Namun mereka dikhabarkan telah bersatu semula dan...blabla...dan di bawah ini tulisan aku pun bermula...
Hebat bukan penangan Cinta!
Jangan hairan sangat dengan contoh yang aku berikan.Semua itu
silap-silap akan terkena ke batang hidung sendiri.Jangan nak berlagak
atau nak tunjuk hero lah ,kalau cinta punya penangan semua yang tidak
mungkin akan berlaku pasti tetap akan berlaku.Tak percaya...tak per
...tak kena boleh lah cakap banyak nanti kalau sudah terkena masa tu lah
baru nak beringat dan berfikir!
Aku? pernah? itu rahsia tapi
kalau hendak cerita hal orang lain aku boleh ceritakan .Bukan sengaja
kita nak bodohkan mereka cuma kita ambil sebagai iktibar dan
pengetahuan.Mereka yang hendak aku ceritakan dengan sangat ringkas ini
adalah kenalan aku juga.Jika mereka terbaca kisah mereka di blog aku
ini? Mereka akan tersenyum malu dengan aku kerana aku juga yang selalu
mereka hubungi untuk selesaikan masalah mereka.Berani nak marah aku
,silap-silap kata-kata"manis" aku berikan nanti.
Mereka juga sama hebat seperti
Rihanna dan Chris Brown.Kes Rihanna ni aku tak nampak tapi kes
mereka-mereka tu aku nampak depan mata aku sendiri!
Kes 1....dari awal perkenalan
lagi memang sudah ada banyak masalah.Lelaki ni memang baik budi
pekertinya kalau bercakap antara dengar atau tidak .Aku memang geli
dengan jantan patern ini.Buat "good-good"!Aku memang jenis tidak peduli
kau siapa.Kalau aku agak-agak tak berapa suka mula lah aku layan tak
layan....
Setelah setahun
perkenalan mereka dan sudah memasuki alam percintaan dan sudah mula
merancang untuk mengikat tali pertunangan....belang lelaki ini sudah
mula di perlihatkan.Bila aku dengar tabiat dia yang ringan tangan ,aku
buat macam tak dengar dan tak tahu tapi kalau sampai mak bapak budak
perempuan ini cari aku minta tolong terpaksa jugak lah aku masuk
campur.Aku malas nak ambil tahu sekiranya awal-awal lagi aku sudah beri
peringatan yang aku tak suka budak ni...tapi biasa lah orang perempuan
sudah jatuh cinta ...kerbau pun dia nampak comel!
Bila muka sudah "blue black"
barulah nak cari aku minta tolong.Mula-mula memang aku beraksi bagai
hero melayu terakhir,siap boleh tadah muka gantikan muka budak perempuan
tu ...takut pulak dia!
Kalau dia
hayun jugak kompom aku tersungkur jatuh.Badan punya lah besar tak ingat!
Mungkin dia pun cuak juga kot...ialah tetiba aku boleh tadah muka
pulak...aku kalau ingatkan semula memang gila ,suka-suka jer nak bagi
free muka kat orang!
Hari ini ...sudah punya 1 anak tapi masih kacau bilau jugak!
Sudah
punya anak satu,aku kira itu sudah cukup bagus.Walaupun ketika di alam
percintaan,mereka sering bercakaran dan bergusti.Tapi telah tersurat
yang mereka punya jodoh untuk hidup bersama.Aku fikirkan pasti tak
panjang usia percintaan mereka,ialahkan begitu punya haru hubungan
percintaan mereka .Sesiapa pun akan terfikir akan apa yang aku
fikirkan.Ada sekali tu mereka berdua bergusti di depan kedai
mamak...cerita bermula begini...
Si perempuan ni call aku minta
tolong, dia cakap "jantan" dia buat hal ,katanya ada "betina "lain ikut
tunang dia.Ketika itu pula aku memang free ,boring duduk rumah.Dalam
hati aku bercakap..
