Pages - Menu

Showing posts with label Story Cinta Dia. Show all posts
Showing posts with label Story Cinta Dia. Show all posts

28 Aug 2013

Bila Gerak Hati Berkata



Entah tidak tahu kenapa hati ini tidak seperti dahulu lagi terhadapnya.Bertemu buat kali terakhir di hari ramadan yang terakhir sehingga ke hari ini aku seperti tidak mahu lagi bertemu dengannya.Tidak aku ketahui apa sebabnya dan apakah yang aku fikirkan.Ianya seperti tiada cinta lagi dari diri aku kepadanya.Sesuatu yang tidak mampu aku lukiskan atau tuliskan.

Aku seperti tawar hati.

Sejak dari dahulu lagi aku selalu menggunakan gerak hati sebagai panduan.Alhamdullilah selalunya adalah yang terbaik buat aku.Gerak hati yang aku percayai datangnya dari yang satu.Jika tiada apa2 pasti tiada tergerak kata hati aku.Kali ini kata hati aku bergerak kembali.Katanya lupakan sahaja dan cari yang lain sebagai ganti dia.Itu kata gerak hati aku kini.

Sungguh aku merindui dia tetapi tidak hati aku.

Pernah beberapa kali aku telah melanggar apa yang tergerak dihati aku dan akhirnya aku sendiri menyesalinya.Kata minda bertelagah dengan kata hati seringkali kata hati aku yang benar dan betul.Kenapa apa yang aku fikir tidak selalu sama seperti apa yang aku teka.Kenapa teka teki lebih tepat dari apa yang aku andaikan.Hebat sungguh kuasa hati dari minda.

Kini aku mulai belajar menjauhkan diri darinya...mungkin buat selamanya.

Semua kenangan manis antara aku dan dia tidak mungkin padam dan luput.Pasti kekal terpatri dalam hati aku ini.Biar aku lepaskan dia pergi selamanya jika itu sudah suratan takdir aku.Rela dan redha itu yang aku mampu genggami.Biar cinta kita bersemadi dalam damai tanpa kita perlu ada benci dan khianati.Coretan ini jika engkau terbaca jangan engkau tangisi.

Semua ini bukan milik kita,semua ini bukan rencana kita...ini milik dia selamanya.




chow!

12 Aug 2013

Cinta Bersemi Kembali



Lama juga aku tidak menulis tentang kisah cinta aku.Jika sesiapa yang pernah membaca tulisan dari blog lama aku hingga ke sini pasti serba sedikit mengetahui bagaimana keaadaan aku sebenarnya.Juga pasti perasan yang aku mulai kurang menulis tentang kisah cinta.Bukan cerita cinta aku sahaja begitu juga cerita cinta lain.

Hampir 5 tahun bersendirian tanpa cinta kini cinta mulai berputik semula.Ketika awal2 putus cinta dahulu aku ada meminta pendapat dari pembaca blog aku yang lama dahulu.Ramai juga yang memberikan nasihat agar aku mencari cinta yang lain setelah dia bertemu cinta yang baru.Aku cuba juga beberapa kali namun tidak berkesudahan dengan baik.Ini mungkin tiada kesesuaian di antara kami.

Kali ini cinta berputik semula dengan bekas kekasih hati aku yang lama itu.Tidak tahu mengapa dan bagaimana ianya terjadi.Jujur aku sudah membuangnya jauh dari ingatan aku.Rela melepaskan dia pergi dengan pilihan hidupnya.Malas mahu bertelingkah dan bersakit hati kerana bagi aku tiada faedah dan hanya membuang masa sahaja.Segala2nya sudah dilakukan untuk melupakan di antara satu sama lain.

Jika ada yang bertanya bagaimana rasa benci aku terhadapnya...jawapan aku ialah sehingga habis benci aku terhadap dia.Sesiapa pun bila baru putus cinta akan pasti menjadi seorang manusia yang kurang waras akal dan juga tindakannya.

