Pages - Menu

20 Jun 2013

Kalau



Kalau aku kaya pasti aku tak susah macam sekarang.Setiap hari kena bangun pagi pergi kerja lepas itu kena pulak hadap dengan kesesakkan lalu lintas.Bila sampai tempat kerja tengok benda yang sama hari2 tengok orang yang sama dan melayan semua kerenah dan perkara yang sama juga.

Kalaulah semua ini tiada tentu sekali hidup aku aman dan tenteram.Tidak perlu risau sangat dengan masa dan tidak perlu risau sangat dengan segala2nya.Itu kalau aku kaya.

Kalau aku ini bijaksana dan cerdik pandai pasti hidup aku senang dan mudah.Gaji aku pasti banyak dan kerja aku juga tidak susah sangat.Silap2 aku tak perlu kerja sangat tapi jadi Ceo di sebuah syarikat yang besar dan kerjanya hanya mengarah itu dan ini.Apa yang aku mahu semua mesti siap dan tidak mahu dengar dengan masalah.Itu jika aku bijak pandai.

Kalaulah aku dilahirkan dari kalangan anak2 jutawan pasti hidup aku sangat senang lenang.Otak tidak perlu guna pakai sangat.Segalanya sudah tersedia tiada apa lagi yang perlu dilakukan cuma perlu jaga dan dengar kata orang tua kita.Jika gagal atau derhaka nanti harta tidak jatuh ditangan kita.Silap2 orang lain yang mewarisinya.Itu kalau kita anak orang kaya.

Kalau itu dan kalau ini....

Kerana perkataan KALAU  inilah kita terlupa kepada hakikat dan realiti sebenar hidup kita.Kita terlalu banyak berkalau itu dan ini.Kita asyik berkalau itu dan ini.Segala2nya penuh dengan kalau!

Cuba kita buang perkataan kalau itu jauh2 dari minda dan hati kita.Apa yang kita dapat?

Kita akan miliki kebahagian sebenarnya.Kalau ini adalah satu jenis nafsu yang kita terlepas pandang dengan secara tidak sengaja.Disebabkan kata kalau kita mulai lupa diri dan alpa.Kita terlalu banyak angan2 dan kita seringkali mengeluh dan merintih.Cuba kita berhenti sebentar dan ingat semula kepada setiap kali perkataan kalau yang pernah kita gunakan.Kemana arah kata kalau kita pergi?

Faham? KALAU tak faham macam mana?

Kita suka guna kalau kepada benda yang indah2 dan hebat2 maka dengan tidak secara lansung kita seperti menafikan takdir yang kita terima dan miliki.Kita seperti tidak faham kepada syukur dan mungkin juga kita tidak faham bagaimana untuk berasa syukur.

Cuba guna kalau bila kita tidak mampu dan tidak berdaya.Kalaulah aku tidak cacat begini.Kalaulah aku tidak tamak.Kalaulah aku dengar kata orang tua kita.Kalaulah aku bersyukur....kalau!

Kalau boleh jadi baik dan boleh jadi jahat juga.Kalaulah aku faham...

chow!

31 comments:

  1. Kalau aku pompuan aku dah stop belaja tunggu org masuk minang

    ReplyDelete
  2. bab2 kalau ni mmg mcm2 boleh jadi.

    ReplyDelete
  3. kalaulah internet free :p hahah xD

    ReplyDelete
  4. he3..kalaulah ni mmg dh xleh lari dr kita semua =) yg pntg trima dn brsyukur jelh

    ReplyDelete
  5. kalau la dlm hidup kita nie tak de kalau..

    ReplyDelete
  6. dari apa yang aku belajjar , dalam dunia ni tak ada kalau untuk setiap yang berlaku pada kita. DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. :)

    ReplyDelete
  7. jgn tnm pokok kalau dlm hati..mmg sgla impian xkn mnjadi kan..

    ReplyDelete
  8. manusia suka benar berangan-angan. hehe. orang kaya tu tak semestinya senang hati. kadang-kadang, kaya tu membuatkan kita leka. kita makin jauh dari Tuhan.

    ReplyDelete
  9. Tapi best guna perkataan kalau. Bleh berangan. Berangan tak kena bayar.

    ReplyDelete
  10. tak salah "kalau" nak berangan sket. jgn nak berangan spjg masa sudah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan mana ada sket2..mesti nak banyak2...

      Delete
  11. perkataan "kalau" ni la yg selaluuuuuu buat kite down..

    ReplyDelete
  12. betul tu bro... aku pun nak kena buang perkataan kalau ni jauh2....

    ReplyDelete
  13. Kalau = Alasan

    ReplyDelete
  14. kalau berkalau yg takkan penah habis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...