ialah hati, cinta, sayang, keserasian dan juga kasih sayang... sebenarnya, bagi aku sendiri, rupa paras tu hanya bersifat sementara, tetapi yang kekal ialah kasih sayang dan cinta.. mahalnya sesuatu hubungan bukan kerana rupa paras, tetapi mahalnya sesuatu hubungan ialah kerana cinta dan kasih sayang yang terpatri antara pasangan itu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar nama kepada boni romeo pun cun gak ni...hehe!

      Delete
  5. rupa paras xpenting. yg penting hati yg ikhlas. baru terjamin sesebuah hubungan. :)

    ReplyDelete
  6. Following you... =)
    Pernah dgr quote ini...mungkin ada kualiti terlindung/tersembunyi pada si lelaki yg hanya mampu dilihat oleh perempuan. begitu juga sebaliknya... =)

    ReplyDelete
  7. Pernah baca bagaiman bibit cinta antara Heidi dan Seal?
    Heidi yang terlebih dahulu mendekati Seal yang baru lepas work out dari gym.
    Waktu itu Heidi rasa Sean sangat seksi dan menarik perhatiannya.
    Sean memang ternampak akan kelibat Heidi namun dia rendah diri untuk menegur Heidi.

    Panjang ceritanya selepas itu.

    Gill sering setuju dengan entri kau tapi entri yang kali ini buat Gill rasa terfikir, "hmmmm... tiba-tiba pemikiran kau menjadi sedikit tidak matang berfikir tentang Namee dan Isham begitu. Serta Sean dan Heidi."

    Mungkin Gill sedikit sensitif disebabkan Gill bukanlah seorang yang cantik atau punya susuk badan yang cantik.

    Yang pasti jika suamiku nanti kacak, Gill akan elakkan paparkan kepada kau. Nanti tak pasal2 kau buat entri 'si kacak dan si hodoh' pula. Haha! (okay, ini gurau ya)

    Whatever it is, kau punya pandangan kau sendiri. Bagus juga dapat melihat pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza :)

    Dan Gill yakin kau seorang lelaki yang punya pengalaman hidup. Mungkin ada sesuatu yang berkaitan ini sedikit 'mengguris' perasaan kau? Life is short, live life to the fullest Lelaki Semalam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak matang mungkin kerana terlalu jujur ...sukar sekali berlaku jujur dengan perkara yang berlawanan diantara hati dan minda kita!


      tapi mmg aku akui aku jahat dengan entry ini...hehe!

      Delete
  8. Bila ko memandang orang dengan luaran mmg cenggitu la jadinya. Manusia ni sama je konsep dia macam secawan air minuman. Isi kandungan cawan tu mungkin kopi. Cawan pula mungkin cantik mungkin tak cantik. Tapi tak kira cemana pun rupa cawan tu, tetap tak dpt ubah air kopi yang diletakkan di dalamnya. Ah.. lebih kurang la cenggitu. Heheh. Ko faham kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap tu...rasa kopi sekarang macam2 wooo dan kalernya pun macam2 tapi tetap dipanggil kopi!


      cam ner tuuu?

      Delete
  9. erm. memang betul, perasan lama dah, selalu kalau yang hensem, semedang dapat yang kureng sikit. yang cantik semedang dapat yang kureng sikit jua. tapi, dah itu jodoh depa kan.

    cuma macam kes namee, kte tak rasa suami dia kurang dari namee. tak langsung. kte hipokrit? tak..sebab kte memang rasa takde kurang mana.

    owh apakah masalah mata ku ini.

    sat karang nak pi cek mata. :)

    ReplyDelete
  10. adehhhhh.. susah la jd lelaki hensem camni. hahaha.. ayat perasan.. haha

    ReplyDelete
  11. bukan semua wanita begitu...ada mcm2 paten la ni...hehe!

    ReplyDelete
  12. bagi aku hensem x menjamin ape2 pun. seriously. berapa kerat lelaki hensem yg jamin diri dia x kan flirt dengan org lain even dah kapel. tipulah kalau kata x de perasaan nak curang bila org keep on puji dia hensem hensem hensem. cukup sekali aku kapel dengan lelaki hensem but then bila dah perangai macam apa terus hilang hensem.

    1 je, jgn nilai org dari segi luaran. x kacak x pe, x cantik x pe asalkan hati baik pandai jaga hati perasaan org lain :)

    btw thanks letak link aww

    ReplyDelete
  13. Aku tak klik pun link tu tapi aku nak juga buat statement..hal ini perkara biasa di kalangan mat salleh/ masyarakat barat. mereka tidak pandang pada wajah tapi inner quality, cooperation, aprreciation dan understand each other and the rest tu adalah jodoh dah sampai. Mereka juga sangat terbuka dalam memperkatakan mengenai cinta, mereka rajin meluahkan dan melafazkan rasa cinta antara satu sama lain..




    ahhh rasa cinta begitu buat aku sedar bahawa aku masih hidup...

    ReplyDelete
  14. mereka itu saling melengkapi... tuhan itu kan maha adil..

    ReplyDelete
  15. Aku clash dulu sbb ex aku selalu jeling mamat2 y ala2 korea.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...