Pages - Menu

17 Sept 2013

Demi Cinta Ini



Satu minggu aku tak menjengok blog isi hati aku ini.Selama seminggu aku menghilang kerana sibuk akan satu perkara.Satu perkara yang sudah sekian lama aku tinggalkan.Perkara ini yang agak seronok sebenarnya tetapi amat kekok kepada aku sekarang.Seminggu aku sibuk melayan dia dengan pelbagai perkara yang chomel2.


Jatuh cinta dengan gadis belasan tahun!

Perbezaan umur yang agak ketara jauhnya diantara aku dan dia membuatkan aku jadi serabut.Jadi kelam kabut pun iya juga.Entah tidak tahu kenapa aku sengaja mencampakkan diri aku ini didalam alam yang sebegitu celaru dan asing.Cara dia yang keanak2an dan dengan cara aku yang agak dewasa kool telah menjadikan hubungan ini agak unik sekali.

Seronok dan sungguh lucu.

Lagi sebulan lebih dia akan menyambut ulang tahun yang ke -19.Bila aku tanya hadiah apa yang dia mahu.Jawapnya mahu teddy bear yang lebih besar dari diri dia sendiri.Katanya dia sudah ada lebih 15 ekor teddy bear dirumah.Cuma kali ini dia mahu aku memecahkan rekod teddy bear terbesar yang dia sudah miliki.Lagi untuk menyemarakkan suasana dia memperlihatkan deretan teddy bear dia yang tedapat didalam bilik beradunya.Benar dia memiliki lebih 15 ekor teddy bear dan saiz2nya boleh tahan besar.

Sedikit tercabar keegoaan seorang lelaki.

Demi seorang gadis yang aku sendiri tidak tahu akan kebenaran cinta yang belum ternoktah ini maka aku mulai mencari teddy bear yang maha besar itu.Orang kata kalau mahu awet muda cari teman hati yang muda2 juga .Ce wah ...macam betul sahaja mutiara kata itu kan.

Tidak kisah kalau cinta ini tidak lama atau berkekalan.Jika ianya cuma satu persinggahan sementara aku dengan rela hati terima juga.Bukan mahu sengaja membuang masa atau mencari malapetaka atau hanya mahu bermain sandiwara kecil bersama seorang gadis chomel yang masih muda remaja ini.Tiada niat berlaku curang dengan cinta tetapi mahu cuba memberikan yang terbaik buat sigadis ini.Moga2 di satu hari nanti jika tiada jodoh dia antara kami dia pasti selalu mengingati aku sebagai salah satu memori manis didalam hidup dia.

Semalam teddy bear yang aku lihat harganya cuma rm599!

Mahal bukan main lagi harganya.Cantik putih besar dan besar tinggi 6 kaki.Sesuai buat dia.Namun didalam hati ada sedikit curiga adakah berbaloi nilai yang akan aku laburkan nanti.Akal berbisik ke teliga katanya ...alah bukan selalu tetapi sekali ini sahaja ....mana tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam!

Biar aku tenggelam bersama sidia...wow!


chow!


31 comments:

  1. Wowww... aku tumpang happy untuk kau. Harap dia 'hadiah' dari DIA. :)

    ReplyDelete
  2. woww.. semoga pelaburan berbaloi.. ;) hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LS, ada satu kedai teddy bear yg awk boleh tempah nak besar mana dan tinggi mana. kedai tu kat seksyen 7, belakang Uitm shah Alam. Kedai tu kedai org tempah baju korporat juga..trylah tanya harga..

      Delete
    2. ok thank 4 the info...nnti i g check.

      Delete
  3. woooww! mesti si dia berdiri di blkg teddy. nampak cik ted je. haha

    ReplyDelete
  4. gadis2 belasan tahun mmg selalunya suka dgn lelaki berumur macam kita ni bro... kui kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sebab dengan lelaki yang lebih umur sikit la peluang perempuan belasan itu nak bermanja-manja. konon bagi mereka matang lelaki berumur ni.

      Delete
    2. malaymale...hahaha.


      t.a.t.a....matang dan kool....cewah...haha.

      Delete
  5. pergh.. bleh tahan harga.. ko cari kat mana wei?
    klu kat mall memang mahal. ce ko tgk kt kedai yg import teddy bear mcm kt padang besar di perlis tu, kt rantau pjg ka, bleh dpt yg lg murah. kat sabah pn ada kedai yg lg murah. tp jauh ah. kos postage da mahal kan.

    btw, klu dah sayang memang duit bukan lagi ukuran. good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai jauh tu kan...hehe.


      betul duit bukan ukuran sangat bila bab bercinta.

      Delete
  6. wow.. aku pulak yg hati berbunga..teringat zaman cinta aku dgn suami..mse tu aku baru umur 15 thun..suami pulak 20++++..haha Alhamdulillah bercinta selama 8 tahun akhirnya kami kahwin juga. mse bercinta mcm2 hal jadi..putus dgn dia byk kali tp paling lama putus 3 hari je..pastu contact semula dgn alasan masing2 xleh hidup tanpa satu sama lain...jodoh tak kemana Bro ! Doa saja pada Allah moga kalian bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  7. RM 599?!! kalo aku beli buat bg wife aku pun, confirm dia marah kau balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau aku la si gadis belasan tahun itu, dan dan aku pi tukar balik binatang tu. tak dapat RM penuh pun tak pe. memang membazir.

      iye, even dalam bab cinta ke, sayang ke, kasih ke, apa ke, harga tu mmg mahal nak buat beli benda yang tak bergerak.

      Delete
    2. mmg x berbaloi beli sebenarnya....tapi demi cinta ...sanggup je.

      Delete
    3. oke, tapi nanti kalau tak memanjang perhubungan itu, jangan mengungkit ye. nanti sendiri sakit hati.

      err.. kau memang beli betul ke?

      Delete
  8. aku faham perasaan kau. walaupun kita tak tahu sejauh mana ikut akal logiknya perhubungan itu, aku kadang kala pun sengaja menenggelamkan diri dalam perhubungan macam tu. bagi aku hanya satu, sengaja dan ingin merasai rasanya bercinta. ingin ulang rasa rindu kan seseorang, sakitnya debaran dada bila teringat kan dia. oh well, kau dah banyak kali dalam perhubungan ini, confirm kau tahu apa yang aku cakap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ianya bukan seronok sangat apabila terpaksa ulangi dan laluinya semula.Kerana kita tahu ianya bukan sesuatu yang mudah.Namun ianya juga bukan satu bebanan yang tidak mampu untuk dipikul.

      demi cinta ...demi cinta.

      Delete
  9. eh, sekejap. ini bukan gadis yang kau jumpa di hari terakhir ramadhan tempoh hari, bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini gadis baru...gadis yg aku jumpa ramadhan lepas adalah ex aku yang dulu.

      Delete
  10. seminggu kau layan kerenah remaja itu? seminggu? boleh tahu, apa aje aktiviti yang kamu orang buat?

    ReplyDelete
  11. woww!! kalo minta kat bakal suami sya ni kompem dia takmo belikan haha.. kalo hati jujur dan ikhlas insyaAllah Allah permudahkan..moga ada jodah kalian berdua. Amin

    ReplyDelete
  12. hmm... manjakan lah semahunya.. hargailah selagi ade...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...