Pages - Menu

5 Mar 2014

Ini Realiti Hari Ini

Semalam banyak sangat cerita yang menarik kat tv.Siaran oscar pun best gak tahun ini.Apa yang nak aku cerita hari ini ialah tentang artis kita si hanez suraya yang rampas suami orang.Kalau aku jadi dia aku pun akan buat perkara yang sama.Jahat memang nampak jahat tapi realiti hari ini itu yang terbaik sekali.

Perkara rampas suami orang ini bukan baru dan bukan sahaja berlaku di negara kita malahan di seluruh dunia.Ialah nama pun artis dan perempuan cantik jelita pulak tu.Jangan nak hairan sangat sesiapa sahaja yang cantik pasti akan cari peluang untuk dapatkan yang terbaik walaupun caranya memang jahat.Ianya sudah jadi lumrah dan bukan lagi igaun yang sengaja diada2kan lagi.

Marah ....siapa yang nak marah?

Orang perempuan yang bergelar isteri nak marah.Ala lupakan sahaja.Kalau suami awak itu sudah mampu miliki Ferarri dan Panamera apa lagi yang hendak dikatakan.Lelaki tetap lelaki ada sahaja jalan untuk cari yang lain.Ialah orang sudah mampu sudah kaya sudah ada banyak duit semuanya bukan mustahil lagi untuk dilaksanakan.

Dosa?

Berdosa dengan siapa kalau suami awak itu mahu pasang yang lain.Ialah maksud aku tambah lagi satu cawangan atau lebih.Kalau dia tak mahu kahwin angkut masuk hotel itu sah2 berdosa la kan.Ini cerita kalau dia nak pakai satu lagi dan diambil sebagai isteri tidak berdosa betul tak.Ikut story si hanez suraya itu suami orang itu memang tak sebumbung lagi dengan isterinya.Kira ok la... kalau mahu dikebasnya sekarang mana boleh tunggu lama2 nanti orang lain pulak yang kebas! Melepas aku...katanya.

Ialah pada mata kita perkara itu nampak jahat tapi kalau kita fikirkan itu adalah risiko yang perlu diambil oleh setiap perempuan yang bernama isteri.Tidak perlu bising2 dan melalak sana sini ambil mudah sahaja perkara ini dan redha kerana lambat laun perkara ini tetap akan berlaku.Cuba bayangkan kalau orang rumah kita cantik dan jelita pun sama juga risikonya ada sahaja jantan lain yang dok aim tak henti2 kat isteri atau awek kita itu.Ada aku kesah kau bini orang ke awek orang atau tunang orang.Kalau yang dok aim itu keretanya Ferarri atau Panamera...ah tak banyak sikit kompom orang perempuan kita terliur...kan!

Pasrah itu menyerah iklas itu redha...entah aku dah lupa ayatnya dalam filem Ombak Rindu.Lebih kurang macam itulah bunyinya.

Bab2 merampas ini bukan baru rasanya semua orang tahu cuma bagaimana dan caranya mungkin berbeza2.Jika pasangan kita ada kelebihan dan kita pula banyak kekurangannya belajar2lah untuk jadi manusia yang hampir baik seperti nabi.Kita perlu sentiasa sahaja mempunyai sikap yang positif walaupun kita tahu itu memang sangat negatif.Kita perlu bersedia dari segi mental dan juga iman untuk menghadapi semua ini.Kalau tidak kita mungkin akan meroyan tak tentu pasal didalam tv dan ditonton hampir satu asia tenggara.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan aku tetapi cuba fikir baik2 betul tak apa yang aku cakapkan.Ini bukan main2 ini betul2 kejadian.

Hanez Suraya mungkin dia berfikir begini kalau bukan aku pasti ada orang lain yang buat oleh itu lebih baik aku buat dan aku ambil peluang ini mana tahu memang ini sudah ketentuan dan jodoh aku dengan suami orang itu .Ini mungkin yang terbaik buat aku.Kalau belakang hari bercerai itu mungkin sudah suratan aku.Alang2 menyeluk perkasam apalah salahnya aku rembat jer laki orang ini.Berbaloi2 sangat...dapat naik Ferrari dan Panamera...siapa nak bagi oi...dan last sekali ....ko adhoooo! Tak der kan!

So fikir2kan lah yer.

chow!


17 comments:

  1. kesetiaan tunjang institusi kekeluargaan :)

    ReplyDelete
  2. Tak salah laki dia nak kawen lagi..nak pilih artis ke,ahli politik ke..tapi guna cara baik..buat apa bawak sampai keluar negara bercuti.lagi baik dia bawak isteri dan ank2 dan jernihkan kekeruhan rumahtangga dia...

    Yang orang marah tu pasal dia mencabar si isteri kekasihnya.sepatutnya dia guna cara yang fasha sanda buat.berdiam.dan bila sah laki tu bercerai.baru la canang.

    ReplyDelete
  3. Aku dari dulu tak pernah suka hanez.. ahaaa.

    ReplyDelete
  4. Pasrah itu menyerah iklas itu redha.. best wording!

    ReplyDelete
  5. good job hanez suraya... kontroversi macam ni yang diperlukan untuk memastikan populariti tidak merudum. now everyone talk about u.

    ReplyDelete
  6. yelah bab poligami mmg semua lelaki suka...
    tapi perlu tahu tanggungjawab suami nie besar n berat,..
    bukan soal harta jer, tapi mestilah bersikap adil pada isteri2 nya jugak...

    dan kalau betul nak berpoligami tak perlu menipu isteri, tak perlu nak ber scandals...
    bawa jumpe terus calon madu jumpe isteri sedia ada..

    p/s: tak semua perempuan mudah cair dengan kereta ferarri atau harta...
    semua tu bergantung pada atitude perempuan tu jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hui...bukan senang sekarang ni nak jumpa pompuan jenis macam ini ....untungla sapa yg dapat kan.

      Delete
  7. dengar juga kontroversi ni.... then tadi bc news online isteri kepad asi lelaki pula buat keterangan akhbar si hanez perampas... aduhai macam-macma la artis ni.... baik fikir masalah air takde kan... hihihi

    ReplyDelete
  8. Aku punya kes pulak, laki orang nak kat aku. Haa camne tu? Tak ke tension tu namanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrmmm....ntah macam rezeki kot ...hahaha

      Delete
  9. sy tak bacalah pasal mr R ni. dia org 'ada-ada' eh? sampaikan hanez pun taknak lepaskan..
    Apapun, Mr R tu, nak siapa sebenarnya..? kesian kedua-dua perempuan tersebut..

    ReplyDelete
  10. ada beberapa perkara yg aku setuju!

    ReplyDelete
  11. Klu fikir fenomena skrg bab perempuan tu mgkn ada btul ye...tp tu la pd ayut lelaki ni cpt lupa dri.dulu sblm dia naik dan jd senang klu isteri tu xtolong xjd ye.pastu klu perempuan yg jd madunya tu petangai baik xpe.ni blm pape kecoh lbh cane...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...