"...mesti best kali ini boleh tengok diaorang
berdrama lagi...silap-silap boleh tengok gusti free!...hehe!"
Bila sampai sahaja di depan kedai mamak tu,dia terus bergegas turun dan berlari kearah meja yang tunang dia lepak.
"doop-doop!
daap-daap!"
Dari jauh aku nampak
tunang dia tergolek jatuh terlentang ke belakang ,meja terbalik
kedepan...memang ganas gila...dan bila tunang dia bangun ,aku tak sempat
nak tahan mamat tu dari melepaskan tumbukan padu semula kearah muka
budak perempuan tu!!!
Budak
perempuan tu ...hmmm... tumbang muka berdarah,10 saat terdiam setelah
terjatuh...semua orang masih kekal di kerusi masing-masing cuma
memerhatikan sahaja.Tergamam kot! Hero sampai...aku tolak mamat ni
sampai dia terlanggar meja sebelah,habis tumpah semua minuman dan
makanan atas meja brader tu!
"...HEY!....p****T! Apa punya b*** kau ni ...perempuan tuuuu! yang kau tumbuk,nak sangat tunjuk jantan ...huh! mari dengan aku!
Terkebil-kebil
biji mata dia pandang aku...nak lawan ke atau tak nak?...aku rasa dia
macam kesal... bukan lah takut dengan aku ...kesal bila melihat muka
tunang dia berlumuran darah!
Al kisahnya bukan kerana tunangnya jumpa perempuan lain tetapi sebab mamat tu sedang syok layan mesin kuda! Itu yang jadi hal...aku pun tak tahu masa tu ada mesin kuda.(selepas kejadian itu ,baru aku tahu apa itu mesin kuda)!

Itu sikit lebih kurang aku
ceritakan .Betapa punya gila hubungan mereka tetapi akhirnya ke jinjang
pelamin juga.Tapi kenapa sampai hari ini masih lagi terus bercakaran dan
hari-hari bergusti tak kira siang atau malam...malam gusti wajip la
kan...hehehe!
Aku masih di hubungi dan di minta
beri cadangan berupa nasihat.Aku tak tahu kenapa aku mesti dengar semua
cerita mereka,dah tak der orang lain ke selain aku...hairan
aku.Sehingga satu tahap aku mengalah aku cakap...
" aku tak larat lah nak
layan kau orang punya hal lagi...pergi kelas kaunseling lah lagi
bagus...aku cakap sampai berbuih pun kau orang ulang lagi peel yang
sama...penat lah!...aku rasa mereka 2x5 jer..."
Tapi sebenarnya aku tahu kenapa mereka telah "dijodohkan" juga...itu akan aku ceritakan di lain episod.
Kes kedua....anak ada 2!...dari
permulaan mereka bertemu dan bercinta ...aku jadi saksinya....ini lagi
kelakar! Budak perempuan ni anak orang berada ketika itu dan mamat ni
...pernah popular satu ketika dulu di tanah air kita...ini kalau aku
sebut nama dia semua budak perempuan zaman tu kenal! siapa? itu tidak
penting kerana apa yang aku nak ceritakan ini bukan untuk memalukan dia
.Cuma untuk kita jadikan renungan dan pelajaran bersama.
Umur budak perempuan ini lebih
tua dari buah hati dia.Oops! sebelum aku pergi jauh lagi ,budak ni sudah
ada boyfren sebelum jumpa mamat tu dan hari ini boyfren yang dia
tinggalkan sudah jadi jutawan! memang kaya gila! hari tu aku dengar dia
baru saja beli sebiji ...Lamborghini aventador kaler putih! pehh memang gorges
gila!
Budak perempuan ni suka dengan
mamat ni kerana dia "artis".Itu jer...dan adalah kiut-kiut sikit.Setiap
kali keluar aku jadi mangsa...sebab aku ada kereta dan aku ada lesen
kereta.Kereta bapak aku...hehe! Kereta jenis apa?..ahhh malu aku nak
cerita....tapi memang itu kereta.Mudah nak kemana-mana tak perlu naik
bas...
