Permulaan kira2 5 tahun lepas aku mulai menulis di dalam alam ini yang di panggil blog.Tujuan aku ketika itu cuma untuk suka2 sahaja.Tidak mahu tertinggal dengan segala macam kecanggihan yang ada dan benda2 baru yang muncul.Aku melihat Blog seperti satu tempat yang paling sesuai untuk aku atau mungkin kita meluahkan segala apa yang kita fikir dan rasa untuk kita luahkan.
Selamat dan bebas.
Ianya lebih privasi dan lebih enak untuk kita menulis apa sahaja.Tidak kiralah apa juga.Segala apa yang kita terfikir kita luahkan dan tidak perlu banyak2 berfikir.Perbezaannya amat ketara jika kita luahkan di laman sosial yang lain.Di laman yang lain kita perlu berhati2 dan beretika sedikit kerana ramai yang kita kenali ada disitu.Jika kita tersalah luah maka kenalan2 kita akan mulai bertanya itu dan ini.Pasti sekali kita tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka2 ini yang kadangkala nampak macam baik tetapi sebaliknya juga.
Jika disini kita kita masih mampu berahsia dalam rahsia.
Contohnya macam aku.Walaupun sudah hampir 5 tahun di dalam alam ini tidak dan tiada seorang pun yang berjaya mengenali aku.Itu sungguh hebat buat aku.Tiada tekanan dan tiada perasaan yang perlu aku jaga dan hargai.Ini semua berkenaan aku dan hati aku.
Cuma aku mulai hilang arah apabila muncul Tahun 2010.Bila aku putus cinta.Tahun pertama putus cinta tulisan aku mulai jadi sangat serius dan terlalu beremosi.Hingga satu tahap aku telah berjaya membuka hijab diri sendiri.Hampir2 ada sebilangan kecil pembaca aku dapat meneka siapa aku!
Namun syukur alhamdullilah aku sempat menutup semula hijab yang telah separuh terbuka.Sesungguhnya aku seperti sengaja menggali kubur aku sendiri waktu itu.Ini kerana pada tahun itu 2010 aku mempunyai 2 blog.Satu aku punya dan satu lagi kami yang punya.Blog yang aku punya tiada mendedahkan siapa aku tetapi blog yang kami punya semuanya ada.Siapa aku dan siapa dia.Hari2 muka aku dan muka dia muncul bersama.Indah sangat waktu itu.Ini kerana aku beranggapan yang blog kami itu akan dapat dilihat dan dinikmati oleh anak2 juga cucu cicit kamidi suatu hari nanti.
Sungguh jauh imiginasi aku waktu itu.
Tahun 2011 aku semakin parah dan teruk.Blog aku dan blog kami aku delete.Tidak tahu buat apa2 lagi.Lelaki juga tahu menghargai airmata masa itu.Keluhan demi keluhan dan sesalan yang tidak sudah2 juga ratapan yang tiada lagi mampu berlagu.
Namun tidak lama selang beberapa ketika aku buka blog yang baru dengan nama yang baru.Menulis semula dan cuba melarikan jauh2 segala yang telah berlaku.Aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.Sekali lagi aku jadi sasau dan sekali lagi aku delete!( (Baca ...Rahsia )
Minda sudah totally lost!
Diam hampir beberapa bulan.Entah macam mana pada satu hari aku mulai rimas dan bosan dengan semua yang berlaku.Aku bangun walaupun aku tidak berapa larat dan bermaya.Aku gagahkan juga dan aku paksa diri aku untuk tegak bangun berdiri.Dalam separuh sedar dan dengan sisa2 semangat yang tinggal aku kutip satu persatu dari pecahan2 yang bertaburan.Bertatih dan merangkak perlahan2.Ianya tidak mudah sebenarnya tapi pilihan yang ada sudah tidak terpilih.
Tahun 2012 aku mulai belajar berjalan.
Maka bagi aku tahun 2013 adalah tahun kebangkitan aku.Blog ini dalam diam telah melangkaui hampir lebih 2 tahun.Jika sesiapa yang membaca tulisan2 aku yang lepas pasti akan sedikit terasa apa yang sedang aku alami.Biasalah tulisan tentang cinta dan putus cinta.Memang adakalanya terlampau syahdu syahdan kan.
Sempena tahun 2014 aku menanam azam yang selama ini aku tidak kenang sangat dengan azam.Ada baik dan buruk apabila kita bermain azam.Buruknya apabila kita bertahun2 berazam dengan segala macam azam tapi haram satu azam pun tidak tertunai dan tercapai.Kita tidak bergerak2 masih lagi di garisan permulaan semula dan diulang2 beberapa kali.Itu sebab aku tidak mahu berazam takut makan tuan.Bukan itu sahaja buruknya.Bertambah buruk kalau kita tidak berazam ianya seperti kita takut dengan bayang2 kita sendiri.Aku akui sendiri.
Azam aku pada tahun 2014 ialah bernikah!
Boleh!
chow!
Wahhh 5 tahun. Daa lama. Dan aku suka semangat kau. Setiap dari kita ada masa bangun dan jatuhnya. Dan aku pun pernah jadi macam kau tapi aku cuma tak sampai nak delete blog. Kunci sementara waktu je. Uhuuu.
ReplyDeleteApa-apa pun pengalaman lalu mematangkan kita.
And last, Aku setuju dengan azam 2014 kau! Semoga tercapai. :D
Alhamdulillah. Yay.. so which one? The younger one or the older one? Or none of them?
ReplyDeleteKahwin was one of my resolution's of 2013. Unfortunately it never makbul for I never met the right one. :(
Hope it will for you.
Ya Allah ...Alhamdulillah.. aku baca dgn penuh senyuman utk ayat pengakhiran kau tu.. bernikah !.. great.. awesome..semua ada la.. aku mengerti perasaan itu.. In Shaa Allah niat yg baik pasti dimakbulkan Tuhan.. ^_^
ReplyDeleteme too!
ReplyDeletetgk pic pn dh boleh agk isinya
ReplyDeletetahniah dikalungkan di awal azam kamu!
aku doakan yg tbaik
nak kaweng? saya nak cari calon suami. hahahaha
ReplyDeleteelok sgt azam tuh. semoga azam tu jd kenyataan. aku doa kan weyh. jgn lupa ajak. kalo dekat aku dtg.
ReplyDeletehehe ramai yang suka kalau azamnya ...kahwin!
ReplyDeleteYup..ayut kenal blog ni awal tahun 2013..sampai skrg xtau lg siapa lelaki smlm ;) tulisan pon mmg byk cinta..putus cinta..perasaan...tp suka je bace..
ReplyDelete