27 Aug 2013
Umur Yang Sesuai Berumahtangga
Berapa umur yang sesuai untuk kita berkahwin?
20tahun,25tahun dan 30 tahun.
Kalau orang lelaki rasanya umur bukan satu masalah sangat.Jika cukup segala yang perlu untuk satu majlis perkahwinan rasanya umur tak cukup mereka gasak juga.Segala bahan telah disponsor oleh orang tua maka memang patut belasah jer nak buat apa tunggu lagi kan.Orang muda hati muda power pun muda mahu bergoyang rumah orang tua kita setiap malam di kerjakan...haha!
Orang lelaki sebenarnya kurang sangat berkira tentang umur untuk berkahwin tetapi lebih kepada mampu atau tidak untuk berkahwin.Mampu atau tidak untuk menjadi seorang suami yang bertanggung jawap.Mampu atau tidak bagi makan dan pakai kepada isteri kita.Mampu atau tidak menangung segala macam dugaan dan cubaan dalam alam berumahtangga.Mampu redha dan tawakkal.
Masalah utama bagi orang lelaki untuk berkahwin ialah Duit.Lain2 mungkin tidak berapa di hiraukan sangat.Bila ada duit semua bukan masalah besar.Tidak pernah kenal dan tidak pernah jumpa dengan bakal isteri pun sanggup dinikahi juga.Nasib la kan.Kalau ada jodoh adalah kalau tiada kahwin lain.Orang berduit macam itu lah gayanya.Itu juga amalan orang kaya pada hari ini.Bila berkenan sahaja dengan gadis yang disukai maka diumpankan dengan niat utk dinikahi padahal mahu diratah tubuh sigadis secara halal tetapi kejam.Bila sudah dapat kasi tendang keluar!
Ini yang aku lihat pada hari ini.Senario orang kaya bila mahu memiliki gadis jelita.
Kalau kepada sigadis umur mungkin satu igauan yang tidak disenangi.Jika umur sigadis 35 tahun tapi masih nampak muda masih bergetah masih sexy masih cantik rasanya ianya tidak menggangu sangat.Ini mungkin jenis terlampau memilih tahap gaban.Mahu yang kacak atau juga mahu yang kaya raya maka ditunggu sehingga umur terlebih lajak.Orang cantik mesti mahu yang berbaloi pasangannya.Buang karen je la kalau rupa cantik tapi dapat kahwin dengan mamat kerja ofis atau pemandu kereta boss.
Jika umur sigadis sekitar 20 ke 30 tahun rasanya ramai yang rembat terus kahwin kalau di offer oleh kekasih2 mereka yang mereka yakini dan cintai.Cukup syarat2 cukup sempurna tiada cacat cela dan tiada berpenyakit kronik seperti kusta,gila atau Hiv!
Janji mereka ada gaji tetap atau mampu sara hidup sigadis.
Kalau kurang dari 20 tahun dan mereka telah dikahwinkan maka kemungkinan besar ini atas desakan keluarga.Takut nanti anak gadis mereka terlanjur dan terlajak perahu.Takut tak laku pun iya juga.Takut tak sempat menimang cucu serta takut tak sempat melihat menantu.Tidak terlepas juga dan berpontensi besar ialah mereka telah berkahwin sebelum sempat dinikahkan.Tok kadi mati eksiden rasanya.Ini aku punya idea dan renunganlah kalau kau orang aku tak tahu.
Cerita panjang2 pun tak guna kerana akhirnya kembali kepada yang satu.Itu rahsianya kita sebagai hamba mana mungkin dapat melihat dan menilai apa yang bakal kita terima kelak.
Cuma yang jelas disini umur bukan satu halangan yang besar untuk kita berumahtangga.Jika itu sudah jodoh kita mahu atau tidak kita terpaksa rempuh juga.Rancanglah segala bagai buatlah rencana seindah mana sekalipun kalau sudah sampai masa dan waktu tetap dinikahkan juga.Ini suratan dan takdir yang tiada siapa mampu elak dan lari.Orang tua2 kata ...kalau sudah jodoh tak akan kemana2 pun... tak lari gunung di kejar... kannn!
Ini yang terakhir sekali.Kalau kita ini kurang umur dan kurang berkemampuan tetapi tetap juga mahu berkahwin rasanya kerana apa?
