Pages - Menu

8 May 2013

Godaan






Godaan yang kini aku alami begitu mencabar apa yang selama ini aku pegang.Bukan kerana aku sombong atau cuba menidakkan tetapi perbalahan dalaman begitu membebankan.Jika aku teruskan ada kemungkinan aku terhenti di tengah jalanan.

Siapa yang harus berkorban.

Benar orang berkata kita tidak boleh miliki semua dalam satu2 masa dan juga dalam hidup kita.Mana mungkin adil jika semua kita miliki.Perlu ada keseimbangan tetapi apa yang sedang aku lalui agak begitu mencabar dengan apa yang aku fahami.

Sekarang aku cuba terima sebaik mungkin segala kemungkinan yang hadir.Jika sudah itu yang terencana maka akan aku terima jua.Walaupun pasti ada yang tidak bersetuju dengan apa yang bakal berlaku nanti.Ialah aku juga bukan minta itu yang berlaku namun jika sudah itu suratannya mana mungkin aku tolak.Semua orang ada konflik tersendiri.

Harapan biar semua jadi indah belaka kelak.

Apa lagi yang aku mahu dari dalam dunia ini kalau bukan bahagia.Cuma adakah godaan itu adalah kebahagian aku yang selama ini aku sabar harungi.Berat memang berat tetapi apa daya jika itu yang akan berlaku.Kalau aku nafikan takut aku mengigit jari di kemudian hari.Kalau aku terima takut karam kembali semula.

Godaan ini sungguh menghairahkan.

chow!

13 comments:

  1. u never try, u never know ;-)

    ReplyDelete
  2. pls be strong..dont let them control u..

    ReplyDelete
  3. tak faham. tapi, tak salah berkawan ramai-ramai. cuma tak beri harapan pada semua sekali..

    ReplyDelete
  4. hurm.. aku tak tau nak bagi cadangan macam mana.. tapi benar kata dorang.. cuba dulu bro :)

    ReplyDelete
  5. sape lak yg goda hang nih.

    ReplyDelete
  6. Cuba dulu, kalau apa2 jadi. Ia adalah pengalaman untuk terus mencuba.

    ReplyDelete
  7. kaji dulu baik buruk godaan tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...