Pages - Menu

7 Nov 2012

Sejarah Semalam


Semua orang ada sejarah sendiri.Sejarah kita pasti sekali berbeza ada yang indah dan ada juga yang sadis.Kita sentiasa sahaja tidak dapat lari daripada sejarah silam kita.Adakalanya ianya menjadi salah memori yang pahit untuk kita simpan dan ianya seperti satu trauma juga fobia.

Tidak semua orang suka dengan sejarah silam masing-masing ada yang cuba sedaya upaya untuk melupakan dan ada juga yang tidak mampu untuk melupakannya.Semua ini ada sebab-sebab yang tersendiri yang kita sendiri kurang fahami mengapa dan kenapa?

Begitu juga dengan aku dan sejarah silam aku.Ada yang aku suka ingati dan ada juga aku amat benci untuk di ingati.Harus aku kongsikan atau tidak disini masih lagi menjadi satu misteri kepada aku.Untuk pengetahuan semua tulisan ini aku pernah siarkan di blog lama aku cuma kali ini aku olah sedikit agar ianya lebih cantik lagi untuk dibaca.Seperti yang semua ketahui aku seringkali menulis sesuatu yang telah berlaku ke atas diri aku agar dapat dikongsikan disini sebagai satu teladan kepada orang lain.

Bukan semua tetapi yang mana aku fikirkan sesuai untuk dikongsikan lagipun bukan semua mengenali aku secara dekat cuma beberapa orang blogger sahaja yang tahu akan identiti aku.Itu pun cuma didunia maya tidak didunia realiti.Misteri sangatkah aku ini?

Mungkin...!

Jika sejarah silam mengenai cinta aku rasa aku tiada keberatan untuk dikongsikan disini.Namun bukan sejarah kehidupan kerana bagi aku itu sesuatu yang harus dirahsiakan dari umum.Tidak manis jika khalayak tahu siapa kita sebenarnya.Mungkin bukan aku sahaja tetapi sesiapa jua pun.Masing-masing pasti takut atau malu untuk membuka pekung didada untuk dibaca dan diketahui ramai.

Sejarah cinta aku ada 2.Yang pertama adalah cinta pandang pertama aku yang berlaku ketika umur aku sekitar 18 tahun dan dia berumur 15 tahun.Ianya terjalin lebih dari 3 tahun.Cinta yang kedua pula adalah cinta yang sebenar cinta sehidup semati bersumpah setia hingga ke jinjang perlamin.Kisah cinta ini mungkin disatu hari nanti akan aku tuliskan disini jika aku sudi.

Cinta pertama ini berlaku ketika aku baru selesai menduduki SPM.Ketika di zaman persekolahan aku tidak tahu apa itu cinta ini mungkin kerana di sekolah aku dahulu semuanya adalah budak lelaki sahaja.Oleh itu mana mungkin aku kenal apa itu cinta jika semuanya lelaki.Lainlah sekarang lelaki pun boleh bercinta dengan lelaki...hehe!

Nasib baik ditaman perumahan yang aku tinggal ada ramai budak perempuan dari sekolah yang lain kalau tidak memang harus aku tidak mengenali apa itu cinta dan bercinta!

Kalau kamu rasa ini cerita benar makanya memang ini cerita benar dari sejarah cinta pertama aku dan namanya pun memang sengaja aku letak nama sebenar dia.Jika bekas kekasih aku ini terbaca bagaimana? Lupakan tidak mungkin dia membacanya kerana ....memang tidak mungkin!

Cinta pertama aku ini rasanya lebih kepada kisah kehidupan pasangan aku.Ini kerana secara tidak sengaja aku juga turut terlibat sama dengan sejarah kehidupan keluarga beliau secara tidak lansung.Keluarga yang pada mulanya aku sangka sangat bahagia dan aman damai rupanya terselit satu kisah yang agak memilukan.Ibu beliau seorang yang agak peramah tetapi bermisteri.Bapanya pula seorang muaalaf berketurunan cina.Mereka berasal dari Pulau Pinang.Dia mempunyai 6 orang adik beradik 5 perempuan dan yang bongsu lelaki.Semuanya cantik dan sangat sempurna sifatnya maklumlah perkahwinan campur diantara sedikit arab dan cina...memang wow!

