18 Jun 2013
Berhenti Merokok
Akhirnya aku terpaksa juga mengalah dan berhenti merokok.Sedih sangat rasanya tapi apakan daya sudah suratan.Jika aku masih lagi degil dan masih lagi terus merokok kawan aku cakap aku juga akan pergi cepat sikit seperti yang lain2 yang degil dan tidak makan nasihat.
Kawan aku seorang doktor yang sangat penyibuk!
Setahun yang lepas aku ada berhenti sekejap dalam 5 bulan tak silap aku.Berhenti kerana tak tahan melayan batuk yang tidak henti2.Stop sekejap dan macam nak stop terus tetapi biasalah kawan2 yang tidak mengenal erti putus asa dan ada sikap dengki teramat.Setiap hari mereka meracun aku dengan pelbagai cara dan kata2 yang indah juga sumpah seranah dan adakalanya membuatkan aku rasa hidup aku ini cukup membosankan tanpa merokok.
Lemah dan gagal aku kembali merokok semula...yi haaaaa!
Namun sudah suratan takdir sejak 2 ke 3 minggu lepas dada aku mulai terasa sakit2 apabila aku cuba menarik nafas yang panjang.Bila merokok tak terasa tetapi bila tak merokok memang terasa sangat sakitnya.Bukan sangat2 sakit tapi terasa tak berasa nak sedap lagi seperti kebiasaan.
Sejak bertanya dan berjumpa dengan kawan aku itu dan beberapa sebab yang lain yang menguatkan lagi alasan2 untuk aku untuk tidak beralasan lagi untuk berhenti merokok.Arwah bapa aku meninggal kerana kanser hati.Umur arwah tak sampai 60 ketika itu.Ibu aku cakap arwah bapa kuat merokok sejak dari muda lagi.Saat2 akhir beliau aku juga sempat melihat bagaimana sukar dan peritnya arwah bapa aku melayan sakit akibat merokok.
Ini juga sebab yang paling kuat ketika ini untuk aku berhenti merokok.
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagusla...... ni kes kedua y dengar berenti sebab doc pesan akan jalan extra cepat kalau merokok kembali.... tapi kes pertama sampai masuk2 spital bagai.
ReplyDeletetapi jangan lupa... ajal kita Allah dah tetapkan... :)
tahu tu...takut ajalnya teruk sgt pasal merokok...;)
Deletehehehee.... cuba simpankan bajet beli rokok tu, asingkan, silap2 hujung tahun ni blh beli kereta baru
Deleteidea yg sangat bagus tu..
DeleteBerhentilah merokok... merokok tu membahayakan kesihatan. Pesanan dari penaja.. eheheh
ReplyDeleteTapi Abah aku dulu smoking gak.. dia la yang citer. Tak tahu bila masa dia berhenti merokok.. skang dia tak merokok dah. Tapi kalau orang hulurkan rokok kat dia, dia sambut je tapi tu lah tak macam dulu.. :)
kau boleh punya.. :)
aku pun sedang buat cam tu gak la ni...
Deletemmg susah nak berhenti merokok. saya tahu dan anda juga tahu kan.
ReplyDeleteanyway, bila dah berjaya stop saya ucapkan tahniah :-)
insyaallah.
Deleteteruskan usaha! lol
ReplyDeleteorait.
Deletehealth is wealth kan
ReplyDeleteaah...
Deleteah... aku juga berazam kalau begitu...
ReplyDeletejom...
Deletesemoga berjaya...
ReplyDeleteinsyaallah.
DeleteAnda adalah seorang yg hensem lagi macho tanpa rokok..
ReplyDeleteSila bertabah dan moga berjaya
hehe...tenkiu2
Deletebro.. ko boleh bro.. aku yang dah berbelas tahun ni pun boleh berhenti merokok, apatah lagi ko... aku yakin ko mampu, tekadkan keazaman..
ReplyDeletesemangat!
Deletegood luck bro ! kalau ko boleh benti ko memang lelaki sejati :p
ReplyDeleteaku mmg pun kan...hehe
DeleteAll the best bro..smoga berjaya la :)
ReplyDeletesemoga kali ni berkekalan...
ReplyDeleteAku obes.klu ko dgn aku xubah bad habit ni katil kita mungkin sebelah2 je di hospital nnt.
ReplyDeletebilakah giliran org tersayang sy utk benti merokok nih
ReplyDeletehuhu
Dah berjaya berhenti merokok? JIka belum, apa kata cuba Vivix Shaklee. Tiada kesan sampingan seperti nicotine withdrawal :)
ReplyDeleteTerima kasih
Mau Berhenti Merokok? Ini Tipsnya
ReplyDeleteUpaya menurunkan jumlah perokok sudah mulai terlihat hasilnya. Ini terbukti dari jumlah perokok yang semakin berkurang di Inggris. Dilansir dari Huffington Post, untuk pertama kali sejak 80 tahun terakhir, saat ini jumlah perokok sudah berkurang 20% dari seluruh populasi di Inggris. Jadi bukan hal mustahil untuk berhenti menghisap rokok. Jika Anda sudah berniat untuk berhenti tetapi masih sulit direalisasikan, mungkin tips berikut ini bisa membantu. baca selengkapnya
http://udoctor.co.id/tips-gaya-hidup-sehat/mau-berhenti-merokok-ini-tipsnya-read-192.html#sthash.3AQRMXSI.dpuf