Pages - Menu

13 Jan 2014

Entah....Cerita Biasa jer ni!



Sayur kangkung tiba2 sangat popular sekarang ini di laman maya Fb.Semua keluar status yang sama termasuklah aku juga.Semuanya ada bau sindiran terhadap pemerintah.Status Fb aku berbunyi begini..

"...bayangkan jika sayur kangkung  sebenarnya adalah ubat penawar tenaga batin yang sangat hebat...mahal atau murah harga sayur kangkung  pada hari ini..."!

Aku faham dan aku akuinya.

Ketika ini semua orang sedang mengalami masalah yang sama pening memikirkan tentang segala macam benda yang naik.Tidak juga aku berat kepada pemerintah juga pembankang kerana aku tahu masing2 ada tanggung jawap sendiri yang harus mereka selenggarakan.

Di SINI aku ada menulis dengan panjang lebar tentang perbezaan hari ini dan masa lalu.Bagaimana perbezaan itu sebenarnya tiada bezanya diantara hari ini dan hari orang tua kita dahulu.Semuanya adalah sama cuma bezanya adalah angka sahaja.Sekali lagi aku katakan suka atau tidak kita terpaksa harungi semua ini seperti mana yang telah dilalui oleh generasi2 yang terdahulu.

Orang cakap jauh berjalan banyak pengalaman yang akan kita kutip.Aku setuju dan aku nasihatkan agar ramai rakyat Malaysia harus cuba keluar dan merantau seperti mana yang dilakukan oleh orang2 asing yang berada di tanah air kita ini.Jika kita hanya mendengar dan bercakap tanpa sendiri merasainya ianya adalah tidak sangat adil.Bagaimana kita dapat memberikan pendapat sedangkan kita tidak pernah sekali pun keluar dari negara kita.Malahan kita bercakap seperti kita tahu segala2nya.

Thailand....bagaimana?

Cuba baca dan lihat sendiri apa yang terjadi sekarang.Bukan hanya sekarang tetapi sejak zaman Jepun lagi.Bagaimana Thailand dan rakyatnya sehingga ke hari ini masih lagi tidak aman2.Pihak tentera dengan pihak istana bila2 masa sahaja boleh menjatuhkan kerajaan yang di pilih oleh rakyat.Bukan hanya sekali tetapi telah banyak kali tentera membuat rampasan kuasa.Dari utara sampai ke selatan Thailand ada sahaja masalah dalaman mereka dan tidak sudah2 selesai masalahnya.

Soalan yang sangat mudah dan ringkas...jika kita ini pelancong adakah kita rasa keselamatan kita terjamin selamat jika melancong ke Thailand?

Hari itu lebih 10 hari aku disana dengan seorang kawan.Tidaklah kecoh sangat tetapi ianya tidak begitu selesa kerana setiap lorong dan jalan ada sahaja polis dan tentera yang berkawal.Aku ok jer kerana aku tiada membawa apa2 barangan yang berharga bersama.Biasalah backpackers apa ada halnya.Aku main belasah je jalan mana aku mahu dan suka dan lansung tidak aku pedulikan sesiapa pun.

Cuma apa yang aku nampak dengan jelas ianya tidak begitu selesa dan selamat kepada pelancong2.Apabila terlalu banyak demo2 jalanan maka banyak benda yang terpaksa kita ambil kira.Suasananya memang sangat tidak baik untuk dikunjungi.Macam2 ada dan majoritinya adalah benda2 yang tidak bagus untuk kita ambil tahu.Bayangkan kalau orang lain datang melancong ke negara kita dan ada demo2 jalanan apakah mereka akan datang dan singgah?

Kompom cabut!

Indonesia bagaimana pula?

Disini aku telah bertapa agak lama lebih dari 2 minggu ini kerana bahasanya aku faham dan makanannya pula murah2 dan banyak.Sedap2 juga makanan mereka dan macam2 sampai aku pening untuk menyebut dan mengingatinya.Suasananya agak tenteram dan sedikit aman berbeza seperti di Thailand.Disini aku tidak begitu bebas dan selalu harus berwaspada dengan orang2 yang sentiasa sahaja melihat peluang apabila kita lalai.Ini sesuatu yang sangat biasa dan bahaya.Lebih2 lagi kalau mereka tahu kita ini orang dari Malaysia.Jika nasib kita baik kita akan di raikan dan jika tidak adalah sebaliknya.

