Pages - Menu

15 May 2013

Buta Mataku?


Setiap orang pasti mengalami seperti mana aku alami sekarang.Permulaan memang macam2 perkataan keluar.Segala macam ayat yang kurang enak dan sedap kita lemparkan untuk membuktikan betapa marah juga sakit hati kita.Kalau boleh dunia ini kita mahu terbalik tertonggeng!

Masa berlalu dan semua sudah kembali seperti sediakala.

Entah macam mana satu perkara pelik berlaku.Hari itu kita bukan main yer2 marah.Kita waktu itu umpama raja kepada segala syaitan.Tiada noktah tiada koma.Buta dan pekak kepada semua perkara yang wujud didalam alam ini.Lansung tiada setitik darah pekat yang masih kekal didalam urat2 badan kita.Seolah2 tidak mungkin ada siang dan muncul malam untuk esok harinya.

Hari ini kita seperti tikus rindukan penyapu.

Persimpangan didalam dilema.Jika diteruskan seperti menjilat ludah sendiri.Jika tidak diteruskan seperti ditelan mati bapak di luah mati emak.Takut kepada bayangan sendiri pun ada juga lagaknya.Jika aku pokok atau batu atau kerbau pasti mudah untuk aku buat keputusan.Namun sayangnya aku seorang manusia yang secara otomatik teranugerah sejenis benda yang dinamakan akal yang terletak didalam otak didalam temgkorak kepala aku.

Untuk menambahkan lagi sesak didada aku dan juga rongga tekak aku.

Dilastik sekeping hati yang mempunyai nyawa jiwa melekat tepat ditengah2 dada aku.Perghhh....memang terhebat sekali ciptaan yang maha kuasa ini.Berdecit2 mulut aku waktu menaip barisan ayat2 ini.Bayangan dan juga imbasan kini mulai menghantui diluar selaput keegoan aku.Dipanah sudah berkali hilang nyawa tidak terkira lagi.Tubuh sudah lunyai dimamah sejuta anai-anai benci tetapi hati masih kekal seperti batu gunung berapi!

Ah...sialan!

chow!

7 comments:

  1. Sebab itu kita harus berfikir sebelum bertindak. Tapi kadang2 terbabas juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab terbabas tu yg aku kurang faham ...kenapa mesti terbabas?

      bagai nak rak berhati2...tapi terbabas la jugak!



      heh!

      Delete
  2. sebelum mengeluarkan kata-kata fikir dulu kesan dan akibat kata-kata yang bakal dilontarkan, jangan terlalu mengikut perasaan.. :) sabar ya..

    ReplyDelete
  3. betullah org kata, " time will heal"

    ReplyDelete
  4. kena banyak2 istigfar masa marah tu. atau cepat2 ambil air sembahyang. In Sha Allah pasti cool.

    ReplyDelete
  5. biasanya itu adalah sifat normal seorang manusia bro..hehehe. hari ni marah hingga rasa benci, tetapi kemudiannya mula rasa rindu yang teramat :)

    ReplyDelete
  6. biasalah, terbabas bila dah sampai tahapnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...