25 Aug 2013
Bercinta Dan Berkahwin
Dahulu tradisi cinta selepas berkahwin memang tiada apa yang harus di hairankan.Cerita dari mulut orang2 tua dahulu sehingga sekarang seperti satu cerita sejarah yang tiada tolok bandingnya.Hebat cerita ini seperti tiada ada cacat celanya.Tiada cerita yang tidak elok yang kita dengar dari mulut mereka.Diakhiri pula dengan jumlah anak yang ramai dan juga disulami pula kejayaan anak2 mereka setelah dewasa.Titik akhir mereka ialah apabila mereka berjaya bersemadi dengan aman dan bahagia.Tamat.
Ini kepada aku ialah satu cerita motavasi untuk kita bercinta selepas berkahwin.
Salah satu cara orang tua kita mengajak kita agar mengikuti apa yang mereka percaya dan yakini.Cerita ini seperti cuba memberitahu kita bahawa cinta selepas berkahwin ini lebih selamat dan bahagia.Cerita ini pula semakin kuat untuk diceritakan apabila ianya berlaku kepada orang tua kita.Contoh dan bukti yang nyata dan tidak dapat untuk kita pertikaikan sekarang.Kalau masih mahu cuba melakukan perbalahan maka kemungkinan besar kita dan mereka akan berkecil hati.
Jangan berkata tidak kerana itu tidak bijak.Maka diam itu lebih selamat demi jiwa mereka.
Hari ini masih ramai yang percaya bahawa bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik.Percaya tetapi tidak mempercayainya apabila kena kepada tuan punya badan sendiri.Aku cuma tersenyum apabila ada segelintir dari kita yang begitu yakin bahawa bercinta selepas berkahwin adalah jaminan kepada kebahagian seperti mana yang berlaku kepada orang2 tua kita yang terdahulu.Aku juga tidak menafikan bahawa banyak perkahwinan yang sebegitu ketika zaman2 orang tua kita dahulu berjaya dengan sukses.Itu mungkin 50 ke 60 tahun dahulu.Zaman sebelum merdeka.Cerita benar tetapi mungkin juga sedikit penambahan untuk memberikan impak yang lebih cantik kepada jalan cerita.Aku mungkin ada sedikit bersangka buruk.
Namun aku juga percaya tradisi bercinta selepas berkahwin berlaku kepada orang2 tua kita yang berstatus nenek atau atok sekarang berjaya kerana kurangnya gangguan dan kekacauan jiwa dari luar.Gangguan yang bagaimana?
Dahulu zaman atok nenek kita mana ada serupa seperti sekarang.Dahulu mana ada bandar moden yang besar.Dahulu mana ada shopping kompleks yang besar dan pelik.Kereta dan kenderaan awam pun kurang.Jalan mahu ke bandar agak kecil dan tidak cantik malahan perlu ambil masa yang lama untuk sampai kesana.Tiada kenderaan sendiri.Pusat2 hiburan juga sukar untuk ditemui tidak seperti sekarang bersepah seperti cendawan tumbuh.Pandang depan ada Disko dan Kelab karoeke bila pandang belakang ada pusat rehat yang dinamakan Spa.Comel2 je gadis dari beberapa buah negara yang pernah bikin hati orang2 tua kita dahulu sakit hati...hehe.
Itu gangguan jiwa yang biasa2 sahaja.Tidak hebat dan tidak begitu mengancam sangat2!
Ini yang paling hebat dan paling terpantas untuk gangguan jiwa minda kita.Laman sosial yang paling sial iaitu Facebook!
Cuba kita sama2 bayangkan jika facebook ini ada ketika dizaman atok nenek kita.Percaya atau tidak bahawa tidak akan wujud cerita bahawa bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik dan terjamin kualitinya.Ini adalah salah satu sebab kenapa kaedah bercinta selepas berkahwin pada zaman dahulu sangat berjaya dan diakui.Rasanya ramai yang tahu bagaimana laman sosial ini telah berjaya meramaikan mereka2 yang putus cinta,putus tunang,bercerai berai,bertambah laki dan bini yang tidak sah hubungannya.Itu ok lagi.Ini siap pula laman untuk kita buat tempahan online dan boleh muncul sigenit betul2 didepan pintu rumah kita.