Cinta yang teramat sangat dengan pasangan kita dan takut2 pasangan kita di kebas orang maka jalan yang paling selamat ialah kita paksa orang tua kita masuk meminang atau di pinang.Ialah dari bernikah di danok atau hatyai baik kita berterus terang sahaja.Kalau nasib kita baik maka termakbul segala niat dan mimpi kita.Kalau tiada nasib maka terpaksalah kita melupakan semuanya.Tertonggeng tergolek seorang2lah dalam bilik tu.
Atau mungkin engkau itu gila seks tak boleh lah tengok anak dara tu melintas...mahu dilibas je terus!
Nasib baik aku ini jenis berhemah dan berhati murni.Bukan macam engkau yang sedang membaca tulisan aku ini.Sama je la baik yang lelaki atau perempuan kalau dah gatal apa pun di redah jugak! Ish ....apa la punya manusia macam gini! Tak malu ke...kahkahkah!
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Termasuk dalam golongan umur yg dah boleh kahwin-
ReplyDeletejom...hehe
DeleteBila bila masa kalau dah tertahan dan mampu...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteAda yang makan selipar kang,kahkahkah, skali lgi, ko cuba menonjolkan kehebatan sndiri,ciss!
Bab lelaki paling risaukn duit betul la..kawan2 laki yg ak kenal, kepala diorg ingat duit je. Dari semester satu,lum apa2 lgi, duit duit duit..perghh.
Kt kampung ak, ada andartu..kahwin juga akhirny pda usia 60thn, psgnnya tua setahun dua. Yg bestnya,psgnnya tu, duda..bekas kekasih dia pda usia muda.
Yg tragisnya, seminggu lepastu andartu tu meninggal dunia..sebab dia ada penyakit apa tah..msa kahwin itupun, mmg nmpk tak sihat..
Ak tahu ni kt kmpg..cuma aku btul2 seronok msa dtg majlis kahwin depa. Org kmpg dtg ramai,meriah gilaaa..cerita depa, memg satu kmpg tahu.. mcm drama kan?hehe
hahaha.
Deleteterperanjat kot...hehe.
kahwin dengan bekas kekasih, owh sweetnya. at least tercapai juga hasrat bersatu dengan adam nya.
Deletekalau nak kahwin, duit kena lebih dari cukup. kerjaya kena lebih dari stabil.
ReplyDeleteok boss...faham2!
Deleteajaran agama mana ajar duit kena lebih dari cukup. kerja kena lebih dari stabil?. agama najib?
DeleteJodoh tu rahsia DIA...
ReplyDeletekalau dah sampai masa,
esok pun boleh jadi nikah..
ada juga yg dah mampu..
tapi xde calon..
haaaa..mcm2kan..!
mampu tapi x der calon...itu bunyi macam mengdha pun ye juga tu kannnn!
Deleteya, lelaki masalahnya duit. nak kahwin tu seronok tapi kena fikir tanggungjawab lepas kahwin. banyak benda kena bersedia. lambat ke cepat tak jadi masalah.
ReplyDeletemasalahnya bila orang lain yang jadikan benda tu masalah. kahwin awal dikatanya ada buat benda tak elok, kahwin lewat dikatanya tak laku. macam2.
serba serbi salah yer kann.
DeleteBagi aku umur yang sesuai untuk lelaki dalam 26++ perempuan maybe 24++ .
ReplyDeleteLebih matang kot and mungkin bertanggungjawab plus.Tapi kalau dah jodoh awal semua boleh berubah huhu.
org kata kahwin lewat ...anak kita lagi bijak2.
Deleteanak-anak mungkin bijak, tapi risiko perempuan mengandung lewat tinggi. it could cost the mum's and child's life.
Deleteitu juga benar.
Deletebest entry ni. membuka mata :'D
ReplyDeletekah8 nak kahwin bukan pada faktor umur. Tapi aku sebagai perempuan ade gak rasa miang tengok orang lain kahwin, rasa nak kahwin gak. Tak nak kalah! tapi bila fikir apa akan berlaku lepas kahwin nanti, terus terbantut dan menyebabkan biar lah lambat asal betul2 sedia. Nak kahwin ni bukan takat sehari dua jer, makan masa sampai akhir hayat. sooooo~ fikir2 lah. renungkan. EwahhhH~
ReplyDeletebenar....rancangan kita mmg teliti mmg no 1 tapi kalau dah rancangannya bakal lain apa yang mampu kita lakukan?
Deletenak fikir2 pun x mampu nak renung pun x terenung bhai...hehe.
masalah utama untuk dua dua kaum yang dah bersedia sehidup semati ialah duit.
