Hari ini gadis zaman ini ramai diantara mereka adalah dari golongan yang sangat pemalas.Tidak tahu dimana silapnya dan siapa yang harus kita persalahkan.Tergamak ke kalau kita cuba atau persalahkan ibu bapa kepada gadis2 ini.Tidak adil rasanya kalau kita letakkan kesalahan dan permasalahan ini di bahu ibu bapa mereka.Si pemalas bukan ibu bapanya tetapi anak2 gadisnya.
Budaya gadis pemalas pada hari ini sudah cukup kronik dan sudah sampai ke tahap bencana alam!
Dahulu pada zaman orang tua kita jarang benar kita terdengar atau terjumpa dengan spesis gadis pemalas seperti yang terjadi pada hari ini.Ketika ini rata2 kita akan terdengar rungutan dari ibu bapa sigadis di merata2 tempat.Rumah jiran kita ,di majlis kenduri kendara dan majlis perkahwinan,di pasar pagi,di pasar malam,di pasar raya besar seperti Giant,Tesco,AEON dan tidak terlepas juga dilorong2 belakang rumah kejiranan kita.
Rintihan dan rungutan mereka semakin hari semakin terdengar kuat dan luas hampir di semua daerah dan negeri.Semua siaran TV tempatan juga ada memperkatakan tentang ini.Lagi bertambah sadis bila setiap kali ada rancangan drama Tv dan di filem2 pasti akan terselit cerita dan berita tentang sindrom gadis pemalas.Ini membuatkan aku para lelaki yang bakal bergelar suami menjadi fobia untuk mencari dan memiliki isteri kerana takut tersalah pilih dan terpaksa memelihara spesis gadis pemalas ini seumur hidup si lelaki!
Ini kes berat dan parah!
Mereka sigadis pemalas pada hari ini semakin ramai dan maju.Setiap dari mereka sekarang bukan sahaja semakin malas terapi semakin bijak.Sentiasa tahu dan bersedia setiap kali mereka cuba di persalahkan.Provokasi yang dilakukan oleh sesiapa pun dengan mudah mereka mampu tangkas dan balas semula.Situasi ini benar2 membuatkan ramai hati lelaki dan keluarga mereka jadi sedih dan pilu.Malahan ada diantara kaum keluarga mereka terpaksa mememdam perasaan dan bermurung.Tidak tahu kemana dan bagaimana harus di urus semua spesis gadis pemalas ini.
Zoo Negara mungkin tempat yang sesuai.
Jika ada yang cuba membantu dan memberikan mereka nasihat agar mereka sedar dan berubah dari sikap bermalas2 ini pasti mereka pula yang akan menerima akibatnya.Jika mereka tinggal serumah mereka para gadis pemalas akan memboikot segala macam aktiviti didalam rumah.Semua akan mereka jadikan musuh.Ini termasuk ibu bapa dan adik beradik mereka yang lain.Perkara ini juga pernah menarik perhatian para jemaah menteri di parlimen Malaysia.
Bunyi macam jenaka bangsawan sahaja yer kan.
Realitinya benar atau tidak BAHAWA gadis2 pada hari ini sangat pemalas dan berjiwa lemah.Lansung tiada rasa ghairah untuk berlagak rajin dan cerdas.Semua ada alasan tersendiri.Penat belajarlah dan penat bekerja.Selesai semua perkara bukan dapur yang menjadi pilihan utama tetapi bilik tidur!
Bila ada masa untuk ke dapur mereka memilih ke kedai makanan.Bila ada masa untuk kepasar besar untuk membeli barang makanan dapur mereka terlencong ke butik pakaian.Mereka mampu bertahan berbulan2 duduk melangok dan menilik semua pakaian dan aksesori wanita didalam butik2 tersebut.Mereka sigadis pemalas jadi rajin macam berok kena belacan apabila di butik2 dan di pusat2 membeli belah.
Ini cerita real bukan rekaan semata-mata ok!
Oleh itu bagaimanakah caranya untuk kita basmi dan atasi spesis gadis pemalas ini? Tidak kita ketahui cara yang mana yang paling sesuai dan efektif untuk kita laksanakan.Jika kita berkeras mereka makin bertambah ganas dan buas.Jika kita berlembut mereka semakin manja dan menghada2.Ianya seperti tiada solusi dan tiada penamatnya.Kalau ada pun mungkin kita terpaksa melakukan sembahyang hajat beramai2 dan berdoa agar semua spesis gadis pemalas ini di sembuhkan dari virus penyakit pemalas ini.Cara lain aku sudah tidak nampak lagi sekarang.
Gadis...tolong jangan malas-malas yer nanti hati abang susah tahu...hehe!
chow!




