Perlukah kerana cinta kita harus bersikap kejam atau bertindak kejam ke atas diri kita sendiri?
Setiap kali terbaca artikel2 begini yang terdapat di suratkhabar atau di mana2 portal berita terkini aku terasa seperti mahu sangat tahu dan bertanya kerana cinta atau kerana bodoh yang membuatkan mereka tergamak melakukan perkara itu.
Cubaan bunuh diri dan bunuh diri kerana Cinta!
Hari ini sahaja aku telah membaca 3 artikel mengenai bunuh diri dan cubaan bunuh diri kerana cinta.Pertama orang kita yang beragama islam umur baru 25tahun membunuh diri dengan cara mengantungkan diri .Kedua pelakon cantik dari bollywood juga mati gantung diri kerana cinta dan ke-3 cubaan bunuh diri kerana terlalu cinta dengan bapanya...michael jackson!
Kalau ada yang berkata engkau tidak kena dan alami mana mungkin engkau tahu.Jika terkena dengan batang hidung engkau mungkin engkau lagi teruk dari mereka.
Secara jujur aku juga pernah putus cinta bagai nak rak dan tidak juga dinafikan ada bisikan2 halus yang nakal dari sahabat baik kita iaitu syaitan.Segala macam hasutan dan cubaan silih berganti datang kepada kita ketika itu.Kita waktu itu lemah dari segi fizikal dan mental dan sudah pasti peluang seperti ini memang sentiasa dinanti2kan oleh para sahabat kita yang bertanduk itu.
Pasti ada yang memberikan komen agar kembali kepada yang maha satu.Sebenarnya semua orang tahu tentang perkara itu baik yang beragama islam atau bukan kerana setiap agama yang ada didunia ini memang tiada satu pun yang setuju atau menghalalkan perbuatan meragut nyawa sendiri!
Cuma persoalan aku ialah cinta itu kejam sangat kah sampai perlu ditamatkan nyawa sendiri? Mahu dipersalahkan siapa sekarang...cinta atau si pengamal cinta atau yang taksub dengan cinta? Siapa yang lebih hebat bertindak akal atau cinta?
chow!
hehehhe~~ sy un pernah gax putus cinta.. cuma satu je nak ckp~~ mmg wajib berpegang pada agama.. tapi smua org tau sal tu n x fikir un sal benda tu. So, langkah selamat.. jgn cinta sgt2 la pada kekasih hati tuuuuu, syg biasa2 je sudaa(buat2 sayang je :P) sbb xtau lagi betul ke x dia jadi y halal buat kita.. sng, kalau putus cinta xla bunuh diri.. ehek~~ :))
ReplyDeletecam ner nak buat2 sayang dan cinta?
Deletehehe...boleh ke!
jangan terlalu mengharap. saya pernah juga putus cinta dulu. sedih memang sedih tapi takdelah sampai nak bunuh diri.
ReplyDeletesedih juga la ni...hehe
Deleteikutkan hati mati
ReplyDeleteikutkan rasa binasa...
kene tgok cite KIL..
baru tahu menikmati kehidupan yg kita ada..
adakala kita terlalu berfokus kepada satu jalan hidup..
sbb itu minda kita menjadi sempit..
sedangkan ada banyak jalan hidup yg lain..
kejam sgt pulak rasanya komen saya kat atas ni ni..
Deletehehe..
hidup ini penuh warna warni..
dan membunuh diri sudah pasti bukan penyelesaiannya..
masa tgah frust elok cari kawan2.. jgn bersendiri..
best filem KIL?
Deletehmm...nak gi tgok jugala.
cinta mmg gila ...hehe
sebab cinta manusia buta.
ReplyDeletebuta hatinya.
Deleteputus cinta memang perit. pabila dicurang, terasa luka kecewa itu seperti ditabur garam.
ReplyDeletesakit. saya faham.
saya kuatkan semangat demi keluarga. Allah sudah pasti.
dill.
x ok lagi ...sabar k
DeleteLetakkan cinta dengan tanda limit. Tidak cintakan orang lebih dari cinta pada diri sendiri dan pada Allah. B
ReplyDeletekalau ada begitu...insyaallah selamat tapi boleh dikira dengan jari la.
Deletecinta kejam. momoy setuju itu =(
ReplyDeletemana2 yang telah terima pasti faham...
Deletebetul tu.. jgn kerana cinta sanggup bunuh diri segala bagai..hehe
ReplyDeletechill, cari yg baru :)
nak cari yg baru tu yg perit...
DeleteBunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, cinta bukan segalanya boi!
ReplyDeletehehe...kool!
Deleteorg yg susah diberi nasihat org yg jatuh cinta -.- yeke?
ReplyDeletemacam faham jer...hehe
DeleteSubhanallah..org islam bunuh dri??? confirm ke neraka..nauzubillah, Allah ptut kita cinta no1..xde plak nk mati kerana Allah..cinta yg melekakan..
ReplyDelete