Ramadan yang terakhir telah hampir melenturkan warna hati aku yang pekat dan keras.Permulaannya memang ada riak ego seorang lelaki cuba berpura keras.Cuma senyuman manis dia yang sekian lama aku rindui telah mencalar dan meleraikan sedikit sinaran halus dari dalam peti kotak kaca hati aku.Suka atau benci aku sendiri mulai keliru.Sengaja aku berpaling ke arah lain setiap kali dia cuba melihat jauh kedalam anak mata aku.Dia tahu di mana kelemahan aku.

Dari mata jatuh ke hati.

Ketika azan kedengaran secara lembut suaranya berdoa sambil matanya mengeyit ke arah aku.Lalu dihulurkan sebiji kurma yang memang telah tersedia dia atas meja.Tangan aku...ye tangan aku secara spontan menyambut balik dengan baik dari jari jemarinya.Sentuhan itu telah memberikan aku satu renjatan eletrik yang amat kuat sekali.Bukan secara zahir tetapi batin.

Terdiam dan tidak terkata.

"...eh ...makan la yang U tercegat macam kena sampuk hantu kenapa?..."

Lalu aku makan sambil kepala tertunduk.Bukan aku malu dengan dia tetapi aku sedang berfikir.Hati aku berkata2...

"...adoi ....apahal dgn aku ni..."


bersambung....lalalalala!


chow!

22 Jun 2013

Ke Mana


jika aku ada…
tapi kau tak melihat
jika aku tersenyum
tapi kau berkata "berhenti cukup!"

bagaimana harus lagi aku?
malah saat aku merasa lebih
ketika saat aku merasa kau indah
saat aku merasa kau tak terganti
kau hanya berkata ‘untuk apa?’

kemana rasa ini
kemana nafas ini
kemana jiwa ini
tersusun demi hatiku
hatiku mengaturnya sedemikian rupa
namun aku kehilangan puncanya

jika aku dapat bertukar hati
aku ingin tahu
apa yang kau mimpikan...
apa yang kau rasakan...
begitu jua dengan hati mu...
semoga aku dapat mendakap erat rasa jiwa raga mu...

16 May 2013

Siapa Sepi







Semalam aku tidak tahu apa yang telah aku lakukan.Cuma yang pasti ianya sesuatu yang aku suka tetapi masih lagi ada keraguan.Cuba iklas dengan diri sendiri dan berkali2 aku tanya.Ok ke atau tidak jika aku teruskan.Hati aku kata terpulang dan akal aku kata hati2.

Benar sekali hidup ini seperti satu perjudian.

Jika salah membuat pilihan kita bakal kalah dan jika betul maka kita akan meraih akan kemenangan.Bagi aku pula kalah menang itu bukan persoalan yang besar sangat kerana aku sudah lali.Orang kata macam sudah tiada rasa sakit atau happy.Sama jer reaksinya bila menerima keputusan.

Katanya.....


"...jauh sudah aku pergi dan cuba melarikan diri dari bayangan masa silam namun ianya bukan mudah.Pelbagai cara cuba aku padamkan dan hitamkan tetapi ianya seperti tidak mahu pergi dan mengerti..."


Aku cuma mampu tersenyum.


chow!

22 Nov 2012

Lepaskan Pergi

'

Benar walaupun sudah lebih dari 2 tahun kami berpisah tapi aku masih belum dapat melupakan semuanya.Semakin menyakitkan apabila dia selalu datang ketika aku sudah semakin pergi jauh dari bayangan diri dia.

Entah mungkin silap aku terlalu baik hati dan mudah memaafkan dia.

Namun seperti biasa setelah dia reda dari kesakitan dan keperitan kerana perjalanan cintanya yang agak mengelirukan tetapi  hasil dari buah fikiran aku dia kembali bangun dan kuat kembali.Kini dia pergi semula kepada apa yang dia percayai.Jika perginya dengan berhemah tidak mengapa tetapi sempat pula menyemburkan racun berbisa sekali lagi.

Ini memang sudah aku agak...!

Entah mengapa kali ini racun yang dia berikan umpama madu kepada aku.Tiada lagi bisanya.Mungkin kali ini aku lebih bersedia dengan semua drama yang bakal dia lakukan.Pelik bukan kerana aku masih lagi mampu berjumpa dan mendengar semua masalah dia.

Seminggu sudah hal itu berlaku cuma apa yang menjadi persoalannya ialah kenapa aku ini begitu baik sangat?