Secara jujur aku bukanlah tergolong didalam golongan mereka yang cerdik pandai didalam akedemik.Habis sahaja sekolah dan mendapat keputusan spm keluarga aku menghantar aku kesebuah kolej berbayar dan aku akhiri dengan kejayaan yang cemerlang setakat cukup syarat sahaja.Beberapa ketika aku telah hidup sebagai petani menanam anggur didalam rumah orang tua aku dalam jangka yang agak begitu lamalah juga.Sebenarnya minat aku lebih kepada benda lain yang luar dari skop kedua orang tua aku.Bila aku kisahkan kepada mereka...mereka cuma pandang muka aku dengan agak lama sehingga aku terpaksa bangun dan pergi dari situ...maknanya orang tua aku tidak sukalah...hehe!

Aku sebenarnya telah tercampur dengan golongan yang suka kepada benda yang berseni.Lama juga aku aku berkroni dengan mereka-mereka ini.Jika sesiapa yang pernah melihat identiti aku pasti perasan rambut aku ketika agak panjang sehingga keparas pinggang.Mat rock la katanya.Lama juga aku menyimpannya hampir 7 tahun.Cuma sekarang aku sudah memotongnya pendek kerana ianya tidak sesuai dengan kerjaya yang aku miliki sekarang.

Kembali semula kepada kisah cinta pertama aku.

Selama lebih dari 3 tahun kami bersama bercinta.Segalanya amat mencuit hati dan lucu kalau dingatkan semula.Mana tidaknya kalau pakai t-shirt sama warna dan sama gambarnya.Salah satu contoh yang paling senang untuk diberikan dan jangan tanya lagi yang lain-lain ...malu pun ada rasanya.Dia sememangnya gadis yang cantik rupawan.Maklumlah produk dari hasil kacukan makanya memang indah sekali produk yang di hasilkannya!

Setiap hari kami berjumpa dan memadu kasih.Dimana?

Dirumah dia dan dengan semua keluarga dia sekali.Tiada taman bunga atau panggung wayang didalam senarai cerekarama kami harap maklum semua.Cinta yang seiklas cinta cuma dengan pandang memandang dan jeling menjeling.Pegang tangan pun tidak? Sabar ok!

Tidak diketahui kenapa aku sangat senang mereka terima ini mungkin kerana kepetahan aku berkata-kata membuatkan mereka sekeluarga terpukau.Malah lebih tragis lagi apabila aku lebih disanyangi oleh ibunya lebih dari anak-anaknya sendiri.Hebat sungguh kuasa magik yang aku miliki iaitu mulut manis bak semangka merah!

Setelah sekian lama bersama dengan keluarga mereka aku sedikit sebanyak mengetahu secara dekat bahawa keluarga ini secara diam-diam ada masalah dalaman yang agak kronik.Serius aku sebenarnya tidak mahu tahu dam ambil pusing kerana itu bukan masalah aku itu masalah mereka.Haruskah aku mencampurinya sudah pasti tidak sama sekali.Cuma bila satu malam aku tiba-tiba dikejutkan dengan satu panggilan dan panggilan ini benar-benar menyentap seluruh hati aku.Aku terkejut dan lansung tidak mampu mengeluarkan sepatah kata sekalipun!

Malam itu...

"...J... maafkan ibu kerana perkara ini berlaku.Ibu terpaksa dan ibu akui ini kesilapan ibu.Salah ibu kerana tidak mendengarnasihat J tempoh hari.Ibu malu sangat dengan J sekarang! Sekarang semuanya sudah terlambat nasi sudah jadi bubur.Tiada apa lagi yang mahu dikesalkan cuma satu permintaan ibu dari J iaitu tolong jaga Rita dengan baik.Hanya kepada kau ibu harapkan...Rita mungkin akan kecewa dengan tindakan ibu ini tetapi ibu hendak J faham ibu lakukan semua ini kerana anak-anak...percayalah J! Berjanji dengan ibu yang J akan " tengok-tengokkan Rita " !

Aku seolah-olah bagaikan bermimpi dengan apa yang aku dengar.Waktu itu pukul 2 pagi dan kepala aku masih mamai lagi.Dalam sedar dengan tidak dan dalam tidak percaya apa yang aku ingat ialah aku cuma menjawap YA ....itu sahaja!