" apa barang naik bas...malu lah weii..hehe!"
Aku? seorang-seorang jer atau
jadi driver...gilaaaa! mestilah ada "kodok" yang ikut juga ...siapa?...
itu juga rahsia! ini bukan kisah aku tapi kisah kenalan aku.
Memang mereka ni "in love" bagai
dunia ni aku yang punya.Tidak peduli apa orang nak cerita atau
khabarkan."...ahhh pergi mati...." itu jawapan yang selalu aku terima
bila aku cuba berikan sedikit "hujah"...maklumlah kau tu artis!
Selepas setahun lebih,bila show
dah slow sikit,bila kocek mula ringan...masa itu lah ..."Rihanna dan
Chris Brown"...muncul! Ini baru-baru betul sebiji macam kes
Rihanna...bergusti dalam kereta....ceritanya bermula begini....
Satu malam yang hening di ikuti sepoi-sepoi bahasa...waktu itu bulan mengambang...pirahhhh!
Sebenarnya macam ini...macam
biasa selepas pusing-pusing satu KL ,pergi sana pergi sini ,beli itu
beli ini...tengok wayang...habis wayang buat wayang...(aahh percaya lah
sangatkan)
Semua sudah penat
dan hari pun semakin malam maka sudah sampai masa budak-budak perempuan
ni di hantar pulang sebelum di beri pelempang oleh mak bapak
mereka...hehe!Biasalah orang perempuan bila nak di hantar balik ,ada-ada
sahaja tempat untuk singgah beli barang makanan...lapar katanya.Ok! aku
ikutkan sahaja permintaan mereka.Sampai satu tempat nampak Mc D...aku
dengan "kodok" aku turun melintas jalan pergi beli makanan.
Semasa
aku nak ke kereta semula selepas beli barang, "kodok" aku cuit tangan
aku dan muncungkan mulutnya kearah kereta....Mak Ai! kereta bergegar
tuuuu! Ini apahal la pulak ni....dari jauh aku sudah tergegar bunyi
monyet dengan kera ...terjerit-jerit! Aku cakap dengan "kodok" aku ..."
kita relek dulu kat luar ni ...biarkan mereka "habiskan" urusan mereka.
Setengah jam kemudian...senyap
tak dengar bunyi apa-apa pun...slow-slow aku tengok dua-dua
keluar...Eeeh! Baik pulak...hairan aku.....tapi bila aku datang
dekat-dekat....aku cuma boleh tersenyum sengih dan memberikan
kata-kata...
" ahhhh puas hati masing-masing...bodoh macam lembu,tak
puas-puas bergunti!"
Kedua-dua muka mereka "blue dan
black"...tangan bercalar-calar...habis jahanam kereta bapak aku mereka
kerjakan! jahanam! Dan mereka juga telah di ketemukan jodoh....Tapi
sampai hari ini mereka masih terus "bergusti dan berperang"...walaupun
sudah punya 2 orang anak!
Kita hidup di dunia ini harus percaya kepada sesuatu,kalau tiada
kepercayaan maka kita mudah sesat melarat.Kalau ada pegangan kuat dan
keyakinan maka semua perkara dia atas pasti dapat di elakkan atau
sekurang-kurangnya kita tabah menerimanya.Kita tawakkal.
Semua perkara diatas pasti ada puncanya.Dimanakah puncanya? Apa sebenarnya yang terselindung di sebalik semua kejadian itu?Pasti ada jawapannya.Aku secara tidak sengaja telah terjumpa jawapan kepada setiap persoalan KENAPA ?
Semuanya bermula dari rumah! Setiap isi rumah ada ketua dan keluarga.Jika kita tiada rasa hormat dengan mereka ,pasti suatu hari nanti akan dipertunjukkan akan akibatnya.
