22 May 2013
Masa Lalu
Semua orang tidak tahu apa yang bakal berlaku pada esok hari.Begitu juga dengan aku kini.Cuba sedaya upaya untuk lebih beradab dan cuba menjadi diri sendiri.Tidak mahu lagi terikut2 rentak orang lain.Tidak mahu lagi tergoda dengan cerita2 manis mereka lagi.
Mahu aku salahkan mereka ...rasanya tidak adil.
Setiap kali aku menoleh ke belakang setiap kali itu juga aku merasa tersangat geram dan sesal.Kenapakah aku begitu mudah percaya dengan segala apa yang aku dengar dan lihat.Hairan juga aku dibuatnya.Adakah aku lemah atau aku lalai membiarkan semua yang mereka katakan adalah benar dan bukan palsu.Mahu salahkan siapa sekarang...aku atau mereka?
Harus akui itu memang salah aku sendiri.
Benar aku ini cuma seorang manusia yang lemah dan tiada punya kuasa dapat membaca apa yang sedang mereka fikirkan dan akan lakukan terhadap aku iaitu simangsa.Kalau katakan aku lemah aku bukan begitu.Jika aku silap kenapa harus itu berlaku lagi.Sudah suratan mungkin.Itu mungkin juga kerana kedatangan mereka seperti tidak aku rasai akan natijahnya.Tergoda atau lebih tepat lagi terpukau dengan gaya dan cara pendekatan mereka yang begitu nampak iklas dan jujur.
Namun jelas sekali aku cuma manusia.
Hari ini aku cuba bangun dari segala kecelakaan yang telah menimpa dan melanda di seluruh ruang emosi aku yang lalu.Setiap saat yang berlalu benar2 memberikan aku inpirasi yang tidak terhingga hebatnya.Nyata sekali harga yang telah aku bayar amat tinggi sekali mahalnya.Tidak berbaloi tetapi amat berguna untuk aku simpan didalam gengaman tangan kiri aku agar aku tahu apa itu kesakitan tanpa ada kesan terluka.
Hidup ini memang tiada kesempurnaan.Seringkali sahaja perlu memberi dan menerima walaupun kita tidak meminta dan merayu akan kewujudannya.
Jarang sekali aku melihat semua ini sebagai satu penunjuk kepada jalan yang bakal mendatang.Setiap yang berlaku benar2 memberikan aku sesuatu yang aku sendiri tidak mahu miliki.Termenung jauh dan cuba melihat semula kepada apa yang telah aku lalui dahulu.Semua ini pasti ada sebabnya dan bukan sengaja di ada2kan.Cuma mungkin aku kurang menghayati semua perkara sebelum ini dengan sangat teliti atau mungkin juga aku terlalu terpesona dengan angan2 aku sendiri.
Untuk mengakui satu perkara yang kita tidak mahu akui adalah sangat sengsara sekali.
Jika diberikan peluang sekali lagi mungkin bukan aku sahaja tetapi mereka semua pasti akan cuba melakukan yang terbaik sekali.Cuma mungkinkah itu mampu berlaku atau mungkinkah sempat ianya berlaku lagi nanti.Sempatkah lagi merasai dengan masa yang semakin suntuk dan singkat kini.
Moga ada ruang...!
chow!
Labels:
Story Pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman.
ReplyDeleteYaaaa... semoga3 ada ruang lagi untuk kamu letakkna diri kamu.
ReplyDeletejust go with the flow.
ReplyDeletelife is moving forward..
belajarlah memaafkan..hello btw :)
ReplyDeletesemoga ada ruang itu bro.. den sentiasa doakan bro :)
ReplyDeleteruang hanya akan tercipta dengan ucapan minta maaf
ReplyDeletedan peluang hanya diberikan oleh manusia yang memaafkan.
jadi, bangunlah dengan dasar kasihan dan kasih-sayang
beri ruang untuk diri sendiri pelajari masa-masa lalu yang pincang. semoga dipermudah segala hendaknya :)
ReplyDeleteya, hidup ini memang tidak pernah sempurna.
ReplyDeletetapi lepas-lepas lalu buat pengalaman