13 Jun 2013
Tidak Semua
Semua dari kita kalau boleh mahu akan kesempurnaan di dalam kehidupan.Semua yang dimpikan mohon dimakbulkan.Keinginan kita adakalanya melampaui batas yang telah di peruntukkan olehnya.Kalau boleh kita mahu semua dan segalanya.
Sentiasa sahaja berangan mahukan kebahagian.Tidak mahu berkongsi walau secebis kesulitan.Seringkali wujud rasa ketidakpuasan di dalam hati.
Tiada terniat di hati mahu bersikap tamak haloba dan curiga dengan apa yang di beri.Cuma sudah memang dasar seorang manusia yang memiliki keistimewaan iaitu nafsu sentiasa selalu berasa gundah gulana dengan apa sahaja yang telah dikurniakan dan dimiliki.Kalau boleh mahu semua!
Perempuan kalau boleh mahu seorang lelaki yang berwajah tampan dan kacak.Badan sasa dan sedap di peluk macam Remy Ishak atau Adi Putra atau Aaron Aziz..Poket sentiasa tidak nipis dan ringan selalu sahaja mengajak membuang masa bersama di pusat membeli belah macam suami Dato Siti Nurhaliza.Kereta hebat dan mewah lagaknya sentiasa sederhana dan bila berjalan sentiasa tersenyum suka.Mata tidak liar semacam kelakuan bagai imam dalam surau taman perumahan.
Lelaki pula kalau boleh mahu yang sederhana cantik macam Neelofa atau Hanis Zalikha.Sexy yang biasa2 macam Nabila Huda.Kalau boleh tidak mahu anak orang kaya dan berkerjaya hebat seperti Mizz Nina.Lembut tingkah laku dan sentiasa manis bila di pandang mata.Kalau boleh mahu yang tinggi dan pandai pula memasak dan mesra dengan kanak2.Jika boleh walau sudah masuk umur lebih dari 50 tahun masih manis macam seniwati Sarimah!
Manusia memang mahu semua.
Namun harus kita sedar semua itu tidak mungkin dimiliki selamanya.Bohong kalau kita tidak mampu merasainya cuma adakah ianya akan kekal bersama selama kita hidup.Itu mungkin sangat ajaib untuk berlaku.Semua untuk dimiliki jangan mimpi akan terjadi.
Semua bukan milik kita.Milik dia.
Kita mungkin atau bakal diuji apabila kita dengan sengaja dianugerahkan apa sahaja impian yang kita mimpi2kan agar kita dapat merasai dan memiliki semua yang kita inginkan.Sengaja diberikan kepada kita dengan tujuan dan juga melihat adakah kita ini jenis manusia yang tahu berasa puas dan tahu mengucapkkan rasa syukur kepadanya.Mudah lupa atau tidak.
Seperti biasa kita manusia yang bernafsu tidak cukup dengan semua malahan minta ditambah lagi.
Kita tidak akan miliki semua.Mustahil semua akan jadi milik kita.Percaya atau tidak kita memang manusia yang sentiasa mahu semua.Kalau boleh mahu lebih dari semua iaitu hampir atau cukup sempurna.Jujurnya kita ini manusia yang tidak pandai menggunakan akal yang cukup bijak itu.Kita guna hati kita.Kita minta nafsu bantu hati.Lalu gagal akal berfungsi.
Jangan harap semua ....
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita tidak memiliki semua yang kita mahu tapi DIA sudah berikan apa yang kita perlukan. Itu sahaja sudah memadai. Manusia harus belajar bersyukur.
ReplyDeletebetul tu
Delete220
ReplyDeleteHai.. how are u?..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
tenkiu.
Deletehidup kalau selalu melihat org yg di atas, memang sentiasa tidak akan cukup. sekali sekala lihat org yg dibawah agar diri mampu untuk berkata cukup.
ReplyDeleteterlupa.
DeleteApa yg kita nak, Allah bagi..Bukan Allah tak bagi..Allah memang nak bagi... tapi dengan cara lain yang tidak akan membuatkan kita rugi! Allah tak mahu kita jauh dariNya.
ReplyDeleteitu yang kita lupa.
Deletedapat yg hensem2 mcm aaron aziz pun susah hati jugak..
ReplyDeletepenat nak jaga dari kena goda dgn org lain :p
tahu x per u.
Deletekerana nafsu.
ReplyDeletemengajar kita haloba.
benar.
Deleteits like a trend now. Memuaskan kata nafsu. Tak terkecuali aku.
ReplyDeleteaku jua.
DeleteTidak semua apa yang kita inginkan, kita akan peroleh. Tuhan sudag berikan apa yang cukup untuk kita. Jadi belajarlah bersyukur. :)
ReplyDelete~Duri Matahari~
insyaallah syukur.
Deletebuncit itu seksi.
ReplyDeleteerk...huahua!
Delete"Semua bukan milik kita. Milik DIA"
ReplyDeleteI like these words!
me too.
Deletejgn mgharap terlalu tinggi..kelak diri sndiri akan terasa sakitnyaa.. ;)
ReplyDeletewpun aku pompuan,aku rasa Nabila Huda tu menarik dan hot :)
ReplyDelete