Kes Pertama....Si lelaki adalah anak no 2 dalam keluarganya .Beliau mempunyai seoarang abang yang kini dianggap sudah cukup berjaya setelah pulang dari luar negara belajar .Apa yang aku tahu dari mulut si perempuan ini ialah rasa amat "cemburu"nya beliau terhadap abang sulungnya.Segala kemahuan dan kehendak anak sulung dalam keluarga beliau, ibu bapanya turuti.
TETAPI bila sampai kepadanya ibubapa beliau menolak mentah-mentah permintaannya....
kata mereka...
Itu lah alasan atau jawapan yang akan beliau terima setiap kali beliau
minta duit untuk beliau gunakan .Maka beliau mula jadi liar dan jadi
anak yang agak sedikit derhaka...mulai saat itu semuanya jadi kacau
bilau sehinggalah hari ini.
Walaupun sudah bekerja tetap dengan gaji setiap bulan sekitar rm5000 ke rm 6000 tetapi beliau selalu kehabisan duit dalam tempoh cuma seminggu!Tidak tahu apa yang dibuat dengan duit tu. Semua bil-bil atau apa sahaja tanggungjawap sebagai seorang bapa dan suami telah ditukar kepada si perempuan!
Aku terkadang terasa amat kasihan dengan si perempuan ini,tapi apakan daya "nasi sudah jadi bubur"! Kalau dahulu dia dengar cakap aku ,taklah susah sangat macam hari ni.Atau mungkin ini dinamakan suratan takdir ......Aku kurang pasti tapi sangat percaya.
Kenapa? Kerana....si perempuan ini juga mengalami masalah yang hampir serupa dengan si lelaki...sedikit derhaka dengan ibubapanya!Dia jadi begitu kerana sikap dia.Sikap panas baran dan tiada kesabaran! Dia buat ibu dia seperti orang gaji! Dia bersikap amat jengkel dengan bapanya.Nasib baik walaupun begitu dia masih bertanggungjawap kepada anaknya dan mempunyai pekerjaan yang bagus...sebulan rm 8000 selamba jer!
Aku rasa kamu semua sudah mendapat jawapanya.Dimanakah aku dapat semua info ini? Dari " kodok" aku lah...beliau ialah"kakak" kodok aku!
Kes ke dua pula.....Aku rasa aku amat bertuah kerana dapat belajar semua ini dari orang-orang yang rapat dengan aku dan aku amat kenali.Memang tidak dijangkakan aku dapat melihat semua ini dari dahulu sehingga sekarang...dan aku pernah katakan ayat ini kepada "kodok" aku...." U tengok yer...apa yang I cakapkan hari ini pasti akan berlaku juga suatu hari nanti!" dia cuma tersenyum ...Dan memang benar ianya sudah berlaku dan masih lagi berlaku sehingga kini!
Ok ...kembali kepada kes ke dua tadi...mereka ini kawan rapat "kodok" aku dan tidak secara lansung aku pun menjadi rapat dengan mereka.Apa yang pasti disini Kes Pertama dan Kes Kedua sebenarnya ada persamaan.
Si lelaki datang dari keluarga yang sudah berpecah dua dan beliau memang kurang didikan sivik,bercakap dan berfikir apa yang dia fikirkan betul .Tiada ikut panduan mana-mana ..."ikut suka hati aku"...begitu.Ibu bapa kepada dia cuma pada nama sahaja.Mati ke hidup ke ...itu bukan hal dia..." i don't care!".
Dan si budak perempuan ini pula .Ketika arwah bapanya masih ada beliau amat baik dan berbudi pekerti tetapi setelah dia "kehilangan" bapa tersayangnya ,beliau berubah watak! Kerana dia berfikiran yang "perginya" bapanya kerana perbuatan ibu dia!
