Pages - Menu

14 Mar 2014

Satu Imiginasi Aku


Mayday...mayday...mayday!

Itulah ayat yang harus terkeluar dari mulut sesiapa sahaja yang berada didalam kapalterbang jika berlakunya satu2 kecemasan.Pasti sekali dari kapten dan pembantu2nya.Itu yang tidak berlaku didalam kes MH370.Hilang terputus tanpa dapat dikesan oleh radar.Pelik dan hairan satu dunia dibuatnya.Kemanakah hilangnya kapalterbang yang sangat besar dan paling selamat sekali didalam kumpulannya.

Pertama sekali berlaku didunia!

Aku cuma diam sahaja dalam seminggu ini tentang hal ini.Cerita dari pelbagai orang dengan pelbagai spekulasi yang macam2.Aku diam lagi dan diam lagi sampai aku mempunyai versi aku sendiri.Ini imiginasi aku yang aku kira memang macam pelik.

Semua ini berkemungkinan kerana kuasa.Kuasa yang semakin hari semakin berkuasa maka kuasa yang satu lagi semakin terancam.Aku andaikan bahawa peristiwa ini dekat dengan hal kuasa.Cuma negara kita menjadi taruhannya.Jika benar ianya terhempas kenapa tiada satu benda pun yang timbul setelah 7 hari berlalu.Kes air france yang terhempas pun dapat diketahui dengan segera walaupun selepas 2 tahun segalanya ditemui.Ini sangat menghairankan sekali.Apakah sebenarnya yang berlaku?

Imiginasi aku ialah tentang takutnya Amerika dengan China.

Dahulu Amerika adalah salah satu kuasa besar yang sangat ditakuti.Cuma Russia sahaja saingannya.Namun hari ini jelas sekali China bakal merampas gelaran itu untuk selama2nya.Ini kerana dengan rakyatnya yang lebih satu billion memungkinkan segala kuasa akan bertahkta kekal di China.Segala apa barang dan juga benda yang bakal dikeluarkan akan menjadikan China salah satu kuasa ekonomi baru yang sangat kuat dan tidak mampu dilawan oleh Amerika.

Jika ini berlaku bagaimana dan apakah akan berlaku dengan Amerika? Muflis mungkin!

Imiginasi aku ialah aku andaikan bahawa MH370 telah dilenyapkan sementara dari dunia ini.Berkemungkinan besar megelinggi dunia tanpa henti.Ini kapalterbang yang sangat besar dan moden.Ianya buatan Amerika.Percaya atau tidak radar dan segala bagai mereka boleh matikan dan kapalterbang ini sengaja dilenyapkan begitu sahaja tanpa dapat dikesan.Apa tujuannya?

Aku andaikan China cuba diugut agar mendengar cakap Amerika.Hal apa? Mungkin hal Ukaraine yang sekarang menjadi rebutan Russia.China sekutu rapat Russia.Aku percaya negeri dibawah Ukaraine itu sangat bernilai tinggi.Sumber minyaknya!

Namun jika imiginasi aku ini cuma satu imiginasi maka biarkanlah.Jika benar MH370 terhempas kenapa begitu sulit sekali untuk dikesan dan ditemui.Aku ada banyak membaca tentang kapalterbang yang telah hilang atau terhempas musnah tapi semuanya dapat diketahui akan puncanya.Cuma kes MH370 memang sangat pelik dan menghairankan.Hilang begitu sahaja?

Cuma aku agak sedih dengan orang kita yang tiada hati dan perasaan apabila bercakap tanpa memperdulikan hati dan perasaan mangsa2 MH370.Bayangkan jika ada salah seorang ahli keluarga anda berada didalam kes ini bagaimana?

Agak2lah...ini drama lah...ini konspirasi lah...ini nak tutup hal Anwar la...adoi segala2nya mahu dipolitikkan!

Serius aku naik meluat dan menyampah.Lagi menyampah adalah pulak yang cuba jadi popular satu dunia dengan adegan di KLIA itu.Ini orang kita ini bangsa kita.Bagaimana kita hendak perjelaskan kepada orang asing dari luar apakah yang sedang orang kita lakukan itu?

Kepala aku mengeleng sampai 360!


























Memang pening!

chow!

7 comments:

  1. semoga operasi mencari dan menyelamat tersebut dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. insiden bomoh di KLIA tu mmg memalukan. facepalm. apa pun, kita perlu tetap berdoa agar semua penumpang dan krew pesawat MH370 selamat. aku harap misteri kehilangan pesawat ni terungkai.

    ReplyDelete
  3. Aku suka teori kau. Ini mungkin kerana aku selalu menyogok diri aku sendiri dengan filem-filem Amerika yang berkait rapat dengan China. Bahagian luaran nampak perhubungan mereka baik, tapi di belakang masing-masing pelbagai acara dan agenda disusun untuk menjatuhkan masing-masing. Aku suka teori kau! (Aku ulang smp 2x!) Hahaha.

    Namun apa pun kita kena balik pada Dia juga. Kun fayakun.

    ReplyDelete
  4. Teori yang boleh diterima akal.

    ReplyDelete
  5. Kalau teori kau betul memang bangsat la pihak yang memperjudikan nyawa mereka yang tak bersalah..

    ReplyDelete
  6. mendengar menanti dan berdoa

    ReplyDelete
  7. Pening!keep calm and pray is the best...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...