Mengeluh panjang taktala aku sedang menulis entry ini.Kesal dengan semua perbuatannya.Mahu marah pun aku sudah malas.Perkara terbaik yang aku pelajari dari hal ini ialah bukan semua yang pahit itu tak sedap dan bukan semua yang manis itu best.

Tindakan yang paling baik sekali dan lama sudah aku fikirkan ialah lepaskan semua pergi.Semua kemarahan dan semua perasaan terhadap apa yang telah aku lalui bersama dengan dia dahulu.Benar memang bukan mudah tetapi selagi aku menyimpan semuanya didalam hati lama-lama aku juga yang makan hati sakit jiwa!

Rasanya lagu diatas amat sesuai sekali buat aku ketika ini....andai ku bercinta lagi ...siapakah gerangan gadis itu?


Hmmm....macam you jer!


Sudi ke...hehe!


chow!

7 Nov 2012

Sejarah Semalam


Semua orang ada sejarah sendiri.Sejarah kita pasti sekali berbeza ada yang indah dan ada juga yang sadis.Kita sentiasa sahaja tidak dapat lari daripada sejarah silam kita.Adakalanya ianya menjadi salah memori yang pahit untuk kita simpan dan ianya seperti satu trauma juga fobia.

Tidak semua orang suka dengan sejarah silam masing-masing ada yang cuba sedaya upaya untuk melupakan dan ada juga yang tidak mampu untuk melupakannya.Semua ini ada sebab-sebab yang tersendiri yang kita sendiri kurang fahami mengapa dan kenapa?

Begitu juga dengan aku dan sejarah silam aku.Ada yang aku suka ingati dan ada juga aku amat benci untuk di ingati.Harus aku kongsikan atau tidak disini masih lagi menjadi satu misteri kepada aku.Untuk pengetahuan semua tulisan ini aku pernah siarkan di blog lama aku cuma kali ini aku olah sedikit agar ianya lebih cantik lagi untuk dibaca.Seperti yang semua ketahui aku seringkali menulis sesuatu yang telah berlaku ke atas diri aku agar dapat dikongsikan disini sebagai satu teladan kepada orang lain.

Bukan semua tetapi yang mana aku fikirkan sesuai untuk dikongsikan lagipun bukan semua mengenali aku secara dekat cuma beberapa orang blogger sahaja yang tahu akan identiti aku.Itu pun cuma didunia maya tidak didunia realiti.Misteri sangatkah aku ini?

Mungkin...!

Jika sejarah silam mengenai cinta aku rasa aku tiada keberatan untuk dikongsikan disini.Namun bukan sejarah kehidupan kerana bagi aku itu sesuatu yang harus dirahsiakan dari umum.Tidak manis jika khalayak tahu siapa kita sebenarnya.Mungkin bukan aku sahaja tetapi sesiapa jua pun.Masing-masing pasti takut atau malu untuk membuka pekung didada untuk dibaca dan diketahui ramai.

Sejarah cinta aku ada 2.Yang pertama adalah cinta pandang pertama aku yang berlaku ketika umur aku sekitar 18 tahun dan dia berumur 15 tahun.Ianya terjalin lebih dari 3 tahun.Cinta yang kedua pula adalah cinta yang sebenar cinta sehidup semati bersumpah setia hingga ke jinjang perlamin.Kisah cinta ini mungkin disatu hari nanti akan aku tuliskan disini jika aku sudi.

Cinta pertama ini berlaku ketika aku baru selesai menduduki SPM.Ketika di zaman persekolahan aku tidak tahu apa itu cinta ini mungkin kerana di sekolah aku dahulu semuanya adalah budak lelaki sahaja.Oleh itu mana mungkin aku kenal apa itu cinta jika semuanya lelaki.Lainlah sekarang lelaki pun boleh bercinta dengan lelaki...hehe!

Nasib baik ditaman perumahan yang aku tinggal ada ramai budak perempuan dari sekolah yang lain kalau tidak memang harus aku tidak mengenali apa itu cinta dan bercinta!

