Satu ketika dahulu ketika umur aku tidak cukup masak aku benar2 teruja ingin menjadi popular.Malahan kerana terlalu ingin menjadi popular aku terpaksa berhadapan dengan guru besar di sekolah aku.Bukan sekali tetapi banyak kali dan terus otomatik menjadi popular dikalangan guru2 dan budak2 di sekolah aku.
Cuma yang tak bestnya ialah bila kita tahu kita menjadi orang yang popular segala apa yang kita lakukan akan menarik dan menjadi perhatian orang lain.Lebih2 lagi waktu itu aku masih lagi bersekolah.Setiap hari cikgu dispilin akan datang menjengok aku di dalam kelas.Beliau mahu pastikan yang aku ini masih wujud atau sudah meninggal....meninggalkan kelas...hehe!
Mulai saat itu aku faham ...bosan sebenarnya menjadi orang yang popular.
Bila aku meninggalkan sekolah aku bercampur pula dengan budak2 yang gila bermuzik.Aku turut terbabit maka semua studio di Kuala Lumpur aku sudah redah dan melalak.Konon nak jadi penyanyi.Haram sampai hari ini semuanya cuma angan2 dan impian yang tak tercapai.Kata mereka suara aku tak boleh jual di pasaran Malaysia...aje siak!
Cuma yang bestnya aku telah berkenalan dengan ramai artis yang waktu itu masih lagi poyo dan masih lagi tidak popular tapi sekarang mereka sudah popular dan masih lagi wujud di pentas seni di negara kita ini.Kadangkala kalau ada masa aku turunlah jumpa mereka.Malu juga kalau nak jumpa orang yang sudah popular ni tapi mereka ok jer cuma perasaan aku jer yang kacau...hehe.
Sekarang aku lagi faham dan bersyukur kerana tidak menjadi orang popular.
Rintihan dan keluhan dari mereka2 yang popular ini adakalanya membuatkan aku berasa simpati.Mana2 yang popular dan berhasil membuat duit itu ok lah.Namun bila mendengar cerita dari orang yang popular tetapi perit untuk membuat duit adalah sangat sedih dan menggelirukan sekali.Luarannya mereka nampak happy tapi dalamannya hanya tuhan sahaja yang tahu.
Mereka tidak bebas.Mereka seperti terpenjara didalam dunia mereka sendiri.Apa sahaja yang mereka mahu lakukan terpaksa merujuk kepada seseorang dan bukan boleh main hentam keromo sahaja.Mahu kemana2 dan mahu buat apa sekalipun harus berhati2 dan pandang kanan kiri.Kalau degil dan buat perangai pasti sekejap sahaja orang tahu dan pastinya ianya perlu di bayar dengan harga yang mahal sekali dan kalau silap2 boleh terus tutup kedai kerana kesilapan sendiri!
Popular adakalanya adalah satu kebodohan..
Popular itu ada pro dan kontra.Baik dan buruknya.Cuma adakah kita ini benar2 bersedia dan rela untuk menjadi popular atau orang yang popular.Baik jika kita sedar kita ini popular dan tidak buat hal2 yang memungkinkan kita jadi popular kerana kebodohan kita.Buruk bila kita tahu kita popular tetapi masih lagi mahu terus popular dengan cara yang amat bodoh.
Makin lagi tersangat bodoh apabila kita kongsikan kebodohan kita di laman sosial yang ada pada hari ini.Aku membaca dan mendengarnya pun macam terasa di perbodohkan oleh mereka yang popular ini.Popular kerana kebodohan mereka maka kita yang membaca pun turut bodoh macam mereka...bodoh ke kita ini?
Chow!
hidup tanpa populariti ni lebih ok bagi saya sebab takda la orang nak tahu sangat apa kita buat atau cepat judge apa kita dah buat
ReplyDeletebtul tu.
Deletepopular atas sebab yang salah, memang membosankan..huhu
ReplyDeletebersederhanalah...ahhahaha... x tau nak komen cm ne sbb x pernh jadi fames n x pernh juga jadi x femes.. erkhh,, xD
ReplyDeletehehe.
DeleteWahh, nie hero sekolah lah ye, bagi saya popular biarlah secara semulajadi, means orang memang kenal kita disebabkan watak@kelebihan kita, bukan sekadar nk famous.
ReplyDeletex jahat x femes.
Deleterimas jadi popular nih ... hahaha
ReplyDeletetahu x per.
Deletewahhh... macam mana jd org fames nie ya. mesti seronokkan walhal hidup sentiasa rimas dgn peminat2
ReplyDeletex best jadi femes ..rimas.
DeleteOoo.. aku tak suka jadi orang popular.. ehehe
ReplyDeleteaku pun.
Deleteteringat isu gambar farid kamil.
ReplyDeletenabila huda jangan lupa....hehe
Deletezaman gemilang aku ialah di usia 19-21
ReplyDeletelepas tu kahwin,dpt anak
aku cuma gemilang kat rumah je ;)