19 Apr 2015
Syukur Alhamdullilah.
Hari ini entah kenapa aku terasa mahu menulis sesuatu tapi aku malas nak menaip kalau boleh biar aku bercakap dan benda alah ni menaip sendiri.Malas udah tahap dewa la ni.
Cuma ada ketika aku rasa aku macam sudah lost sesuatu.Sebaliknya aku rasa aku sangat terhibur dengan kehidupan aku sekarang.Semua sudah aku lalui cuma berharap tamatnya aku nanti biar aku didalam yang sangat2 gembira.Bila aku nak tamatkan?
Semua yang aku mimpikan telah aku hampir2 hampiri.
Baru aku terperasan yang sekarang ini di ketika ini sudah pukul 1.20 pagi.Sambil menaip sambil mendengar dan melihat curi2 Top 10 Britains Got Talent Aunditions 2015 best of the best.Ntah kenapa aku taip penuh semua sekali...haha...gila gak aku ni!
Cukup berahsia aku SIAPA itu aku.Bukan tidak mahu tunjukkan muka tetapi aku rasa biar aku jadi AKU dan tiada siapa yang tahu.Lama rasanya aku begini dekat2 10 tahun jugaklah aku didalam dunia BLOG ini.Silih berganti blog aku bertukar2 nama TAPI tulisan aku memang senang untuk dihidu itu memang AKU.
SIAPA itu AKU.
AKU kini cukup dewasa dan semakin matang.Matang yang semakin sedia untuk menerima segala macam redha.Istimewa jika kita redha dengan segala macam cubaan dugaan yang memang telah sekian kalinya terencana untuk kita.Ingat selalu akan ia.
Setiap tulisan yang aku tulis apabila aku baca semula aku sedikit pun tidak rasa seperti tidak berguna sebaliknya aku rasa aku sangat bertuah dapat menulis semua yang aku rasa disini dan hari ini aku dapat membacanya semula.
Jangan berhenti menulis.
Labels:
Story Siapa
2 Mar 2015
Terlupa Aku Ada Blog
Sumpah aku terlupa pasal aku ada blog.
BUKAN aku terlupa sangat tapi memang aku terlupa.Sibuk sejak aku tulis post yang terakhir bulan disember tahun lepas.Tahun lepas ok...lama tu kan.Apa yang aku cuba kini mulai memberikan hasil yang aku belum cukup suka tapi memang diluar jangkaan aku sendiri.
Bersyukur aku kepadanya.
Pelik tapi aku tidak hairan.Ini semua ada kena mengena daya keyakinan diri sendiri.Selama ini aku cukup handal memberikan kata2 semangat untuk rakan2 yang lain jika mereka cuba mencuba sesuatu yang semacam tidak begitu real kepada diri mereka sendiri atau orang lain.
Namun aku selalu yakinkan mereka jika tidak hari ini esok lusa pasti boleh.Siapa sahaja yang datang pada aku tidak sesekali aku hampakan harapan mereka walaupun kekadang aku rasa macam aku bikin wayang sahaja.
Apa yang penting nawaitu...niat kita.
So sekarang ini di ketika ini aku cuba menolak atau mungkin melastik diri sendiri setinggi yang mungkin.Kalau orang lain yang dahulu tiada apa2 tapi dek kerana mulut aku yang konon ala2 masin mereka berada ditempat yang aku kata awal2 dahulu.
Ingin aku lalui jalan2 itu juga.
Labels:
Story Jiwa Hati
3 Dec 2014
Demi 8 Minggu
Semalam bermula 8 minggu yang aku tunggu2.Seperti yang dijangka bukan aku seorang sahaja yang memiliki niat yang begitu tapi ramai...ya ramai.
Kira2 sebulan yang lepas aku tidak berada bersaing bersama rakan2 yang lain.Angkara cuai dan tidak cuba mengambil sedikit usaha untuk mengetahuinya.Akhirnya aku cuma jadi pemerhati yang nampak macam bagus2 begitu.Pening bila melihat mereka berperang.
Jumlah yang sedikit tapi habuan yang banyak.
Ini kali terbalik.Biarlah bukan itu yang aku kejar tapi kalau sudah rezeki pasti sekali tidak aku menolak.Bodoh kalau aku sombong.Insyaallah kalau ada izin ada usaha dan ada rezeki pasti raya tahun hadapan aku yang paling sekali beraya sakan!
Tiba2 ...terlajak ke raya.Apa jadah la aku ni...kahkahkah!
Labels:
Story Pening
28 Nov 2014
Diluar Kotak Minda
Lama juga lah aku merajuk malas nak menulis.Entah kenapa malam ni aku rasa macam nak menulis sesuatu yang aku sendiri tak tahu nak tulis apa..Boleh macam tu.
Cuma yang jelas memang aku nak luahkan satu benda yang agak rumit dan aku sendiri tak tahu macam mana cara nak aku luahkan sekarang.Lama juga aku pendamkan dan lama juga aku fikirkan kenapa tetiba aku berfikir cara begitu.Ini perkara kalau aku kongsikan kompom kau orang pun boleh jadi pening haru biru memikirkannya.Ini perkara ada sedikit jauh dan ada sedikit dalam isinya.
Silap2 orang boleh cakap aku ini sudah hilang akal.
" Jika benar semua ini adalah rencananya dan ini juga rancangannya bagaimana mahu dijelaskan jika perkara yang bakal berlaku adalah salah tapi mempersalahkan dia?"
Nampak tak.
Entah mengapa perkara ini berulang2 di kotak fikiran aku.Siapa yang berkata begitu dan mengapa pula ianya begitu.
Aku konpius.
21 May 2014
17 Mar 2014
Imiganasi Pening Aku
Hari ini adalah hari yang ke-9 MH370 hilang entah kemana.Satu dunia kecoh dibuatnya kerana kehilangan sebuah kapalterbang yang besar dan hebat.Kini ianya telah memasuki fasa baru di dalam pencariannya.Kapalterbang ini telah dirampas walaupun belum lagi dapat disahkan oleh mana2 pihak pun.Kerajaan Malaysia tentu sekali tidak akan mengesahkan kerana ini akan membahayakan nyawa para penumpang yang menjadi tebusan.Jika benar ianya telah dirampas.
Rakyat Malaysia yang maha bijak pandai mulai mepersoalkan Kerajaan Malaysia kenapa lembab dan bodoh sangat bertindak.Kenapa tidak diberitahu awal2 bahawa memang kapalterbang ini kena ramapas!
Orang kita khas orang melayu yang partinya berpihak bukan kepada kerajaan memang ada sahaja dan mudah sangat buat andaian.Faham kamu memang benci dengan kerajaan tetapi agak2lah sampaikan benda serius macam ini pun dikatakan drama dari pihak keraajaan.Nasib baik aku bukan ambil kisah dan hati sangat dengan mereka2 ini.Kalau tiada mereka ini kerajaan hari ini tidak akan menjadi amanah dan kuat.
Kembali kepada MH370 ini yang dikatakan dirampas dan bukan jatuh terhempas.Baiknya kalau dirampas maka banyak nyawa yang masih terselamat.Dalam buruk ada baiknya.Ialah daripada terhempas kan lebih baik ianya dirampas.Kalau ada nyawa yang terkorban mungkin tidak banyak yang terbabit.Harap2 ianya memang dirampas.
Cuma persoalannya siapa yang merampas kapalterbang ini?
Imiginasi aku kali ini agak sedikit bercampur teori.Jika benar ianya dirampas siapa yang rampas.Kalau dilihat dan dibaca ianya berkait rapat dengan pengemudi kapalterbang tersebut.Kalau kapten kapalterbang ini yang punya angkara maka perkara ini sangat hebat sekali.Semua orang tahu bagaimana fanatiknya kapten ini dengan orang dia sokong.Jika benarlah perkara ini berlaku kerana mahu memprotes akan hal mahkamah maka ini sesungguhnya sesuatu yang tersangat2 hebat untuk abad ini!
Kalau bukan kerana itu kerana apa pulak?
Aku memang hilang idea untuk diterjemahkan disini.Hilang punca aku untuk menulis.Kalau benar ianya dirampas siapa perampasnya dan apa tujuannya.Hingga hari ini tiada siapa dan mana2 kumpulan lagi yang mengaku melakukannya.Tiada wang tebusan diminta.Cuma yang aku perasan pada hari ini keadaan agak begitu tenang dan ada seperti tanda2 kapalterbang tersebut telah ditemui dan tahu dimana ianya mendarat.Belum boleh lagi diberitahu lagi mungkin atas sebab2 keselamatan para penumpang.
Andaian aku ialah kapalterbang ini telah ditemui di satu tempat.Sekarang sedang berlaku tawar menawar diantara perampas dan dengan satu2 kerajaan.Tidak tahu apa yang dimahukan tetapi nampak gaya lebih besar dari nilai matawang.Jika bukan matawang yang jadi taruhan apa pula yang mereka mahukan?
Kebebasan akan seseorang?