Aku pernah berikan dia nasihat,aku cakap semua ini kehendak yang maha kuasa ,ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya telah tersurat .Tiada apa yang mampu kita lakukan,tetapi dia mempunyai pandangan yang berlainan.Aku tak dapat nak tolong lagi ,hati dia KERAS macam batu.
Akibatnya ialah HARI INI...Semua yang di lakukan menuju ke jalan kehancuran dan rumahtangga beliau telah beberapa kali hampir tersungkur hancur.
Sekarang dengan jelas kamu nampak apa yang aku ceritakan...sekiranya kita dengan sengaja "menafikan" ibu bapa kita,kita akan terima TUNAI semua akibatnya.
Semua perkara diatas pasti ada puncanya.Dimanakah puncanya? Apa sebenarnya yang terselindung di sebalik semua kejadian itu?Pasti ada jawapannya.Aku secara tidak sengaja telah terjumpa jawapan kepada setiap persoalan KENAPA ?
Semuanya bermula dari rumah! Setiap isi rumah ada ketua dan keluarga.Jika kita tiada rasa hormat dengan mereka ,pasti suatu hari nanti akan dipertunjukkan akan akibatnya.
Kes Pertama....Si lelaki adalah anak no 2 dalam keluarganya .Beliau mempunyai seoarang abang yang kini dianggap sudah cukup berjaya setelah pulang dari luar negara belajar .Apa yang aku tahu dari mulut si perempuan ini ialah rasa amat "cemburu"nya beliau terhadap abang sulungnya.Segala kemahuan dan kehendak anak sulung dalam keluarga beliau, ibu bapanya turuti.
TETAPI bila sampai kepadanya ibubapa beliau menolak mentah-mentah permintaannya....
kata mereka...
" abang kau banyak nak pakai duit belanja di sana ,kalau kami tak hantar duit susah lah abang kau nanti...."
Walaupun sudah bekerja tetap dengan gaji setiap bulan sekitar rm5000 ke rm 6000 tetapi beliau selalu kehabisan duit dalam tempoh cuma seminggu!Tidak tahu apa yang dibuat dengan duit tu. Semua bil-bil atau apa sahaja tanggungjawap sebagai seorang bapa dan suami telah ditukar kepada si perempuan!
Aku terkadang terasa amat kasihan dengan si perempuan ini,tapi apakan daya "nasi sudah jadi bubur"! Kalau dahulu dia dengar cakap aku ,taklah susah sangat macam hari ni.Atau mungkin ini dinamakan suratan takdir ......Aku kurang pasti tapi sangat percaya.
Kenapa? Kerana....si perempuan ini juga mengalami masalah yang hampir serupa dengan si lelaki...sedikit derhaka dengan ibubapanya!Dia jadi begitu kerana sikap dia.Sikap panas baran dan tiada kesabaran! Dia buat ibu dia seperti orang gaji! Dia bersikap amat jengkel dengan bapanya.Nasib baik walaupun begitu dia masih bertanggungjawap kepada anaknya dan mempunyai pekerjaan yang bagus...sebulan rm 8000 selamba jer!
Aku rasa kamu semua sudah mendapat jawapanya.Dimanakah aku dapat semua info ini? Dari " kodok" aku lah...beliau ialah"kakak" kodok aku!
Kes ke dua pula.....Aku rasa aku amat bertuah kerana dapat belajar semua ini dari orang-orang yang rapat dengan aku dan aku amat kenali.Memang tidak dijangkakan aku dapat melihat semua ini dari dahulu sehingga sekarang...dan aku pernah katakan ayat ini kepada "kodok" aku...." U tengok yer...apa yang I cakapkan hari ini pasti akan berlaku juga suatu hari nanti!" dia cuma tersenyum ...Dan memang benar ianya sudah berlaku dan masih lagi berlaku sehingga kini!
