Pages - Menu

4 Sept 2012

Satu Sifat


Tiga perkara ini walaupun berlainan benda tetapi tergolong dalam satu sifat.Sifat kenal maka tidak cinta.Bila sudah kenal pasti susah untuk dilupakan.Seperti satu racun yang sangat merbahaya tetapi sangat-sangat dicari dan diminati para manusia diseluruh dunia.Semua manusia seluruh dunia boleh bersatu hati suka dengan tiga perkara ini.

Rokok...tidak kenal maka tidak cinta.Bila sudah kenal pasti jatuh cinta sehingga ke mati akibatnya.Permulaan mungkin ada rasa benci dan tidak suka tetapi bila sudah diperkenalkan pasti jatuh suka dan bergembira.

Permulaannya cuma untuk suka-suka dan mencuba gara-gara terikut rentak kawan-kawan kita.Dimulai dengan sebatang rokok yang diberikan secara percuma dan iklas dari kawan kita.Esok sebatang lagi dan turuti lagi sebatang.Jika sebatang dua tidak mengapa kawan kita akan redhakan sahaja tetapi kalau sudah hampir setengah kotak yang berisi 20 batang kita juga yang ambil dan sedut tentu sekali hati kawan kita berangin.

Maka untuk mengelakkan hati kawan kita sakit kita pun terpaksa membeli juga walaupun tahu harganya kini sekotak rm10! Kalau dengan jumlah ringgit yang sama kita belikan dengan makanan pasti kita akan terduduk kekeyangan.Rm 10 kita buta-buta beli asap yang pasti akan mendatangkan penyakit kepada kita suatu hari nanti tetapi kerana sudah jatuh cinta semua di ketepikan dan dipedulikan.

Ramai orang cuba memberikan kita nasihat akan akibat dan padahnya mengambil rokok sebagai teman sejati.Kita tidak ambil pusing kerana kita tahu kalau dapat penyakit pun memerlukan satu jangka waktu yang lama sekurang-kurangnya lebih dari 10 tahun baru kita akan terasa sakitnya bila batuk-batuk dan tidak henti-henti.Masa itu baru kita fikirkan untuk berhenti atau tidak...lambat lagi tidak apa!

Bila sudah disahkan sakit dan mengidap kanser hati tahap 3 baru kita berfikir kenapa dulu aku buat tidak peduli dengan nasihat-nasihat orang yang prihatin dengan kita.Kenapa tidak aku berfikir sebelum melakukannya.?

Cinta...tidak kenal maka tidak cinta.Bila sudah kenal pasti jatuh cinta sehingga ke mati akibatnya.Permulaan mungkin ada rasa benci dan tidak suka tetapi bila sudah diperkenalkan pasti jatuh suka dan bergembira.

Permulaannya kita tidak tahu dan faham sangat apa itu cinta.Bagaimana cinta datang dan berlaku kita pun kurang pasti.Kita cuma tahu bila kita melihat kawan-kawan kita dengan pasangan masing-masing.Kita ikuti pergerakan mereka dan cuba memahami dengan lebih dekat lagi apa itu yang dinamakan cinta.

Hari pertama di perkenalkan dengan kita oleh kawan kita dengan seseorang.Hendak dipermudahkan cerita kita dan dia seperti terasa sesuatu yang sukar untuk diperjelaskan kaedahnya.Kau dan aku tertarik diantara satu sama lain.Jika tersentuh sedikit kulit dengan kulit terasa satu kejutan yang maha asyik sekali.Bila mata bertentangan kita rasa gelisah tidak keruan.Jantung jadi berdebar-debar dan segala pergerakkan jadi tidak menentu dan serba salah.

Lalu kawan kita beritahu kita yang kita sedang dilamun cinta.Kau sudah jatuh cinta dengan sidia.Sekarang baru kita faham apa itu perasaan jatuh cinta dan cinta.Permulaan pertemuan cuma sebulan sekali dan kemudian seminggu sekali dan akhirnya sentiasa mahu bersama hari-hari.Kita semakin jauh dilambung gelora cinta asmara.Kita tahu akibatnya kalau terlalu taksub dengan cinta tetapi kita pedulikan sahaja dengan apa yang kita sudah sedia tahu.

Satu hari tiba-tiba kita dapat tahu pasangan kita curang dengan kita dan kita pula sudah banyak berkorban kepadanya.Jiwa dan raga serta nyawa sudah bulat-bulat kita serahkan kepadanya.Tiada sedikit malah seinci pun tertinggal pernah kita serahkan.Semuanya sudah diterokai seperti tanah felda!...keh3!

Sekarang baru kita terfikir kenapa dahulu aku tidak berhati-hati dan berwaspada akan akibatnya.Kenapa aku tidak berfikir sebelum aku melakukannya?

Dadah...tidak kenal maka tidak cinta.Bila sudah kenal pasti jatuh cinta sehingga ke mati akibatnya.Permulaan mungkin ada rasa benci dan tidak suka tetapi bila sudah diperkenalkan pasti jatuh suka dan bergembira.

Permulaannya kita sendiri kurang pasti apa itu dadah dan akibatnya.Kita cuma tahu menghisap rokok.Orang cakap kalau menghisap dadah itu bahaya dan akibatnya sangat-sangatla maha dasyat.Kalau kita cuma cuba sekalipun kita sudah pasti akan tertarik semula untuk mengambilnya lagi. Kita faham sangat akan akibatnya dan kita hindarkan.

