Pages - Menu

2 Oct 2013

Pilihan Atas Pilihan



Ianya bukan perkara mudah buat kita apabila kita perlu membuat pilihan.Anggap dia sebagai kawan atau lebih dari seorang kawan iaitu sebagai seorang kekasih.Jika dia sedari dan memhami apa yang kita inginkan darinya pasti semuanya akan berjalan dengan cepat dan segera.

Tiada perlu banyak bicara dan banyak kerja.

Engkau tahu aku suka engkau dan aku juga begitu.Jika ini yang berlaku pasti pasangan ini dengan mudah akan berjumpa dengan jalan yang mereka harus pilih dan lalui.Jika berpanjangan hubungan mereka dan tiada banyak masalah maka akan kekal mereka bersama sehingga akhir hayat mereka.Happy ending.

Realitinya bukan semua bertuah memiliki kejadian yang sebegitu.Segala macam dugaan dan cubaan sebelum bertemu dengan kebahagian.Bertemu dan berpisah bukan hanya sekali tetapi beberapa kali.Gembira dan derita bersilih ganti.Bahagia dan kecewa seringkali bertukar tempat.Suka ,benci,dendam itu yang bermain didalam jiwa kita.Tiada siapa pun boleh mengelak atau melarikan diri.

Entah bagaimana perkara yang indah ini banyak meranapkan hati manusia.

Segelintir dari mereka seperti tiada rasa apa2 dan tiada rasa takut.Entah pernah atau tidak melalui perkara2 di atas kita juga tidak dapat ketahuinya.Ada yang pandai sembunyi hal sebenar dan ada juga tidak mampu menahan untuk diluahkan semua rahsia hati.Sesetengah dari mereka jadi fobia dengan cinta dan sebaliknya sebahagian dari mereka mulai jatuh cinta dengan cinta.Sebenarnya bukan mudah apabila kita diberikan pilihan untuk memilih.

Kawan atau kekasih.

Seram sebenarnya apabila kita terpaksa membuat pilihan.Jika pilihan kita itu tepat maka kita pasti akan berjaya dan bahagia.Jika tidak bagaimana pula.Mampukah kita tanggani dan hadapinya?

Itu sebabnya aku tidak terburu2 apabila menangani situasi yang sedang aku alami sekarang.Siapa yang bakal aku pilih.Tiada guna gelojoh dan gopoh apabila tiba saat untuk membuat pilihan.Itu hak kita yang punya bukan orang lain.Mereka orang lain boleh beri seribu satu macam nasihat dan andaian.Mereka tidak rasa apa yang bakal kita rasa apabila pilihan sudah dibuat nanti.Siapa yang harus kita salahkan apabila kita tersalah pilih?

Oleh itu jalan yang paling selamat ialah memiliki kedua2nya sekali!

Wow! Kemain lagi kau kan!

Buat masa ini aku rasa itu adalah jalan yang paling terbaik sekali.Pilihan yang terbaik perlu mengambil sedikit masa untuk diangkat sebagai yang terbaik.Jika kita tidak berfikir secara waras mungkin kita akan kehilangan kedua2nya sekali.Perkataan "kita" rasanya tidak sesuai sekarang.Elok aku gunakan " aku "...hehe!

Mohon jangan ada rasa sakit hati dan cemburu sekarang.Juga jangan ada pula yang menuduh aku cuba mengekplotasi kaum hawa.Betul ke perkataan itu ah! lantaklah.Niat aku tidak ke situ niat aku cuma mahu yang terbaik sekali.Ini dinamakan terpaksa dalam rela.Jika tiada aku rela mana mungkin akan aku nikmati apa yang harus aku miliki.Sedap betul ayat kau ni kan!

Ini bukan hal permainan teka kata.Ini bukan satu perjudian ini adalah satu ketentuan.Jika tidak aku sendiri akan lemas dilautan sendiri.Aku adalah kaptennya dan mereka adalah layar2 aku sekarang.Jika antara layar2 itu ada yang terkoyak dan tercalar pasti terpaksa dibuang ketengah launtan.Demi nasib dan nyawa kapten perlu ada seseorang yang menjadi mangsa kepada keadaan.

Kejam sungguh bunyinya kan!

Bagaimana lagi pilihan yang harus aku buat? Jumpa dan beritahu..." aku tak suka kau lah " begitu?

Tidak sampai hati rasanya untuk aku melakukan perkara itu.

chow!

34 comments:

  1. tapi kalau tak sampai hati takut nanti macam memberi harapan palsu pulak..

    ReplyDelete
  2. 'before i fall in love, im preparing to leave her' - feel, robbie william.

