13 Jan 2014
Entah....Cerita Biasa jer ni!
Sayur kangkung tiba2 sangat popular sekarang ini di laman maya Fb.Semua keluar status yang sama termasuklah aku juga.Semuanya ada bau sindiran terhadap pemerintah.Status Fb aku berbunyi begini..
"...bayangkan jika sayur kangkung sebenarnya adalah ubat penawar tenaga batin yang sangat hebat...mahal atau murah harga sayur kangkung pada hari ini..."!
Aku faham dan aku akuinya.
Ketika ini semua orang sedang mengalami masalah yang sama pening memikirkan tentang segala macam benda yang naik.Tidak juga aku berat kepada pemerintah juga pembankang kerana aku tahu masing2 ada tanggung jawap sendiri yang harus mereka selenggarakan.
Di SINI aku ada menulis dengan panjang lebar tentang perbezaan hari ini dan masa lalu.Bagaimana perbezaan itu sebenarnya tiada bezanya diantara hari ini dan hari orang tua kita dahulu.Semuanya adalah sama cuma bezanya adalah angka sahaja.Sekali lagi aku katakan suka atau tidak kita terpaksa harungi semua ini seperti mana yang telah dilalui oleh generasi2 yang terdahulu.
Orang cakap jauh berjalan banyak pengalaman yang akan kita kutip.Aku setuju dan aku nasihatkan agar ramai rakyat Malaysia harus cuba keluar dan merantau seperti mana yang dilakukan oleh orang2 asing yang berada di tanah air kita ini.Jika kita hanya mendengar dan bercakap tanpa sendiri merasainya ianya adalah tidak sangat adil.Bagaimana kita dapat memberikan pendapat sedangkan kita tidak pernah sekali pun keluar dari negara kita.Malahan kita bercakap seperti kita tahu segala2nya.
Thailand....bagaimana?
Cuba baca dan lihat sendiri apa yang terjadi sekarang.Bukan hanya sekarang tetapi sejak zaman Jepun lagi.Bagaimana Thailand dan rakyatnya sehingga ke hari ini masih lagi tidak aman2.Pihak tentera dengan pihak istana bila2 masa sahaja boleh menjatuhkan kerajaan yang di pilih oleh rakyat.Bukan hanya sekali tetapi telah banyak kali tentera membuat rampasan kuasa.Dari utara sampai ke selatan Thailand ada sahaja masalah dalaman mereka dan tidak sudah2 selesai masalahnya.
Soalan yang sangat mudah dan ringkas...jika kita ini pelancong adakah kita rasa keselamatan kita terjamin selamat jika melancong ke Thailand?
Hari itu lebih 10 hari aku disana dengan seorang kawan.Tidaklah kecoh sangat tetapi ianya tidak begitu selesa kerana setiap lorong dan jalan ada sahaja polis dan tentera yang berkawal.Aku ok jer kerana aku tiada membawa apa2 barangan yang berharga bersama.Biasalah backpackers apa ada halnya.Aku main belasah je jalan mana aku mahu dan suka dan lansung tidak aku pedulikan sesiapa pun.
Cuma apa yang aku nampak dengan jelas ianya tidak begitu selesa dan selamat kepada pelancong2.Apabila terlalu banyak demo2 jalanan maka banyak benda yang terpaksa kita ambil kira.Suasananya memang sangat tidak baik untuk dikunjungi.Macam2 ada dan majoritinya adalah benda2 yang tidak bagus untuk kita ambil tahu.Bayangkan kalau orang lain datang melancong ke negara kita dan ada demo2 jalanan apakah mereka akan datang dan singgah?
Kompom cabut!
Indonesia bagaimana pula?
Disini aku telah bertapa agak lama lebih dari 2 minggu ini kerana bahasanya aku faham dan makanannya pula murah2 dan banyak.Sedap2 juga makanan mereka dan macam2 sampai aku pening untuk menyebut dan mengingatinya.Suasananya agak tenteram dan sedikit aman berbeza seperti di Thailand.Disini aku tidak begitu bebas dan selalu harus berwaspada dengan orang2 yang sentiasa sahaja melihat peluang apabila kita lalai.Ini sesuatu yang sangat biasa dan bahaya.Lebih2 lagi kalau mereka tahu kita ini orang dari Malaysia.Jika nasib kita baik kita akan di raikan dan jika tidak adalah sebaliknya.
Jumlah mereka yang terlalu ramai dan nilai matawang mereka yang rendah sangat memeritkan mereka untuk terus hidup.Harga barangan memang tiada aras harga yang sebenar main ikut tempat dan keadaan.Undang2 pun adakalanya tinggal nama sahaja.Sumpah aku seram apabila berjalan berdua dengan kawan aku apabila malam menjelang.Lebih seram lagi apabila ada orang sana nasihatkan kita orang luar jangan suka2 merayau tidak tentu arah...katanya nanti kena jual!
Entah ya atau tidak tetapi aku tidak mahu ambil risiko.
Disini syurga dunia mereka lagi hebat dari Thailand sebenarnya.Semuanya boleh asalkan ada duit.Tiada siapa yang dapat halang atau melarang kita untuk buat apa sahaja.Disko setinggi 3 tingkat sebesar stadium tertutup beroperasi 24 jam tanpa henti.Segala macam impian akan tertunai disini khasnya kepada kaum lelaki.Semuanya boleh asalkan kita ada duit.Hebat bukan!