Ibu Rita di penjarakan selama 2 tahun di penjara Kajang atas kesalahan mengedar Ganja!

Sekarang baru aku tersedar kenapa selama ini ibu Rita sering pulang ke kampung halaman.Setiap 5 ke 6 kali sebulan ke Pulau Pinang.Bila kau bertanya dia akan menjawap ada perkara yang harus dibuat.Aku sebenarnya semacam sudah dapat menangkap akan kegiatannya tetapi aku cuba untuk tidak berburuk sangka.Pernah sekali tanpa disengajakan aku terjumpa segumpal ganja didalam rumah itu tetapi ibu dan keluarganya menafikan itu adalah milik mereka.Aku rasa aku telah di yakinkan dengan baik sekali oleh ibu Rita!

Bagaimakah aku boleh tahu?

Ini kerana setiap hari ada sahaja orang datang kerumah dan bertanya atau mencari ibu Rita.Mereka-mereka yang datang ini pula memang aku kenali sangat dan ketahui akan kegiatan penagihan mereka.Cuma aku waktu itu tidak terfikir lansung tentang  hal ganja ini cuma apa yang aku fikirkan ialah mereka ini semua datang cuba memikat anak -anak ibu dengan cara mendekati ibu Rita.

Tidak sahaja Rita yang mempunyai rupa paras malahan begitu juga dengan kakak-kakaknya.Gadis-gadis berdarah campuran memang menarik-menarik belaka.Itu memang tidak aku boleh nafikan.Apa yang aku kesalkan ialah ketika kejadian itu berlaku cuma tinggal lagi 10 hari ketibaannya Hari Raya Aidilfitri!

Esok pagi bila aku kerumah Rita dan ingin berjumpa dengannya dia memang cukup tertekan dengan kejadian itu.Dia benar-benar hilang pertimbangan apabila dia mulai mengamuk dan bermain-main dengan sebilah pisau ditangannya.Nasib baik aku sampai tepat pada masanya.Sebelum aku sampai awal-awal lagi kakak Rita sudah maklumkan apa yang sedang terjadi.Bagaikan seorang hero aku pujuk dia dan aku tenangkan dan hari itu untuk pertama kalinya dalam hidup ini sebagai seorang lelaki aku di peluk erat oleh kekasih hati yang aku sayangi didalam sedu tangisnya...Sehingga ke hari ini aku masih boleh mengingati saat-saat itu dengan segar sekali umpama ianya baru berlaku semalam!



Selama aku bersama dengan Rita belum pernah sekalipun aku melihat dia hilang kawalan diri.Hari itu aku benar-benar dikejutkan dengan siapa aku berhadapan.Rita yang selama ini aku kenali sungguh tenang dan periang hari ini berubah laku bagai langit dengan bumi.Dia sebenarnya seorang yang sangat keras hati dan aku rasa itulah yang cuba disampaikan oleh ibu Rita kepada aku pada pagi subuh itu.

Apa yang aku perasan sangat ialah Rita ialah anak yang paling manja sekali dengan ibunya.Walaupun sudah besar remaja tetapi masih lagi tidur diribaan ibunya.Sekarang baru aku tahu betapa sangat kecewanya dengan tindakan ibunya.Bila dia selalu menyebut....

"....Ibu kejam dengan Ritaaa!...."


Sejak dari hari kejadian itu hubungan aku dan Rita semakin renggang dan tidak terkawal lagi.Rita mulai berubah laku dan seringkali hilang dari rumah.Tiada siapa tahu kemana dia selalu hilang bila malam menjelma.Dia seperti hilang pedoman dan arah juga seakan melepaskan geram.Aku juga tenggelam punca tidak tahu bagaimana cara untuk mengawalnya.Malahan tiada siapa yang berani tegur dan halang dia walaupun ayahnya sendiri!

Siapa sebenarnya ayah Rita?

