Pages - Menu

5 Mar 2014

Tabiat Yang Tak Elok


Hari ini aku nak story sikit pasal hal merokok.Sejak dua menjak ini aku sudah mulai cuba mengurangkan sedikit tabiat merokok.Ini bukan sebab aku mahu berhenti tetapi macam terpaksa dihentikan dengan tahap segera.Sudah beberapa kali aku terasa dada aku macam sempit dan sukar untuk menarik nafas seperti biasa.Hal ini nampaknya membuatkan aku ada sedikit seram dan takut.Tak pernah sebelum ini perkara sesak nafas berlaku terhadap aku selama bertahun aku merokok.

Setiap kali ianya menyerang aku terasa macam nyawa aku hampir mahu tercabut dibuatnya.Faham dan tak payah nak cakap itu tandanya aku harus berhenti merokok sekarang.Alah bukan tak tahu bila masa sakit barulah yer2 nak berhenti bila dah kurang nanti on semula.Biasa dah dengar orang cakap macam itu pada aku.Tapi last2 tak berhenti2 juga sampai ke arwah!

Semangat mahu berhenti itu ada cuma...sayang pulak rasanya.

Bila bercakap pasal merokok ada perkara2 yang aku sendiri kurang faham.Contoh seperti selepas makan mesti mahu hisap rokok dan bila ditanya mengapa katanya baru ada kick.Celah mana kicknya pun aku tak tahu padahal aku juga merokok tapi tak lah sampai begitu tahapnya.Bila mahu buang masalah didalam perut juga mahu pekena sebatang rokok.Ini lagi satu hal yang aku cukup hairan bila masa nak meneran dan bila masa nak menyedut asap rokok.Bayangkan meneran sambil menyedut dalam masa serentak mana satu yang jadi dulu...macam jahanam yer dak!

Adakalanya aku rasa perokok2 macam aku ini otak mereka banyak yang dah rosak.Semua perbuatan mereka perlu dimulakan dengan merokok dan diakhiri dengan merokok.Kalau yang sudah berumahtangga pasti sibini pernah terlihat perlakuan sisuami begini selepas habis projek terus pekena sebatang rokok...katanya baru puas!

Puas yang mana satu erk?

Mana aku tahu ni.Alah tak payan nak borak sangat perkara2 begini bukan susah sangat nak diperhatikan.Kalau zaman dahulu mungkin susah nak jumpa tapi hari ini kita tak tanya pun mereka akan cakap...


"...lepas projek kena sebatang rokok memang terbaik..."


Merokok sebenarnya memang tak elok dan tak bagus untuk kesihatan kita.Cuma bila sudah jadi tabiat memang sukar sekali untuk kita hentikan.Kalau kau tak merokok memang mudah lah cakap berhenti tapi kepada yang sudah bertahun2 merokok dan minta diberhentikan merokok ianya bukan perkara mudah.Sakit putus cinta pun kalah deritanya.Lagi2 kalau kita ramai kawan yang merokok lagilah susah untuk berhenti merokok.Silap2 kita dibahannya setiap hari sampai mental kita down.Elok2 mahu berhenti lansung kensel!

Percayalah sampai satu masa nanti kita pasti akan berhenti merokok.Kalau bukan kerana sakit dada mungkin juga kerana kita takut mati  cepat.Sebab masa itu mungkin kita sudah kaya dan banyak harta tentu rugi kalau mati cepat2.Tentu rugi tak dapat hanez suraya!

Insyaallah akan aku cuba berhenti merokok apabila sampai masanya nanti...mungkin esok mungkin tiada esok bagiku lagi.Die....!

chow!

p/s: header tu aku main belasah jer pasang padahal masih dalam pembikinan...ownernya yg bikin ntah mana ntah perginya ...

13 comments:

  1. Jom... memula tukar kpd rokok yg kurang kandungan tar dan nikotin. Lepas tu, jarakkan bilangan dengan cara tangguhkan...

    Acid test untuk jati diri berhenti merokok ialah selepas makan minum, jangan hisap rokok sekurang-kurangnya 30 minit. Kalau boleh buat, akan senang berhenti...

    ReplyDelete
  2. slow2 :) insha Allah berhasil. Mcm along sy, start dgn chewing gum, pastu ganti gula2, mula2 2 minggu, then sebulan, then dah benti dah sekarang :) alhamdulillah, u can do it too.

    ReplyDelete
  3. dulu masa duk rumah sewa, aku tengok kawan aku masa bulan puasa..bunyi je azan je rokok dulu yang dia hisap..haha

    ReplyDelete
  4. Rokok menyebabkan paru-paru kurang menyerap oksigen. sebab tu bila berenang dan menyelam, perokok takkan boleh bertahan lama. sama jugak dengan mendaki gunung, semakin tinggi ke puncak oksigen makin tipis, bagi perokok tegar dia mungkin susah nak bernafas atau mungkin takkan sampai puncak. woha! Tgk movie "Angels & Demons" to believe it!

    ReplyDelete
  5. Lelaki, baru aku perasan. Kau sudah kembali aktif menulis. Tahniah.


    Dulu masa aku masih baik dengan abang aku, aku selalu tegur dia pasal merokok. Lepas tu dia boleh kata, "Tak pe la sekurang kalau mati orang tahu la penyebabnya. Apsal si Amy tu mati? Ooo sebab rokok."

    Hampeh kan?

    ReplyDelete
  6. aku sokong kalo ko nak berenti merokok. dulu aku pernah jual detox foot patch. pastu ada sorang lelaki ni beli. then dia kata dia tanak beli dah. bila aku tanya sebab apa, dia kata sebab bila dia pakai benda tu, dia takde rasa nak merokok which is tak best la. padahalnya bukan ke elok macam tu. so, kalo ko nak berenti merokok, ko cuba detox dulu badan ko. insyaAllah berjaya.

    ReplyDelete
  7. bagus la kalo hang nak berhenti merokok. aku sokong sepenuh nyer.

    ReplyDelete
  8. Slow2. Dari kau start dengan merokok, habis pund engan merokok. Apakata kau mulakan dengan bismillah, Ecewahhh

    ReplyDelete
  9. merokok itu kan macho

    aku suka header tu

    ReplyDelete
  10. Ada juga yang berhenti merokok sebab rokok. Dah hilang nyawa, kira berhenti la kan? Hihi. Selamat buat kau! Boleh babe, boleh!

    ReplyDelete
  11. Mmmmm....ayut pon pelik.sgt pelik.ap best yer?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...