Pages - Menu

25 Oct 2012

Kata hati



Benar kata orang-orang tua kalau ikutkan kata hati nanti mati tetapi kita pedulikan kata-kata mereka malahan kita turutkan sahaja kata hati kita dan akhirnya kita yang mendapat celakanya.

Persoalan hati ini memang agak memeningkan kepala kita.Lebih-lebih lagi kalau berkaitan rapat dengan cerita cinta.Masalah hati kita menjadi satu masalah besar kepada kita kerana kita selalu sangat megakui akan kata hati kita itu adalah betul.Kita dengar dengan membuta tuli tanpa meminta rujukan dari pihak akal kita.Selalunya kita akan nafikan apa juga amaran dan nasihat yang diberikan oleh pihak akal kepada kita walaupun kita sedar ada kebenarannya.

Kata hati kita kepada kita.... pedulikan sahaja dengan pihak akal.Pihak akal mana tahu akan rasa hati kita dia cuma tahu apa yang betul dan apa yang tidak sahaja.Pihak akal mana ada persaan seperti hati kita!

Itu yang sering kali kita lakukan iaitu menafikan kebenaran yang cuba pihak akal berikan kepada kita.Rasa hati kita yang begitu yakin bahawa apa yang sedang kita lakukan adalah betul dan tepat.Tidak kepada pihak akal yang nampak jelas akan kepincangan cara hati kita berfikir.Hati kita memang tiada akal untuk berfikir itu yang membuat kita selalu buat perkara-perkara yang diluar kemampuan dan jangkaan kita.Degil kita ego kita kerana terlalu yakin dengan hati menyebabkan kita tersimpang jauh dari apa yang patut dan betul kita lakukan.Kita pasti akan bertindak membabi buta bila terlalu taksub dengan kata hati kita.Malahan banyak perkara yang kita lakukan tanpa rujukan dari pihak akal akan membawa kita ke lembah yang penuh duri dan kelukaan!

Akhirnya kita marah dengan hati kerana terlalu mengikut kata hati kita.Salahkan hati salahkan semua!

Sekali lagi persoalan timbul kenapa kita terlalu taksub atau mungkin terdesak untuk mendengar dan mengikut sahaja kata hati kita.Kita sebenarnya tahu apa akibatnya jika terlalu menurut kata hati kita.Namun kita nafikan nasihat dan teguran yang cuba disampaikan oleh pihak akal kepada kita.

Kita fikir dan yakin dengan kata hati kita ini adalah benar-benar betul.Kita marahkan dengan pihak akal kita.Kita persendakan semua teguran yang diberikan kepada hati kita.Jarang sekali mahu buat rujukan kepada pihak akal setiap kali bila mahu melakukan sesuatu atau bertindak.Hati kita kata apa sahaja kita tunduk ikut dan tidak mambantah sepatah kata pun.Kita puaskan hati kita ,kita berikan semua yang di minta oleh hati kita.Tanpa ada rasa sekelumit ragu pun kita turuti semuanya.

Begitulah gahnya kata hati kita bila bertindak dan mengarah kita.Bodoh-bodoh kita akur dan menurut segala perintah tetapi akhirnya kita makan hati kita sendiri!

Tiada guna lagi sesalan tiada guna lagi jika mahu di perbetulkan segala keterlajakkan bila terlalu mengikut kata hati kita.Kata hati kita pedulikah dengan hati kita yang sakit terluka parah kerana mengikut sangat arahan kata hati kita?

Kerana kata hati...hati kita juga yang merana sakit tidak terperi!





Ketika itu baru kita tersedar selama ini apa yang pihak akal war-warkan adalah benar belaka.Cuma waktu itu kita telah mabuk dengan kata-kata manis dari kata hati kita.Kita alpa juga lalai waktu membuat pilihan diantara kata hati dan kata akal kita.

Watak kata hati yang selalu terburu dan jarang melihat ke depan yang lebih jauh telah membuatkan hati kita luluh hancur dek termakan pujukan kata hati kita.

Bukan semua yang datang dari kata hati adalah buruk dan busuk tetapi majoritinya tidak berpihak kepada hati kita sebaliknya lebih kepada nafsu serakah kata hati kita semata-mata.Mula terasa dangkal dengan segala tindakan yang kita turuti demi kemahuan kata hati kita.Pasrah dan redha seperti telah tersedia buat hati kita.Sedih pilu bercampur nyilu terasa di dasar hati kita.Terasa hirisan tajam dari mata pisau seperti mencantas sekeping demi sekeping hati kita !

Kata hati selalu membuatkan kita keliru memilih jalan yang mana harus di lalui.Mata nampak jelas jalan yang lurus dan luas namun kata hati kata pilih jalan yang berliku itu kerana ianya lebih hebat dan mencabar.Maka hati kita pun ikuti apa kata hati kita dengan rasa berat hati yang juga berbelah-bahagi.Bila sudah tersedar yang pilihan kata hati kita salah masa itu tiada apa lagi yang dapat dilakukan...terlajak perahu bisa diundur terlajak kata hati siapa yang tersungkur?

Hati kita!

chow!

34 comments:

  1. matilah kau di dalam hati ku,
    ganas ayat dalam lagu ni....

    ReplyDelete
  2. kata org bisikan hati yg pertama tu dr Nya...yg kedua tu bisikan syaitan...wallahualam..

    ReplyDelete
  3. ikut je kata hati, ttp hrus fikir dengan akal jugak ;)

    ReplyDelete
  4. Sejak dah makin tua nie, dah jarang ikut kata hati kalau dari segi cinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....org tua la yg pandai bermain cinta!

      Delete
  5. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita. Setuju dgn entry ni.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. mesti la sokong....nama pun suara hati ...hehe

      Delete
  7. otak kata jangan
    hati pula kaya ya :D

    ReplyDelete
  8. hati kita sentiasa berbolak-balik kan..

    ReplyDelete
  9. setuju sangat dhiashahida . bisikan yang pertama tuh drinya yang kedua tuh dri syaitan , so pilih la nak yang mna . huhu .

    ReplyDelete
  10. selalu juga ikut kata hati.. hihi.. xper, selagi xbuat salah dgn ikut kata hati tu, selagi itulah kita xbelajar..belajarkan dr kesalahan.. mm..faham ke ni..? klu ikut kata hati rupanya salah, sekurang2nya kita lebih alert dimasa akan dtg..

    ReplyDelete
  11. Kadang kala kata hati membawa ke satu persoalan.
    Kadang kala kata hati membawa ke satu jawapan.
    Ikut hati, mati - ikut rasa binasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kala mati akal dek peel hati kita...

      Delete
  12. akal dan hati memang selalu berperang..

    cuba dahulu.. yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. x semudah lidah berkata-kata ketika ini...

      Delete
  13. siap letak VC hilang naluri tu
    lirik yang scary juga
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lirik yg keras utk hilangkan rasa hati...:)

      Delete
  14. Agree lagi..!
    kata hati saya suka sgt kat awk camne??

    hehe!

    ReplyDelete
  15. itu orang cakap kena kawal hati. jgn sampai nafsu penuh dalam hati. iskh, yang pasti semua persoalan tentang hati itu memang sukar dan kadang memang tiada jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nafsu satu hal hati juga satu hal...mmg pening!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...