7 May 2013
Fikiran Sendiri
Seminggu dua ini aku sedang bergelut dengan perasaan sendiri.Lama juga berdiam tanpa ada sesuatu keputusan dibuat.Takut dan benci seperti telah bersatu.Semakin aku berjalan ke hadapan semakin dekat pula bayangan belakang mengekori.
Binggung malahan was2 seiring dan sejalan.
Kalau aku ikutkan hati adakah mungkin itu bakal trajedi.Jika aku sangkal rasa hati apakah mungkin akan kembali semula sejarah silam.Sukar juga yer mahu berdolak dalik dengan hati ini.Mahu aku bohongi tetapi seperti meludah kelangit.Siapa yang harus aku minta nasihat dan pandangan ketika ini.Tiada ketelusan atau tiada kesukaran sebenarnya?
Semakin lama semakin aku lemas.
Dahulu ada orang berkata biarkan dan pedulikan sahaja.Aku ikuti namun seperti menuang air di daun keladi malahan seumpama menepuk air didalam dulang.Rambut dan hati kepada aku sama rumitnya.Warna nampak hitam tetapi terlalu berjuta harus diteliti dan dikira.Jangan aku kehilangan apa yang dikendung dan tak terkejar barang yang dihadapan.
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fikir baik-baik..
ReplyDeleteni tgh fikir2...
DeleteAku juga pernah alami situasi macam ni. last2 kawan aku bagitahu.. mintak petunjuk dari DIA. Itu yang terbaik. :)
ReplyDeletegitu la nampaknya..
Deletekena cari pakar motivasi ni.
ReplyDeleteSerius, ak rsa macam membaca bait2 barisan ayat dalam sebuah novel bertemakan psikologi (-_-)
ReplyDeletehehehe. Ha, cerah dah kat sini.
heeeeee....
Deletepergh... apakah yang berlaku sebenarnya bro?
ReplyDeleteterima atau tidak....itu ceritanya.
Deletebergelut dengan perasaan sendiri tu yang susah tu. T_T. susah nak buat keputusan. T_T
ReplyDeletebenar.
Delete