Pages - Menu

24 Dec 2012

Fikir



Kali ini apa kata kita bincang-bincang sikit tentang cinta sebelum dan selepas di ijabkabulkan.Ada orang percaya bahawa cinta selepas di ijabkabulkan adalah cinta sejati dan cinta yang abadi.Ada juga yang percaya bercouple sebelum berkahwin tidak akan membawa kepada apa-apa malah jauh kepada kebahagian berumahtangga.

Boleh percaya atau tidak?

Siapa cakap dan boleh beri jaminan selepas di ijabkabulkan yang kita ini akan bercinta dan berbahagia?Kemana pula harus kita letakkan perkataan perceraian selepas perkahwinan?Adakah kita dilarang sama sekali bercouple sebelum sah menjadi suami isteri? Adakah terjamin jika pasangan yang kita nikahi tanpa perlu kita kenali hati budinya menjadi teman seumur hidup kita?

Ramai yang percaya perkara ini tidak dapat untuk dihuraikan sekali lalu.Perlu ada timbang tara yang betul sebelum boleh untuk di olah lagi di beri ulasan.

Jodoh itu memang rahsia dari yang maha kuasa tiada lagi boleh untuk di pertikaikan.Cuma adakah hambanya dapat menerima dengan kerelaan dan pasrah kepada semua yang bakal direncanakan.Seperti biasa pasti ada sebahagian dari kita yang secara tidak lansung mempertikaikannya.Bukan disengajakan tetapi tanpa disedari oleh mereka-mereka itu.

Hari ini terlalu banyak cubaan dan dugaan.Kita melihat dari luarannya seperti dia itu bidadari tetapi bila sudah dikenali rupanya itu cuma topeng semata-mata.Kita melihat yang lain pula luarannya tidak ubah seperti orang yang tiada bertuhan tetapi bila sudah dikenali rupanya dia begitu kenal apa yang tidak kita kenali padahal kita beranggapan bahawa kita lebih mengenalinya.

Palsu dan bermuka-muka kini semakin menular bebas meluas diseluruh kehidupan manusia hari ini.Tiada jaminan yang mungkin dapat kita berikan kepada setiap manusia yang kita kenali itu ada menyimpan keiklasan dan bersifat mulia.Seringkali kejujuran dan kebaikan yang kita miliki mereka pergunakan sebagai senjata untuk melukai hati kita.

Kebaikan dan kejujuran pada hari ini selalu diperlecehkan dan disalahgunakan oleh mereka-mereka yang bijak dalam memutar belitkan kepada arah yang salah demi keuntungan peribadi mereka.

Kembali semula kepada dasarnya seperti ramai yang sedia maklum sekian lamanya.Mahu atau tidak terpaksa juga mengharunginya walaupun seribu satu macam kegelisahan bersawang didalam hati juga minda kita.Bersarang dengan begitu banyak persoalan dan tidak tahu bila akan membuahkan hasil jawapanya nanti.

Dari rangkap pertama yang teratas membawa yang terakhir begitu banyak yang terpaksa difikirkan semua.Fikir sehingga tidak lalu berfikir.Otak jadi sebu dan beku dengan tulisan yang semakin rumit untuk difahami.Maka ulasan yang bakal diberikan semakin tiada keruan.Ini apakah sebenarnya?

Fikir lagi...


chow!



29 comments:

  1. Bagi aku bercinta selepas kahwin atau bercinta baru kahwin sama je, ada baik dan buruk nya sendiri. yang penting tanya diri kita, adakah kita sudah cukup bagus untuk pasangan kita. Kalau tak cukup bagus jangan mengharapkan pasangan yang sempurna.

