Pages - Menu

29 Oct 2012

Tanpa Kamu


Lelaki memang sukar untuk terus bersendiri tanpa ditemani sigadis yang dia minati dan cintai.Jika ada lelaki yang senang bersendirian tanpa ada rasa bosan tanpa gadis disisi maka lelaki itu ada masalah dalaman yang amat kronik.Lelaki itu mungkin berminat dengan kaum sejenisnya atau mungkin dia sedang gerhana dan karam dengan kebencian yang teramat terhadap para gadis.Kecewa kerana cinta itu kemungkinan yang sangat ketara.

Bagaimana lelaki boleh berlagak biasa tanpa ada seorang gadis bersamanya.Bagi aku itu amat pelik sekali.Seronok ke jika tidak mempunyai atau memiliki seorang gadis yang kita senangi dan cintai...

Sememangnya kaum wanita itu sangat unik.Adakalanya ianya amat membahagiakan dan ketikanya ianya amat menyakitkan.Itu sudah pasti tidak dapat dinafikan dan juga dielakkan.Mahu atau tidak terpaksa juga dihadapinya.

Benci dengan mereka mungkin sementara sahaja tetapi bila bersendirian dan rasa sunyi maka terpaksa juga mencari mereka.Kejam sungguh dirasakan pula.Ianya tercipta untuk menemani si lelaki.Bergembira dan berduka bersama dan jika ada rezekinya mungkin sekali sehidup semati...

Indah sekali jika ianya berakhir begitu...

Bohong jika ada yang berkata tiada mereka aku masih mampu hidup dan berdiri sendiri.Itu mulut yang berkata-kata tetapi didalam hati menjerit bagai mahu gila.Tiada guna menipu diri sendiri untuk memuaskan nafsu jahat kita.Benci ada hadnya dan ada sebabnya untuk diketepikan bila sudah sampai waktu dan ketikannya.Jangan ghairah sangat untuk berdabik dada kononnya dunia ini akan lebih meriah tanpa mereka bersama kita.

Benar racun dan madu seiringan bersama mereka...
Semuanya telah terencana bersebab dan tidak dapat untuk dielakkannya...berikan sedikit masa untuk mencari langkah yang baru demi satu permulaan ...yang mungkin akan memabawa kita ke jalan yang kita cari selama ini.

Begitu juga aku yang pernah terluka dengan cinta seorang gadis yang sangat aku cintai di satu ketika dahulu.Hingga sanggup melabel semua perempuan adalah sama iaitu penipu dan pelakon yang hebat.Mulut manis berkata menabur janji yang sanggup sehidup semati tetapi akhirnya curang dengan lagak tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.Ianya bukan berlaku sekali tetapi tanpa aku sedari ianya telah berlaku berkali-kali...disebabkan sayang yang teramat mata menjadi buta dan akal mati untuk berfikir yang mana satu benar dan palsu!

Namun bila aku melihat kembali ke belakang semula dan mencari jawapan kepada semua persoalan ini maka akhirnya aku temui juga iaitu sengaja kita di uji sebegitu rupa supaya kita sedar bahawa apa yang kita ada dan miliki belum tentu pasti akan menjadi hak milik sejati.Semua itu memang sengaja diada-adakan agar di satu hari nanti kita akan dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik dan lebih berbaloi untuk kita cintai dan kasehi.

Itu dulu beberapa tahun yang lepas tetapi sakitnya masih lagi terasa sehingga sekarang sehinggakan aku takut dan tidak berani mendekati mana-mana gadis sekalipun.Bukan benci tetapi tahu betapa bisa bila termakan madu yang beracun.Walaupun nampak sihat diluaran tetapi pedihnya seperti barah yang tiada tahu akan berhenti meratah hati kita.Tak terkata sakitnya cuma mereka yang pernah melauinya tahu betapa azabnya menahan sakit yang tiada siapa yang dapat menolong dan membantu.




Benar kita ada yang maha kuasa tetapi kenapa kita yang menjadi pilihannya untuk merasai derita ini?

Aku tidak mahu memberikan jawapannya biar kamu yang memberikan jawapanya kepada aku kerana aku mahu melihat dan menilai adakah sama seperti jawapan yang aku ada sendiri.Jika jawapan kita sama maka di antara kita memang pernah alami atau mungkin pernah mendengarnya dari seseorang yang kita kenali.

Hari ini apa perlukah aku takut dan menjauhi mereka?

Oh! please no!

Kalau aku terus belayar dengan kapal yang tiada hala tujunya tentu pasti di suatu masa nanti kapal ini akan karam terlanggar batu karang atau juga karam dilanda ribut ganas di lautan lepas.Jika berterusan begini aku percaya sangat yang kita ini akan menjadi seperti zombie yang mempunyai nyawa tapi busuk bak bangkai.Orang lain makan kita juga makan tetapi apa yang kita makan tidak serupa seperti orang lain makan.Mereka makan dengan penuh kenikmatan tetapi kita makan penuh dengan seribu satu macam keseksaan.

Andaikata aku tekad tanpa kamu wahai perempuan yang bernama gadis mampukah aku hidup didunia ini dengan aman.Bolehkah aku tersenyum gembira tertawa ceria tiada masam berduka?

Serius ...die!


chow!



45 comments:

  1. Aik? Kenapa mcm kecewa ni?? Mana semangat awk selama ni???
    Awk xbole sama kan semua gadis/perempuan sama..
    #tanpa keberanian mimpi xbermakna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I mana ada kecewa jika u yg datang....


      "...tanpa keberanian...."


