Pages - Menu

14 Oct 2013

Budaya Bertunang


Budaya ini aku lihat semakin hari semakin di lupakan.Ramai yang memperlekehkannya.Orang muda atau orang yang lebih tua mulai meminggirkan budaya ini.Budaya ini sebenarnya baik kalau kita lihat dan pandang secara teliti.Jika jenis yang malas berfikir mungkin mengatakan budaya ini cuma satu bidaah dan perbaziran sahaja.

Kenapa harus bertunang?

Dahulu budaya bertunang diadakan tujuannya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan masing2 untuk berkenalan dan mengenali hati budi pasangan masing2 secara dekat dan teliti.Tujuan kedua ialah untuk membuat persiapan menjelang hari persandingan.Lagi satu tujuan ialah agar kedua2 belah pihak dapat mengumpul budget yang cukup untuk majlis persandingan mereka.

Kenapa bertunang sekarang menjadi satu sindiran?

Dahulu pasangan masing2 agak susah dan sukar untuk berjumpa.Ini mungkin kurangnya tempat untuk mereka berjumpa dan melepak.Tiada kemudahan dan tiada kesenangan untuk berjumpa seperti sekarang.Ialah zaman dahulu bukan moden macam hari ini.Sekarang segala macam ada dan semuanya berdekatan dengan kita.Mudah dan selesa.

Pusat beli belah,panggung wayang,kopitiam,restoran makanan segera dan macam2 lagi semuanya ada.Oleh itu mudah bagi pasangan untuk berjumpa dan bertemu.Sesuai untuk mereka mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi.Cuma apabila sudah mulai suka sama suka cara mereka bersama agak begitu mencalarkan hati sesetengah dari kita.Kurang sopan dan agak biadap lakunya.Lagi mencemarkan apabila mereka menamatkan pertemuan mereka di bilik yang dingin yang jumlahnya agak keterlaluan banyak sekarang.

Jahanam! Kahwin sebelum bernikah pada masa pertunangan!

Cerita2 dari mulut orang2 yang berilmu juga buat hati aku sakit.Kenapa mereka tidak pandang benda ini jauh2.Cakap mereka sangat laku di khalayak ramai dan kenapa tidak digunakan secara berilmiah.Jika pendapat ini datangnya dari mulut mereka pasti jumlah yang bercinta lama dapat dipendekkan dan disegerakan majlisnya.Tiada lagi kisah cinta lama2 yang membazirkan masa dan juga menambahkan banyak dosa.Hubungan yang sia2 hubungan yang tiada hala tujunya.Jumlah maksiat dapat dikurangkan dengan banyak.Maksiat tiada tarikh tamat tempoh saudara saudariku sekalian ya!

Bagaimana budaya bertunang ini dapat membantu kita?

Kita mulai begini katakanlah kalau kita cuma bercinta tanpa ada ikatan pertunangan kemanakah pergi hala tuju perhubungan itu?Kita pun tidak tahu dan juga tidak dapat memberikan jawapan dan juga kepastian.Jika kita ditunangkan pasti tujuannya ialah untuk kita dinikahkan.Cuma dengan cara bertunang kita dapat mengelakan hubungan cinta yang lama dan sia2.Bila kita bertunang kedua2 belah pihak akan lebih komited dan serius dalam perhubungan.Cara ini juga akan membuatkan pasangan kita lebih berhati2 dan tidak main2.Budaya bertunang ini sebenarnya akan medewasakan kita dengan tidak secara lansung.Iaitu mengenali apa itu namanya tanggungjawap!

Bertunangkan lesen untuk buat maksiat!

Itu memang tidak dinafikan.Maksiat bukan hanya mereka yang bertunang yang sudah dinikahkan pun masih giat bermaksiat.So maksiat sebenarnya bukan hanya kepada mereka yang bertunang sahaja.Tidak bertunang pun bikin maksiat.Anak berderet2 pun bikin maksiat.Maksiat sebenarnya hak manusia yang tiada cukup2 kehendaknya.

