Pages - Menu

29 Sept 2013

Bila Ujian Hadir



Perkara ini rasanya bukan aku seorang sahaja yang alami.Bila kita seperti sudah pasti dengan pilihan yang kita pilih kita tiba2 diberikan sedikit lagi pilihan.Perkara ini secara tidak sengaja telah membuatkan hati kita berbelah bahagi.Mulai berfikir semula adakah apa yang kita pilih ini sesuai atau tidak dengan kita.Adakah kita ini sengaja diuji untuk membuat pilihan yang terbaik.

Tiba2 hadir pula satu gadis yang lain dalam hidup aku.

Gadis ini agak sedikit matang dan tidak kalah juga manisnya.Orangnya begitu mesra dan tenang.Umur sekitar 25 tahun dan tidak begitu ketara bezanya dengan umur aku.Nakal dan bijak dalam berbicara bila duduk bersama.Dia buat aku jadi senang dan tidak perlu sangat menjaga atau berlagak bagus2.

Ini membuatkan aku jadi serba salah.

Bila aku sendirian aku mula terfikir kenapa perkara2 seperti ini harus berlaku.Apakah muslihat dan petunjuk yang sedang di hantar.Adakah aku terburu2 atau adakah aku tamak.Seperti yang aku tulis tadi perkara2 seperti ini pasti akan datang mengetuk pintu hati kita.Ini bukan sengaja mencari kesempatan tetapi ianya datang tanpa kita sedari.Dalam diam hati kita mulai mencurigai diri sendiri.

Lelaki tetap lelaki cuma aku lelaki yang tidak tahu mencuri depan2.

Kenapakah gadis kedua ini hadir dengan tiba2.Kalau katakan aku sedang binggung hakikatnya memang benar begitu.Aku mulai membuat perbandingan secara diam2.Tidak aku rancang tetapi ianya datang dengan sendiri.Bagaimana kita mampu tipu hati dengan minda kita.Itu sukar sekali untuk dilakukan.Seminggu dua ini aku mulai terasa kurang selesa apabila kedua2 gadis ini hadir dalam hidup aku.

Ah! Untung la kau dapat 2 orang sekaligus!

Ungkapan yang menyakitkan hati dari kawan2.Kalau aku ini jenis yang romeo pasti itu bukan satu masalah yang besar.Malahan itu satu bonus buat seorang lelaki memiliki 2 gadis dalam masa yang serentak.Itu bukan cara aku dan itu juga bukan niat aku.Cuma aku tertanya2 apakah semua ini?

Hampir lebih dari 5 tahun aku solo dan sendirian mengapa tidak dihadirkan seseorang didalam hidup aku.

Secara jujur gadis yang kedua ini lebih memikat hati aku.Mungkin kerana umur dan kematangannya apabila berbicara dan berdua.Segalanya berlaku secara spontan dan tidak seperti dibuat2 atau terpaksa.Baik aku atau dia.Gadis ini nampaknya banyak kelebihannya.Ini membuatkan aku terasa cukup bersalah kepada gadis yang satu lagi.Lebih untuk membuatkan hati ini kalut ialah cara dia yang agak sedikit keanak2an telah membuatkan aku sedikit resah dan gelisah.Aku semakin binggung sekarang!

Sekarang aku sedikit termenung mengenangkan nasib yang semakin bernasib baik.Cuma aku mohon agar ada solusi yang akan hadir dalam masa2 terdekat ini dengan segera.Tidak sampai hati ini melukakan hati sesiapa.Umpama lagu disini menanti disana menunggu!

Beberapa kali aku mengeluh ketika menulis tulisan ini.

chow!

21 Sept 2013

Oleh Kerana Cinta






"....abg lapar la tolong belikan I makanan boleh...belikan McRib 1 set eh...sampai depan rumah nanti call ok..."

"...abg boring la duk kat rumah ni jomm tengok wayang...."

"...abg esok pukul 1pm kita pergi jumpa...lala,lolo,lili....bla bla bla..."