Nilai ini tinggi sebenarnya jika kita dapat menilainya.Aku macam blur apa sebenarnya rampasan ini dilakukan.Dilihat semakin sulit untuk dirungkaikan akan pintalannya.Semakin dekat akan jawapannya semakin rumit pula untuk diselesaikan.
Kita tunggu dan lihat sama2 apa kesudahannya drama MH370 ini akan akhirnya.Drama? Ya drama sebab semua orang mulai tidak ambil peduli lagi.Semua orang tahu kapalterbang tidak terhempas maka tiada siapa yang terkorban.Kalau terhempas itu baru bukan Drama itu betul2 kejadian!
chow!
Rakyat Malaysia yang maha bijak pandai mulai mepersoalkan Kerajaan Malaysia kenapa lembab dan bodoh sangat bertindak.Kenapa tidak diberitahu awal2 bahawa memang kapalterbang ini kena ramapas!
Orang kita khas orang melayu yang partinya berpihak bukan kepada kerajaan memang ada sahaja dan mudah sangat buat andaian.Faham kamu memang benci dengan kerajaan tetapi agak2lah sampaikan benda serius macam ini pun dikatakan drama dari pihak keraajaan.Nasib baik aku bukan ambil kisah dan hati sangat dengan mereka2 ini.Kalau tiada mereka ini kerajaan hari ini tidak akan menjadi amanah dan kuat.
Kembali kepada MH370 ini yang dikatakan dirampas dan bukan jatuh terhempas.Baiknya kalau dirampas maka banyak nyawa yang masih terselamat.Dalam buruk ada baiknya.Ialah daripada terhempas kan lebih baik ianya dirampas.Kalau ada nyawa yang terkorban mungkin tidak banyak yang terbabit.Harap2 ianya memang dirampas.
Cuma persoalannya siapa yang merampas kapalterbang ini?
Imiginasi aku kali ini agak sedikit bercampur teori.Jika benar ianya dirampas siapa yang rampas.Kalau dilihat dan dibaca ianya berkait rapat dengan pengemudi kapalterbang tersebut.Kalau kapten kapalterbang ini yang punya angkara maka perkara ini sangat hebat sekali.Semua orang tahu bagaimana fanatiknya kapten ini dengan orang dia sokong.Jika benarlah perkara ini berlaku kerana mahu memprotes akan hal mahkamah maka ini sesungguhnya sesuatu yang tersangat2 hebat untuk abad ini!
Kalau bukan kerana itu kerana apa pulak?
Aku memang hilang idea untuk diterjemahkan disini.Hilang punca aku untuk menulis.Kalau benar ianya dirampas siapa perampasnya dan apa tujuannya.Hingga hari ini tiada siapa dan mana2 kumpulan lagi yang mengaku melakukannya.Tiada wang tebusan diminta.Cuma yang aku perasan pada hari ini keadaan agak begitu tenang dan ada seperti tanda2 kapalterbang tersebut telah ditemui dan tahu dimana ianya mendarat.Belum boleh lagi diberitahu lagi mungkin atas sebab2 keselamatan para penumpang.
Andaian aku ialah kapalterbang ini telah ditemui di satu tempat.Sekarang sedang berlaku tawar menawar diantara perampas dan dengan satu2 kerajaan.Tidak tahu apa yang dimahukan tetapi nampak gaya lebih besar dari nilai matawang.Jika bukan matawang yang jadi taruhan apa pula yang mereka mahukan?
Kebebasan akan seseorang?
Nilai ini tinggi sebenarnya jika kita dapat menilainya.Aku macam blur apa sebenarnya rampasan ini dilakukan.Dilihat semakin sulit untuk dirungkaikan akan pintalannya.Semakin dekat akan jawapannya semakin rumit pula untuk diselesaikan.
Kita tunggu dan lihat sama2 apa kesudahannya drama MH370 ini akan akhirnya.Drama? Ya drama sebab semua orang mulai tidak ambil peduli lagi.Semua orang tahu kapalterbang tidak terhempas maka tiada siapa yang terkorban.Kalau terhempas itu baru bukan Drama itu betul2 kejadian!
chow!
Labels:
Story Pening
14 Mar 2014
Satu Imiginasi Aku
Mayday...mayday...mayday!
Itulah ayat yang harus terkeluar dari mulut sesiapa sahaja yang berada didalam kapalterbang jika berlakunya satu2 kecemasan.Pasti sekali dari kapten dan pembantu2nya.Itu yang tidak berlaku didalam kes MH370.Hilang terputus tanpa dapat dikesan oleh radar.Pelik dan hairan satu dunia dibuatnya.Kemanakah hilangnya kapalterbang yang sangat besar dan paling selamat sekali didalam kumpulannya.
Pertama sekali berlaku didunia!
Aku cuma diam sahaja dalam seminggu ini tentang hal ini.Cerita dari pelbagai orang dengan pelbagai spekulasi yang macam2.Aku diam lagi dan diam lagi sampai aku mempunyai versi aku sendiri.Ini imiginasi aku yang aku kira memang macam pelik.
Semua ini berkemungkinan kerana kuasa.Kuasa yang semakin hari semakin berkuasa maka kuasa yang satu lagi semakin terancam.Aku andaikan bahawa peristiwa ini dekat dengan hal kuasa.Cuma negara kita menjadi taruhannya.Jika benar ianya terhempas kenapa tiada satu benda pun yang timbul setelah 7 hari berlalu.Kes air france yang terhempas pun dapat diketahui dengan segera walaupun selepas 2 tahun segalanya ditemui.Ini sangat menghairankan sekali.Apakah sebenarnya yang berlaku?
Imiginasi aku ialah tentang takutnya Amerika dengan China.
Dahulu Amerika adalah salah satu kuasa besar yang sangat ditakuti.Cuma Russia sahaja saingannya.Namun hari ini jelas sekali China bakal merampas gelaran itu untuk selama2nya.Ini kerana dengan rakyatnya yang lebih satu billion memungkinkan segala kuasa akan bertahkta kekal di China.Segala apa barang dan juga benda yang bakal dikeluarkan akan menjadikan China salah satu kuasa ekonomi baru yang sangat kuat dan tidak mampu dilawan oleh Amerika.
Jika ini berlaku bagaimana dan apakah akan berlaku dengan Amerika? Muflis mungkin!
Imiginasi aku ialah aku andaikan bahawa MH370 telah dilenyapkan sementara dari dunia ini.Berkemungkinan besar megelinggi dunia tanpa henti.Ini kapalterbang yang sangat besar dan moden.Ianya buatan Amerika.Percaya atau tidak radar dan segala bagai mereka boleh matikan dan kapalterbang ini sengaja dilenyapkan begitu sahaja tanpa dapat dikesan.Apa tujuannya?
Aku andaikan China cuba diugut agar mendengar cakap Amerika.Hal apa? Mungkin hal Ukaraine yang sekarang menjadi rebutan Russia.China sekutu rapat Russia.Aku percaya negeri dibawah Ukaraine itu sangat bernilai tinggi.Sumber minyaknya!
Namun jika imiginasi aku ini cuma satu imiginasi maka biarkanlah.Jika benar MH370 terhempas kenapa begitu sulit sekali untuk dikesan dan ditemui.Aku ada banyak membaca tentang kapalterbang yang telah hilang atau terhempas musnah tapi semuanya dapat diketahui akan puncanya.Cuma kes MH370 memang sangat pelik dan menghairankan.Hilang begitu sahaja?
Cuma aku agak sedih dengan orang kita yang tiada hati dan perasaan apabila bercakap tanpa memperdulikan hati dan perasaan mangsa2 MH370.Bayangkan jika ada salah seorang ahli keluarga anda berada didalam kes ini bagaimana?
Agak2lah...ini drama lah...ini konspirasi lah...ini nak tutup hal Anwar la...adoi segala2nya mahu dipolitikkan!
Serius aku naik meluat dan menyampah.Lagi menyampah adalah pulak yang cuba jadi popular satu dunia dengan adegan di KLIA itu.Ini orang kita ini bangsa kita.Bagaimana kita hendak perjelaskan kepada orang asing dari luar apakah yang sedang orang kita lakukan itu?
Kepala aku mengeleng sampai 360!
Memang pening!
chow!
Labels:
Story Pening
5 Mar 2014
Tabiat Yang Tak Elok
Hari ini aku nak story sikit pasal hal merokok.Sejak dua menjak ini aku sudah mulai cuba mengurangkan sedikit tabiat merokok.Ini bukan sebab aku mahu berhenti tetapi macam terpaksa dihentikan dengan tahap segera.Sudah beberapa kali aku terasa dada aku macam sempit dan sukar untuk menarik nafas seperti biasa.Hal ini nampaknya membuatkan aku ada sedikit seram dan takut.Tak pernah sebelum ini perkara sesak nafas berlaku terhadap aku selama bertahun aku merokok.