Disini apa yang cuba aku sampaikan ialah susah2 kita pada hari ini susah lagi mereka.Mereka sanggup bergadai nyawa seberangi laut untuk datang mencari rezeki disini.Orang Indonesia tidak kira perempuan atau lelaki datang kesini kerana tahu disini senang cari duit dan tidak mudah seperti disana.Orang Thailand ....lelaki memang jarang kita jumpai tetapi yang perempuan ramai sekali dan mudah untuk kita jumpai di Malaysia sekarang.Dimana ada pusat kesihatan dimana ada pusat hiburan disitu pasti kita akan bertemu dengan mereka yang sangat peramah dan manja.
Orang Vietnam pun ramai juga sekarang tetapi aku belum mahu kesana kerana kawan aku cakap orang Vietnam ini sangat pengotor dan kurang sopan.Kalau anjing dan kucing pun disantap nak cakap apa lagi faham2 sudah.
Kadangkala aku geram juga dengan orang kita yang pandai dan hebat bercakap.Ini lah itu lah dan segala macam yang tidak puas di hati.Pemerintah ini tidak baguslah parti ini tidak eloklah dan macam2 lagilah hingga aku naik pitam mendengarkannya.Malas adalah perkataan yang paling aku suka jawap.
Malas nak cakap,malas nak komen.
Jawapan yang selalu aku berikan ialah ...Jom kita jalan2 makan angin keluar negara nak?
Mereka memang hairan jika itu jawapan yang aku berikan apabila mereka bercakap pasal hal negara,hal politik,hal parti dan segala macam hal.Aku sudah bosan untuk memberikan mereka penjelasan panjang lebar.Mereka tahu aku tidak menyebelahi mana2 pihak kerana aku berpihak kepada yang berbakti kepada rakyat sahaja.Bukan lambang tetapi calon.Ialah jika longkang belakang rumah kita tersumbat tak kanlah kita harus mengadu dengan Menteri Besar atau Perdana Menteri kot...patut2 la kan.Yang Berhormat dikawasan kita itu yang harus kita buru dan kerjakan baru betul dan tepat!
Majoriti dari kita ini tidak faham dan cuba untuk fahami.Segalanya main ikut dengar dan ikut membuta tuli tanpa guna dan pakai akal.Orang kata begini kita pun terikut2 kata begitu.Orang menjerit kita pun ikut menjerit,orang jatuh masuk longkang kita ketawakan bukannya mahu tolong angkat keluar! Kalau kita yang jatuh masuk longkang macam mana? Seronok tak? Best tak? Suka tak?
Itu yang terjadi sekarang.
Yang lawaknya ialah semuanya orang kita pulak tu kan.Orang yang lain2 itu mana perginya.Senyap jer senyum jer .Tunggu apa yer?
Entah...tanyalah diri sendiri...mereka tunggu apa dari kita?
chow!
Labels:
Story Pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga semua usaha ini mampu meningkatkan ekonomi negara :)
ReplyDeletetakde ke souvenir dari thai dgn indon utk rakyat malaysia? hehe
ReplyDelete-perempuan esok-
bagi fb akaun kat saya hehe...
ReplyDeleteKau cakap pasal bercuti, buat aku nak pergi bercuti lak. Ehhh.
ReplyDeleteAku nak komen lebih, aku tak faham sangat hal politik dan aku pun tak faham isu kangkung itu.
Itu tandanya pemerintah prihatin pada rakyat. Rakyat didahulukan. See. Siapa kata harga barang naik membebankan? Tak membebankan kan? Dah la tak membebankan, sayur kangkung pulak turun harga. Haa ini lah harga yang dibayar dengan pimpinan sekarang.
ReplyDeleteYay. Kangkung turun harga. Yay yay.
aku hanya set dalam minda
ReplyDeletepayah nak jadi pemimpin
dijulang dan dicemuh
itu biasa
1. aku baru baca pasal kangkung.dan like ohh.bole buat stok rumah sewa pasni haha
ReplyDelete2. ole ole aku?hm.
kangkung...
ReplyDeleteboleh jadikan trending mengidam kalo pregnant... hahaha.
supposed to be kite hargai apa yang kite ade?
right...
masa kecik suka tolong arwah ibu tanam kangkung di tepi telaga. mudah je ia membiak. sumber sayur yg murah n mudah..done follow here. jemputlah dtg ke blog sy..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteJom L, aku nak pi halong bay kat vietnam la..takpun kemboja, negara diorg kan mcm malaysia sblm merdeka.
Ditempat kerja aku, ramai yg bukan berbangsa Melayu. Ikutkan, gaji mereka besar juga, tapi ketempat kerja masing2 pakai kereta yang tinggal nak tercabut aje pintunya.
Aku malu, tapi perlu mengaku. Bangsa aku, penuh sopan santun, tapi pada masa sama, perangai terikut2 secara melulu, memang cukup jelas terang tak perlu bersuluh.
Isu sayur begitu pun dihebahkan...ia langsung tak mengubah keadaan.
Kankung punya popular xpyh cite.huhuhu..kalah dh sayur lain.mmm..nk ikut jgkla g luar negara mcmni ;)
ReplyDeleteSebaiknya memang harus cuba melancong dan melihat budaya luar.
ReplyDeleteJadi kita lebih bersyukur dan dapat melihat banyak perkara dari sudut yang lebih positif :)
Apa khabar kamu lelaki semalam?
bosan dengan masalah yang sama setiap kali...
ReplyDeleteWehhh orang vietnam pengotor gila kot! Kalau makan tu anjing pun dia bedal
ReplyDelete