Jumlah mereka yang terlalu ramai dan nilai matawang mereka yang rendah sangat memeritkan mereka untuk terus hidup.Harga barangan memang tiada aras harga yang sebenar main ikut tempat dan keadaan.Undang2 pun adakalanya tinggal nama sahaja.Sumpah aku seram apabila berjalan berdua dengan kawan aku apabila malam menjelang.Lebih seram lagi apabila ada orang sana nasihatkan kita orang luar jangan suka2 merayau tidak tentu arah...katanya nanti kena jual!

Entah ya atau tidak tetapi aku tidak mahu ambil risiko.

Disini syurga dunia mereka lagi hebat dari Thailand sebenarnya.Semuanya boleh asalkan ada duit.Tiada siapa yang dapat halang atau melarang kita untuk buat apa sahaja.Disko setinggi 3 tingkat sebesar stadium tertutup beroperasi 24 jam tanpa henti.Segala macam impian akan tertunai disini khasnya kepada kaum lelaki.Semuanya boleh asalkan kita ada duit.Hebat bukan!

Disini apa yang cuba aku sampaikan ialah susah2 kita pada hari ini susah lagi mereka.Mereka sanggup bergadai nyawa seberangi laut untuk datang mencari rezeki disini.Orang Indonesia tidak kira perempuan atau lelaki datang kesini kerana tahu disini senang cari duit dan tidak mudah seperti disana.Orang Thailand ....lelaki memang jarang kita jumpai tetapi yang perempuan ramai sekali dan mudah untuk kita jumpai di Malaysia sekarang.Dimana ada pusat kesihatan dimana ada pusat hiburan disitu pasti kita akan bertemu dengan mereka yang sangat peramah dan manja.

Orang Vietnam pun ramai juga sekarang tetapi aku belum mahu kesana kerana kawan aku cakap orang Vietnam ini sangat pengotor dan kurang sopan.Kalau anjing dan kucing pun disantap nak cakap apa lagi faham2 sudah.

Kadangkala aku geram juga dengan orang kita yang pandai dan hebat bercakap.Ini lah itu lah dan segala macam yang tidak puas di hati.Pemerintah ini tidak baguslah parti ini tidak eloklah dan macam2 lagilah hingga aku naik pitam mendengarkannya.Malas adalah perkataan yang paling aku suka jawap.

Malas nak cakap,malas nak komen.

Jawapan yang selalu aku berikan ialah ...Jom kita jalan2 makan angin keluar negara nak?

Mereka memang hairan jika itu jawapan yang aku berikan apabila mereka bercakap pasal hal negara,hal politik,hal parti dan segala macam hal.Aku sudah bosan untuk memberikan mereka penjelasan panjang lebar.Mereka tahu aku tidak menyebelahi mana2 pihak kerana aku berpihak kepada yang berbakti kepada rakyat sahaja.Bukan lambang tetapi calon.Ialah jika longkang belakang rumah kita tersumbat tak kanlah kita harus mengadu dengan Menteri Besar atau Perdana Menteri kot...patut2 la kan.Yang Berhormat dikawasan kita itu yang harus kita buru dan kerjakan baru betul dan tepat!

Majoriti dari kita ini tidak faham dan cuba untuk fahami.Segalanya main ikut dengar dan ikut membuta tuli tanpa guna dan pakai akal.Orang kata begini kita pun terikut2 kata begitu.Orang menjerit kita pun ikut menjerit,orang jatuh masuk longkang kita ketawakan bukannya mahu tolong angkat keluar! Kalau kita yang jatuh masuk longkang macam mana? Seronok tak? Best tak? Suka tak?

Itu yang terjadi sekarang.

Yang lawaknya ialah semuanya orang kita pulak tu kan.Orang yang lain2 itu mana perginya.Senyap jer senyum jer .Tunggu apa yer?

Entah...tanyalah diri sendiri...mereka tunggu apa dari kita?

chow!


12 Jan 2014

Cinta Tahun 2014


Cinta aku untuk tahun ini tahun 2014 bagaimana?

Oleh kerana isu ini kerap ditanya oleh sidia INI maka perlu juga aku perjelaskan serba sedikit akan perkembangan terkini.Lama juga aku berdiam diri dari memberikan jawapan di atas persoalan yang dia timbulkan.Bukan marah atau apa2 pun cuma masih lagi terkial2 mahu memberikan jawapan.

Dipermudahkan cerita kedua2nya telah aku reject kerana tidak begitu sesuai dengan karenah aku yang sedikit cerewet.Mereka okay yang tidak okay adalah aku.Oleh kerana aku ini jenis yang terlalu memilih dan ada masa2nya membuatkan aku sedikit rimas tetapi apa akan daya sudah itu aku.Rela hati aku terima sahaja diri aku seadanya.