ReplyDeleteMalaysia ni negara adat versus agama.
Benda Wajib versus ckap cakap belakang makcik joyah.
Masalah duit iye, dan masalah mendengar cakap orang lain pun iye juga. Kalau buat kenduri besar, orang kata, kalau buat kenduri kecil, orang kata, kalau tak buat kenduri pun orang kata juga.
Deletebuat yang wajip la kan senang tapi hidup bermasyarakat mmg boleh bikin pening kepala kita.
Deletekahwin la supaya dpt meramaikan umat Nabi
ReplyDelete*kawin dilewat usia xelok..berisiko nak dapat anak istimewa
siapa yang tak nak kawen kan? lumrah manusia, nak sayang orang. nak orang sayang kita. but marriage is complicated, not as easy as saying kahwin la. so many things should be brought into consideration.
Deleteialah...nak rancang yang terbaik tapi siapa kita mahu merencana kepada apa yang bukan rencana kita.
DeleteLelaki zaman sekarang nak perempuan kaya..Tak kira lah hati gadis busuk dan gigi jongang sekalipun
ReplyDeletelelaki mahukan gadis jelita adalah konspirasi semata-mata
haha...pasal komen ini aku dapat idea utk post yang seterusnya.
Deletetenkiu.
nanti kalau encik lelaki mahu kahwin , jemput tahu :)
ReplyDeleteala kalau jemput datang sangat ke u ni...hehe.
Deleteinsyaallah aii datang je uu kalau dijemput . kehkeh
Deletehaha...oke
Deletekalau dah berkemampuan boleh lah kawen. kesian org lelaki, kena bkerja keras utk masa dpn rumah tangga. sebab lelaki tu pemimpin. mohon bertabah. rasanye khidupan lepas kawen tu yg lebih penting. err ..lari pulak dari tajuk asal tentan umur hahah!
ReplyDeleteoh ya. bila sudah dapat kasi tendang keluar! ini kejam TT__TT
Deletehidup para lelaki!
Deletex suka cari atau tambah lagi...hehe.
jangan tendang2 ok.
Bab pompuan cantik nak pilih yg kaya berduit tu rasanya tak jugak kot. Pompuan cantik ni ada 2 jenis. Pertama yg dia lahir2 memang cantik, takyah pakai apa2 produk pon mmg cantik tapi tak pandai bergaya. Yang kedua cantik sebab dia bergaya, suka bergaya rajin bergaya. Dari 2 kategori ni, biasanya yg cantik semulajadi akan pilih lelaki biasa2 je, keja biasa, muka pon biasa2 je. Tp yg jenis bergaya vogue gedevas tu yg biasanya kena pilih lelaki kaya sebab nak sara keperluan maintenance dia. Tapi stillllll.... tak semua... Peace.
ReplyDeletehaha ini berdasar kan fakta yang mana satu?
Deleteboleh dipercayai ke ...janggal je rasanya nak percaya.
hehe.
Setuju!.
DeletePerempuan yg semulajadi cantik la orang lelaki suka..
Hat yang over dress nk cantik tu banyak gedik2
Betul2.. setuju dgn pendapat saudari.
DeleteERKK . DA 23 . SO DA LEH KAWIN . HEHEHE :p
ReplyDeletehaha...jom.
DeleteHAHAHA . JOM JOM
Deletesaya kerja sudah mantap... gaji boleh bersaing... keje govment, terjamin masa depan... insya allah... emm.. umur dah menghampiri 30.. tahun depan.. tapi.. masih belum jumpa... memilih ke??? entah la... mungkin... "Cerita panjang2 pun tak guna kerana akhirnya kembali kepada yang satu.Itu rahsianya kita sebagai hamba mana mungkin dapat melihat dan menilai apa yang bakal kita terima kelak."
ReplyDeleteJgn letak kayu pengukur tinggi sangat,
Deletebtol tuh. belah lelaki, dia tgk mampu x mampu je. kang x mampu tp pandai2 nak kawen, nak sara bini dengan apa kan.
ReplyDeleteKalau nk tunggu cukup, sampai bila2 pun takkan pernah cukup. Kan..
DeleteKalau saya sih umur berapa saja nggak masalah untuk menikah, yang penting tidak lebih dari umur 30 tahun hehehe :D
ReplyDeleteJom pacar sama
Deletegue..😎
Firstly nak mintak maaf kat admin utk komen ni.. tapi since admin dah buat tajuk ni, rasa nk komen apa yg saya fikir tentang kahwin dan umur ni.