Untuk elakkan pasangan bertunang ini bikin maksiat pilihlah pasangan yang jauh dari kita.Contohnya si lelaki kat utara dan siprempuan kat selatan.Maka tiada maksiat di antara mereka.Itu kata2 dari seorang yang berilmu didalam TV.Itu kata2 beliau tapi persoalan aku ialah....

Pastikah tiada maksiat? Mungkin benar tiada maksiat di antara pasangan yang bertunang itu tetapi pastikah tiada maksiat pula dengan orang yang berdekatan dengan mereka di tempat mereka tinggal?Pernah dengar kes tunang aku di kebas orang.Maksiat memang tidak dapat dielakkan.

Cuma bila pasangan ini bertunang maka dengan rasminya hubungan mereka telah diketahui oleh semua orang.Jika mahu bikin bukan2 pun ianya bukan mudah kerana orang tahu kita sudah bertunang.Orang akan hormati akan title ini.Cuma kalau orang itu jenis tak peduli memang kita tidak boleh nak buat apa2.Itu memang jenis yang akrab dengan Iblis dan syaitan.

Baik dan buruk dalam pertunangan memang tidak dinafikan juga di elakkan.Begitu juga dengan setandan pisang bukan semua ranum dengan molek sudah pasti ada dua atau tiga biji yang busuk.Jika ada yang putus tunang itu perkara biasa dalam perhubungan.Itu mungkin bukan rezeki pasangan tersebut.Tiada takdir tiada jodoh.Jika kita teliti dalam2 budaya pertunangan ini sangat bagus sebenarnya.Cuma kita ini terlalu banyak pendapat dan perbalahan maka yang baik2 itu cuma nampak yang tidak elok saja.Kita suka ambil yang buruk sebagai contoh.Tidak tahu mengapa padahal yang baik2 itu lebih banyak ada.Sukarkah kita ambil yang baik sebagai pedoman hidup kita?

Suka sangat ambil yang buruk sebagai pedoman hidup!

Ini silap orang kita yang suka sangat kepada perkara yang buruk2.Suka cari dan ilhamkan cerita yang tiada asal usulnya.Percaya sangat dengan dongeng orang lama2 yang tiada hujung pangkal.Otak ada tapi tidak digunakan secara baik dan elok.Bahagian yang tidak elok memang mudah meresapi hati orang2 kita bukan sahaja pada hari ini tetapi telah berkurun lama bersemadi di dalam jiwa raga orang2 kita.

Kembali semula kepada isu yang aku ketengahkan disini.Budaya bertunang!

Bagaimana pula pendapat kamu?

chow!



23 comments:

  1. no offence tetapi samada kita sedar atau tidak, setuju atau tidak, bertunang ni dah dianggap sebagai 'lesen' untuk pasangan berpegang tangan, berpeluk dan mcm2 lagi.

    tak semua pasangan macam tu, tapi ramai. no offence. sekadar pandangan peribadi.

    ReplyDelete
  2. ehhhehe..takleh reply komen kat atas..hehehe...memang betul malay male tulis tu...lepas tunang aje ada prewedding lah..itu bukan budaya kita...tak payah jadi Amerika sangat...

    ReplyDelete
  3. bertunang sekarang lesen utk berpegang tangan and so on and so forth - ayat malay male :) yup, setuju

    ReplyDelete
  4. jikalau saya, saya memilih untuk bertunang.. pada masa tu sy nak prepare utk perkahwinan, budget dan minda. pada saya bertunang masih relevan.

    ReplyDelete
  5. bagus sbnr nyer bertunang nih. mcm ko ckp la. persediaan utk hari perkahwinan dan juga bg ruang utk kumpul budget utk kahwin.

    ReplyDelete
  6. saya memilih utk tidak bertunang. kahwin terus lagi baik dr bertunang ni. nak amik masa kenal berapa lama lagi, bercinta dah, pastu bertunang pastu pastu pastu... eerm, sorry. bukan tak setuju. tapi maybe sebab saya dah bosan dengan hal2 lelaki dan kahwin ni. bertunang bukan jaminan apa2,

    ReplyDelete
  7. rasanya bertunang tu xsalah tp yg salah org zaman skrg.. kadang2 tunang tu dh jd title boleh macam2.