Setiap kali ianya menyerang aku terasa macam nyawa aku hampir mahu tercabut dibuatnya.Faham dan tak payah nak cakap itu tandanya aku harus berhenti merokok sekarang.Alah bukan tak tahu bila masa sakit barulah yer2 nak berhenti bila dah kurang nanti on semula.Biasa dah dengar orang cakap macam itu pada aku.Tapi last2 tak berhenti2 juga sampai ke arwah!
Semangat mahu berhenti itu ada cuma...sayang pulak rasanya.
Bila bercakap pasal merokok ada perkara2 yang aku sendiri kurang faham.Contoh seperti selepas makan mesti mahu hisap rokok dan bila ditanya mengapa katanya baru ada kick.Celah mana kicknya pun aku tak tahu padahal aku juga merokok tapi tak lah sampai begitu tahapnya.Bila mahu buang masalah didalam perut juga mahu pekena sebatang rokok.Ini lagi satu hal yang aku cukup hairan bila masa nak meneran dan bila masa nak menyedut asap rokok.Bayangkan meneran sambil menyedut dalam masa serentak mana satu yang jadi dulu...macam jahanam yer dak!
Adakalanya aku rasa perokok2 macam aku ini otak mereka banyak yang dah rosak.Semua perbuatan mereka perlu dimulakan dengan merokok dan diakhiri dengan merokok.Kalau yang sudah berumahtangga pasti sibini pernah terlihat perlakuan sisuami begini selepas habis projek terus pekena sebatang rokok...katanya baru puas!
Puas yang mana satu erk?
Mana aku tahu ni.Alah tak payan nak borak sangat perkara2 begini bukan susah sangat nak diperhatikan.Kalau zaman dahulu mungkin susah nak jumpa tapi hari ini kita tak tanya pun mereka akan cakap...
"...lepas projek kena sebatang rokok memang terbaik..."
Merokok sebenarnya memang tak elok dan tak bagus untuk kesihatan kita.Cuma bila sudah jadi tabiat memang sukar sekali untuk kita hentikan.Kalau kau tak merokok memang mudah lah cakap berhenti tapi kepada yang sudah bertahun2 merokok dan minta diberhentikan merokok ianya bukan perkara mudah.Sakit putus cinta pun kalah deritanya.Lagi2 kalau kita ramai kawan yang merokok lagilah susah untuk berhenti merokok.Silap2 kita dibahannya setiap hari sampai mental kita down.Elok2 mahu berhenti lansung kensel!
Percayalah sampai satu masa nanti kita pasti akan berhenti merokok.Kalau bukan kerana sakit dada mungkin juga kerana kita takut mati cepat.Sebab masa itu mungkin kita sudah kaya dan banyak harta tentu rugi kalau mati cepat2.Tentu rugi tak dapat hanez suraya!
Insyaallah akan aku cuba berhenti merokok apabila sampai masanya nanti...mungkin esok mungkin tiada esok bagiku lagi.Die....!
chow!
p/s: header tu aku main belasah jer pasang padahal masih dalam pembikinan...ownernya yg bikin ntah mana ntah perginya ...
Labels:
Story Pening
Ini Realiti Hari Ini
Semalam banyak sangat cerita yang menarik kat tv.Siaran oscar pun best gak tahun ini.Apa yang nak aku cerita hari ini ialah tentang artis kita si hanez suraya yang rampas suami orang.Kalau aku jadi dia aku pun akan buat perkara yang sama.Jahat memang nampak jahat tapi realiti hari ini itu yang terbaik sekali.
Perkara rampas suami orang ini bukan baru dan bukan sahaja berlaku di negara kita malahan di seluruh dunia.Ialah nama pun artis dan perempuan cantik jelita pulak tu.Jangan nak hairan sangat sesiapa sahaja yang cantik pasti akan cari peluang untuk dapatkan yang terbaik walaupun caranya memang jahat.Ianya sudah jadi lumrah dan bukan lagi igaun yang sengaja diada2kan lagi.
Marah ....siapa yang nak marah?
Orang perempuan yang bergelar isteri nak marah.Ala lupakan sahaja.Kalau suami awak itu sudah mampu miliki Ferarri dan Panamera apa lagi yang hendak dikatakan.Lelaki tetap lelaki ada sahaja jalan untuk cari yang lain.Ialah orang sudah mampu sudah kaya sudah ada banyak duit semuanya bukan mustahil lagi untuk dilaksanakan.
Dosa?
Berdosa dengan siapa kalau suami awak itu mahu pasang yang lain.Ialah maksud aku tambah lagi satu cawangan atau lebih.Kalau dia tak mahu kahwin angkut masuk hotel itu sah2 berdosa la kan.Ini cerita kalau dia nak pakai satu lagi dan diambil sebagai isteri tidak berdosa betul tak.Ikut story si hanez suraya itu suami orang itu memang tak sebumbung lagi dengan isterinya.Kira ok la... kalau mahu dikebasnya sekarang mana boleh tunggu lama2 nanti orang lain pulak yang kebas! Melepas aku...katanya.
Ialah pada mata kita perkara itu nampak jahat tapi kalau kita fikirkan itu adalah risiko yang perlu diambil oleh setiap perempuan yang bernama isteri.Tidak perlu bising2 dan melalak sana sini ambil mudah sahaja perkara ini dan redha kerana lambat laun perkara ini tetap akan berlaku.Cuba bayangkan kalau orang rumah kita cantik dan jelita pun sama juga risikonya ada sahaja jantan lain yang dok aim tak henti2 kat isteri atau awek kita itu.Ada aku kesah kau bini orang ke awek orang atau tunang orang.Kalau yang dok aim itu keretanya Ferarri atau Panamera...ah tak banyak sikit kompom orang perempuan kita terliur...kan!
Pasrah itu menyerah iklas itu redha...entah aku dah lupa ayatnya dalam filem Ombak Rindu.Lebih kurang macam itulah bunyinya.
Bab2 merampas ini bukan baru rasanya semua orang tahu cuma bagaimana dan caranya mungkin berbeza2.Jika pasangan kita ada kelebihan dan kita pula banyak kekurangannya belajar2lah untuk jadi manusia yang hampir baik seperti nabi.Kita perlu sentiasa sahaja mempunyai sikap yang positif walaupun kita tahu itu memang sangat negatif.Kita perlu bersedia dari segi mental dan juga iman untuk menghadapi semua ini.Kalau tidak kita mungkin akan meroyan tak tentu pasal didalam tv dan ditonton hampir satu asia tenggara.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan aku tetapi cuba fikir baik2 betul tak apa yang aku cakapkan.Ini bukan main2 ini betul2 kejadian.
Hanez Suraya mungkin dia berfikir begini kalau bukan aku pasti ada orang lain yang buat oleh itu lebih baik aku buat dan aku ambil peluang ini mana tahu memang ini sudah ketentuan dan jodoh aku dengan suami orang itu .Ini mungkin yang terbaik buat aku.Kalau belakang hari bercerai itu mungkin sudah suratan aku.Alang2 menyeluk perkasam apalah salahnya aku rembat jer laki orang ini.Berbaloi2 sangat...dapat naik Ferrari dan Panamera...siapa nak bagi oi...dan last sekali ....ko adhoooo! Tak der kan!
So fikir2kan lah yer.
chow!
Perkara rampas suami orang ini bukan baru dan bukan sahaja berlaku di negara kita malahan di seluruh dunia.Ialah nama pun artis dan perempuan cantik jelita pulak tu.Jangan nak hairan sangat sesiapa sahaja yang cantik pasti akan cari peluang untuk dapatkan yang terbaik walaupun caranya memang jahat.Ianya sudah jadi lumrah dan bukan lagi igaun yang sengaja diada2kan lagi.
Marah ....siapa yang nak marah?
Orang perempuan yang bergelar isteri nak marah.Ala lupakan sahaja.Kalau suami awak itu sudah mampu miliki Ferarri dan Panamera apa lagi yang hendak dikatakan.Lelaki tetap lelaki ada sahaja jalan untuk cari yang lain.Ialah orang sudah mampu sudah kaya sudah ada banyak duit semuanya bukan mustahil lagi untuk dilaksanakan.
Dosa?
Berdosa dengan siapa kalau suami awak itu mahu pasang yang lain.Ialah maksud aku tambah lagi satu cawangan atau lebih.Kalau dia tak mahu kahwin angkut masuk hotel itu sah2 berdosa la kan.Ini cerita kalau dia nak pakai satu lagi dan diambil sebagai isteri tidak berdosa betul tak.Ikut story si hanez suraya itu suami orang itu memang tak sebumbung lagi dengan isterinya.Kira ok la... kalau mahu dikebasnya sekarang mana boleh tunggu lama2 nanti orang lain pulak yang kebas! Melepas aku...katanya.