Kalau kamu rasa ini cerita benar makanya memang ini cerita benar dari sejarah cinta pertama aku dan namanya pun memang sengaja aku letak nama sebenar dia.Jika bekas kekasih aku ini terbaca bagaimana? Lupakan tidak mungkin dia membacanya kerana ....memang tidak mungkin!

Cinta pertama aku ini rasanya lebih kepada kisah kehidupan pasangan aku.Ini kerana secara tidak sengaja aku juga turut terlibat sama dengan sejarah kehidupan keluarga beliau secara tidak lansung.Keluarga yang pada mulanya aku sangka sangat bahagia dan aman damai rupanya terselit satu kisah yang agak memilukan.Ibu beliau seorang yang agak peramah tetapi bermisteri.Bapanya pula seorang muaalaf berketurunan cina.Mereka berasal dari Pulau Pinang.Dia mempunyai 6 orang adik beradik 5 perempuan dan yang bongsu lelaki.Semuanya cantik dan sangat sempurna sifatnya maklumlah perkahwinan campur diantara sedikit arab dan cina...memang wow!

Secara jujur aku bukanlah tergolong didalam golongan mereka yang cerdik pandai didalam akedemik.Habis sahaja sekolah dan mendapat keputusan spm keluarga aku menghantar aku kesebuah kolej berbayar dan aku akhiri dengan kejayaan yang cemerlang setakat cukup syarat sahaja.Beberapa ketika aku telah hidup sebagai petani menanam anggur didalam rumah orang tua aku dalam jangka yang agak begitu lamalah juga.Sebenarnya minat aku lebih kepada benda lain yang luar dari skop kedua orang tua aku.Bila aku kisahkan kepada mereka...mereka cuma pandang muka aku dengan agak lama sehingga aku terpaksa bangun dan pergi dari situ...maknanya orang tua aku tidak sukalah...hehe!

Aku sebenarnya telah tercampur dengan golongan yang suka kepada benda yang berseni.Lama juga aku aku berkroni dengan mereka-mereka ini.Jika sesiapa yang pernah melihat identiti aku pasti perasan rambut aku ketika agak panjang sehingga keparas pinggang.Mat rock la katanya.Lama juga aku menyimpannya hampir 7 tahun.Cuma sekarang aku sudah memotongnya pendek kerana ianya tidak sesuai dengan kerjaya yang aku miliki sekarang.

Kembali semula kepada kisah cinta pertama aku.

Selama lebih dari 3 tahun kami bersama bercinta.Segalanya amat mencuit hati dan lucu kalau dingatkan semula.Mana tidaknya kalau pakai t-shirt sama warna dan sama gambarnya.Salah satu contoh yang paling senang untuk diberikan dan jangan tanya lagi yang lain-lain ...malu pun ada rasanya.Dia sememangnya gadis yang cantik rupawan.Maklumlah produk dari hasil kacukan makanya memang indah sekali produk yang di hasilkannya!

Setiap hari kami berjumpa dan memadu kasih.Dimana?

Dirumah dia dan dengan semua keluarga dia sekali.Tiada taman bunga atau panggung wayang didalam senarai cerekarama kami harap maklum semua.Cinta yang seiklas cinta cuma dengan pandang memandang dan jeling menjeling.Pegang tangan pun tidak? Sabar ok!

Tidak diketahui kenapa aku sangat senang mereka terima ini mungkin kerana kepetahan aku berkata-kata membuatkan mereka sekeluarga terpukau.Malah lebih tragis lagi apabila aku lebih disanyangi oleh ibunya lebih dari anak-anaknya sendiri.Hebat sungguh kuasa magik yang aku miliki iaitu mulut manis bak semangka merah!

Setelah sekian lama bersama dengan keluarga mereka aku sedikit sebanyak mengetahu secara dekat bahawa keluarga ini secara diam-diam ada masalah dalaman yang agak kronik.Serius aku sebenarnya tidak mahu tahu dam ambil pusing kerana itu bukan masalah aku itu masalah mereka.Haruskah aku mencampurinya sudah pasti tidak sama sekali.Cuma bila satu malam aku tiba-tiba dikejutkan dengan satu panggilan dan panggilan ini benar-benar menyentap seluruh hati aku.Aku terkejut dan lansung tidak mampu mengeluarkan sepatah kata sekalipun!