    ReplyDelete
  3. erkk..kalau dah bersama..tp nk ptus..lebih baik ckap elok2..tkot ada yang kluar air mata drh plak nnti..bt plihan ni bkan sng..btol la 2..hnya orang yg merasainya je dpat rsa..dah lumrah mnusia ni nk yg terbaik bt dri sndri..xthu nk kta ape =) he3..lebih baik kita pilih bila kita ready nk kawen je

    ReplyDelete
  4. Sakit bila terpaksa membuat pilihan yang hati sendiri tidak mahu. ;'(

    Sebab itu aku elak dari jatuh cinta. Dan yaa... aku masih fobia dengan cinta. :)

    ReplyDelete
  5. Seumur hidup aku
    Ini yang pertama
    Pintu hatiku diketuk
    Oleh dua wanita
    Punyai ciri selama ini ku cari
    Berbeza wajah ayunya tetap asli

    Kalau ku pilih di sini
    Apa kata di sana
    Kalau ku pilih di sana
    Di sini akan terluka
    Perlukah aku pilih keduanya
    Bahagi kasih adil-adilnya

    Sungguh ku merasa resah
    Untuk menilai sesuatu yang indah
    Namunku ada pepatah
    Yang aku gubah

    Di sana hanyalah menanti
    Sampai bila pun ku tak pasti
    Bertanya khabar melalui tinta
    Jarang sekali bertemu muka
    Namunku tahu dia setia

    Dan di sini tetap menunggu
    Berada jelas di mataku
    Kasih tak luak terhadap aku
    Sanggup menunggu kata putusku
    Sayang ketabahanmu menawanku

    Ku terima satu nota
    Ringkas tulisannya
    Dia sedia undur diri
    Dan memaafkanku
    Katanya anggap ini satu mimpi
    Yang datang sekadar
    Untuk menguji

    ~Ukays - Disana menanti disini menunggu~

    Nah aku hadiahkan lagu ni untuk kau..(n_____n)

    ReplyDelete
  6. Hahaha... terbaik makwe kintan. LS, aku sokong je cemana pun ko nak buat. Cuma pastikan cara ko handle tu, tidak melukakan hati satu pihak, paling tidak luka tu tidak terlalu dalam. Be wise okay.

    ReplyDelete
  7. better buat keputusan ..jgn nt dua2 terluka..jgn beri harapan sgt klau xsudi..nt parah.llaki pun cpt sgt berubah hati..cane nk setia ni..isk3..ni yg buat aku phobia nk bercinta..

    ReplyDelete
  8. buat keputusan cepat, hati dah tak berat di kemudian hari. percayalah, im in the same boat before, sekarang tak lagi, lepas dah confessed everything :) masing2 faham.

    ReplyDelete
  9. ada orang kata, pilih la pasangan yang sayangkan kita, bukan yang kita sayang.

    boleh pakai ke kata-kata tu?

    ReplyDelete
  10. jgn buat cmni LS. kesian kat perempuan. Saya pernah berada disituasi perempuan dlm cerita awk ni. Sakit, tahu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu mmg sakit itu pasal aku belum ungkapkan lagi kata2 cinta.

      Delete
  11. erm . sangat menyakitkan bla kta terpaksa melepaskan org yg kta cinta . tp seandainya itu yg terbaik , terpaksa lah kan ?

    ReplyDelete
  12. erm . sangat menyakitkan bla kta terpaksa melepaskan org yg kta cinta . tp seandainya itu yg terbaik , terpaksa lah kan ?

    ReplyDelete
  13. benda yg paling susah dlm hidup ni bila tepaksa jujur kecewakan org.

    aku dah lepas fasa tu..dulu :)

    ReplyDelete
  14. kdg,aku takot menghadap pilihan

    ReplyDelete
  15. emak selalu berpesan
    berkawanlah dengan sesiapa.. jgn dengan seorang tu jer..
    sebab kita tak tau dengan sapa jodoh kita..

    hebat tak mak gue??

    ReplyDelete
  16. sebab kena berkawan dulu, kenal hati budi dulu, jgn bila sekali tengok terus lafaz cinta buruk padahnya tu...hehehehe... biasanya lelaki ni pilih yg cecantik jer kan, tu yg bila tgk terus luah tu.. sbb tkut org lain sambar dulu....kekekek..

    ReplyDelete
  17. nak jumpa yang suka sama suka sedari kali pertama melihat tu mungkin sukar... tapi kan... jujur... aku sedang melaluinya... huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sam, kes aku bukan jumpa dia kali pertama. dah lama kenal baru perasaan tu wujud. but things are getting more and more complicated.

      Delete
  18. See... lelaki dan pilihan... cuma satu je nak luahkan. kenapa mesti hati rasa berbelah bahagi? dan kenapa masih terasa perlu buat pilihan? setuju tak kalau saya kata yang apa-apa pun dalam hubungan seorang lelaki dan perempuan semuanya lelaki yang kena buat keputusan. baik, bahagia, derita, sengsara, semuanya terletak kat tangan lelaki. kalau si lelaki tak datang rumah utk berjumpa mak bapak perempuan, takkan ke mana kan. Kalau si lelaki tak salam tangan tok kadi pun takkan jadi apa-apa kan. Kalau si lelaki tak lafaz cerai pun takkan terlerai sebuah ikatan tu kan.. besarnya tanggungjawab dan bebanan seorang lelaki. dan rasanya besar jugak bebanan seorang lelaki nak buat pilihan mana dan siapa yang harus di pilih. kalau kalau dr awal lagi hati rasa ragu, kenapa mesti nak diteruskan. at last the road not taken... okey, nak buat entri pasal ni. hehe, terima kasih. (bab lelaki dan perhubungan ni memang buat aku emosional)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...