Pages - Menu

23 Jun 2013

Rasa Hati Kita





Jangan bertanya bagaimana rasanya bila sakit hati.Juga jangan tanya siapa yang menyakitkan hati kita kerana itu hanya menambahkan sakit didalam hati kita.Sukar sekali membendung perasaan sakit hati bila kita mulai terasa sakit hati.

Sakit hati adalah raja kepada segala sakit yang pernah kita rasai.Semua orang pasti pernah merasai dan menerima rasa sakit hati.Sakit hati berlaku bukan hanya kerana putus cinta ditinggalkan kekasih atau mungkin juga dianiya oleh orang yang kita percayai dan cintai atau juga dari orang yang kita tidak kenali dan tidak tahu hujung pangkalnya.Mungkin juga rasa sakit hati kita ini timbul apabila kita ini mempunyai sifat keras kepala dan suka cari pasal dan berbalah tak tentu pasal.Tidak kira apa juga halnya kita sahaja yang betul dan mahu menang.

Bolehkah kita andaikan bahawa rasa sakit hati ini rasanya hampir sama dengan rasanya sakit putus cinta boleh ke?

Malahan rasa sakit ini mungkin lagi hebat apabila kita ditipu dan di perbodohkan hanya kerana percaya diatas dasar cinta kita.Tidak kira siapa pun kita rasa ingin dicintai dan mencintai juga dipercayai dan juga mempercayai pasti wujud didalam hati dan perasaan kita.Bila rasa sakit hati telah menguasai kita semua yang datang kepada kita dengan niat yang murni dan betul kita tolak bulat2.Hilang semua rasa rendah diri dan kemaafan malah mungkin kita menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

Ini delimanya bila hati kita terasa sakit.

Bila hati telah mengusai kita maka kita pasti terlalu mengikut kata hati.Ianya bukan mudah untuk dibuang dan dilupakan apabila hati kita telah disakiti.Kalau hati kita disakiti oleh perkara2 yang kecil dan mudah mungkin itu bukan perkara remeh yang harus di perbesarkan.

Bagaimana kita hendak belajar cara menyisihkan rasa sakit hati kita.Mudah melafazkan maaf lebih2 lagi berkaitan dengan hal cinta.Terbukakah hati kita untuk jatuh cinta semula dan mempercayai cinta.Relakah kita memberikan maaf kepada orang yang pernah menyakitkan hati kita dengan jujur dan iklas.Adakah kemungkinan kita ini akan jadi sasau dan gila apabila terlalu mengikut kata hati.

Suka atau tidak semua dari kita pasti akan diberikan sedikit rasa sakit hati dan menyakiti hati orang lain.Lagi sakit apabila kita sendiri dengan secara sengaja menyakiti hati sendiri.Tiada siapa pun yang boleh terlepas dari memiliki sedikit rasa sakit hati ini.Tidak mungkin!

Sukar sekali menghindarkan rasa sakit hati ini.Cara untuk mengatasi rasa sakit hati ini sebenarnya banyak caranya.Terpulang kepada kita sendiri tetapi yang paling mudah dan mesra sekali ialah buat bodoh dan pekakkan teliga.Jika tidak tahan juga kenalah angkat kaki dan berlalu pergi dari situ.Kalau tidak dilakukan begitu pasti bukan sahaja rasa sakit hati kita terima silap haribulan mahu kaki dia atau kaki kita yang terbang melayang hinggap kepipi.

Kalau akulah aku blah je...

Namun adalah lebih baik kita berusaha menjadi orang yang sabar dan tabah.Berlagak baik dan berbudi bahasa.Rasa rendah diri dan jauhi segala rasa buruk sangka terhadap orang lain.Biarpun kita ini dihina dan dikeji.Secara tidak lansung hati kita jadi tenang dan aman.Maka mungkin dengan sifat yang begitu mana tahu akan hadir rasa cinta yang baharu pula.

Untuk menghilangkan rasa sakit hati ini ubat yang paling mujarab yang harus kita ketahui dan ada ialah redha.Jika kita redha secara teknikalnya kita telah memberikan kemaafan secara otomatik.Kita tiada rasa memaksa dan kecewa.Malah mungkin kita tersenyum dan ketawa.Hebat kita jika boleh melakukan perkara begitu.Tuhan juga suka dengan kita.


Hanya dengan cara itu hati kita yang sakit mungkin jadi damai.


chow!

 


19 comments:

  1. Xla.sakit beranak dgn sakit gigi yang raja kepada segala sakit.ko jgn sakit hati dgn comment aku yg ni lak lelakis.heihei

    ReplyDelete
  2. banyakan bersabar dan redha...entry bunyi objektif iras2 entry saya lah. cuma lain sikit tema perbincangan kan. Tapi kembali kepada redha..mencari redha Allah

    ReplyDelete
  3. Saya kira saya suah melalui semua fasa yang saudara catatkan, Sakit hati untuk pelbagai sebab,kemudian mmenjadi tabah dan sabar. Fasa terakhir kembalikan kepada pencipta. Redha dengan apa yang berlaku. Kemudian hidup menjadi aman & tenang seketika sehingga ujian lain pula menimpa. Seterusnya begitu2lah kita. Diuji dan tidak pernah sunyi dari rasa sakit hati. Cumanya, pengalaman dan kematangan serta cara kita melihat sesuatu akan meminimqkan kesakitan itu

    Sekadar perkongsian kecil :) salam kenal saudara.

    WL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal saudara/saudari. Masih kurang jelas samada penulis blog ini lelaki ke perrempuan.

      :) WL

      Delete
    2. Beliau lelaki. Semalam punya lelaki. Dua malam lain caj. Haha. Melawok.

      Delete
    3. bila sudah melaluinya kita akan mudah melepaskan di sini...



      adam....jgn nak gatal sangat yer!

      Delete
  4. Sakit hati tak kan hilang kalau memori semalam masih ada sisa yang sering buat kita terbayang :D

    ReplyDelete
  5. saya tengah melaluinya sekarang. benda yg perlu kita buat bila rasa mcm tu ialah think positive, sabar & mintak petunjuk Allah. ape pun yg berlaku, yg kita rasa kite kene sabar. itu je ubat dia. redha bila dah x de jalan keluar. jgn kita bermusuh & dendam dgn org lain. itu yg penting. dan kite akan rase tng nanti:)

    ReplyDelete
  6. saya sedang lalui. biarlah.saya mengalah, saya undur diri. biar saya y sedih dari dia y sedih. saya rela. walaupun sakit, takpe..sakit tu takkan lama. iAllah :')

    ReplyDelete
  7. yg pasti mmg trsa perit jgk sakit ati ni..tp kta kna pndai pjuk ati..xlh biar melarat.huhu

    ReplyDelete
  8. tapi kalau asyik kena tikam je...sakit hati makin menebal. taktahu nk maaf kan n let go mcm mana.. T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...