Pages - Menu

18 May 2013

Tak Penat ke?






Entah kadang2 aku tak faham dengan orang yang suka berborak hal politik.Aku fahamlah itu masing2 punya hak untuk bercakap dan beri pendapat.Cuma yang aku tak faham ialah tak kan lah takder masa untuk berehat dari berborak hal2 politik.

Seingat aku lah dah dekat 4 tahun atau lebih hari2 sembang tentang hal politik.

Tak penat2 ke? Tak bosan ke? Tak reti bahasa ke? Cubalah cerita hal lain pulak.Tukar tajuk cerita lain.Cerita yang tiada kena mengena dengan cerita politik.Ialah kalau dah hari2 dok cerita pasal hal politik lama2 kawan boleh jadi lawan dan semua orang akan membenci sesama sendiri.

Dari celik biji mata sampai tutup biji mata.Dari terbit matahari sampai terbenam matahari.Dari rumah bawa ke ofis sampai ke dalam kereta.Sarapan pagi ,makan tengah hari ,minum petang sampai makan malam...tak habis2 borak pasal cerita politik!

Cuma satu pertayaan aku kenapa terlalu emosi dan yer2 sangat tentang hal politik ni?

Bangsa lain pun berpolitik juga tetapi tak lah macam bangsa kita ni.Entah apa hantu yang merasuk orang2 kita ni.Kalau bercakap dan berbalah memang hebat2 belaka.Lansung sedikit tak mahu mengalah malah boleh diajak berlawan dan bertumbuk.Tidak kira budak atau bapak budak lagak dan peel sama jer!

Rasa nak muntah pun ada juga bila aku terperangkap dengan golongan ini.Baik yang sokong kerajaan atau yang sokong pembangkang.Kedua2nya sama sahaja.Bodoh macam lembu!Tak perlulah sangat berhujah bagai atau kenal segala macam orang konon2 untuk menguatkan hujah dan konon2 cerita dia sahaja yang benar.

Sudah2lah! Tak penat2 ke!

chow!

13 comments:

  1. kat FB ramai yg mcm ni... last2 saya unfriend kan aje, aman wall :-)

    ReplyDelete
  2. haha aku pun penat jugak baca status pasal politik.peace no war :D

    ReplyDelete
  3. betul. kat FB byk betul. kesudahannya hide dorg..

    ReplyDelete
  4. malas nak layan. terus scroll bawah je huhu

    ReplyDelete
  5. emmm...

    elok la baca komik.

    ReplyDelete
  6. Setuju. Baik masa bercakap hal politik tu diguna buat mengaji Quran. Ehhh

    ReplyDelete
  7. aku pun dah mula penat nih bila dgr org duduk sembang bab2 politik nih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...