Ialah pada mata kita perkara itu nampak jahat tapi kalau kita fikirkan itu adalah risiko yang perlu diambil oleh setiap perempuan yang bernama isteri.Tidak perlu bising2 dan melalak sana sini ambil mudah sahaja perkara ini dan redha kerana lambat laun perkara ini tetap akan berlaku.Cuba bayangkan kalau orang rumah kita cantik dan jelita pun sama juga risikonya ada sahaja jantan lain yang dok aim tak henti2 kat isteri atau awek kita itu.Ada aku kesah kau bini orang ke awek orang atau tunang orang.Kalau yang dok aim itu keretanya Ferarri atau Panamera...ah tak banyak sikit kompom orang perempuan kita terliur...kan!
Pasrah itu menyerah iklas itu redha...entah aku dah lupa ayatnya dalam filem Ombak Rindu.Lebih kurang macam itulah bunyinya.
Bab2 merampas ini bukan baru rasanya semua orang tahu cuma bagaimana dan caranya mungkin berbeza2.Jika pasangan kita ada kelebihan dan kita pula banyak kekurangannya belajar2lah untuk jadi manusia yang hampir baik seperti nabi.Kita perlu sentiasa sahaja mempunyai sikap yang positif walaupun kita tahu itu memang sangat negatif.Kita perlu bersedia dari segi mental dan juga iman untuk menghadapi semua ini.Kalau tidak kita mungkin akan meroyan tak tentu pasal didalam tv dan ditonton hampir satu asia tenggara.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan aku tetapi cuba fikir baik2 betul tak apa yang aku cakapkan.Ini bukan main2 ini betul2 kejadian.
Hanez Suraya mungkin dia berfikir begini kalau bukan aku pasti ada orang lain yang buat oleh itu lebih baik aku buat dan aku ambil peluang ini mana tahu memang ini sudah ketentuan dan jodoh aku dengan suami orang itu .Ini mungkin yang terbaik buat aku.Kalau belakang hari bercerai itu mungkin sudah suratan aku.Alang2 menyeluk perkasam apalah salahnya aku rembat jer laki orang ini.Berbaloi2 sangat...dapat naik Ferrari dan Panamera...siapa nak bagi oi...dan last sekali ....ko adhoooo! Tak der kan!
So fikir2kan lah yer.
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
24 Feb 2014
Terimakaseh semua.

Salam semua...semakin hari semakin aku jauh dari alam maya ini.Masa yang semakin terlalu kurang buat aku untuk kesini.Bukan sombong atau benci tetapi seperti sudah sampai masanya aku harus bergerak kedepan.Hari ini aku lansung tidak rapat dengan hal2 di dalam pejabat lebih hal diluar.Semakin hari semakin mencabar dan semakin kuat tekanan yang aku terima.Ini semua demi masa depan aku juga.
Alhamdulillah pada ketika ini apa yang dirancang sedang cantik berlari diatas landasannya.Begitu juga dengan hal hati dan jiwa ianya nampak begitu tenang dan aman.Insyaallah jika tiada halangan dan ada keizinan mungkin akan berakhir segala kesakitan dan keperitan didalam kehidupan aku.Syukur akan apa yang telah berlaku dan terjadi.Semua itu telah menjadikan aku seorang manusia yang penuh dengan sifat sabar dan tabah.Cukup mengujikan sebenarnya apa yang telah aku lalui lebih kurang dalam 5 tahun ini.
Disinilah tempat aku meluahkan segala2nya.
Sekejap diatas sekejap dibawah.Hari ini suka esok luka.Bertukar ganti seperti malam ke siang.Tiada aku minta semua itu berlaku tapi apakan daya sudah suratan aku begitu.Silih berganti dugaan dan cubaan yang diberikan dan aku terima dengan sebaik mungkin.Tidak mahu terlalu riak aku cuba berselindung dengan serendah mungkin agar tidak ternampak raut wajah yang sesal dan kesal.
Namun aku sangat percaya semua ini ada hikmahnya.Benar memang ada hikmahnya cuma cara dan gaya datangnya agak begitu berat untuk aku pikul.Orang kata berat mata yang melihat berat lagi bahu yang memikulnya.Sedih suka bercampur baur.
Semua telah direncanakan.
9:126. Tidakkah mereka lihat bahawa
mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka
masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
Seringkali apabila aku terlupa aku cuba berpatah balik agar tidak aku terlalu jauh tersesat.Setiap dari kita memang ada sifat2 yang tidak begitu molek untuk dimiliki.Tiada persoalan lagi memang kita selalu terlupa sesuatu apabila kita di belenggu.Cuma jika itu yang kita mahu itu juga yang bakal kita terima.Tepuk dada tanya selera.
16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang hijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang dan sabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.
Ya tidak sia2 lagi adakala kita perlu keluar dari apa yang kita percayai.Kita fikir kita sudah cukup bagus dan terjamin tapi sebenarnya tidak kita cuma berimaginasi dan berfantasi sahaja.Kini dengan semangat yang semakin pulih dan semakin segar aku mengejar apa yang selama ini aku impikan.Semoga semua yang telah membaca tulisan2 aku yang dahulu dan tahu pahit getirnya aku menahan segala rintangan dapat memberikan aku sedikit doa agar aku dapat terus bangun dan berdiri dan terus berdiri.
Jika ada umur panjang pasti akan kita bertemu lagi didalam alam maya ini.Aku bukan pergi jauh tapi aku pergi bukan untuk tidak kembali.
chow!
13 Jan 2014
Entah....Cerita Biasa jer ni!
Sayur kangkung tiba2 sangat popular sekarang ini di laman maya Fb.Semua keluar status yang sama termasuklah aku juga.Semuanya ada bau sindiran terhadap pemerintah.Status Fb aku berbunyi begini..
"...bayangkan jika sayur kangkung sebenarnya adalah ubat penawar tenaga batin yang sangat hebat...mahal atau murah harga sayur kangkung pada hari ini..."!
Aku faham dan aku akuinya.
Ketika ini semua orang sedang mengalami masalah yang sama pening memikirkan tentang segala macam benda yang naik.Tidak juga aku berat kepada pemerintah juga pembankang kerana aku tahu masing2 ada tanggung jawap sendiri yang harus mereka selenggarakan.
Di SINI aku ada menulis dengan panjang lebar tentang perbezaan hari ini dan masa lalu.Bagaimana perbezaan itu sebenarnya tiada bezanya diantara hari ini dan hari orang tua kita dahulu.Semuanya adalah sama cuma bezanya adalah angka sahaja.Sekali lagi aku katakan suka atau tidak kita terpaksa harungi semua ini seperti mana yang telah dilalui oleh generasi2 yang terdahulu.
Orang cakap jauh berjalan banyak pengalaman yang akan kita kutip.Aku setuju dan aku nasihatkan agar ramai rakyat Malaysia harus cuba keluar dan merantau seperti mana yang dilakukan oleh orang2 asing yang berada di tanah air kita ini.Jika kita hanya mendengar dan bercakap tanpa sendiri merasainya ianya adalah tidak sangat adil.Bagaimana kita dapat memberikan pendapat sedangkan kita tidak pernah sekali pun keluar dari negara kita.Malahan kita bercakap seperti kita tahu segala2nya.
Thailand....bagaimana?
Cuba baca dan lihat sendiri apa yang terjadi sekarang.Bukan hanya sekarang tetapi sejak zaman Jepun lagi.Bagaimana Thailand dan rakyatnya sehingga ke hari ini masih lagi tidak aman2.Pihak tentera dengan pihak istana bila2 masa sahaja boleh menjatuhkan kerajaan yang di pilih oleh rakyat.Bukan hanya sekali tetapi telah banyak kali tentera membuat rampasan kuasa.Dari utara sampai ke selatan Thailand ada sahaja masalah dalaman mereka dan tidak sudah2 selesai masalahnya.
Soalan yang sangat mudah dan ringkas...jika kita ini pelancong adakah kita rasa keselamatan kita terjamin selamat jika melancong ke Thailand?
Hari itu lebih 10 hari aku disana dengan seorang kawan.Tidaklah kecoh sangat tetapi ianya tidak begitu selesa kerana setiap lorong dan jalan ada sahaja polis dan tentera yang berkawal.Aku ok jer kerana aku tiada membawa apa2 barangan yang berharga bersama.Biasalah backpackers apa ada halnya.Aku main belasah je jalan mana aku mahu dan suka dan lansung tidak aku pedulikan sesiapa pun.
Cuma apa yang aku nampak dengan jelas ianya tidak begitu selesa dan selamat kepada pelancong2.Apabila terlalu banyak demo2 jalanan maka banyak benda yang terpaksa kita ambil kira.Suasananya memang sangat tidak baik untuk dikunjungi.Macam2 ada dan majoritinya adalah benda2 yang tidak bagus untuk kita ambil tahu.Bayangkan kalau orang lain datang melancong ke negara kita dan ada demo2 jalanan apakah mereka akan datang dan singgah?
Kompom cabut!
Indonesia bagaimana pula?
