Pages - Menu

1 Jan 2013

Sang Harimau


".....rupa paras tak menjaminkan kebahagiaan.. tetap yang menjamin kebahagiaan ialah hati, cinta, sayang, keserasian dan juga kasih sayang... sebenarnya, bagi aku sendiri, rupa paras tu hanya bersifat sementara, tetapi yang kekal ialah kasih sayang dan cinta.. mahalnya sesuatu hubungan bukan kerana rupa paras, tetapi mahalnya sesuatu hubungan ialah kerana cinta dan kasih sayang yang terpatri antara pasangan itu. :)...."

Aku ambil komen ini dari entri aku yang lepas...komen dari Bonikacak !

Satu ketika dahulu aku juga mempunyai keyakinan dan pendapat yang sama seperti komen di atas.Tiada apa lagi yang tertinggal aku rasakan.Cukup dan amat sekali terjamin dengan kekuatan cinta yang dimiliki.Setelah sekian lama belayar bersama dengan disaksikan jutaan bintang dan bulan yang tunggal tiba-tiba kapal aku karam dilanda ribut taufan yang selama ini aku tahu tetapi tidak terjangka akan cara ia mendatang dan pergi.

Siapa sangka cinta sekeras batu gunung berapi pun masih mampu juga terbelah dua dengan hanya sedikit cakaran dari sang harimau!

Celaka sekali dengan hanya sekali libas semua yang terpatri selama ini mampu tercalar rabak malahan terus cair.Mahu siapa kita persalahkan waktu itu dan seperti biasa tiada siapa yang dapat membantu kita mencari jawapan yang kita inginkan.

"....tetap yang menjamin kebahagiaan ialah hati, cinta, sayang, keserasian dan juga kasih sayang... sebenarnya...."

Semua ini telah aku serahkan dan miliki bersama-sama.Rasanya tiada yang tertinggal dan tiada apa lagi yang perlu ditokok tambah.Bila bercinta tentu sekali perkara ini adalah keutamaan untuk menjamin kelansungan perhubungan kita.Sempatkah kita terfikir bahawa sang harimau yang selalu dalam genggaman tangan kita sehari-hari mampu menghancurkan segala-galanya?

Aku sedar tentang perkara itu tetapi tidak pula terfikir itu juga adalah salah satu ancaman yang sangat bahaya yang selama ini kita tidak fikirkan secara serius.Kita cuma sibuk dengan kasih sayang dan cinta kita.Kemungkinan besar kita bukan tidak tahu tapi tidak mampu untuk mengetahuinya secara mendalam apakah akibatnya jika sang harimau ini datang menyerang sanubari pasangan kita secara berulang kali dan konsisten.

Bila kita terkena baru kita tersedar rupa-rupanya sang harimau ini umpama bom jangka yang setelah sekian lama bersemadi didalam diri kita dan mungkin pasangan kita.Cuma kita tidak memahami apa yang sebenarnya akan kita hadapi dari ancaman ini.Apakah akibatnya dan berapa lama akan kita hadapi atau mungkin juga mampukah kita tanggani dan selesaikan.

Diluar sana kita seringkali terbaca atau juga terdengar bagaimana hebatnya sang harimau ini mengganas dan apa akibat yang mampu dia berikan.Mahligai indah yang dibina dengan penuh kesabaran dan keserasian akhirnya runtuh musnah dek penangan sang harimau ini.

Cinta dan kasih sayang pada hari ini bukan jaminan yang kekal untuk kita percaya dan pegang sekarang.Kita juga perlu percaya pada hari ini tidak sama seperti zaman yang terdahulu dimana cinta adalah segala-galanya kepada jaminan yang berkekalan.Semua sudah berubah semua boleh tertunggang terbalik dalam sekelip mata dan akhirnya kepada dia juga kita serahkan segalanya.

Namun sang harimau ini memang satu ancaman yang paling utama sekarang kepada semua pengamal cinta.Jujur dan akui sahaja akan kekuatan yang sang harimau ini miliki.Ianya juga bukan jaminan kepada kekebalan cinta dan kasih sayang kita tetapi tidak boleh juga dinafikan akan kepentingannya.

Tidak tahu apa yang perlu diambil untuk dijadikan sebagai satu jaminan kepada kebahagian pada hari ini!


chow!

27 comments:

  1. betul2. tak tahu apa yang boleh dijadikan jaminan kepada kebahagiaan sekarang ni. semuanya macam membina kilang gula di tepi mulut.