Boleh kita yakin bahawa bercinta selepas berkahwin sangat relevan sekarang?
Jika ada yang masih yakin aku ucapkan syabas.Jangan pula menolak apabila orang tua kita membuat rencana untuk menjodohkan kita dengan sipolan yang mereka suka pula nanti.Jangan pula memberikan alasan konon belum sampai seru belum cukup dewasa dan belum cukup bersedia.Masih belajar lagi dan belum cukup matang atau belum puas enjoy!!!
Hari ini jangan yakin sangat dengan cerita bercinta selepas berkahwin.Berapa kerat sangat yang berjaya melaluinya.Cuba lihat sekeliling kita dan kira dan bandingkan dengan mereka yang bercinta selepas berkahwin dengan mereka yang bercinta sebelum berkahwin siapa yang lebih ramai.Jika jumlahnya perbezaannya agak besar cuba cari sebab kenapa itu yang mereka pilih dan buat.Kalau susah sangat cari jawapan dari kawan2 kita yang telah berkahwin dan tanya ...apa jawapan mereka.
"....Gila ko nak kawin dgn org yg kite tak kenal ...dulu boleh la sekarang mana boleh lagi! Sekarang nie orang jahat muka mereka baik2 je dan orang baik pulak muka mereka macam penyamun....hehehe!..."
Namun siapa boleh jangka dengan jodoh ianya bukan hal kita.Kalau dah tiada jodoh bercinta bagai nak rak pun bercerai juga.Juga tiada jaminan bahawa bercinta selepas berkahwin akan kekal hingga akhir hayat pada masa kini.Cuma yang jelas ketara sekarang tiada siapa yang berani ambil risiko untuk bercinta selepas berkahwin.Balik belajar dari bandar tahu2 kat rumah dan tersedia bakal suami atau isteri kita.Entah dari mana asal usulnya kita tidak tahu.Cuma senyuman girang dari kedua orang tua kita buat hati kita gelabah.
"...DAH KENA PUKAU KE ORANG TUA AKU NI..."
Aku percaya cakap2 bercinta selepas berkahwin cuma tinggal cakap sahaja.Ini cakap main lepas cakap tiada niat seperti apa yang di cakapkan.Boleh percaya ke sekarang ini ada gadis yang mahu dinikahkan dengan bakal suami yang tidak dia kenali.Jangan tidak tahu ramai yang terpedaya dengan lelaki2 yang bijak dan warak tetapi sudah beranak pinak dan beristeri.Ini realiti hari ini.Siapa yang sanggup mengadai semua yang mereka miliki kepada apa yang mereka kurang yakini tetapi percaya...bahawa bercinta selepas berkahwin adalah solusinya.
Kalau aku pula aku sokong dengan bercinta sebelum berkahwin.Aku lelaki pasti aku suka.Jika serasi dan ok dan ada jodoh kira alhamdullilah.Jika lain jadinya dan lain macam je peelnya.Kita ceraikan dan lepas itu cari lain dan kahwin lagi.50 kali pusing2 macam itu pun tak pe kannnnn!
Orang lelaki!
Apa pula rasanya kepada gadis yang diceraikan buta2 begitu? Salah akan percaya bercinta selepas berkahwin atau redha untuk menerima bahawa itu sudah kejadian jodoh kita?Mampu begitu? Sanggup?
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nice one!! Sokong sgt2! Dahulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Org dulu tak expose kat mana2 so pretty impossible utk mencari cinta. Tuhan tu hebat kan. Dia tau org dulu tak expose, dia sampaikan jodoh orang melalui cara ni. Now orang dah expose, Dia bagi kita hak utk mencari. Hee.
ReplyDeleteLps ni blh bagi pendapat ttg kahwin muda tak? Banyak orang ckp umur 25 aku mesti kahwin sebab umur tu dah dikira tua, padahal hidup tak stabil lagi. Kerja tetap pun takda, studies tak habis lagi. Life dia mmg stabil, tapi mampu tanggung diri je; nak tanggung wife len kali quite impossible. What do u think bout this? Hmm.
ok nanti i tulis ttg itu.