ReplyDeleteSecara jujurnya banyak yg sy kesalkan tentang bab kahwi ni. Jgn salah faham, saya tak pernah kahwin dan rasanya tak kahwin pun xpe kot. Bukan nk melanggar fitrah, tapi entahlah.. mungkin dah memasuki umur begini, xpe xpe mak abah boleh jaga. Hehehe, (agak2 umurku 26 tu dah cukup tua tak?)
Haaa, Alasan lelaki, duit tak cukup.. kalau nk cakap pasal cukup sampai bila2 pun takkan pernah cukup. Kalau nk tunggu jadi matang, sampai bila2 pun takkan pernah matang kalau masih di takut yg sama. Maksud saya zaman bujang dan alam rumah tangga lain, betul tak. Nak tunggu jadi baik dulu baru nk kawin. Heh? Kalau camtu smpai bila2 pun takkan rasa nak jadi baik. Dah rasa senang dan selesa dgn keadaan sekarang. Sebab status tu tetap single, dan tak rasa bebanan utk pikul tanggungjawab terhadap org lain walaupun umur tu dah masuk 3series.
Admin, nak tanya dan mohon pencerahan. Apa pandangan admin terhadap lelaki yg letak kayu pengukur tinggi sangat dan letakkan syarat utk mengahwini seorg pempuan. Maksudnya, dia suka dan sayang pempuan tu tapi ada satu dua perkara yg dia tak suka berkenaan pempuan ni. Dan bg syarat utk si wanita ni ubah dulu baru dia nak kawin. Wehh, gile apa laki tu kan. Lebih lebih pulak. Kan kan kan..
Kalau umur nak masuk 30an ni, masih ada harapan ke kalau aku berangan nk 7 org anak??? Kekekeke, agak-agak... eh salah, tak teragak-agak ko
kau laki. umur 65 pun kalau kau pancut boleh jadi anak. itu pun tak leh fikir ke?
Deletesy daa bersedia nak kahwin ..sbb sy da ada segala2nya .. perkerjaan tetap gaji bole tahan . keta ada . rumah ada . apa lg yg takade tu je lah calon yg istemewa kot .. jodoh takade lg nak wat camna ..umur sy dah 27 thn ..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTak jadi nk kawin bile dpt tahu encik tunang gay.
ReplyDeleteErghhh
Eh, pulak, tetibe eh gay???
ReplyDeleteApekah???😨
Saya pun single lagi..��
ReplyDeleteMalatya
ReplyDeleteKırıkkale
Aksaray
Bitlis
Manisa
GXTU
Van
ReplyDeleteizmir
Artvin
Tunceli
Eskişehir
UT0L
whatsapp görüntülü show
ReplyDeleteücretli.show
32V
görüntülü.show
ReplyDeletewhatsapp ücretli show
V1AVM
van evden eve nakliyat
ReplyDeletesivas evden eve nakliyat
çankırı evden eve nakliyat
bartın evden eve nakliyat
erzincan evden eve nakliyat
1XGİ
01DE0
ReplyDeleteÜnye Oto Lastik
Mardin Şehirler Arası Nakliyat
Burdur Şehir İçi Nakliyat
Star Atlas Coin Hangi Borsada
Ünye Koltuk Kaplama
Artvin Şehirler Arası Nakliyat
Trabzon Parça Eşya Taşıma
Isparta Lojistik
Etimesgut Parke Ustası
01FB1
ReplyDeleteAğrı Şehir İçi Nakliyat
Gölbaşı Parke Ustası
Mercatox Güvenilir mi
Tunceli Lojistik
Bolu Lojistik
Rize Şehirler Arası Nakliyat
İzmir Şehir İçi Nakliyat
Ünye Mutfak Dolabı
Kütahya Şehirler Arası Nakliyat
311F1
ReplyDeletereferans kodu %20
A3403
ReplyDeleteShinja Coin Hangi Borsada
Bitcoin Madenciliği Nasıl Yapılır
Chat Gpt Coin Hangi Borsada
Youtube İzlenme Satın Al
Görüntülü Sohbet
Mexc Borsası Güvenilir mi
Bitcoin Giriş Nasıl Yapılır
Tiktok İzlenme Satın Al
Qlc Coin Hangi Borsada
7F2A69953B
ReplyDeletewhatsapp show siteleri