Itu mungkin alasan yang aku cuba aku ada2kan.

Cerita sebenarnya bukan itu tetapi berkait rapat dengan kehilangan aku selama sebulan tempoh hari.Perjalanan sempoi dan santai aku itu sebenarnya cuba mencari jawapan kepada apa yang aku perlukan dan mahukan dalam hidup aku di akan datang.Ini bukan cara orang lain tapi ini cara yang aku pilih.Tidak semua orang sama caranya apabila mencari jawapan kepada persoalan sendiri.

Kalau cara yang selalu kita dengar ialah kembali kepada yang satu itu aku sangat fahami.Semua orang pasti akan lakukan apabila sudah tidak bertemu jawapan.Aku faham itu tidak perlu kita perbincangkan lagi.Seorang hamba tetap hamba dan tidak mungkin lebih dari dia.


Bila kita semakin hampir dengan apa yang kita ingini pasti sekali akan hadir satu pilihan yang lain.Maka pilihan itu pula bukan calang2 pilihan.Ianya seperti di telan mati emak di luah mati bapak.Itu pasal aku perlukan angin dari luar agar aku dapat membuat pilihan dengan keputusan yang kosong.Tiada siapa yang mendorong aku kepada apa yang aku mahu .Cuma aku dan diri aku sahaja.

Pilihan itu....bagaimana harus aku mulakan?

chow!



8 Jan 2014

Perpisahan Pembunuhan


Semua manusia didalam dunia ini akan merasai pahit dan kecewa apabila berlaku perpisahan.Tiada siapa mampu untuk terlepas dari peritnya dan parahnya rasa hati kita apabila terjadinya perpisahan.Ini takdir tetap akan diterima oleh semua mahluk didalam dunia ini.

Perpisahan kerana kematian pasti sekali akan membuatkan kita redha dan sedar akan siapa kita sebenarnya.

Cuma bukan semua diantara kita mampu tanggani perpisahan.Jika yang kuat dan cekal hatinya mungkin agak mudah untuk dia hadapinya.Bersedia dengan segala kemungkinan akan membuatkan kita cukup insaf dengan kekuasaan yang maha besar.Itu jika kita mengaku dan akui siapa kita didunia ini.Siapa kita dan siapa dia.

Namun jelas bukan semua begitu.

Berita beberapa hari lepas yang berlakunya pembunuhan disebuah hotel didaerah Klang amat sekali buat aku terkejut dan berfikir.Kenapa dan mengapa?

Umur mereka cukup matang.Mereka bukan orang biasa mereka berpelajaran dan mereka juga orang islam.Tentu sekali mereka mempunyai anak2.Jika tiada pun itu bukan persoalan yang besar.Persoalannya kenapa harus melakukan pembunuhan untuk selesaikan hal perpisahan?

Itu sahajakah jalan yang perlu di pilih?


"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman." (3:102)


Jika kita terlupa maka perlu kita kembali kepadanya jangan cuba kita melangkaui batasan yang telah diberikan.Carilah jalan yang lebih baik dan jauhilah dari bisikan2nya.Kita ini bukan malaikat maut dan kita juga bukan tuhan!

Sedih aku dengan kejadian yang sebegini.

chow!

6 Jan 2014

2010201120122013 dan Azam!


Permulaan kira2 5 tahun lepas aku mulai menulis di dalam alam ini yang di panggil blog.Tujuan aku ketika itu cuma untuk suka2 sahaja.Tidak mahu tertinggal dengan segala macam kecanggihan yang ada dan benda2 baru yang muncul.Aku melihat Blog seperti satu tempat yang paling sesuai untuk aku atau  mungkin kita meluahkan segala apa yang kita fikir dan rasa untuk kita luahkan.

Selamat dan bebas.

Ianya lebih privasi dan lebih enak untuk kita menulis apa sahaja.Tidak kiralah apa juga.Segala apa yang kita terfikir kita luahkan dan tidak perlu banyak2 berfikir.Perbezaannya amat ketara jika kita luahkan di laman sosial yang lain.Di laman yang lain kita perlu berhati2 dan beretika sedikit kerana ramai yang kita kenali ada disitu.Jika kita tersalah luah maka kenalan2 kita akan mulai bertanya itu dan ini.Pasti sekali kita tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka2 ini yang kadangkala nampak macam baik tetapi sebaliknya juga.

Jika disini kita kita masih mampu berahsia dalam rahsia.