DeletePerghh, ada lagi ke ckp umur 25 dah kena kawin? Aku dah 26 T___T camna ni,ekekeke
Deletehaha...naye2.
Deletedah kawin?
ReplyDeletesetuju sangat2! hehehe
ReplyDeletebercinta lepas kahwin lebih manis dan berkekalan. ibubapa sendiri pun macam tu jugak.. bahagia je :)
ni ade baca sampai habis ke tidak ni kann....
Deletehehe.
Dulu masa sekolah, dalam hati beria2 nak sgt mak abah yg carikan jodoh. Tapi bila dah masuk sek men pandai plk bercinta dgn monyet. Pastu dah naik peringkat tinggi sikit dah pandai nk gedik2 time belajar. Bila masuk alam kerja, jumpa plk org yg caring sikit dgn kita haaa hati dah jadi lain.
ReplyDeleteTapi org kata realiti selalunya tak seindah mimpi, sekali terluka bukan mudah nk dipulihkan.. at last kembali kepada fitrah, abah, tolonglah carikan jodoh utk adik ye. Mungkin inlah yang terbaik..
Sape2 yg sudi tolonglah datang rumah jumpa mak abah ye, eh? Tetiba plk dah. Hahahhaaha, gurau je
kalau dh macam tu tadah je la...mana tahu nasib baik kan.
Deleteagak setuju jg dgn entry ni...tapi kedua2 situasi pn xde masalah...yg penting lepas dah kahwin, ada usaha nk mengekalkan kebahagiaan... :)
ReplyDeleteinsyaallah.
DeleteSalam.
ReplyDeletehurmm...err..ko dah kahwin ke belum? hik3
Ak rsa..perkahwinan..cerita bercinta slps ke sebelum..itu part kecil saja.
Dua2 ada pro kontranya..lagipun kita kahwin dgn manusia..dah nama manusia..perangai berubah2.. jadi banyak benda nak kena belajar, toleransi ant yang utama. Bila dia berubah, dah tentu ada cara nak handle. Urmm..mcm takda kaitan je apa ak taip ni,hehehe :D
mmg dua2 ada pro dan kon tapi masih adakah lagi yg ikut cara lama ini sekarang? ada yang berani tak?
Deleteitu persoalan aku.
Ada. Masih ada lagi yg ikut.
DeleteTapi susah dah nk jumpa, kan?
tradisi yang semakin dinosour ni...:)
DeleteAda, aku. Tapi abah cakap cari sendiri. Haaa, amik kau
Deletepada saya la.. kenal tu perlu... bercinta selepas kahwin tu bukan sesuatu yang tidak lagi releven. boleh sahaja....
ReplyDeletekau percaya dan yakin bercinta selepas berkahwin pada ketika ini benar2 relevan?
Deletekenapa x cuba sekarang?
jawapan ada di tangan anda...hehe.
belum jodoh.... hahaha..
DeleteHahaha, betul la tu. Dah mmg belum jumpa jodoh. Tapi kita tau ke pasal jodoh kita eh? Aku blur sungguh bab kalau dah jodoh ni... adoi
Deleteaku antara golongan yg bercinta dlu baru berkahwin.
ReplyDeletehaha...mmg ramai yang buat benda yang sama macam lu sekarang.
Deletebercinta dua minggu lepas tu kahwin boleh? hahaha
ReplyDeletekalau sudah suka dan percaya dan mmg sudah jodoh ...boleh.
DeleteNak amalkan tradisi bcinta lepas kawin pada zaman skrang ni boleh..cuma nak jamin kebahagiaan mcm org dulu2 tu susah sikit...
ReplyDeleteYe la...zaman skrang byk yg plastik...baik lelaki mahupun perempuan....
mmg x relevan lagi utk diamalkan sekarang.
Deletepokok pangkalnya jodoh bro
ReplyDeletemmg la apa2 pun jodoh cuma relevan lagi ke cara macam dulu2 tu sekarang?