    ReplyDelete
  2. bro, zaman sekarang ni cinta ibarat barangan `made in china'. gah hingga mampu menembusi pasaran pelusuk dunia. tapi takde originaliti, tak bersifat endurance dan lebih utama, palsu. betul punya genuine cuma orang yang bernasib baik je boleh jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu realiti hari ini yg menyeramkan sekali...

      Delete
  3. hm. doa kan yg terbaik je beb

    ReplyDelete
  4. manusia hidup untuk diuji...anggaplah itu satu ujian yang harus kita selesaikan dengan kaedah terbaik.betul cakap kau bila kena kt diri sendiri bru kita tahu mcm mna rasanya..sbb easier said than done kan..

    ReplyDelete
  5. ".....rupa paras tak menjaminkan kebahagiaan.. tetap yang menjamin kebahagiaan ialah hati, cinta, sayang, keserasian dan juga kasih sayang..."

    Aku setuju dengan quote kau di atas itu..sangat setuju...sebab aku sedang mengalaminya. yang mana ia membawa sesuatu yang sangat positif ke dalam hidup kalau kedua-dua pihak mempunyai pemikiran yang sama..mohon doakan aku ya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu komen si boni ....dari entry yg lepas...hehe

      Delete
  6. hehehe.. aku rasa komen aku tu hanya berlandaskan entri sebelum ni. jika hendak dikupaskan ke isu lain, memang ia sukar untuk digunapakai sekarang.. tetapi bagi aku, tak salah kalau kita serahkan segala perasaan itu bersama insan yang kita cintai.. selebihnya kita hanya pasrah dan redha pada ketentuanNya. Kita kena redha pada qada dan qadar kita. Seeloknya kita sentiasa berdoa dan meminta agar jodoh kita itu akan berkekalan hinggalah ke akhir hayat kita. Hanya kepadaNya kita meminta bantuan dan pertolongan. Hanya dengan kuasaNya sahaja hubungan kita itu akan kekal atau sebaliknya. Dan lagi satu, cintai seseorang itu kerana kita cintakan Dia. jangan kita letakkan cinta kepada manusia melebihi segala2nya kerana cinta sesama manusia tidak akan kekal.. yang kekal hanyalah cinta kita kepadaNya dan cintaNya kepada kita.. Jadi, kita hanya menyintai seseorang seperti biasa dan buat sehabis baik untuk hubungan itu. Selebihnya kita serahkan kepada Dia.. Dan lagi satu, manusia yang sering ditimpa dugaan dan ujianNya adalah hambaNya yang Dia sayangi. sebab tu Dia akan selalu duga untuk menguji tahap kesabaran kita.. dan hendak kita sentiasa mengingatiNya.. Dia tak nak kita jauhkan diri daripada Dia. Itu tanda Dia kasihkan kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar...jika tiada kaseh pasti tiada dia kisah lagi ttg kita!

      Delete
  7. Kena percaya. Cinta dan kasih sayang itulah yg membuatkan kita bahagia. Maksudnya daripada 2-2 belah pihak la. Kalo sorang je yg berkasih sayang sedangkan sorang lagi tidak, nak bahagia cemana. Untuk dptkan cinta dan kasih sayang itu yg berbeza2 bagi setiap org. Kdg2 kita rasa kita dah beri yg terbaik utk org yg kita cinta, tapi kita tak sedar sebenarnya apa yg dia perlukan adalah berlainan drpd apa yg kita berikan. Sbb manusia berlainan.

    ReplyDelete
  8. awk happy new yearrrrrrrrrrrr ;D

    ReplyDelete
  9. Oh yeah.
    Gill ambil salah satu gambar yang kau gunakan ya.
    Suka benar gambar itu.
    Mahu jadikan gambar profile.
    Boleh ya? :)

    ReplyDelete
  10. bila kita dah berkali2 dikecewakan cinta,adakala sukar mempercayai cinta dan kesetiaan lagi...mungkin belum tiba masanya hati terbuka...

    ReplyDelete
  11. cinta tu mcm panadol . makan pahit x makan sakit .lol

    ReplyDelete
  12. Cinta yg sejati akan menghasilkan kematangan dan rasa kebertanggunjawaban pada pengamal2nya walaupun pasangan tsb tidak lagi bersama. Kutip pengalaman lalu dan bina hidup yg baru.

    Cinta tak seharusnya memiliki. Jadi lebih kuat dan bersedia utk komitmen diri iaitu mencari pasangan hidup yg menerima kita waktu susah dan senang.

    Saya tetap percaya "yang menjamin kebahagiaan ialah hati, cinta, sayang dan keserasian bukan paras rupa atau harta menggunung"

    Sang Kancil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...