Ok ...kembali kepada kes ke dua tadi...mereka ini kawan rapat "kodok" aku dan tidak secara lansung aku pun menjadi rapat dengan mereka.Apa yang pasti disini Kes Pertama dan Kes Kedua sebenarnya ada persamaan.
Si lelaki datang dari keluarga yang sudah berpecah dua dan beliau memang kurang didikan sivik,bercakap dan berfikir apa yang dia fikirkan betul .Tiada ikut panduan mana-mana ..."ikut suka hati aku"...begitu.Ibu bapa kepada dia cuma pada nama sahaja.Mati ke hidup ke ...itu bukan hal dia..." i don't care!".
Dan si budak perempuan ini pula .Ketika arwah bapanya masih ada beliau amat baik dan berbudi pekerti tetapi setelah dia "kehilangan" bapa tersayangnya ,beliau berubah watak! Kerana dia berfikiran yang "perginya" bapanya kerana perbuatan ibu dia!
Aku pernah berikan dia nasihat,aku cakap semua ini kehendak yang maha kuasa ,ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya telah tersurat .Tiada apa yang mampu kita lakukan,tetapi dia mempunyai pandangan yang berlainan.Aku tak dapat nak tolong lagi ,hati dia KERAS macam batu.
Akibatnya ialah HARI INI...Semua yang di lakukan menuju ke jalan kehancuran dan rumahtangga beliau telah beberapa kali hampir tersungkur hancur.
Sekarang dengan jelas kamu nampak apa yang aku ceritakan...sekiranya kita dengan sengaja "menafikan" ibu bapa kita,kita akan terima TUNAI semua akibatnya.
berbuat baik kepada ibu bapa, tidak berkata "Cis!" kepada mereka, tidak mengherdik mereka tapi ucap perkataan-perkataan yang mulia, di samping tidak menyembah sesuatu selain Dia - 17:23
Chow!
panjang betoii . berpinar mata ceq na baca . hehehe
ReplyDeletehaha...baca x sampai habis?
DeleteAku rasa ini berkaitan dengan ibu bapa bukan? buat baik dengan ibu bapa
ReplyDelete? Erk... itu je yg aku faham. Betulkan kalao aku salah.. ehehe
betul la tu.
DeleteSeram pulak bila hal sebegini berlaku. Harap2 dijauhkan daripada perkara sebegini.
ReplyDeleteyang baik kita ambil yang x baik kita jadikan sempadan.
Deletehmm.. sebenarnya, kisah2 macam ni la yang mampu memberi kita panduan.. agar kita perbaiki diri kita dan tidak menjadi sebegitu...jika ada sifat yang tak elok dalam diri kita, kita berusaha sedaya upaya untuk ubahnya.. InsyaAllah kita mungkin dapat mengelak benda2 macam tu berlaku.. aku dulu pernah tgk cerita shah rukh khan.. shah rukh khan ni panas baran.. dan selalu isteri dia jadi mangsa.. lepas tu berpisah.. namun disebabkan cinta, dorang bersatu kembali.. tapi jalan cerita kemudian tetap sama.. dorang selalu jugak bergaduh..
ReplyDeletetu yg seram.
Deletedengar kata chris brown dan rihanna bercinta kembali. eh?
ReplyDeleteon n off.
DeleteItuLah cinta.. Ibu bapa jangan lupa.. X berkat hati x tenang...
ReplyDeletebenar sekali .
DeleteKenapa yer cinta itu selalunya tak pernah adil pd pemberi dan penerimanya? Boleh LS ulaskan tak selain dari mengatakan "cinta itu buta". Jawapan yg cliche!
ReplyDeletemaaf bertanya soalan yg mentah ini krn saya baru berusia 17thn.
-bukan cinta biasa-
nanti i fikir2kan ok.
Deletebenar...
ReplyDeleteyup.
Delete*tersenyum sbb pernah kena kat batang hidung Na =)
ReplyDeleteheee.
Deletehormatilah kedua ibu bapa
ReplyDeletetang bawah skali TH rasa senang nak paham.eheheh
ler...hehe.