Malam itu...

"...J... maafkan ibu kerana perkara ini berlaku.Ibu terpaksa dan ibu akui ini kesilapan ibu.Salah ibu kerana tidak mendengarnasihat J tempoh hari.Ibu malu sangat dengan J sekarang! Sekarang semuanya sudah terlambat nasi sudah jadi bubur.Tiada apa lagi yang mahu dikesalkan cuma satu permintaan ibu dari J iaitu tolong jaga Rita dengan baik.Hanya kepada kau ibu harapkan...Rita mungkin akan kecewa dengan tindakan ibu ini tetapi ibu hendak J faham ibu lakukan semua ini kerana anak-anak...percayalah J! Berjanji dengan ibu yang J akan " tengok-tengokkan Rita " !

Aku seolah-olah bagaikan bermimpi dengan apa yang aku dengar.Waktu itu pukul 2 pagi dan kepala aku masih mamai lagi.Dalam sedar dengan tidak dan dalam tidak percaya apa yang aku ingat ialah aku cuma menjawap YA ....itu sahaja!

Ibu Rita di penjarakan selama 2 tahun di penjara Kajang atas kesalahan mengedar Ganja!

Sekarang baru aku tersedar kenapa selama ini ibu Rita sering pulang ke kampung halaman.Setiap 5 ke 6 kali sebulan ke Pulau Pinang.Bila kau bertanya dia akan menjawap ada perkara yang harus dibuat.Aku sebenarnya semacam sudah dapat menangkap akan kegiatannya tetapi aku cuba untuk tidak berburuk sangka.Pernah sekali tanpa disengajakan aku terjumpa segumpal ganja didalam rumah itu tetapi ibu dan keluarganya menafikan itu adalah milik mereka.Aku rasa aku telah di yakinkan dengan baik sekali oleh ibu Rita!

Bagaimakah aku boleh tahu?

Ini kerana setiap hari ada sahaja orang datang kerumah dan bertanya atau mencari ibu Rita.Mereka-mereka yang datang ini pula memang aku kenali sangat dan ketahui akan kegiatan penagihan mereka.Cuma aku waktu itu tidak terfikir lansung tentang  hal ganja ini cuma apa yang aku fikirkan ialah mereka ini semua datang cuba memikat anak -anak ibu dengan cara mendekati ibu Rita.

Tidak sahaja Rita yang mempunyai rupa paras malahan begitu juga dengan kakak-kakaknya.Gadis-gadis berdarah campuran memang menarik-menarik belaka.Itu memang tidak aku boleh nafikan.Apa yang aku kesalkan ialah ketika kejadian itu berlaku cuma tinggal lagi 10 hari ketibaannya Hari Raya Aidilfitri!

Esok pagi bila aku kerumah Rita dan ingin berjumpa dengannya dia memang cukup tertekan dengan kejadian itu.Dia benar-benar hilang pertimbangan apabila dia mulai mengamuk dan bermain-main dengan sebilah pisau ditangannya.Nasib baik aku sampai tepat pada masanya.Sebelum aku sampai awal-awal lagi kakak Rita sudah maklumkan apa yang sedang terjadi.Bagaikan seorang hero aku pujuk dia dan aku tenangkan dan hari itu untuk pertama kalinya dalam hidup ini sebagai seorang lelaki aku di peluk erat oleh kekasih hati yang aku sayangi didalam sedu tangisnya...Sehingga ke hari ini aku masih boleh mengingati saat-saat itu dengan segar sekali umpama ianya baru berlaku semalam!

19 Sept 2012

Impian



Setiap dari kita ada impian.Impian ini bermaksud lebih kurang yang aku fahami ialah cita-cita yang sangat  kita inginkan dan boleh dikecapi.Kalau salah tolong ajar aku semula ok!


"....impian aku kalau boleh mahu berkahwin dengan gadis yang cantik jelita badan sexy muka macam adriana lima...bla bla bla..."


Bukan mahu riak atau bongkak gadis impian seperti diatas lebih 8 tahun telah aku miliki tetapi impian untuk kekal bersama dan sehidup semati tergendala di pertengahan jalan.Tiada jodoh atau mungkin belum sampai masanya.

