14 Mar 2013
Sesuatu Itu
Hari-hari berlalu tanpa memberikan apa-apa kepada aku waktu ini.Sukar sekali merelakan semua yang dikenangi untuk dilupuskan terus dari kotak minda aku.
Melupakan kehilangan dan melahirkan keinsafan adalah perkara yang bukan mudah untuk dilakukan serentak.Benci dan terlalu bosan mengharungi situasi ini sekarang.Ianya amat mudah jika di ucapkan tetapi bukan mudah hendak dilakukan.Kalaulah ada perkhidmatan yang khas untuk disimpan semua kenangan didalam peti simpanan khas yang kekal dan tidak bisa dibuka walaupun tuannya minta dibuka sudah semestinya ianya sesuatu yang hebat.
Bagaimana indahnya jika dapat dilupuskan semua dengan secara suka rela tanpa ada imbasan-imbasan yang selalu muncul berulang kali di ruang memori.
Asmara yang lalu semakin jauh tetapi kenapa setiap kali cuba aku bunuh dan kuburkan ianya seperti bangkit dan menghantui aku.Kekuatan yang aku miliki sekarang membuktikan aku mampu melibas semua dengan sekali tebas namun setiap yang hancur dan berkecai begitu pantas bercantum sendiri dan tegak berdepan berdiri mengadap muka aku.
Semua sudah aku lontarkan jauh ke dalam dasar perigi buta itu.Cuma turunnya hujan mengapungkan semua sisa-sisa kenangan yang pasti membuat hati aku bergetar semula.Persetankan semua itu dan seharusnya aku berlalu pergi dengan ketabahan yang semakin hari semakin tebal bercambah dan tumbuh didalam sanubari aku.
Hmmm....sukarnya membunuh memori indah!
chow!
Labels:
Story Jiwa Hati
Subscribe to:
Posts (Atom)