Dahulu tradisi cinta selepas berkahwin memang tiada apa yang harus di hairankan.Cerita dari mulut orang2 tua dahulu sehingga sekarang seperti satu cerita sejarah yang tiada tolok bandingnya.Hebat cerita ini seperti tiada ada cacat celanya.Tiada cerita yang tidak elok yang kita dengar dari mulut mereka.Diakhiri pula dengan jumlah anak yang ramai dan juga disulami pula kejayaan anak2 mereka setelah dewasa.Titik akhir mereka ialah apabila mereka berjaya bersemadi dengan aman dan bahagia.Tamat.
Ini kepada aku ialah satu cerita motavasi untuk kita bercinta selepas berkahwin.
Salah satu cara orang tua kita mengajak kita agar mengikuti apa yang mereka percaya dan yakini.Cerita ini seperti cuba memberitahu kita bahawa cinta selepas berkahwin ini lebih selamat dan bahagia.Cerita ini pula semakin kuat untuk diceritakan apabila ianya berlaku kepada orang tua kita.Contoh dan bukti yang nyata dan tidak dapat untuk kita pertikaikan sekarang.Kalau masih mahu cuba melakukan perbalahan maka kemungkinan besar kita dan mereka akan berkecil hati.
Jangan berkata tidak kerana itu tidak bijak.Maka diam itu lebih selamat demi jiwa mereka.
Hari ini masih ramai yang percaya bahawa bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik.
Percaya tetapi tidak
mempercayainya apabila kena kepada tuan punya badan sendiri.Aku cuma tersenyum apabila ada segelintir dari kita yang begitu yakin bahawa bercinta selepas berkahwin adalah jaminan kepada kebahagian seperti mana yang berlaku kepada orang2 tua kita yang terdahulu.Aku juga tidak menafikan bahawa banyak perkahwinan yang sebegitu ketika zaman2 orang tua kita dahulu berjaya dengan sukses.Itu mungkin 50 ke 60 tahun dahulu.Zaman sebelum merdeka.Cerita benar tetapi mungkin juga sedikit penambahan untuk memberikan impak yang lebih cantik kepada jalan cerita.Aku mungkin ada sedikit bersangka buruk.
Namun aku juga percaya tradisi bercinta selepas berkahwin berlaku kepada orang2 tua kita yang berstatus nenek atau atok sekarang berjaya kerana kurangnya gangguan dan kekacauan jiwa dari luar.Gangguan yang bagaimana?
Dahulu zaman atok nenek kita mana ada serupa seperti sekarang.Dahulu mana ada bandar moden yang besar.Dahulu mana ada shopping kompleks yang besar dan pelik.Kereta dan kenderaan awam pun kurang.Jalan mahu ke bandar agak kecil dan tidak cantik malahan perlu ambil masa yang lama untuk sampai kesana.Tiada kenderaan sendiri.Pusat2 hiburan juga sukar untuk ditemui tidak seperti sekarang bersepah seperti cendawan tumbuh.Pandang depan ada Disko dan Kelab karoeke bila pandang belakang ada pusat rehat yang dinamakan Spa.Comel2 je gadis dari beberapa buah negara yang pernah bikin hati orang2 tua kita dahulu sakit hati...hehe.
Itu gangguan jiwa yang biasa2 sahaja.Tidak hebat dan tidak begitu mengancam sangat2!
Ini yang paling hebat dan paling terpantas untuk gangguan jiwa minda kita.Laman sosial yang paling sial iaitu Facebook!
Cuba kita sama2 bayangkan jika facebook ini ada ketika dizaman atok nenek kita.Percaya atau tidak bahawa tidak akan wujud cerita bahawa bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik dan terjamin kualitinya.Ini adalah salah satu sebab kenapa kaedah bercinta selepas berkahwin pada zaman dahulu sangat berjaya dan diakui.Rasanya ramai yang tahu bagaimana laman sosial ini telah berjaya meramaikan mereka2 yang putus cinta,putus tunang,bercerai berai,bertambah laki dan bini yang tidak sah hubungannya.Itu ok lagi.Ini siap pula laman untuk kita buat tempahan online dan boleh muncul sigenit betul2 didepan pintu rumah kita.
Boleh kita yakin bahawa bercinta selepas berkahwin sangat relevan sekarang?
Jika ada yang masih yakin aku ucapkan syabas.Jangan pula menolak apabila orang tua kita membuat rencana untuk menjodohkan kita dengan sipolan yang mereka suka pula nanti.Jangan pula memberikan alasan konon belum sampai seru belum cukup dewasa dan belum cukup bersedia.Masih belajar lagi dan belum cukup matang atau belum puas enjoy!!!
Hari ini jangan yakin sangat dengan
cerita bercinta selepas berkahwin.Berapa kerat sangat yang berjaya melaluinya.Cuba lihat sekeliling kita dan kira dan bandingkan dengan mereka yang bercinta selepas berkahwin dengan mereka yang bercinta sebelum berkahwin siapa yang lebih ramai.Jika jumlahnya perbezaannya agak besar cuba cari sebab kenapa itu yang mereka pilih dan buat.Kalau susah sangat cari jawapan dari kawan2 kita yang telah berkahwin dan tanya ...apa jawapan mereka.
"....Gila ko nak kawin dgn org yg kite tak kenal ...dulu boleh la sekarang mana boleh lagi! Sekarang nie orang jahat muka mereka baik2 je dan orang baik pulak muka mereka macam penyamun....hehehe!..."
Namun siapa boleh jangka dengan jodoh ianya bukan hal kita.Kalau dah tiada jodoh bercinta bagai nak rak pun bercerai juga.Juga tiada jaminan bahawa bercinta selepas berkahwin akan kekal hingga akhir hayat pada masa kini.Cuma yang jelas ketara sekarang tiada siapa yang berani ambil risiko untuk bercinta selepas berkahwin.Balik belajar dari bandar tahu2 kat rumah dan tersedia bakal suami atau isteri kita.Entah dari mana asal usulnya kita tidak tahu.Cuma senyuman girang dari kedua orang tua kita buat hati kita gelabah.
"...DAH KENA PUKAU KE ORANG TUA AKU NI..."
Aku percaya cakap2 bercinta selepas berkahwin cuma tinggal cakap sahaja.Ini cakap main lepas cakap tiada niat seperti apa yang di cakapkan.Boleh percaya ke sekarang ini ada gadis yang mahu dinikahkan dengan bakal suami yang tidak dia kenali.Jangan tidak tahu ramai yang terpedaya dengan lelaki2 yang bijak dan warak tetapi sudah beranak pinak dan beristeri.Ini realiti hari ini.Siapa yang sanggup mengadai semua yang mereka miliki kepada apa yang mereka kurang yakini tetapi percaya...bahawa bercinta selepas berkahwin adalah solusinya.
Kalau aku pula aku sokong dengan bercinta sebelum berkahwin.Aku lelaki pasti aku suka.Jika serasi dan ok dan ada jodoh kira alhamdullilah.Jika lain jadinya dan lain macam je peelnya.Kita ceraikan dan lepas itu cari lain dan kahwin lagi.50 kali pusing2 macam itu pun tak pe kannnnn!
Orang lelaki!
Apa pula rasanya kepada gadis yang diceraikan buta2 begitu? Salah akan percaya bercinta selepas berkahwin atau redha untuk menerima bahawa itu sudah kejadian jodoh kita?Mampu begitu? Sanggup?
chow!