Disini aku telah bertapa agak lama lebih dari 2 minggu ini kerana bahasanya aku faham dan makanannya pula murah2 dan banyak.Sedap2 juga makanan mereka dan macam2 sampai aku pening untuk menyebut dan mengingatinya.Suasananya agak tenteram dan sedikit aman berbeza seperti di Thailand.Disini aku tidak begitu bebas dan selalu harus berwaspada dengan orang2 yang sentiasa sahaja melihat peluang apabila kita lalai.Ini sesuatu yang sangat biasa dan bahaya.Lebih2 lagi kalau mereka tahu kita ini orang dari Malaysia.Jika nasib kita baik kita akan di raikan dan jika tidak adalah sebaliknya.
Jumlah mereka yang terlalu ramai dan nilai matawang mereka yang rendah sangat memeritkan mereka untuk terus hidup.Harga barangan memang tiada aras harga yang sebenar main ikut tempat dan keadaan.Undang2 pun adakalanya tinggal nama sahaja.Sumpah aku seram apabila berjalan berdua dengan kawan aku apabila malam menjelang.Lebih seram lagi apabila ada orang sana nasihatkan kita orang luar jangan suka2 merayau tidak tentu arah...katanya nanti kena jual!
Entah ya atau tidak tetapi aku tidak mahu ambil risiko.
Disini syurga dunia mereka lagi hebat dari Thailand sebenarnya.Semuanya boleh asalkan ada duit.Tiada siapa yang dapat halang atau melarang kita untuk buat apa sahaja.Disko setinggi 3 tingkat sebesar stadium tertutup beroperasi 24 jam tanpa henti.Segala macam impian akan tertunai disini khasnya kepada kaum lelaki.Semuanya boleh asalkan kita ada duit.Hebat bukan!
Disini apa yang cuba aku sampaikan ialah susah2 kita pada hari ini susah lagi mereka.Mereka sanggup bergadai nyawa seberangi laut untuk datang mencari rezeki disini.Orang Indonesia tidak kira perempuan atau lelaki datang kesini kerana tahu disini senang cari duit dan tidak mudah seperti disana.Orang Thailand ....lelaki memang jarang kita jumpai tetapi yang perempuan ramai sekali dan mudah untuk kita jumpai di Malaysia sekarang.Dimana ada pusat kesihatan dimana ada pusat hiburan disitu pasti kita akan bertemu dengan mereka yang sangat peramah dan manja.
Orang Vietnam pun ramai juga sekarang tetapi aku belum mahu kesana kerana kawan aku cakap orang Vietnam ini sangat pengotor dan kurang sopan.Kalau anjing dan kucing pun disantap nak cakap apa lagi faham2 sudah.
Kadangkala aku geram juga dengan orang kita yang pandai dan hebat bercakap.Ini lah itu lah dan segala macam yang tidak puas di hati.Pemerintah ini tidak baguslah parti ini tidak eloklah dan macam2 lagilah hingga aku naik pitam mendengarkannya.Malas adalah perkataan yang paling aku suka jawap.
Malas nak cakap,malas nak komen.
Jawapan yang selalu aku berikan ialah ...Jom kita jalan2 makan angin keluar negara nak?
Mereka memang hairan jika itu jawapan yang aku berikan apabila mereka bercakap pasal hal negara,hal politik,hal parti dan segala macam hal.Aku sudah bosan untuk memberikan mereka penjelasan panjang lebar.Mereka tahu aku tidak menyebelahi mana2 pihak kerana aku berpihak kepada yang berbakti kepada rakyat sahaja.Bukan lambang tetapi calon.Ialah jika longkang belakang rumah kita tersumbat tak kanlah kita harus mengadu dengan Menteri Besar atau Perdana Menteri kot...patut2 la kan.Yang Berhormat dikawasan kita itu yang harus kita buru dan kerjakan baru betul dan tepat!
Majoriti dari kita ini tidak faham dan cuba untuk fahami.Segalanya main ikut dengar dan ikut membuta tuli tanpa guna dan pakai akal.Orang kata begini kita pun terikut2 kata begitu.Orang menjerit kita pun ikut menjerit,orang jatuh masuk longkang kita ketawakan bukannya mahu tolong angkat keluar! Kalau kita yang jatuh masuk longkang macam mana? Seronok tak? Best tak? Suka tak?
Itu yang terjadi sekarang.
Yang lawaknya ialah semuanya orang kita pulak tu kan.Orang yang lain2 itu mana perginya.Senyap jer senyum jer .Tunggu apa yer?
Entah...tanyalah diri sendiri...mereka tunggu apa dari kita?
chow!
Labels:
Story Pening
12 Jan 2014
Cinta Tahun 2014
Cinta aku untuk tahun ini tahun 2014 bagaimana?
Oleh kerana isu ini kerap ditanya oleh sidia INI maka perlu juga aku perjelaskan serba sedikit akan perkembangan terkini.Lama juga aku berdiam diri dari memberikan jawapan di atas persoalan yang dia timbulkan.Bukan marah atau apa2 pun cuma masih lagi terkial2 mahu memberikan jawapan.
Dipermudahkan cerita kedua2nya telah aku reject kerana tidak begitu sesuai dengan karenah aku yang sedikit cerewet.Mereka okay yang tidak okay adalah aku.Oleh kerana aku ini jenis yang terlalu memilih dan ada masa2nya membuatkan aku sedikit rimas tetapi apa akan daya sudah itu aku.Rela hati aku terima sahaja diri aku seadanya.
Itu mungkin alasan yang aku cuba aku ada2kan.
Cerita sebenarnya bukan itu tetapi berkait rapat dengan kehilangan aku selama sebulan tempoh hari.Perjalanan sempoi dan santai aku itu sebenarnya cuba mencari jawapan kepada apa yang aku perlukan dan mahukan dalam hidup aku di akan datang.Ini bukan cara orang lain tapi ini cara yang aku pilih.Tidak semua orang sama caranya apabila mencari jawapan kepada persoalan sendiri.
Kalau cara yang selalu kita dengar ialah kembali kepada yang satu itu aku sangat fahami.Semua orang pasti akan lakukan apabila sudah tidak bertemu jawapan.Aku faham itu tidak perlu kita perbincangkan lagi.Seorang hamba tetap hamba dan tidak mungkin lebih dari dia.
Bila kita semakin hampir dengan apa yang kita ingini pasti sekali akan hadir satu pilihan yang lain.Maka pilihan itu pula bukan calang2 pilihan.Ianya seperti di telan mati emak di luah mati bapak.Itu pasal aku perlukan angin dari luar agar aku dapat membuat pilihan dengan keputusan yang kosong.Tiada siapa yang mendorong aku kepada apa yang aku mahu .Cuma aku dan diri aku sahaja.
Pilihan itu....bagaimana harus aku mulakan?
chow!
Labels:
Story Siapa
8 Jan 2014
Perpisahan Pembunuhan
Perpisahan kerana kematian pasti sekali akan membuatkan kita redha dan sedar akan siapa kita sebenarnya.
Cuma bukan semua diantara kita mampu tanggani perpisahan.Jika yang kuat dan cekal hatinya mungkin agak mudah untuk dia hadapinya.Bersedia dengan segala kemungkinan akan membuatkan kita cukup insaf dengan kekuasaan yang maha besar.Itu jika kita mengaku dan akui siapa kita didunia ini.Siapa kita dan siapa dia.
Namun jelas bukan semua begitu.
Berita beberapa hari lepas yang berlakunya pembunuhan disebuah hotel didaerah Klang amat sekali buat aku terkejut dan berfikir.Kenapa dan mengapa?
Umur mereka cukup matang.Mereka bukan orang biasa mereka berpelajaran dan mereka juga orang islam.Tentu sekali mereka mempunyai anak2.Jika tiada pun itu bukan persoalan yang besar.Persoalannya kenapa harus melakukan pembunuhan untuk selesaikan hal perpisahan?
Itu sahajakah jalan yang perlu di pilih?
"Wahai orang-orang yang percaya,
takutilah Allah sebagaimana Dia
patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam
kemusliman." (3:102)
Jika kita terlupa maka perlu kita kembali kepadanya jangan cuba kita melangkaui batasan yang telah diberikan.Carilah jalan yang lebih baik dan jauhilah dari bisikan2nya.Kita ini bukan malaikat maut dan kita juga bukan tuhan!
Sedih aku dengan kejadian yang sebegini.
chow!
Labels:
Story Agama
6 Jan 2014
2010201120122013 dan Azam!
Permulaan kira2 5 tahun lepas aku mulai menulis di dalam alam ini yang di panggil blog.Tujuan aku ketika itu cuma untuk suka2 sahaja.Tidak mahu tertinggal dengan segala macam kecanggihan yang ada dan benda2 baru yang muncul.Aku melihat Blog seperti satu tempat yang paling sesuai untuk aku atau mungkin kita meluahkan segala apa yang kita fikir dan rasa untuk kita luahkan.
Selamat dan bebas.