DeleteJika ada yang masih yakin dan percaya pun itu tidak cukup memadai tetapi adakah benar mereka akan buat apa yang mereka katakan?
ermm...tak tau nak komen apa nih...!!
ReplyDeletesemua ada positif dan negatif nya
tepuk dada tanya iman
tanya iman...tanya selera lebih tepat.
Deletebercinta dulu, sbb nye klau putus, xde effect tp klau dh kawin, cerai-berai, susah, pompuan pulak mesti akn dpt status yg xsedap didengar n pompuan jugak disalahkn, just opinion. Apa2 pun, baik kenal dulu...
ReplyDeleteInilah jawapan yang aku tunggu2...jawapan dari orang perempuan sendiri.Isu diatas ini aku utarakan kerana ramai wanita yang percaya sangat dengan bercinta selepas berkahwin ini baik.
Deletemereka mungkin terlupa perkara yang anda tuliskan.
Adakah tu maksudnya bukan jodoh kita sampai kena cerai berai?
DeleteAdmin, tolong ceritakan sikit tentang kalau dah jodoh, belum jumpa jodoh, xde jodoh lagi. Wehh, confuse confuse
panjangnya . malas na baca boleh ? hehehe
ReplyDeletebolehhh.
Deletedah baca dah pun
DeleteAku tak tahu nak komen apa yang ini sebab errr.. entah . Haha .
ReplyDeletehai itu pun susah nak komen...ish2
Deleteambe pnh bercinta..tp nk juga try cinta selepas nikah..kalau dah mak yg cri..nk juga tgok gmbar n thu perwatakannya..kalau bt ambe yakin..pastu diskong pula dgn solat sunat istikarah..ambe terima je..he3..cm best kn =)
ReplyDeletebelasah je la kan.
DeleteKahwin, kemudian cerai, dan berkahwin dan bercerai lagi untuk kesekian kalinya, itu bermaksud jodoh sementara. Kita belum jumpa jodoh kita yang sebenar. Ada kemungkinan jodoh kita belum lahir atau sudah meninggal dunia.
ReplyDeleteBerkenalan sebelum kahwin memang perlu untuk kita kenal siapa pasangan yang akan hidup dengan kita selama di dunia ini. Lain la kalau kita dah tahu itu memang jodoh kita, jumpa aje terus kahwin, tak payah nak kenal-kenal lagi dah.
aah senang yer dak.
DeleteBiasanya, bercinta lepas kahwin ni mostly yang buat adalah pasangan yang ada latar belakang agama.
ReplyDeletePada aku ini masih releven tapi bergantung kepada cara hidup dan situasi sekeliling masing-masing.
latar belakang agama...hmmm mungkin.
DeleteOkey, bila baca komen2 ni... nanti2 lah fikir pasal kahwin. Sbb aku dah confuse soal jodoh ni
ReplyDeletehahaha.
DeletePernah alami..kawin..cerai..kawin..cerai..dan masih mencari lagi kebahagiaan yg dahulunya direnggut semata mata kerana fitnah semata. Andai itu tanda rapuhnya cinta maka aku takkan berpaling lagi ke belakang...
ReplyDeletesemua org nak bercinta lps kahwin.. tp sy nak kenal dulu, bercinta sebelum kahwin jugak and bercinta slps kahwin gak.. pokok pangkalnya nak kenal dulu n bercinta dulu :D
ReplyDeletezaman skrng ni nak bercinta lps nikah kena fikir byk kali rasanya.. klu dh knl takpe, klu x knl? ngee....
selalunya yg war2kan bab elok cinta lps nikah golongan agama der.. kwn2 aku yg tergolong dlm golongan agama pun bukan main suka heboh no couple la apa la.. last2 aku malas nak end up and still kwn dgn diorg.. bukan apa, jgn nak over sgt. tu je..