Impian aku yang terlalu tinggi mungkin kini memakan diri.Silap aku yang terlalu jauh memandang ke depan.Lelaki seperti aku ini yang terlalu sangat mahu kesempurnaan dan ketepatan adakalanya agak sukar kepada sidia untuk menerimanya.Sesiapa pun akan rimas kalau terlalu teliti dan kemas!

Hari ini aku tidak fikir cinta sahaja sudah cukup memadai.

Kehidupan hari ini yang begitu tinggi kosnya akan membuat kita berfikir panjang untuk menbina satu kehidupan yang baru.Alam yang memerlukan dua jiwa bersatu menjadi satu.Satu alam yang amat indah dan nikmat yang digilai oleh semua manusia dibumi ini.Haiwan juga suka apa lagi kita manusia yang punya akal fikiran dan perasaan.

Impian aku kalau boleh mahu sediakan segalanya dan biarkan tuan puteri melangkah masuk ke istana dengan hanya berkaki ayam dan bogel.Biar semua aku sediakan dan hanya tubuh dan roh kau bekalkan kepada aku!

Kalau sekadar berharap kepada cinta dan kaseh sayang sahaja aku tidak nampak ianya akan mampu berkekalan selamanya.Hanya kekuatan cinta yang kita sandarkan agar kita dapat sehidup semati.Jangan lupa ujian dan dugaan sentiasa datang kepada kita untuk melihat sejauh mana kekuatan kita bila bersama.

Cinta kita walau sekuat mana sekali pun jika kekurangan bekalan untuk meneruskan kehidupan seharian aku percaya kekuatan itu akan terlerai dengan sendirinya mungkin tidak dengan cepat tetapi perlahan-lahan.Tidak sebulan tetapi bertahun sedikit demi sedikit rasa cinta dan kekuatan itu terhakis dan roboh.

Itu aku amat yakin kerana aku telah melaluinya.

Jika sempat kita kesan akan keretakan ini mungkin kita berusaha untuk melakukan sesuatu bagaimana untuk diperbaikinya.Jika sudah runtuh bagaimana kita mahu bina semula dari mula ianya bukan mudah kerana masa yang diambil bukan sekejap tetapi bertahun!

Takdir....mungkin juga.

Kalau bukan takdir apa pula.Pasti ada sebab-sebab lain yang membuatkan takdir ini datang kepada kita.Jika sudah tawakal dan berusaha dan dengan segala macam iktiar dan kesabaran tetapi tidak juga berjaya maka itu aku percaya takdir!

Dalam hal aku ini aku fikir ianya karma kerana seperti yang kamu sedia maklum kalau sesiapa yang mengikuti tulisan diblog ini akan berjumpa dengan tulisan-tulisan aku yang memperkatakan tentang kurangnya aku menghargai pasangan aku dengan secara betul dan jujur.

Aku yakin ini karma aku sekarang.

Ini bukan takdir kerana kami masih saling lagi berhubungan tetapi tidak berjumpa lagi.Kalau takdir pasti dia sudah lenyap dari pandangan mata aku.Maksudnya dia sudah dimiliki oleh orang lain tetapi ini tidak lagi jauh kami berlari lagi dekat bayangan kami merapat!

Adakah aku sedang mempersoalkan takdir atau aku mempersoalkan diri aku sendiri?

chow!


28 Aug 2012

Love Cinta


Cinta itu indah jangan kita takut kepadanya.Tiada salah untuk kita berkaseh dan bercinta ,bukan hanya kita manusia bercinta tapi binatang pun berkaseh sayang dan bercinta.Cinta yang indah bila kita bercinta dengan orang yang kita cintai dan cinta kita berbalas dari dia yang kita cinta.

OH!cinta.Aku cinta akan cinta.

Cinta pada aku ialah satu magik yang tak terkata dengan kata-kata.Cinta pertama lagi hebat.Cinta yang telus iklas walau tiada berlaku sentuhan.Cinta sungguh cantik dan mengujakan.Aku ghairah untuk terus bercinta ,dicinta dan di belai manja oleh orang tercinta.Bagi aku sesiapa yang hidup dan bernyawa didalam dunia ini yang tidak pernah atau kenal apa itu CINTA,memang dia ada masalah dengan jiwa dan perasaan.

