Itulah kita bila diberikan sesuatu jarang sekali menghargai dan menjaganya bila sudah tiada baru terasa sia-sianya.
Satu ketika dahulu dia begitu aku hargai dan aku jaga dia dengan baiknya tetapi selang beberapa waktu aku mulai gagal menjaganya dengan baik.Mulai acuh tidak acuh sahaja dengan segala perlakuan aku terhadap dia.Semuanya seperti satu beban yang harus aku bawa ke hulu dan ke hilir.
Sudah tahu erti bosan dan jemu.
Namun sebenarnya dia bukanlah susah sangat untuk dijaga tetapi amat mudah dan sangat santai.Tiada permintaan yang diluar jangkaan dan yang bukan-bukan.Permintaan yang dipinta rasanya sama sahaja dengan semua kaum hawa didunia ini.
Iaitu ...perhatian!
Kala itu aku bukan sengaja mencari alasan untuk tidak memberikan dia sepenuh perhatian tetapi ada-ada masanya aku perlu bersendirian.Bukan lari dari dia tetapi mencari ketenangan dari kepenatan seharian mencari rezeki.Dulu aku terlalu cintakan kerja.Sehinggakan aku terlupa yang mana satu perlu aku berikan perhatian dahulu.
Benar aku yang bersalah...
Cuma aku terlambat mengetahui dan mengakuinya.Kesal sangat bila dia pergi kerana terpaksa.Begitu juga dengan aku.
Sengaja aku sia-siakan dia dengan ketamakkan aku kepada masa hadapan aku dan dia.Pada fikiran aku jika aku berusaha kuat dan bersungguh-sungguh untuk mencari sesuatu yang bakal membawa kegembiraan bersama dimasa hadapan akan membuatkan dia bahagia tetapi sebaliknya berlaku bila dia terasa dipinggirkan dan dibiarkan.
"...Wang dan harta bukan segala-segalanya...sayang!..."
Aku terdiam sejenak.Mata aku tajam melihat ke mata dia yang berlinangan airmata.Aku cuba untuk memegang tangannya agar dapat aku menenangkan hati dia tetapi secara perlahan dia menolak.Dalam tangisan semuanya dia luahkan.Katanya...
"...u terlalu sibuk dengan kerja u...u lansung tidak ambil peduli lagi dengan i...i tak minta kereta besar atau rumah besar i cuma mahu u disisi i..."
Terkebil-kebil mata aku melihat dia menangis tidak henti-henti.Aku cuba merasai apa yang dia rasai tetapi aku seperti tidak dapat memahaminya.
Adakah aku ego?
chow!