Pages - Menu

10 Jun 2013

Faham Bukan Tak Faham





Orang kalau sudah jatuh cinta segala perkara yang dahulunya dia benci akan bertukar jadi suka.Semua yang dia suka dahulu akan bertukar jadi benci.Boleh dikatakan dia tak perasan apa perubahan yang telah berlaku terhadap diri dia.Apa yang dia nampak dan rasa pada pandangan matanya adalah sama dan serupa tiada apa perubahan pun yang berlaku.


Cuma kita sahaja yang makan hati dan sakit hati di buatnya.

Kalau dahulu bukan main rajin lagi cal kita dan tanya itu dan ini.Malahan adakalanya peel dia sangat membuat kita menjadi marah dan meluat.Sikap prihatinnya yang agak terlampau menambahkan rimas kita lagi.Tak sampai 5 minit pasti berbunyi hp kita dan seterusnya tanpa henti2.Tahulah kita ini baik hati dan kawan tempat merintih bagai.Agak2lah sikit walaupun suka atau sayang kat kita sebagai seorang kawan.

Itu sebelum bertemu dengan seseorang yang dia sukai dan jatuh hati.Masih ok lagi tetapi bila sudah jatuh cinta dan dunia ini ana yang punya maka di saat itulah kita akan ternampak yang kawan kita ini bukan kawan tetapi haiwan.Mulai bertukar jadi pelik dan geli.

Dulu kalau tak jumpa kita sehari boleh jadi sakit jiwa kononnya.Kita inilah kawan sehidup semati kita inilah tempat bermanja dan bersedih.Bila dah bercinta ...haram batang hidung pun tak nampak2!

Bila kita cal jawapannya sibuk dan beribu macam alasan.Kereta meragamlah,hantar mak balik kamponglah,kerja banyak melambak2lah,nenek sampai 4 kali meninggal! Faham bukannya tak faham tapi ingat2 dan agak2lah kalau mahu menipu pun.Orang lain pun bercinta jugak bukan awak seorang jer.Aku bukanlah sakit hati atau apa2 pun cuma ...menyampah!

Bila kau jadi macam sakai atau monyet yang tak pernah jumpa belacan.Harap2 kau tak cari aku bila cinta itu nanti makan kau semula.Aku malas nak khabarkan sekarang tapi tunggu je la masa dan saatnya.Bukan aku doakan atau berniat jahat cuma cara kau itu agak luar biasa kaedahnya.Orang tua bilang jangan laju2 nanti terbabas perahu tu.Kalau melanggar ke tebing tak mengapa takut2 nanti terus ke lubuk air terjun ...naya wooo!

Cemburu juga tidak sekali2 cuma takut....itu je...takut kau terjun dari bagunan tinggi!

chow!

15 comments:

  1. "boleh jadi apa yang kamu sukai itu mendatangkan mudharat bagi kamu.. dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu mendatangkan kebaikan buat kamu.."

    ReplyDelete
  2. nasihatkan skit kawan tuuu..huhu

    ReplyDelete
  3. Cinta itu buta hohohoho...salahkan cinta jangan salahkan manusia...

    ReplyDelete
  4. betul 2.. penah ada kwn jenis nie .. Time sunyi, x dak 0rg lain dia nak cari ..kita jugakk.. bila dh bcinta, bukan stkat bayang, kab0r pun dah x dak .. Sab0r jelaaa -,-'

    ReplyDelete
  5. Haha. Aku setuju. Aku pernah alami ini. Dan sekarang aku abaikan sahaja kawan sebegitu. Huuu. Dia pun kembali single. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan yer apa nanti kita gak tempat dia buat aduan...itu yg letih nak layan!

      Delete
  6. memang banyak ujian dalam kehidupan ini..apapun banyakkan bersabar dan redha..dia maha mengetahui apa yg kita tak tahu..

    ReplyDelete
  7. mmg berangin satu badan...:)

    ReplyDelete
  8. he3 padat je ayat...makan dalam 2 :) ape pn kalau nk bcinta, kna kwal la..biar kte ttp jd dri sndri..bla dtg ujian 2 trima seadanya..

    ReplyDelete
  9. Cinta itu anugerah.Sangat precious dan special.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...