Ianya lebih privasi dan lebih enak untuk kita menulis apa sahaja.Tidak kiralah apa juga.Segala apa yang kita terfikir kita luahkan dan tidak perlu banyak2 berfikir.Perbezaannya amat ketara jika kita luahkan di laman sosial yang lain.Di laman yang lain kita perlu berhati2 dan beretika sedikit kerana ramai yang kita kenali ada disitu.Jika kita tersalah luah maka kenalan2 kita akan mulai bertanya itu dan ini.Pasti sekali kita tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka2 ini yang kadangkala nampak macam baik tetapi sebaliknya juga.
Jika disini kita kita masih mampu berahsia dalam rahsia.
Contohnya macam aku.Walaupun sudah hampir 5 tahun di dalam alam ini tidak dan tiada seorang pun yang berjaya mengenali aku.Itu sungguh hebat buat aku.Tiada tekanan dan tiada perasaan yang perlu aku jaga dan hargai.Ini semua berkenaan aku dan hati aku.
Cuma aku mulai hilang arah apabila muncul Tahun 2010.Bila aku putus cinta.Tahun pertama putus cinta tulisan aku mulai jadi sangat serius dan terlalu beremosi.Hingga satu tahap aku telah berjaya membuka hijab diri sendiri.Hampir2 ada sebilangan kecil pembaca aku dapat meneka siapa aku!
Namun syukur alhamdullilah aku sempat menutup semula hijab yang telah separuh terbuka.Sesungguhnya aku seperti sengaja menggali kubur aku sendiri waktu itu.Ini kerana pada tahun itu 2010 aku mempunyai 2 blog.Satu aku punya dan satu lagi kami yang punya.Blog yang aku punya tiada mendedahkan siapa aku tetapi blog yang kami punya semuanya ada.Siapa aku dan siapa dia.Hari2 muka aku dan muka dia muncul bersama.Indah sangat waktu itu.Ini kerana aku beranggapan yang blog kami itu akan dapat dilihat dan dinikmati oleh anak2 juga cucu cicit kamidi suatu hari nanti.
Sungguh jauh imiginasi aku waktu itu.
Tahun 2011 aku semakin parah dan teruk.Blog aku dan blog kami aku delete.Tidak tahu buat apa2 lagi.Lelaki juga tahu menghargai airmata masa itu.Keluhan demi keluhan dan sesalan yang tidak sudah2 juga ratapan yang tiada lagi mampu berlagu.
Namun tidak lama selang beberapa ketika aku buka blog yang baru dengan nama yang baru.Menulis semula dan cuba melarikan jauh2 segala yang telah berlaku.Aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.Sekali lagi aku jadi sasau dan sekali lagi aku delete!( (Baca ...Rahsia )
Minda sudah totally lost!
Diam hampir beberapa bulan.Entah macam mana pada satu hari aku mulai rimas dan bosan dengan semua yang berlaku.Aku bangun walaupun aku tidak berapa larat dan bermaya.Aku gagahkan juga dan aku paksa diri aku untuk tegak bangun berdiri.Dalam separuh sedar dan dengan sisa2 semangat yang tinggal aku kutip satu persatu dari pecahan2 yang bertaburan.Bertatih dan merangkak perlahan2.Ianya tidak mudah sebenarnya tapi pilihan yang ada sudah tidak terpilih.
Tahun 2012 aku mulai belajar berjalan.
Maka bagi aku tahun 2013 adalah tahun kebangkitan aku.Blog ini dalam diam telah melangkaui hampir lebih 2 tahun.Jika sesiapa yang membaca tulisan2 aku yang lepas pasti akan sedikit terasa apa yang sedang aku alami.Biasalah tulisan tentang cinta dan putus cinta.Memang adakalanya terlampau syahdu syahdan kan.
Sempena tahun 2014 aku menanam azam yang selama ini aku tidak kenang sangat dengan azam.Ada baik dan buruk apabila kita bermain azam.Buruknya apabila kita bertahun2 berazam dengan segala macam azam tapi haram satu azam pun tidak tertunai dan tercapai.Kita tidak bergerak2 masih lagi di garisan permulaan semula dan diulang2 beberapa kali.Itu sebab aku tidak mahu berazam takut makan tuan.Bukan itu sahaja buruknya.Bertambah buruk kalau kita tidak berazam ianya seperti kita takut dengan bayang2 kita sendiri.Aku akui sendiri.
Azam aku pada tahun 2014 ialah bernikah!
Boleh!
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
1 Jan 2014
Selamat Datang Tahun 2014!
Ingin buka buku azam yang selama ini aku tidak ambil pusing dan peduli.
Oh yer....aku baru terperasan ada beberapa komen baru yang muncul dari tulisan2 yang lepas dan aku rasa aku tertarik untuk menarik komen2 ini ketengah halaman blog aku ini untuk kita sama2 kongsikan nanti...macam menarik jer kan.
Labels:
Story Jiwa Hati
25 Nov 2013
Hampir Sebulan Hilang!
Diam tak diam hampir sebulan aku tak jengok lansung blog aku ini.Bukan sudah bosan atau sudah malas cuma perlu berehat sekejap.Berehat bukan kerana penat bekerja tetapi penat berjalan makan angin.Aku bila makan angin memang tidak akan buka atau ingat tentang segala macam benda2 yang merasuk fikiran aku.Semua perkara yang boleh buat kita duduk dan tidak bergerak2.
Depan Tv depan laptop depan panggung wayang depan pusat beli belah depan makwe orang lain!
Rancangan cuma satu minggu mahu pusing2 sekeliling negara2 jiran tetapi sebaliknya yang berlaku apabila kita berjumpa dengan orang yang sekepala kita dan gila maka segala yang dirancang menjadi tunggang langgang.Kawan yang aku kenali dan temui bukan orang sini tapi orang luar.Tidak tahu bagaimana kami boleh jadi sangat kamcing bagai.Cuma yang sedihnya aku tidak merakam walau satu gambar pun kemana aku pergi.Itu memang peel aku yang aku sendiri tidak fahami.Bukan aku sahaja tetapi kawan aku itu juga sama.Dia juga sama macam aku benci dengan segala macam benda yang boleh buat kita terganggu untuk bersendirian.Benda2 itu semua boleh buat kita jadi pening dan seram.
Oleh kerana aku masih lagi terlalu penat maka aku menulis sepintas lalu sahaja nanti esok lusa aku tulis apa yang patut2 ok!
chow!
Labels:
Story Semasa
30 Oct 2013
Keperluan atau Pilihan
Hari ini ramai diantara kita semakin keliru diantara keperluan dan pilihan.Semuanya dipukul sama rata walaupun sedar betapa besar akan perbezaannya,Namun seperti biasa sentiasa ada jawapan yang berupa alasan sebagai satu perlindungan.Semua ini berlaku apabila kita sudah melupai akan kenikmatan dari kesejahteraan yang sedang kita miliki dan nikmati pada hari ini.Siapa yang mahu dipersalahkan maka itu juga harus dijawap sendiri oleh tuan punya badan.
Entah tidak tahu mengapa semua ini berlaku.Semakin mahu di perjelaskan dan cuba difahamkan maka dengan segera juga mereka cuba memekakkan teliga dan menafikan.
Semua berhak berkata apa sahaja dan berhak juga mengata dan terus juga tidak berpuashati tetapi harus disedari semua ini ada batas dan sempadannya.Mana mungkin semua ini harus diberikan dan diterima dengan percuma.Mahu buang tahi dan buang segala macam yang kotor2 pun harus ada harganya.Tiada yang percuma pada hari ini.Segala2nya adalah duit dan jika tiada duit mana mungkin akan mendapat segalanya.Mereka yang bekerja di rumah Allah juga tiada yang sudi memberikan khidmat secara percuma!
Kalau itu juga masih tidak faham dan tak mahu faham......baik pergi mati!
Mati pun susah juga pada hari ini.Semua kena bayar bang....mana ada yang percuma lagi sekarang.Kita orang Islam mungkin bernasib baik kerana kos kematian tidaklah terlalu nak mati bila mahu membuat pembayaran.Kalau yang kafir yang percaya siapa yang menpunyai kubur paling tinggi yang konon paling dekat dengan syurga ...cuba tanya berapa kos yang harus mereka bayar?
Kalah harga rumah banglow!
Oleh itu harus difahami apa itu pilihan dan apa itu keperluan.Keperluan ialah sesuatu yang harus kita miliki dan tidak dapat kita elakkan lagi.Jika tiada sesuatu yang berupa keperluan maka kita mungkin tidak dapat menjadi manusia yang sehampir sempurna kehidupannya.Lebih kurang maksud ialah kita tiada pilihan mahu atau tidak kita harus memilikinya.Maka pilihan pula ialah sesuatu yang kita mampu miliki dan kuasai hanya dengan sedikit kebijaksanaan.Jika kita tidak memilih kita yang akan merasai buruk atau baiknya.Itu hak kita memilih atau tidak memilih kerana kita tahu apa akibat dari pilihan yang kita buat.Orang kata sendiri pilih sendiri tanggung lah!
