Pages - Menu

12 Jan 2014

Cinta Tahun 2014


Cinta aku untuk tahun ini tahun 2014 bagaimana?

Oleh kerana isu ini kerap ditanya oleh sidia INI maka perlu juga aku perjelaskan serba sedikit akan perkembangan terkini.Lama juga aku berdiam diri dari memberikan jawapan di atas persoalan yang dia timbulkan.Bukan marah atau apa2 pun cuma masih lagi terkial2 mahu memberikan jawapan.

Dipermudahkan cerita kedua2nya telah aku reject kerana tidak begitu sesuai dengan karenah aku yang sedikit cerewet.Mereka okay yang tidak okay adalah aku.Oleh kerana aku ini jenis yang terlalu memilih dan ada masa2nya membuatkan aku sedikit rimas tetapi apa akan daya sudah itu aku.Rela hati aku terima sahaja diri aku seadanya.

Itu mungkin alasan yang aku cuba aku ada2kan.

Cerita sebenarnya bukan itu tetapi berkait rapat dengan kehilangan aku selama sebulan tempoh hari.Perjalanan sempoi dan santai aku itu sebenarnya cuba mencari jawapan kepada apa yang aku perlukan dan mahukan dalam hidup aku di akan datang.Ini bukan cara orang lain tapi ini cara yang aku pilih.Tidak semua orang sama caranya apabila mencari jawapan kepada persoalan sendiri.

Kalau cara yang selalu kita dengar ialah kembali kepada yang satu itu aku sangat fahami.Semua orang pasti akan lakukan apabila sudah tidak bertemu jawapan.Aku faham itu tidak perlu kita perbincangkan lagi.Seorang hamba tetap hamba dan tidak mungkin lebih dari dia.


Bila kita semakin hampir dengan apa yang kita ingini pasti sekali akan hadir satu pilihan yang lain.Maka pilihan itu pula bukan calang2 pilihan.Ianya seperti di telan mati emak di luah mati bapak.Itu pasal aku perlukan angin dari luar agar aku dapat membuat pilihan dengan keputusan yang kosong.Tiada siapa yang mendorong aku kepada apa yang aku mahu .Cuma aku dan diri aku sahaja.

Pilihan itu....bagaimana harus aku mulakan?

chow!



21 comments:

  1. boleh kenal2 la ni eh, lelaki semalam? hehehe
    good luck, bro.. =)

    - perempuan esok-

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan esok yer...hihi

      Delete
    2. eh lelaki semalam, lajunya reply.. hehe

      *nak interprem juga* hihi

      Delete
    3. aah tengah ada ni terus la reply

      Delete
    4. aci dop reply komen kat sana tu kat sini?? hehehe

      entry tu pasal hasad dengki duniawi.. standard la, mana ada yang senang hati tengok family kita bahagia.. siap jampi serapah bagai, belum lagi kes batu nisan + fresh embun pagi siap hantar kat kita.. macam2 lagi la..

      Delete
    5. aci x kisah...



      manusia mmg begitu ...kalau tiada hasad dengki mana ada bestnya.

      Delete
  2. susah jugak kalau banyak pilihan ni kan.

    ReplyDelete
  3. pilihlah apa yang kita perlukan bukan yang kita mahukan...

    ReplyDelete
  4. same bro..betol sgt entry ko nih..so aku xyah buat entry nih --'

    alkisah masa dh putus asa nk dpt umah sewa ddk dgn somi aku apply class yg mmg jiwa aku...xsangka dpt,tetiba laki call ckp umah dh dapat..so kena ikut dia --' hancor hati gua..tapi xpa,tuhan lebih tau apa yg terbaik kan,.

    sori luahan perasaan dkt lu bro.

    haha cauuu

    ReplyDelete
  5. Keputusan yang perlukan pilihan memang susah kan.. Best of luck.. :)

    p/s: gambar hiasan sangat menarik... rase macam romantik gitu..hihihi..

    ReplyDelete
  6. aku pun pelik kenapa time kite suka kat orang tu dia pulak yang tak suka..
    time kite tak suka dia pulak yang suka..
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nick, ada orang kata pilih la orang yang sukakan kita berbanding orang yang kita suka. Tapi bagi aku benda tu complicated la pulak.

      Delete
  7. Lelaki, thanks jawab kan soalan aku. :) Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan permulaan itu. Kalau aku hendak memulakan memang tak la kan. Aku tak berani.

    Apa pun good luck untuk kau dan kalau dah jumpa pilihan itu, kongsilah dengan kami. :)

    ReplyDelete
  8. mencari cinta dah tak termasuk dalam list perjalanan dan perancangan 2014, saya. Kalau terjumpa semasa perjalanan 2014, sy terima seikhlas hati. Fokus tahun ni byk kepada perancangan utk hari kemudian. Malas nak sedih, malas nak rumit2kan fikiran..mcmtu, boleh..? hehe..

    ReplyDelete
  9. Please marry me! wahai lelakisemalam :)

    ReplyDelete
  10. Tak pernah alami. Ahaaa. Apa-apa pun pilih yang menyenangkan kau. Good luck.

    Komen extra: Banyak calon tu. Ahaaa :P

    ReplyDelete
  11. Pilihan juga 1 ujian..ap pon berbhagia ye..insya Allah ada jlnnya... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...