Sejak bercouple dengan gadis muda ini aku semakin sibuk semakin tiada masa untuk diri sendiri.Satu hari dilalui terasa semakin singkat masanya.Setiap masa aku terpaksa berjaga2 kerana takut2 ada panggilan kecemasan dari gadis ini.Orang muda ada sahaja rancangannya.Panas punggung kalau seharian duduk rumah sahaja.Mahu atau tidak terpaksalah aku ikut rentaknya.

Kalau cerita tentang text msg melalui handphone pada saat ini aku rasa aku adalah mangsa kepada keadaan.Beratus msg keluar dan masuk setiap hari.Bukan tidak boleh call terus tetapi melayan tanpa bercakap adalah sesuatu yang sangat unik dan seronok.Cuma bab2 penting sahaja perlu dibuat panggilan.Lain2 hal yang berkait rapat dengan sikap dan tingkah laku keanak2an haruslah melalui msg2 di handphone.

Bermanja2 dan bernakal2.

Oleh kerana sibuk dengan melayan karenah cinta muda ini aku kekurangan masa untuk melepak bersama teman2 lain.Tiada cukup masa melepak depan laptop lama2.Mahu menulis di blog juga aku jadi blur seketika.Hilang idea di curi oleh si mata air.Hilang idea bukan kerana tiada idea tetapi tiada masa dan penat melayan acara si gadis seharian.Aku ni seorang yang suka melepak lama2 depan laptop melayan dan membaca tulisan2 orang lain.Sejak 2 menjak ini aku semakin tiada masa lagi untuk itu.Sedih jugak la kan.

Seronok memanglah seronok mempunyai teman yang masih muda remaja.Kawan2 ada juga yang cemburu dan sakit hati dengan aku.Ialah dulu kita tiada teman merekalah tempat kita bercanda mesra dan apabila kita sudah berteman maka masa untuk bersama dan melepak agak terbatas.Mahu atau tidak terpaksa lah aku buat pekak dan buat bodoh.Kalau diikutkan sangat nanti bergaduh pula nanti.

Biasalah...dulu aku pun macam itu juga suka menyakat kawan yang sedang hangat bercinta.

Bila bercakap bab bercouple ini kita pasti terbayang tentang berpegang tangan dan berpeluk.Tiada dinafikan perkara2 ini walau tidak secara sengaja atau disengajakan ianya pasti akan berlaku.Cuma kalau boleh cuba dihindarkan atau dikurangkan.Bohong jika perkara2 ini tidak dekat dengan pasangan yang masih baru didalam alam percintaan.Kalau ada yang menafikan anda memang hebat.Syaitan tidak hebat.

Ini bukan pengalaman pertama dalam percintaan buat aku.So ianya tidak susah sangat buat aku cuma aku ada sedikit rimas apabila harus mengulangi perkara remeh temeh dalam bercinta.Lagi rimas apabila pasangan kita ini masih muda .masih bergetah,masih lincah...huru hara aku rasakan hidup aku sekarang ini.

Sabar dan syukur sahaja yang bisa aku katakan sekarang.

Sebenarnya banyak cerita yang mahu aku kongsikan disini.Tidak kiralah benda yang baik atau tidak.Bukan niat mahu riak atau meninggi diri cuma mahu membawa pembaca aku merasai apa yang aku rasai.Sama2 dapat memberikan kata2 nasihat dan tunjuk ajar.Bukan hanya untuk aku tetapi untuk mereka2 yang sedang hangat benrcinta juga.Bagaimana melalui batas2 cinta yang boleh dan tidak boleh.

Walaupun usia aku agak matang tetapi itu tidak bermakna aku hebat mengawal aksi2 cinta.Nafsu dan cinta bila bersatu nilai gabungan ini mampu memandu kita kearah yang benar juga salah.Oleh itu kawalan akal terhadap hati perlu kuat dan kukuh di kala ini.Godaan yang bertali arus dan tiada henti mampu merubah kejadian yang normal kepada paranormal.Itu bahaya namanya.

Harap2 tiada yang melebihi batasan.

chow!

P/S....nanti i akan buat kunjungan balas semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...