Cuma yang sedihnya pada hari ini ramai yang keliru apabila berdepan dengan keperluan dan pilihan.Bila dengan sengaja menyalahkan orang lain atas segala yang berlaku pada hari ini.Padahal semuanya terletak didalam tangan kita sendiri.Setiap keperluan yang wajip kita miliki pada hari ini sebenarnya telah diberikan banyak kelonggaran di mana kita sebenarnya mampu membuat pilihan.Tiada siapa yang paksa atau mengarahkan kita.Kita suka kita buat dan kalau tidak suka kita boleh biarkan sahaja.
Tepuk dada tanya selera.
Contoh...Harga minyak naik kita mulai marah2.Kita mulai melobi di serata tempat yang kita singgah dan mengata itu ini.Kita hentam mereka kita kutuk mereka hinggakan sampai hilang suara kerana terlalu banyak bercakap.Kenyataan ini bukan ditujukan kepada pemimpin pembangkang.Mereka pro dan itu kerja dan tanggung jawap mereka.Maka mereka dikecualikan.Ini untuk mereka yang bukan ada apa2 pun dengan sesiapa.Tiada ahli tiada parti cuma memang suka cari pasal dengan sesiapa sahaja.
Harga minyak naik marah...tapi mampu beli kereta harga yang berpuluh ribu.Gaji tidak sampai pun 3000 tapi ada hati mahu pakai kereta yang berpuluh ribu.Minyak naik cuma 20sen dah bising.Kereta keperluan ke atau pilihan pada hari ini? Siapa yang paksa beli?
Kalau sudah tahu awak itu kurang mampu jangan lah mengatal beli kereta yang berpuluh ribu.Gunakanlah kuasa pilihan yang kita miliki.Beli kereta yang kecil dan sudah terpakai.Tidak mampu juga beli sahaja motor.Tidak mampu lagi naiklah perkhidmatan awam yang ada.Tidak puas hati lagi cuba tanya dengan pendatang asing yang halal juga yang haram kenapa datang Malaysia sibuk2 kat sini?
Faham atau tidak sekarang?
Kerajaan hari ini atau kerajaan yang lain semuanya sama sahaja nanti.Mana mungkin diberikan percuma.Lagi berjuta rakyat seberang sana turun kemari ialah semuanya percuma kan.
Kita jangan taksub sangat dengan apa yang kita dengar dan baca.Semua itu ada harga yang perlu dibayar nanti kalau tercapai dan termakbul.Jika tanya aku jawapan yang aku berikan adalah semua ini bukan milik kita ini milik dia.So relax jangan nak iya2 sangat.Kita ikuti apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.Kita perlu takut ke dengan sesiapa sekarang apabila kita tahu siapa yang perlu kita akur.Semua tempat kalau kita pergi ada undang2nya.Tiada yang bebas melata dan sesuka hati buat apa sahaja.
Kehidupan ini adalah satu keperluan yang telah diberikan pilihan.
Malas mahu menulis lagi tentang manusia yang tidak cukup2 dan habis2 mengutuk itu ini.Semuanya pada dia adalah tidak betul dan salah.Cukup2 dan sudah2lah.Mari kita angkat umat ini lebih tinggi lagi dengan akal yang diberikan dan gunakan secara bijaksana.Bosan bila ada akal tapi berfikiran ala binatang!
chow!
Labels:
Story Meluat
24 Oct 2013
Pandangan Ini Pendapat Itu
Pendapat dan pandangan kita bukan selalunya sama masing2 mempunyai sebab dan alasan tertentu.Bila keadaan ini berlaku adakalanya kita seperti kurang selesa dan tidak berminat untuk lebih lama lagi dengan orang yang kita temui.Kita mungkin rasakan yang dia bukan lawan untuk kita bercakap.Bukan baik untuk kita jadikan kawan untuk satu2 perbualan kerana pendapat dan pandangan yang agak berbeza dengan kita.
Tidak semua orang mampu untuk terima kritikan dan pandangan yang berbeza.
Secara semulajadinya apabila ada bangkangan atau pendapat yang berbeza secara segera kita memang akan terasa kurang selesa.Kita rasakan apa yang dia katakan dan apa yang kita katakan adalah sesuatu yang bukan boleh diterima pakai oleh kita atau juga dia.Ini kadangkala boleh membuatkan hubungan kita akan jadi kurang mesra cuma kerana kita tidak mempunyai pendapat yang serupa.
Bila ini terjadi semua yang sebelum ini nampak mesra akan bertukar jadi seperti agak celaka.Semua perkara yang bukan2 tiba-tiba akan muncul.Dahulu sebelum berlaku situasi ini kita sangat bertimbangrasa dan mempunyai sikap yang sangat tolenrasi tetapi dek kerana satu isu yang kita mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza kita menjadi tidak gembira dan mulai ada rasa sakit hati dengan orang yang sebelum ini kita sangat senangi untuk bergaul bersama.
Perlahan2 kita mulai menjauhkan diri kita dari dia.
Perkara berbeza pendapat dan pandangan ini jika kita tidak bijak tangani ianya bakal memberi kita impak yang sangat maksima yang kita sendiri tidak sangka.Kita fikir ini mungkin sementara tetapi dia tidak begitu malahan beranggapan ini adalah sesuatu yang amat serius dan bukan jenaka.Bila timbul perkara sebegini kita atau dia mulai terasa bersalah dan menyesali dengan apa yang telah berlaku.
Semua ini adakalanya berlaku tanpa dirancang.Ianya berlaku secara spontan dan secara tidak sengaja apabila salah seorang dari kita telah hilang kawalan emosinya.Kita beriya2 memberikan hujah dan alasan2 yang kukuh terhadap apa yang sedang kita bincangkan.Kita mungkin terlepas pandang atau mungkin juga terlepas cakap akan sesuatu yang mungkin mengusik hati kecil orang yang kita hadapi.Ialah adakalanya apabila kita terlalu ghairah bila bercakap kita mungkin terlupa sesuatu.Kita terlupa guna akal dengan cermat bila memberikan sesuatu pendapat dan pandangan.Secara diam2 dia kecil hati dengan kita.
Tahu2 dia angkat kaki lambung dan membiarkan kita tersentap seorang2 disitu.
Ini boleh berlaku dengan sesiapa sahaja.Semua orang boleh terbabit dalam hal2 begini.Kita mungkin berhadapan dengan orang tua kita dengan adik beradik kita dan juga rakan2 kita.Bila kita mulai sedikit dewasa kita merasakan kita berhak untuk memberikan pendapat dan pandangan pada satu2 isu yang sedang diketengahkan.Cuma yang tidak baiknya ialah apabila kita kurang bijak mengawal setiap apa yang kita perkatakan.Kita kurang cermat apabila mengunakan ayat2 atau juga perkataan.Suara kita mungkin sedikit tinggi dan kasar bila bercakap.Mata kita dan bahasa badan kita memberikan rasa kurang selesa kepada sesiapa yang melihatnya.
Kita bukan mahu memberikan pandangan tetapi kita seperti mahu membuat tendangan penalti.
Akhirnya apabila semua sudah selesai dan masing2 membuat haluan sendiri dengan arah yang berlainan maka barulah kita perasan yang kita mungkin sudah keterlaluan dalam memberikan pendapat dan pandagan.Mulai kita sedar bahawa kita secara tidak sengaja telah menyakiti hati seseorang yang selama ini mungkin kita sangat sayangi dan cintai.Cuma kerana satu isu yang mungkin remeh kita telah kehilangan seseorang.Kalau kita bernasib baik mungkin kita atau dia akan bermaafan dan melupakan segalanya.Anggap itu semua satu perkara yang baik untuk difikirkan dan demi kebaikan bersama.
Jika sebaliknya kita telah mencipta satu lagi musuh baru.Jika nasib kita kurang baik mungkin itu musuh kita yang sangat kita takuti selama ini yang kita tunggu2kan.Pernah dengar kawan jadi lawan? Kawan makan kawan?
Perkara ini memang nampak seperti tidak ada apa2 yang buruk.Percayalah kerana perkara berbeza pandangan inilah yang telah membuatkan umat yang paling ramai didunia ini sekarang sedang berperang sesama sendiri.Tiada arahan dari yang terakhir atau juga yang memiliki.Tiada bukti dari bacaan yang satu akan perkara ini.Siapa mereka memberikan arahan tentang kumpulan yang empat itu? Kecelaruan ini telah terlalu lama dan semakin menyesatkan umat yang paling mulia dimuka bumi ini.Tidak difahami kenapa terlalu taksub dengan idea2 manusia selepas perginya yang terakhir?
Lupakah akan janji2 yang memiliki?
chow!
Labels:
Story Agama
14 Oct 2013
Budaya Bertunang
Budaya ini aku lihat semakin hari semakin di lupakan.Ramai yang memperlekehkannya.Orang muda atau orang yang lebih tua mulai meminggirkan budaya ini.Budaya ini sebenarnya baik kalau kita lihat dan pandang secara teliti.Jika jenis yang malas berfikir mungkin mengatakan budaya ini cuma satu bidaah dan perbaziran sahaja.
Kenapa harus bertunang?