Entah bagaimana kita telah diuji dengan satu ujian yang maha hebat iaitu berkenaan hati kita.Hati kita telah dihancurkan oleh cinta.Cinta yang selama ini sangat-sangat menjadi pujaan dan diagungkan oleh kita.Ketika itu tanpa cinta dunia kita pasti akan gelap.Namun itulah yang terjadi bila kita benar-benar putus cinta.Dunia kita jadi kelam dan gelap sekali.Kita mula teraba-teraba didalam gelap walaupun sebenarnya kita tidak buta dan cahaya diluar sana sangat terang.Hati kita yang gelap sebenarnya.Hati kita sudah bertukar warna dari merah muda yang menynyala-nyala kepada warna hitam pekat yang gelap gelita.

Rokok kini menjadi teman sejati kita yang selalu sahaja setia disamping kita menemani kita yang sedang tidak keruan.Hampa dan putus asa seperti sudah tamat perjalanan kehidupan kita pada hari ini.Cinta telah meranapkan segala perasaan yang kita pernah ada.Sayang,kasih,cemburu...semuanya kini mati sekaligus!

Bila rokok yang disedut tidak lagi meninggalkan kesan di hati.Kita mula tercari-cari alternatifnya dan akhirnya kita terjumpa.Jauh disudut hati kita,kita mula berkata dan berkira-kira.Apa salahnya kalau dicuba sekali sahaja dadah itu.Mana tahu akan terubat sedikit sakit dan luka di hati ini.Jikalau dapat kita melupakan walau sehari cuma perasaan itu pasti sudah cukup memadai.Kita pun tanpa ragu-ragu dan berfikir secara waras lalu terus mencubanya sekali.

Melayang tinggi-tinggi terus kelangit.Kaki sudah tidak tersentuh bumi lagi.Badan seperti telah terapung-apung dilautan lepas yang luas saujana mata yang memandang.Kita sekarang berada didalam satu dunia yang maha indah dan bebas.Tiada sesiapa cuma aku dan aku sahaja.

Tahu-tahu di satu hari mata kita tidak terbuka lagi.Kita sudah tidak terasa atau merasai walau apa pun yang sepatutnya  kita dapat rasai. Kita kaku dan keras seperti seketul batu.Batu yang tiada bernyawa dan berhati.Kita telah membeku keras sudah tiada lagi bergerak-gerak.

Adakah kita sudah mati?

Adakah aku kini sedang mati? Mungkin mati...mungkin yang mati itu adalah hati aku.

Cinta umpama rokok dan dadah.Sekali kita kenali terus sahaja bertahkta di hati.Mahu dihentikan bukan mudah.Perlu ada kekuatan yang maha kuat dari dalam diri kita sendiri.Dimana untuk mencari akan kekuatan itu bukanlah amat mudah.Bukan semudah membeli sekotak rokok atau semudah terjatuh cinta pandang dikali pertama.Juga semudah mengambil dadah.

Bukan mudah untuk memujuk hati yang telah patah dalam sekelip mata.Silap-silap kita akan merana seumpama mengambil dadah.Tidak ambil dadah pun kita akan merana seperti seorang penagih dadah yang tegar.Mungkin bukan dadah yang akan jadi teman setia aku kini.

Rokok sudah teramat pasti.


chow!

30 comments:

  1. pergh.. penuh dengan peringatan.

    ReplyDelete
  2. your love is my drug. eh? hee

    ReplyDelete
  3. cinta itu mmg umpama dadah. sekali ketagih seumur hidup pun belum tentu boleh pulih. kesan yang agak parah.

    tapi aku tak suka lelaki merokok. *tetibe*

    haha 8)

    ReplyDelete
  4. kata orang tak kenal maka tak cinta..

    tapi harus diingat akan kesannya kalau ia satu yang tidak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya orang jarang mahu beringat bila sudah terjumpa...

      Delete
  5. Pergh.. Makan dalam ni.. Hahaha

    ReplyDelete
  6. keburukanya dari segi kesihatan dan pembaziran

    kebaikanya (dari pendapat wa) ia memberi ilham,hilangkan kebosanan, dan kelebihan bila menempuh asap kebakaran yg tebal bebanding perokok pasif



    cha alif but.........

    ReplyDelete
  7. semua telah ku kenal dan masing2 punya penyesalan sendiri. rokok dan cinta menyeksa kuat.

    sangat kuat.

    ReplyDelete
  8. deep betul trabel brader lelakisemalam ni

    ReplyDelete
  9. bermadah helah je kau eah ~ ngeee :)

    ReplyDelete
  10. cinta, dadah, rokok... semuanya boleh buat kita ketagih.

    ReplyDelete
  11. Ini tulisan lama ang nih. Aku dah baca. Haha.

    *hulur rokok sebatang*

    Nah! Jom layan sekali.

    ReplyDelete
  12. cinta itu enak, tapi kalau salah, lagi 'enak'

    kannnnnn

    ReplyDelete
  13. cinta punya pasal ...aku berenti dan jauhi tabiat merokok...cinta ada kekuatannya, kena tahu dan pandai menilai sesuatu . Thnks n slm kenal di sini dgn info yg menarik.

    ReplyDelete
  14. First time masuk sini... tuan rumah boleh menulis novel la...

    ReplyDelete
  15. ape yg sedap sgt hisap rokok ehhh? huhu. heran. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga persoalannya...

      " apa yang best sangat bercinta "

      ...jawapannya tetap sama...hehe!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...