Orang gila pun ramai yang gila kerana cinta akan cinta.


Aku tidak pernah puas untuk jatuh cinta,dicinta dan mencintai.Kalau ada sesiapa di luar sana yang buta dengan cinta ,jangan jadi manusia jadi batu-bata atau tembok jalan raya.Cinta pun tak tahu,bercinta juga tak tahu ,jadi apa yang kau tahu tentang cinta ?...tak tahu juga ....hmmm saja nak mampos la kau ni!!!

Tiada salah untuk jatuh cinta ,bercinta dan dicintai.

Kenapa susah sangat untuk bercinta dengan dia yang kita cintai.Susah sangat ke melafazkan kata-kata cinta kepada dia yang kita cinta.Kenapa takut dan malu-malu ,CINTA itu anugerah dari dia yang maha kuasa!

Bercinta dan berkaseh dengan dia yang kita cinta ,jangan ragu-ragu memberikan semua cinta yang kita ada kepada dia.Sekiranya cinta kita di permainkan,terima semua itu kerana cinta ,indah bila dicinta dan putus cinta.


Cinta...jangan kita benci cinta kerana akhirnya kita sangat perlukan cinta.Tiada cinta apa erti hidup di dunia,semua jadi hampa dan gila.Cinta harus di cari dan di terokai,kalau tidak kita pasti mati tanpa cinta,cinta yang indah dan agung sifatnya.


Aku cinta akan cinta,kau cinta tak cinta?Kalau tiada cinta kau ok tak?

Aku perlu cinta ,kalau tiada cinta ...kenapa aku dihidupkan? Ini kerana salah mereka yang bercinta,aku ini lambang CINTA mereka,lambang cinta IBU dan AYAH aku.


Cinta yang abadi semua orang tahu CINTA apa selamanya!

chow!

14 Aug 2012

Rahsia DIA...


Rahsia siapakah aku adakalanya begitu meyentap perasaan aku.Di blog yang lama itu aku 80% telah mendedahkan diri aku dan hampir-hampir bertelanjang bulat!

Kini kenapakah aku kembali tetapi dengan blog yang baru ialah kerana aku takut aku mulai lupa diri.Disana segala hijab kehidupan aku hampir tersingkap penuh.Segalanya benar-benar aku luahkan tanpa ada tapisan dan akhirnya aku sendiri terasa bencinya.

Cinta aku kepada DIA.

Juga kelancangan aku bila menulis sesuatu perkara begitu menterbalikkan kepercayaan sesetengah dari pembaca aku.Jika mereka memahaminya aku tidaklah berasa bersalah cuma aku takut mereka tersalah anggapan dengan apa yang aku tulis.

Dahulu tulisan aku lebih banyak kearah keagamaan dan kecintaan aku kepada si DIA.

Benar kelancangan aku bila menulis menyebabkan aku telah tersalah langkah bila mana ada seorang blogger yang aku agak hormati telah aku pangkah dengan sewenang-wenangnya.Aku lambat berfikir tetapi cepat sangat bertindak dan walaupun sehingga ke hari ini dia masih datang menjengok ke blog lama aku dan meninggalkan jejak tetapi aku terasa malu terhadap beliau dan baru-baru ini beliau telah melancarkan beberapa buah buku di pasaran.

DIA pula adalah seorang gadis yang sangat aku cintai tetapi terpaksa pergi kerana aku!

Hingga hari ini DIA tidak jemu-jemu mengejar aku dan tidak serik menjamah segala maki hamun aku yang terlalu jujur dengan begitu iklas sekali.Itulah pengorbanan yang terpaksa aku lakukan demi kebaikan DIA.Biar dia bertemu dengan seseorang yang dia fikir lebih baik dari aku.

Benar aku sangat menCintai DIA tetapi adalah lebih baik dia pergi jauh dari aku demi kebaikan bersama.Jangan nanti kerana aku dia menyesal di kemudian hari.Dendam aku rasa marah aku masih belum reda dari dalam hati aku terhadap DIA!

Ketika ini aku senang sendirian dan bebas!

chow!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...