Ayah Rita seperti seorang yang hilang arah dan tidak tahu bagaimana cara untuk menguruskan anak-anak dan keluarga kerana selama ini ibu Rita yang telah mengambil tempat sebagai ketua keluarga bukan ayahnya.Ini juga sebabnya kenapa ibu Rita bertindak begitu kerana rupa-rupanya selama ini ayahnya agak tidak begitu serius dalam menguruskan hal  keluarganya.Ayahnya terlalu banyak membuat kesilapan.

Kesilapan terbesar ayahnya ialah dia terlupa dia sekarang adalah seorang muslim.Dia mungkin kurang mendapat pendedahan pendidikan agama islam yang sewajarnya.Dia cukup fasih berbahasa melayu malah rupa dia juga seperti orang melayu sejati cuma kulit dia agak putih seperti cina.

Apa yang berlaku kepada aku bila Rita mulai liar?

Aku tidak mampu melakukan apa-apa lagi kerana pada hemat aku itu sudah pilihan dia.Aku kecewa dan patah hati.Aku seperti mangsa kepada keadaan.Cuma apa yang aku rasakan aku tidaklah sekecewa Rita keatas ibunya.Aku cukup memahaminya dan aku secara gentle melepaskan dia pergi dengan membiarkan dia memilih haluan yang dia pilih.

Rita pada mulanya sangat marah dan terperanjat dan tidak henti-henti menyalahkan aku dan ibunya kerana keliaran dia.Aku jelaskan kepadanya yang aku tidak mampu lagi terus bersamanya jika semua yang aku nasihat dan katakan dia bantah dan pedulikan.Akhirnya Rita memahaminya dan dia juga tidak mahu aku terlalu berharap kepadanya.Dia bosan dan hilang harapan dengan semua yang terjadi.

Bila kami putus Rita semakin tidak terkawal lagi dan semakin jauh menyimpang dan semakin lagi liar.Aku semakin menjauhkan diri darinya bila aku melihat dia seperti mahu menghancurkan diri dia sendiri dan aku tidak sanggup melihatnya.Aku membawa diri aku ke selatan tanah air dan melepak ditanah temasik beberapa bulan disana.Semasa di temasik aku telah berkenalan dengan satu band yang sedang mahu memasuki pasaran tanah air kita.Secara tidak lansung aku telah terlibat dengan mereka tetapi berkenaan hal-hal domestik sahaja.Bukan bersama meryertai kumpulan tersebut ok...hehe! Lagu mereka yang paling top ialah...mengenai wanita terakhir...hehe!

Sejarah silam cinta pertama aku ini telah banyak mengajar aku tentang kesetian dalam bercinta.Betapa indah rasa bila kita disayang dan di cinta oleh seseorang yang kita juga cintai.Sakit derita putus cinta dan menahan rindu dendam.Kepayahan dalam memujuk hati yang terluka.Bagaimana cara menghilangkan rasa kecewa dan hampa bila putus cinta.

Bila tahap kesabaran kita diuji dengan begitu kuat dan mencabar.Murung dan bosan setiap hari.Berkurung bersendiri dan tidak bercampur dengan sesiapa pun.Terluka pedih seperti hati kita dicucuk-cucuk dengan beribu jarum yang halus lagi tajam.Nyilu dan rasa sangat sembilu!

Kepada sesiapa yang belum merasainya atau tidak pernah lagi merasakanya bagi aku kamu sangat rugi.Sesuatu yang tidak boleh diajar dan ditemui di mana-mana dan tidak sama sekali boleh mendapatnya secara percuma.Ianya harus dialami sendiri dan pengalaman ini adalah satu pelajaran yang sangat-sangat bernilai.Bagaimana kita belajar menjadi seorang yang tabah dan sabar lagi tenang.Sentiasa sahaja bersedia dan kool setiap kali berhadapan dengan apa juga keadaan.Malah masih bisa tersenyum walaupun kelat rasanya.

Pengalaman ini memang bernilai buat aku sekarang kerana sekali lagi buat kali kedua aku diuji lagi...syukur alhamdullilah!

Ini sebahagian kisah silam aku yang sudi aku kongsikan.Moral dari kisah ini ialah jangan takut terkecewa bila bercinta dan juga jangan cepat berputus asa.Hari ini mungkin bukan hari kita tetapi sekurang-kurangnya kita belajar satu perkara dan dapat satu pengalaman yang bernilai.Pengalaman tidak boleh dicari atau di beli tetapi harus dilalui dan alaminya.Itu sahaja caranya untuk mendapat ijazah pengalaman!