      Suka dengan ayat ini...i berani u...u ada berannnn hehe!

      Delete
  2. mcm pernah baca kat mana ntah; "muka org bujang adalah muka org yang paling sengsara.." eh..? mengata diri sendiri.. bergembira je selagi belum memegang amanah/komitmen..yeah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pernah la tuuu....tetapi entry lama tu pendek ini ada penambahan...


      ye ker muka org bujang muka sengsara....hehe!

      Delete
  3. 1 hari nanti akan memiliki pinjaman dariNya.bersabarlah

    ReplyDelete
  4. Ada juga lelaki yang dah biasa hidup sorang2 tanpa wanita... Bukan gay tetapi sekadar belum bersedia untuk serius dengan wanita...dan lelaki itu malas nak kluar dgn perempuan atas dasar suka suka sahaja sebab hanya akan menghabiskan duit je.

    ReplyDelete
  5. Tetap semangat awakkk , jangan mudah cepat putus harapan ye, berkat doa awak, insya'Allahhh, pasti bersatu..hehe

    ReplyDelete
  6. bercinta selepas kahwin. baru tak kecewa. :) Jodoh rahsia allah..kita merancang .Allah sebaik perancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benarkah tiada kekecewaan bercinta selepas kahwin?

      Delete
  7. isteri solehah sbg penyeri rumah tangga..

    ReplyDelete
  8. pokoknya memang lelaki & wanita dijadikan untuk saling melengkapi dong.
    jangan mengalah bro. haha

    ReplyDelete
  9. hurm..mungkin pengalaman dan kekecewaan yang pernah aku tempuhi tidaklah sehebat ko, tapi aku sangat2 faham perasaan ko bro.. bila cinta dikhianati, memang sangat sengsara. kecurangan dan penipuan yang berlaku depan mata sendiri tapi still tetap ingin bersama si dia. tetap memaafkan walau telah berlaku secara berlarutan. betapa bodohnya otak menilai dan betapa butanya hati disebabkan cinta. dan selepas benar2 dikecewakan, hati ni seolah2 terus terkunci dan sukar utk menerima cinta yang lain.. walau perasaan teringin tu ada..

    p/s : haha. tak taulah kenapa masuk sini je, aku suka nak luahkan perasaan.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi... apabila boni kacak mengeluarkan kata-kata
      haha....x sangka kasanova (heheh) pun pernah frust

      Delete
    2. boni ....jangan malu luahkan perasaan kita itu juga adalah ubat untuk hati kita...cewahhhhh!


      hehe!

      Delete
    3. momoy...jgn x sangka tahu...:)

      Delete
  10. wow, u ll die? hehe
    mungkin sbb ko dah rasa berkali kali, kalau aku rasanya aku masih hidup sbab aku hanya rasa sakit yg sekali. Cukup untuk aku melabelkn kaum itu.

    tapi aku dh bnyk jumpa lelaki hidup tanpa wanita, mereka tak gay pun seriously, kau nk join dorang tak?

    ReplyDelete
  11. Lumrah hidup dunia. :)
    Semua akan lalui fasa yang sama.
    Yang membezakan kita adalah cara kita berfikir dan menerima semua yang kita lalui. :)
    Sama juga bila tiba ke soal hati dan perasaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana yang faham mmg mudah untuk memahaminya...:)

      Delete
  12. kan perempuan itu pelengkap lelaki..dan jgk sebaliknya.perasaan itu kan kelebihan bt kite.jgn sia-sia kan...klu pandai jg,pasti elok akhirnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg laa...masalahnya jika diuji dan teruji itu yg x menahan...:)

      Delete
  13. Hehe. Ramai je sebenarnya lelaki macam tu, Bilamana dia rasa dia dah serik atau trauma dengan bercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju...itu dululah sekarang ni i kembali garang u!

      hehe!

      Delete
  14. lumrah hidup. jumpa yang salah dulu untuk kita belajar dan tahu cinta mana yang patut diutamakan, dilebihkan. iaitu Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta allah adalah sejati sehingga mati...cuma bercinta ini yang kadangkala ada kekalutangnya...

      Delete
  15. setiap yang diciptakan Allah ada pasangannya. x boleh lari dari itu. dulu sy same jugak berpikiran semua lelaki sama, tapi dalam ramai2 lelaki ada jugak yg Allah ciptakan istimewa :)
    awak juga akan begitu nnt.

    ReplyDelete
  16. Awk masih ternanti-nanti cinta dalam hidup awk ye? Jgn jadikan kisah luka yang lalu itu sebagai penghalang. Teruskan usaha. Pastu akan ditemani jua nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sedang beruasaha ni....jgn main2!

      hehe!

      Delete
  17. jodoh smemangnya telah trsurat.. kita diglakkn utk berusaha utk mncari tmn hdup.. andai prnh kecewa.. carilah gnti yg lbh sesuai utk kita..

    ReplyDelete
  18. aku suka entri ni bro....
    kalau aku pun sudah pasti tak boleh hidup tanpa gadis juga. kaum hawa ni kan penyeri hidup.

    tapi ia tertakluk pada ketentuan jodoh kita juga cepat atau lambat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg leceh ni ...dah lambat sangat...hehe!

      Delete
  19. suka bce entry ni.. good luck in ur lovelife! ^^

    ReplyDelete
  20. tu lah, pompuan pon macam tu jgk..hehehe

    ReplyDelete
  21. apa2 pon lelaki semlm.. bersabar la.. ia akan hadir juga.. memang kita ni mampu utk berkata apa2 kerana ingin meluah apa di rasa!!

    gud luck!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...