    ReplyDelete
  2. memikir persoalan hati, sampai bila bila tak selesai masalah nya

    ReplyDelete
  3. disini aku berpendapat bercinta selepas kahwin adalah lebih mulia berbanding sebelum kahwin. selepas kahwin semuanya halal dan tiada kekangan berbanding sebelum kahwin. klu dari segi persoalan keserasian dan soal hati..tidak salah berkenalan dan berbincang soal hati sebelum kahwin..ini sebagai proses awalan sebelum menempuh alam perkahwinan. Nabi sendiri menyarankan sahabat melihat wajah calon isteri sebelum dinikahi. tapi perlulah dalam batas2 yang sesuai dengan islam..

    nak mengetahui semua tentang pasangan itu suatu yg mustahil. tapi mungkin boleh diketahui melalui teman2nya, org kmpungnya..dan selebihnya istikharah kpdNya..
    sbenarnya apa yg penting slepas kita knal dan thu baik buruk psangan kita..macam mna kte membentuk pasangan kita..refleksi psangan kita adalah kita sendiri..jika dia buruk maka kita juga buruk:)

    ini hanya pndagn naifku..mgkin pndangan kita berbeza...entri yg bgus lelaki semalam..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. "...refleksi psangan kita adalah kita sendiri...."



      aku setuju!

      Delete
  4. seeloknya lebih baik bercinta selepas kawin. tapi kalau kita dah ada yg berkenan dihati, baiklah dipercepatkan untuk disatukan. Bercinta tak haram tapi cara manusia tunaikan cinta & rasa cinta kat pasangan masing2 tu yg membuatkan bercinta tu haram. pikir2 sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengamalnya memungkinkan sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan.

      Delete
  5. entri ni memang buat aku terfikir..hehehe.. tak semestinya bercinta selepas kahwin akan berbahagia sampai bila2, dan tak semestinya bercinta sebelum kahwin akan kecundang di tengah jalan..sebetulnya, cara kita mengemudi rumah tangga kita tu sebenarnya.. tolak ansur, give and take dan keserasian antara suami dan isteri tu sebenarnya yang mainkan peranan penting di dalam sesebuah rumah tangga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai....bila lagi macam dah boleh jadi nakhoda ni....hehe!

      Delete
  6. susah nak describe pasal cinta ini selepas apa yg berlaku pada aku..cuma sekarang ini aku dah set kepala otak aku untuk 'tidak berkahwin' walaupun aku kerap jatuh hati. Mungkin sebab apa yg aku set dalam minda tu adalah sangat 'ideal' jadi aku belum nampak ada org yang mempunyai ciri2 ideal itu..sebabnya..ia mungkin hanya wujud dalam filem atau cerita di televisyen saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kefahaman yang sebenarnya begitu sejati...

      Delete
  7. untuk Na sebelum ataw selepas sama je as long as pasangan kita tu trima kita seadaanya then they will live life forever... kan kan kan?

    ReplyDelete
  8. susah nk ckp..bercinta selepas kahwin tkt nt bila dh nampak segala baik n buruk akan rs menyesal..bercinta sebelum kahwin lak tkt jd yg bukan² klu xjaga batas pergaulan.. entahla...

    ReplyDelete
  9. apa yg TH mampu cakap..bila dh melalui kedua-dua alam bercinta sebelum kawin dan bercinta selepas kawin (hanya kenal untuk beberapa minggu sahaja)semua itu bergantung pada individu.kita sendiri yang pilih nak hidup kita bagaimana.samada nak berbahagia atau sebaliknya

    hidup kita sebenarnya saling melengkapi..tidak kira samada kawin atau tidak.bersaudara..berkawan...kita semua sama


    ReplyDelete
  10. bercinta sebelum n selepas kahwin. sebenarnya xjauh beza..semua terletak pada cara pasangan tersebut melayan kerenah masing2..apa yg penting toleransi..Kasih sayang kadangkala bila dh bergaduh...hancus...

    ReplyDelete
  11. Semuanya terletak kepada keupayaan diri dan fikiran matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek ulasan ini tetapi paling susah sekali untuk di lakukan!

      Delete
  12. hurm...
    tak tau nak komen macam mana.. sebab dua-dua tak pernah merasa lagi..
    tak tau nak kata mana yg baik mana yg xbaik...
    bagi saya, semuanya terpulang kepada diri individu dan sejauh mana keyakinan dan kepercayaan dia.
    bahagia ni, terletak kepada apa yang mereka rasa dan fikir kan..
    boleh jadi apa yg membahagiakan seseorang, ianya ada derita bagi org lain...
    tepuk dada tanya hati...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...