Hingga ke hari ini aku masih belum jemu mengejar ijazah pengalaman!


chow!


p/s...apasal la pulak x sama besar font ni?

34 comments:

  1. Hihi kita amek pengalaman dari observation n story mory org skeliling ja. :D

    ReplyDelete
  2. Kesian rita... dia masih terlalu muda nak tempuh hidup tanpa kasih sayang seorg ibu. Sy agak mesti awk dah cuba sedaya upaya utk ubat luka di hati dia. Tp nak buat mcm mana... Ye lah, bersabar pun ada batas. Semoga rita mampu peroleh kehidupan yg lebih baik kelak.

    Buat awak, di mana ada kemahuan di situ ada jalan... Dgn usaha dan doa, insyaAllah boleh capailah ijazah tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar memang menyedihkan...kini dia sudah punya 3 orang anak tetapi kembali solo semula...


      hingga hari ini dia masih lagi hilang arah!

      Delete
  3. pergh..tragis gila.... kesian juga aku dengan Rita.... dan, dia juga bersalah kerana terlalu mengikut emosi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tragis...


      lebih tragis lagi bila aku ketahui adik bongsu yer terlibat dgn dadah...kronik!

      Delete
  4. Allah hadirkan Rita dalam ur life untuk tinggalkan sesuatu yang amat berharga which is pengalaman. to learn the lesson and to be better person. =)

    ReplyDelete
  5. kite sbnrnya lbh byk belajar dri pengalaman.. n setuju ttg anugerah "ijazah pengalaman".. hdp kena la berani hadapi cabaran hidup n rs kecewa..

    ReplyDelete
  6. pelajaran kehidupan. amat jauh, panjang. sentiasa usaha doa tawakal bro.

    ReplyDelete
  7. sabar betul sya membacanya.. pengalamn mcm ni bukan semua org boleh dapat kan..

    ReplyDelete
  8. pengalaman membuatkan kita lebih ke hadapan. maksudnye lebih matang la kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer benar pengalaman akan mematangkan kita secara automatik!

      Delete
  9. hmmm betul semua orang ada sejarah.. tapi sejarah biarlah sejarah..
    yang kini diteruskan..jangan kerana sejarah kita membeza2 mereka..
    jangan kerana sejarah yang kini di hina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah untuk dijadikan panduan hidup pada masa depan...

      Delete
  10. Gadis kacukan.. Perghhh.. Memang menarik..

    Pengalaman memang paling mahal..

    ReplyDelete
  11. haah nape font tak same saiz ehhh? huhu.

    ReplyDelete
  12. pengalaman yg tak bole dijual beli

    rindu dan takut kdg2

    ReplyDelete
  13. Perkara lepas jadikan kenangan terindah. Yang mana baik,kita ambil.yang mana kurang baik kita jadikan pengajaran~ InsyaAllah. Semoga diredhai Allah :)

    ReplyDelete
  14. AWK MMG SEORG YG HEBAT AWK !!
    bole buat segala nya...saya bangga dgn awk *kenyit mata

    #hyee da 2hari x bercmmnt dgn awk (saya baru balik JB) rindu ;p

    ReplyDelete
  15. saya pun ada sejarah bercinta..haha
    terukk...

    ReplyDelete
  16. nice story yg dikongsikan....dpt rasakan pengalaman indah tu.tak semua org pernah lalui ye..kisah silam aut dulu berbeza..tp cinta itu sama..hahaha.watever.tp mmg hanya mengalami keadaan itu bru kita akan jd lbh memahami dan sabar.bkn mudah nk mndpat ijazah pengalaman..tp sering kite terlupa bile kite dlm keadaan yg mncengkam...padahal itulah pembelajaran yg plg indah :)

    ReplyDelete
  17. sejarah itu la yg mengajar kita untuk melakukan yg lebih baik dan tidak akan mengulangi apa yg terjadi semalam

    ReplyDelete
  18. all people have their own story. tragis woo crita ko nih.

    ReplyDelete
  19. oh ya, the latest.. rita apa kbar?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...