    ReplyDelete
  8. Bagi aku yang dah kapel beberapa tahun tu tak payahlah bertunang. Bazir duit, bazir masa...Ah... aku pun tak tahu apa benda aku merepek ni. :3

    Hmmm... aku tak tahu nak bertunang ke tak. Jadi apa-apa pun, aku ikut saja percaturan DIA yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  9. saya pun pilih utk tidak bertunang. kos utk bertunang boleh dibawa ke persiapan(brg rumah) memasuki rumah selepas nikah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi nanti tak dapat la nak pegang title tunang orang kan?

      Delete
  10. sekarang lebih pada trend.over.

    ReplyDelete
  11. aku lebih prefer kawen terus . masa bertunang terlalu byk dugaan . mungkin . terpulang pd org .

    ReplyDelete
  12. Aku sendiri xbertunang.. sbb dh terlalu lama bercinta.. tmbh lagi skang ni budaya tunang dh jd mcm kenduri kawen.. membazir.. dan skang,tempoh tunang tu dh jd mcm tempoh pre wedding.. cuba try test mn yg ptt.. byk dugaan ms tunang ni.. blh atau x kawal nafsu..

    ReplyDelete
  13. aku setuju dgn bab ni.. bertunang akan membuat kita lebih bersungguh2 & series utk mempercepatkan pernikahan.. cuma skang mereka lebih fikir bajet.. itu saja..tapi masa aku bertunang tahun 2009 dulu simple je..xde pelamin mekap bagai.. pakai bju kurung biasa .. bajet makan pun dlm RM500 je.. jemput sedara mara dekat.. simple.. bergambar pun xde..lgpun en. abg aku pun xdtg.. kje msa kami bertunang tu..maklumlah askar..hihi.. sederhana tu lebih afdal kot..

    ReplyDelete
  14. bertunang tu penting jgk sbb nak bgtau masyarakat yang pompuan tu sudah berpunya & bakal dimiliki, supaya takder orang lain datang meminang...kan ke susah nanti pinang tunang org.
    tapi sekrng kebykan org yg bertunang amik kesempatan, main cinta lebih2 sblm bernikah!
    mak pak pulak sporting tak bertempat, kasik anak gadis keluar dgn tunang sesuka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk kasi taw pompuan tu dah berpunya, kawen je terus buat walimatul urus. kan?

      Delete
  15. bukan la nak cakap apa, tp aku rasa orang sekarang byk dah kenal dah pasangan dia sebelum kawen, macma kau cakap, bertunang nak kenal2 dgn perempuan tu sendiri. Kalau dah kenal, bertunang ni jadik macma membazir la..lagi2 yg kalau buat grand2 tu. Nikah je terus. kahkah

    ReplyDelete
  16. aku kalo bole xnak bertunang.
    kawen teros..sah dan halal :)

    ReplyDelete
  17. tp kalau dh kenal kenal baik nikah je terus ork. tp tu la bertunang pon best. ah mana mana la janji kawen kakaka

    ReplyDelete
  18. bertunang okay

    majlis tunang berlebihan membazir.aku dah wat pembaziran tuh.menyesal tak sudah.

    now trend nikah dulu baru sanding.macam okay ja aku tengok.laaaagi xda maksiat:)

    ReplyDelete
  19. mana yang baik kita ambil dan yang tidak kita jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  20. aku nak bertunang... tapi tak mau lama-lam lah... paling lama pun seminggu jek.. hahaha

    ReplyDelete
  21. bertunang...mmm...skrg tgh dlm fasa ni..ad btul yg diperkatakan klu btunang kita akan lebih komited dlm perhubungan..nmpk hala tuju.mgkn kat sini kena sentuh tempoh masa bertunang...sebaiknya bertunang tidak terlalu lama sbb klu terlalu lama,seolah2x hubungan tu tak serius plak...maybe la..my opinion :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...