Dahulu budaya bertunang diadakan tujuannya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan masing2 untuk berkenalan dan mengenali hati budi pasangan masing2 secara dekat dan teliti.Tujuan kedua ialah untuk membuat persiapan menjelang hari persandingan.Lagi satu tujuan ialah agar kedua2 belah pihak dapat mengumpul budget yang cukup untuk majlis persandingan mereka.
Kenapa bertunang sekarang menjadi satu sindiran?
Dahulu pasangan masing2 agak susah dan sukar untuk berjumpa.Ini mungkin kurangnya tempat untuk mereka berjumpa dan melepak.Tiada kemudahan dan tiada kesenangan untuk berjumpa seperti sekarang.Ialah zaman dahulu bukan moden macam hari ini.Sekarang segala macam ada dan semuanya berdekatan dengan kita.Mudah dan selesa.
Pusat beli belah,panggung wayang,kopitiam,restoran makanan segera dan macam2 lagi semuanya ada.Oleh itu mudah bagi pasangan untuk berjumpa dan bertemu.Sesuai untuk mereka mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi.Cuma apabila sudah mulai suka sama suka cara mereka bersama agak begitu mencalarkan hati sesetengah dari kita.Kurang sopan dan agak biadap lakunya.Lagi mencemarkan apabila mereka menamatkan pertemuan mereka di bilik yang dingin yang jumlahnya agak keterlaluan banyak sekarang.
Jahanam! Kahwin sebelum bernikah pada masa pertunangan!
Cerita2 dari mulut orang2 yang berilmu juga buat hati aku sakit.Kenapa mereka tidak pandang benda ini jauh2.Cakap mereka sangat laku di khalayak ramai dan kenapa tidak digunakan secara berilmiah.Jika pendapat ini datangnya dari mulut mereka pasti jumlah yang bercinta lama dapat dipendekkan dan disegerakan majlisnya.Tiada lagi kisah cinta lama2 yang membazirkan masa dan juga menambahkan banyak dosa.Hubungan yang sia2 hubungan yang tiada hala tujunya.Jumlah maksiat dapat dikurangkan dengan banyak.Maksiat tiada tarikh tamat tempoh saudara saudariku sekalian ya!
Bagaimana budaya bertunang ini dapat membantu kita?
Kita mulai begini katakanlah kalau kita cuma bercinta tanpa ada ikatan pertunangan kemanakah pergi hala tuju perhubungan itu?Kita pun tidak tahu dan juga tidak dapat memberikan jawapan dan juga kepastian.Jika kita ditunangkan pasti tujuannya ialah untuk kita dinikahkan.Cuma dengan cara bertunang kita dapat mengelakan hubungan cinta yang lama dan sia2.Bila kita bertunang kedua2 belah pihak akan lebih komited dan serius dalam perhubungan.Cara ini juga akan membuatkan pasangan kita lebih berhati2 dan tidak main2.Budaya bertunang ini sebenarnya akan medewasakan kita dengan tidak secara lansung.Iaitu mengenali apa itu namanya tanggungjawap!
Bertunangkan lesen untuk buat maksiat!
Itu memang tidak dinafikan.Maksiat bukan hanya mereka yang bertunang yang sudah dinikahkan pun masih giat bermaksiat.So maksiat sebenarnya bukan hanya kepada mereka yang bertunang sahaja.Tidak bertunang pun bikin maksiat.Anak berderet2 pun bikin maksiat.Maksiat sebenarnya hak manusia yang tiada cukup2 kehendaknya.
Untuk elakkan pasangan bertunang ini bikin maksiat pilihlah pasangan yang jauh dari kita.Contohnya si lelaki kat utara dan siprempuan kat selatan.Maka tiada maksiat di antara mereka.Itu kata2 dari seorang yang berilmu didalam TV.Itu kata2 beliau tapi persoalan aku ialah....
Pastikah tiada maksiat? Mungkin benar tiada maksiat di antara pasangan yang bertunang itu tetapi pastikah tiada maksiat pula dengan orang yang berdekatan dengan mereka di tempat mereka tinggal?Pernah dengar kes tunang aku di kebas orang.Maksiat memang tidak dapat dielakkan.
Cuma bila pasangan ini bertunang maka dengan rasminya hubungan mereka telah diketahui oleh semua orang.Jika mahu bikin bukan2 pun ianya bukan mudah kerana orang tahu kita sudah bertunang.Orang akan hormati akan title ini.Cuma kalau orang itu jenis tak peduli memang kita tidak boleh nak buat apa2.Itu memang jenis yang akrab dengan Iblis dan syaitan.
Baik dan buruk dalam pertunangan memang tidak dinafikan juga di elakkan.Begitu juga dengan setandan pisang bukan semua ranum dengan molek sudah pasti ada dua atau tiga biji yang busuk.Jika ada yang putus tunang itu perkara biasa dalam perhubungan.Itu mungkin bukan rezeki pasangan tersebut.Tiada takdir tiada jodoh.Jika kita teliti dalam2 budaya pertunangan ini sangat bagus sebenarnya.Cuma kita ini terlalu banyak pendapat dan perbalahan maka yang baik2 itu cuma nampak yang tidak elok saja.Kita suka ambil yang buruk sebagai contoh.Tidak tahu mengapa padahal yang baik2 itu lebih banyak ada.Sukarkah kita ambil yang baik sebagai pedoman hidup kita?
Suka sangat ambil yang buruk sebagai pedoman hidup!
Ini silap orang kita yang suka sangat kepada perkara yang buruk2.Suka cari dan ilhamkan cerita yang tiada asal usulnya.Percaya sangat dengan dongeng orang lama2 yang tiada hujung pangkal.Otak ada tapi tidak digunakan secara baik dan elok.Bahagian yang tidak elok memang mudah meresapi hati orang2 kita bukan sahaja pada hari ini tetapi telah berkurun lama bersemadi di dalam jiwa raga orang2 kita.
Kembali semula kepada isu yang aku ketengahkan disini.Budaya bertunang!
Bagaimana pula pendapat kamu?
chow!
Labels:
Story Semasa
10 Oct 2013
Tolong Salah Tak Tolong Salah
Seorang kawan datang minta tolong dengan aku semalam.Pertolongan yang dia minta dari aku buat aku jadi serba salah.Bukan aku tidak mahu tolong cuma aku takut mahu tolong.Takut nanti dia menjauhkan diri dari aku.Sebelum ini ada beberapa orang kawan datang minta tolong dan dengan iklas aku tolong.Selang beberapa ketika mereka semua hilang lesap entah kemana.
Hilang kerana malu dan hilang kerana tidak tahu malu.
Pertolongan yang berupa wang ringgit memang cukup rumit.Walau kita iklas sekalipun pasti dibelakang hari nanti ada sahaja benda yang tidak akan menyenangkan hati kita.
Bila pertolongan yang bersandarkan kata " pinjam " maka pertolongan ini harus dikotakan.Kita mungkin tidak kisah sangat tetapi mungkin dia tidak.Sipeminjam mungkin ada rasa serba salah.Takut apa yang dikata tidak dapat dikotakan janji.Kita pula mungkin iklas tetapi apabila telah diberikan kata2 janji kita pasti akan menuntut semula kata2 itu nanti.Bila semua itu gagal berlaku pasti kita atau dia mulai ada rasa sangsi diantara satu sama lain.Kita sangka begini dia pula sangka yang lain.
Akhirnya kita kehilangan kawan dengan tidak secara lansung.Begitu juga dengan dia.Mana yang iklas mungkin kita dapat terima dan maafkan.Jika sebaliknya tidak banyak sedikit hati kita pasti berkata2 yang bukan2 dan kita sendiri kurang sukai.Tolong salah tidak ditolong juga salah.Serba salah dibuatnya.
Itu yang aku tidak sukai.Bila sudah ditolong kita pula yang melopong.
Namun aku selalunya buat tidak peduli akhirnya.Tolong tetap tolong dan aku berserah.Jika nanti ada rezeki aku pasti akan ada semula semuanya.Jika tidak maka it's ok with me.Cuma aku rasa ralat jika mereka hilang begitu sahaja tanpa ada sedikit rasa bersalah.Tidak kisah jika tidak mampu kerana aku faham.Bila ada pulangkan jika tiada tidak perlu menyorok bawah katil.Cakap jer aku memahaminya.
Hati manusia siapa boleh baca dan mana ada samanya.
Aku percaya semua ini bukan hak milik kita kalau itu bukan milik kita.Rezeki tidak akan kemana jika sudah tersurat itu hak kita.Bunyi macam pelik tetapi aku suka cara begini.Senang tidak perlu fikir panjang sangat.Tolong ikut kemampuan itu yang selalu aku amalkan.Terpulang jika mereka tidak muncul kembali.Cuma sedihlah kerana wang ringgit silatulrahim terputus.Pasal duit!
Bosan!
chow!
Labels:
Story Meluat
Subscribe to:
Posts (Atom)

















