14 Mar 2013
Sesuatu Itu
Hari-hari berlalu tanpa memberikan apa-apa kepada aku waktu ini.Sukar sekali merelakan semua yang dikenangi untuk dilupuskan terus dari kotak minda aku.
Melupakan kehilangan dan melahirkan keinsafan adalah perkara yang bukan mudah untuk dilakukan serentak.Benci dan terlalu bosan mengharungi situasi ini sekarang.Ianya amat mudah jika di ucapkan tetapi bukan mudah hendak dilakukan.Kalaulah ada perkhidmatan yang khas untuk disimpan semua kenangan didalam peti simpanan khas yang kekal dan tidak bisa dibuka walaupun tuannya minta dibuka sudah semestinya ianya sesuatu yang hebat.
Bagaimana indahnya jika dapat dilupuskan semua dengan secara suka rela tanpa ada imbasan-imbasan yang selalu muncul berulang kali di ruang memori.
Asmara yang lalu semakin jauh tetapi kenapa setiap kali cuba aku bunuh dan kuburkan ianya seperti bangkit dan menghantui aku.Kekuatan yang aku miliki sekarang membuktikan aku mampu melibas semua dengan sekali tebas namun setiap yang hancur dan berkecai begitu pantas bercantum sendiri dan tegak berdepan berdiri mengadap muka aku.
Semua sudah aku lontarkan jauh ke dalam dasar perigi buta itu.Cuma turunnya hujan mengapungkan semua sisa-sisa kenangan yang pasti membuat hati aku bergetar semula.Persetankan semua itu dan seharusnya aku berlalu pergi dengan ketabahan yang semakin hari semakin tebal bercambah dan tumbuh didalam sanubari aku.
Hmmm....sukarnya membunuh memori indah!
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesan cinta dahulu mmg sentiasa menghantui minda.
ReplyDeleteHmmm.. ak paham. Aku tahu betap sakitnya perasaan itu. mahu membunuh dan melupakan segala memori itu, tapi kekuatan kita hilang setiap kali mahu lakukanitu.
ReplyDelete#aku harap aku akan okey selepas ni. Mahu lupakan dia. harus!
so 'time will heal' ni tak betul la ye..hurmmm
ReplyDeletepast is past.jangan kenang!..eh?! :P
ReplyDeletekuasa masa.
ReplyDeletejangam bunuhnya bro.. semakin kuat hasrat kita untuk membunuhnya, semakin sayang kita pada ia.. jadi, biarkan sahaja ia bermain di minda kita.. cuma jangan terlalu fikirkan sangat. biarlah ia berlalu bagaikan angin yang lalu sesepoi bahasa..
ReplyDeleteSalam..1st time singgah sini :)
ReplyDeleteSakit bila terpaksa melupakan seseorang.. tabah ya.
cinta yg gagal adalah satu bayang-bayang yg zalim
ReplyDeletebaikilah dgn mengharapkan kebahagian diri kita dan si dia..
mungkin itu mampu mngubat hati..
org cakap, semakin kita berusaha mencari cara bagaimana nak melupakan, itu tandanya semakin kuat ingatan kita pada nya..ikhlaskan hati dan redha, insyaALLAH akan lebih mudah untuk let go..follow the flow and move on..yang terbaik untuk kita menanti..
ReplyDelete