Hi. Baru terjumpa entry ni. Back to basic kena betul percaya pada Allah dgn apa yg dia janjikan. Kalau kita percaya, kalau jd apa apa2 mmg mudah utk redha dan terima. Bg aku, aku percaya bercinta lepas kahwin tu indah tp aku taknk org carikan. Biar aku cari sendiri, suka duka gembira biar aku yg tanggung. Dah nk cari sendiri sangat kan. Tp yolah kalau misi pencarian aku tak berjaya kena lah jugak bantuan mak bapak tp aku tak rasa ada org nak. Hahahaha. Maklumlah hidup berjiran pn tak reti lg. Tp, utk diri aku buat masa sekarang, aku nak proceed study dan bina kerjaya. Kahwin awal/lambat/bercinta sebelum/ slps/ tu kalau ada rezeki tu ada la. Kalau takda lg tu redha ja lah. Sbb aku ni pikir banyak. Takut jugak kahwin tup2 suami meninggal ke, kena tinggal,kena pukul,kena cerai. Ha negatif benor. So konklusinya follow the flow, jgn pikir banyak mcm aku.
ReplyDelete-beruangbuluh,blogger mcm kau jugak.
Ankara
ReplyDeleteAntalya
istanbul
Ordu
izmir
1AVYY
yozgat
ReplyDeletetunceli
hakkari
zonguldak
adıyaman
0YFJCN
Çorlu Lojistik
ReplyDeleteManisa Lojistik
Eskişehir Lojistik
Afyon Lojistik
Konya Lojistik
6FD28
DB70B
ReplyDeleteAnkara Parça Eşya Taşıma
Karaman Lojistik
Şırnak Evden Eve Nakliyat
Düzce Evden Eve Nakliyat
Karabük Lojistik
EC729
ReplyDeletebinance indirim kodu
8823F
ReplyDeletecanlı görüntülü sohbet siteleri
canlı sohbet sitesi
sohbet
kırşehir canlı sohbet sitesi
zonguldak sohbet
kadınlarla görüntülü sohbet
yalova ücretsiz sohbet odaları
tokat canlı sohbet ücretsiz
tekirdağ telefonda sohbet
DC49B
ReplyDeleteısparta canli sohbet chat
hatay sesli görüntülü sohbet
Afyon Canlı Sohbet Et
kütahya bedava görüntülü sohbet sitesi
balıkesir kadınlarla ücretsiz sohbet
en iyi görüntülü sohbet uygulamaları
Bingöl Parasız Sohbet
mardin mobil sohbet odaları
sakarya görüntülü sohbet uygulamaları ücretsiz
DD0B1
ReplyDeleteankara canlı sohbet odaları
kayseri görüntülü sohbet ücretsiz
Antalya Canlı Ücretsiz Sohbet
afyon bedava sohbet siteleri
izmir telefonda sohbet
Istanbul Bedava Sohbet Chat Odaları
ağrı en iyi rastgele görüntülü sohbet
rastgele sohbet
istanbul sohbet
F48FF
ReplyDeleteFloki Coin Hangi Borsada
Twitter Beğeni Hilesi
Caw Coin Hangi Borsada
Mexc Borsası Güvenilir mi
Sohbet
Bitcoin Oynama
Onlyfans Takipçi Hilesi
Likee App Beğeni Satın Al
Lunc Coin Hangi Borsada
63AC3
ReplyDeleteInstagram Takipçi Hilesi
Mexc Borsası Güvenilir mi
Paribu Borsası Güvenilir mi
Pepecoin Coin Hangi Borsada
Binance Hangi Ülkenin
Tiktok Beğeni Hilesi
Binance Referans Kodu
Likee App Beğeni Hilesi
Instagram Beğeni Satın Al
24FC7
ReplyDeleteThreads İzlenme Hilesi
Coin Nasıl Oynanır
Binance Nasıl Oynanır
Bitcoin Madenciliği Nasıl Yapılır
Coin Kazma Siteleri
Telegram Abone Satın Al
Dxgm Coin Hangi Borsada
Kripto Para Çıkarma
Binance Hesap Açma
1C21D
ReplyDeletetrezor suite
trust wallet
roninchain
aave
arculus
defilama
avax
sushi
raydium
40C41D8D3B
ReplyDeletegerçek takipçi satın al