Contohnya macam aku.Walaupun sudah hampir 5 tahun di dalam alam ini tidak dan tiada seorang pun yang berjaya mengenali aku.Itu sungguh hebat buat aku.Tiada tekanan dan tiada perasaan yang perlu aku jaga dan hargai.Ini semua berkenaan aku dan hati aku.

Cuma aku mulai hilang arah apabila muncul Tahun 2010.Bila aku putus cinta.Tahun pertama putus cinta tulisan aku mulai jadi sangat serius dan terlalu beremosi.Hingga satu tahap aku telah berjaya membuka hijab diri sendiri.Hampir2 ada sebilangan kecil pembaca aku dapat meneka siapa aku!

Namun syukur alhamdullilah aku sempat menutup semula hijab yang telah separuh terbuka.Sesungguhnya aku seperti sengaja menggali kubur aku sendiri waktu itu.Ini kerana pada tahun itu 2010 aku mempunyai 2 blog.Satu aku punya dan satu lagi kami yang punya.Blog yang aku punya tiada mendedahkan siapa aku tetapi blog yang kami punya semuanya ada.Siapa aku dan siapa dia.Hari2 muka aku dan muka dia muncul bersama.Indah sangat waktu itu.Ini kerana aku beranggapan yang blog kami itu akan dapat dilihat dan dinikmati oleh anak2 juga cucu cicit kamidi suatu hari nanti.

Sungguh jauh imiginasi aku waktu itu.

Tahun 2011 aku semakin parah dan teruk.Blog aku dan blog kami aku delete.Tidak tahu buat apa2 lagi.Lelaki juga tahu menghargai airmata masa itu.Keluhan demi keluhan dan sesalan yang tidak sudah2 juga ratapan yang tiada lagi mampu berlagu.

Namun tidak lama selang beberapa ketika aku buka blog yang baru dengan nama yang baru.Menulis semula dan cuba melarikan jauh2 segala yang telah berlaku.Aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.Sekali lagi aku jadi sasau dan sekali lagi aku delete!( (Baca ...Rahsia )

Minda sudah totally lost!

Diam hampir beberapa bulan.Entah macam mana pada satu hari aku mulai rimas dan bosan dengan semua yang berlaku.Aku bangun walaupun aku tidak berapa larat dan bermaya.Aku gagahkan juga dan aku paksa diri aku untuk tegak bangun berdiri.Dalam separuh sedar dan dengan sisa2 semangat yang tinggal aku kutip satu persatu dari pecahan2 yang bertaburan.Bertatih dan merangkak perlahan2.Ianya tidak mudah sebenarnya tapi pilihan yang ada sudah tidak terpilih.

Tahun 2012 aku mulai belajar berjalan.

Maka bagi aku tahun 2013 adalah tahun kebangkitan aku.Blog ini dalam diam telah melangkaui hampir lebih 2 tahun.Jika sesiapa yang membaca tulisan2 aku yang lepas pasti akan sedikit terasa apa yang sedang aku alami.Biasalah tulisan tentang cinta dan putus cinta.Memang adakalanya terlampau syahdu syahdan kan.

Sempena tahun 2014 aku menanam azam yang selama ini aku tidak kenang sangat dengan azam.Ada baik dan buruk apabila kita bermain azam.Buruknya apabila kita bertahun2 berazam dengan segala macam azam tapi haram satu azam pun tidak tertunai dan tercapai.Kita tidak bergerak2 masih lagi di garisan permulaan semula dan diulang2 beberapa kali.Itu sebab aku tidak mahu berazam takut makan tuan.Bukan itu sahaja buruknya.Bertambah buruk kalau kita tidak berazam ianya seperti kita takut dengan bayang2 kita sendiri.Aku akui sendiri.

Azam aku pada tahun 2014 ialah bernikah!

Boleh!


chow!

1 Jan 2014

Selamat Datang Tahun 2014!

Hari ini adalah hari yang baru bagi tahun 2014...aku masih melayan mood malas aku buat seketika ini.Insyaallah jika tiada apa2 halangan aku akan mulai menulis semula dalam beberapa hari lagi...buat masa ini kita rehat dahulu.

Ingin buka buku azam yang selama ini aku tidak ambil pusing dan peduli.

Oh yer....aku baru terperasan ada beberapa komen baru yang muncul dari tulisan2 yang lepas dan aku rasa aku tertarik untuk menarik komen2 ini ketengah halaman blog aku ini untuk kita sama2 kongsikan nanti...macam menarik jer kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...