Perpisahan kerana kematian pasti sekali akan membuatkan kita redha dan sedar akan siapa kita sebenarnya.
Cuma bukan semua diantara kita mampu tanggani perpisahan.Jika yang kuat dan cekal hatinya mungkin agak mudah untuk dia hadapinya.Bersedia dengan segala kemungkinan akan membuatkan kita cukup insaf dengan kekuasaan yang maha besar.Itu jika kita mengaku dan akui siapa kita didunia ini.Siapa kita dan siapa dia.
Namun jelas bukan semua begitu.
Berita beberapa hari lepas yang berlakunya pembunuhan disebuah hotel didaerah Klang amat sekali buat aku terkejut dan berfikir.Kenapa dan mengapa?
Umur mereka cukup matang.Mereka bukan orang biasa mereka berpelajaran dan mereka juga orang islam.Tentu sekali mereka mempunyai anak2.Jika tiada pun itu bukan persoalan yang besar.Persoalannya kenapa harus melakukan pembunuhan untuk selesaikan hal perpisahan?
Itu sahajakah jalan yang perlu di pilih?
"Wahai orang-orang yang percaya,
takutilah Allah sebagaimana Dia
patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam
kemusliman." (3:102)
Jika kita terlupa maka perlu kita kembali kepadanya jangan cuba kita melangkaui batasan yang telah diberikan.Carilah jalan yang lebih baik dan jauhilah dari bisikan2nya.Kita ini bukan malaikat maut dan kita juga bukan tuhan!
Sedih aku dengan kejadian yang sebegini.
chow!
mereka melakukannya mungkin kerana mereka hanya islam pada nama, bukan hati.
ReplyDeleteislam pada nama...jumlahnya semakin ramai sekarang.
Deleteaku tidak kuat
ReplyDeletenamun sudah 4x perpisahan kematian yg aku alami
adik
adik
kakak
dan anak aku sendiri
Jap, apa menda putih yang kat sebelah lelaki tu? Teddy bear yang berharga RM500 tu kah?
ReplyDeleteBetullah kau ckp tu..islam hanya pada nama jumlahnya juga ramai..bertepatan dgn hadis Nabi SAW ..
ReplyDeleteSabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Orang yang ada agama pun boleh tenggelam dengan kesedihan. Apa lagi melibatkan perpisahan.
ReplyDeleteAku mohon agar perkara begini dijauhkan daripada kita semua...
ReplyDeleteBila nafsu menguasai diri dan bila akal tidak digunakan sepenuhnya.....mcm2x blh jd....
ReplyDelete