DeleteSape yg kawen dgn artis tu? Siapa artis tu? *walaupun tau ko takkan jawab. Heheh.. Cuma aku tak dpt nak digest cemana ko boleh rajin sgt layan aduan mereka. Baik jugak la ko ni. Kalo aku, mmg aku tak layan dah.
ReplyDeleteLast skali boleh faham apa yg ko cuba sampaikan.... Semuanya bermula daripada rumah. Cemana kita layan org tua kita, camtu la hidup kita akan jadi tak tentu hala.
yup apa2 pun dari rumah.
Deletebertuah kamu sbb diberi peluang utk melihat semua ni...bgus gile kan leh jd pndgr setia gitu..hahaha..btulla tu..institusi sesebuah keluarga bsar pengaruhnya.."kodok" tu skrg kwn bek lg ke?hahaha :p
ReplyDeletekodok tu dah lari...huhu.
Deletekesimpulannya, buruk mcm mana sekalipun ibu bapa kita, kena tetap hormatkan mereka.. jgn menderhaka, jgn tinggikan suara.. setiap langkah kite perlukan doa dri kedua ibu bapa..
ReplyDeleteibubapa segalanya.
Deleteayat ujung tu je yg masuk dlm otak aku.hehe
ReplyDeletehai naya2.
Deletecinta oh cinta. tak keruan aku, bila fikir cinta. hehe
ReplyDeletehahaha.
Deletebole tahan hebat perempuan tu
ReplyDeletemmg pun .
DeleteSebelum bercinta...tanya pendapat ibubapa kita....Lagi satu cinta itu buta..
ReplyDeletenak tanya ibu bapa yer...berani ke...hehe.
Deleteklu da nmnya cinta dan syg....bole jd cm2...xpa la dorang bercakaran...huhu...bek tu..t dah khwn ok skt...boring nk gaduh dh sbb da hri2..so pas kawen mgkn elok....dah bercantum elok la skt huhu
ReplyDeletex gaduh x kenal lagi gaduh lagi kenal.
Deletesyukur alhamdullilah masih tak terlewat.
ReplyDeletekisah yg berlaku sekeliling kita lah buatkan kita berfikir dan jadi jauh lebih matang dari umur sebenar..
ReplyDeletecinta itu rahsia dan unik, even kita kata kita benci dia setiap hari gaduh setiap hari tapi at the end dia juga yg kita pilih.. cinta sgt pelik. kita takkan tahu sampai lah kita sendiri ada dkt tempat tu.. btw kisah yg best blh jdi teladan.
Kisah cinta memang selalu asyik untuk dibicarakan baik itu oleh remaja, dewasa, bahkan orang tua sekalipun. Karena dengan adanya cinta, hidup ini jadi indah. Terimakasih atas informasinya :)
ReplyDeletepanjangnyaaaa...
ReplyDeletepernah jugak bergaduh dgn ibu ayah..
ReplyDeletetp sy mengalah dulu la sebab dah x larat dah. plus umur dah makin besar, jd pandai2 fikir la.
ibu ayah pun nak tua. maybe sbb sy anak sulung kut. jd tanggungjwb n hormat ibu ayah tu masih ada.
Just done read it. Agak pening jugak nak digest cerita ni sbb part akhir2 byk jumpin2.
ReplyDeleteTapi sedikit sebanyak terkena kat batang hidung sendiri. Damnit!haha
"Don't fall in love unless u're ready to be hurt"
whatsapp görüntülü show
ReplyDeleteücretli.show
JQKB
<a href="https://zahretelmamlakah.com/%d8%b4%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d8%aa%d8%b3%d9%84%d9%8a%d9%83-%d9%85%d8%ac%d8%a7%d8%b1%d9%8a-%d8%a8%d8%ae%d9%85%d9%8a%d8%b3-%d
ReplyDelete