Rokok dan merokok ada yang suka ada juga yang tidak suka.Hari ini jika kita berjalan di bandar-bandar besar bukan sesuatu yang menghairankan jika kita terjumpa dengan orang perempuan yang merokok.Dahulu kalau kita terjumpa orang perempuan yang sedang merokok secara automatik muka kita akan berubah dan melihat mereka dengan satu pandangan yang agak kurang menyenangkan.
Kalau bukan pelacur pasti dia ini emak ayam atau perempuan jenis sundal lagi jalang.Semua yang buruk dan busuk pasti akan diterima oleh perempuan yang merokok tidak kira dia tua atau muda.
Itu dahulu tetapi tidak pada hari ini semua itu sudah tidak lagi dilihat sebagai sesuatu perkara yang ganjil dan menjijikkan.Ianya sudah menjadi satu trend yang terkini dan tidak lagi nampak menjengkelkan seperti satu masa dahulu.Diluar bandar juga nampaknya trend ini sudah semakin dapat diterima walaupun masih ada lagi yang kurang senang dengan tabiat baru ini.
Aku...aku memang tidak kisah sangat dan ambil pusing.Haram tidak berdosa juga tidak...So tiada sebab untuk aku marah dan sakit hati!
Jika sebab dia perempuan kita marah?
Lelaki juga merokok malahan ramai kaum lelaki yang mati kerana dapat barah hati kerana merokok.Sekarang bila orang perempuan merokok para lelaki pula mula mahu naik angin dan marah-marah.Kenapa harus marah? Dia adik perempuan engkaukah?Dia guna duit engkaukah? Dia bukan siapa-siapa dengan engkau maka itu hak mereka untuk buat apa sahaja yang mereka fikir mereka berhak boleh buat!
Kadang-kadang aku terfikir kenapa marah sangat? Itukan hak mereka kenapa kita lelaki mesti marah sangat?
Tolonglah rasional sedikit dan adil terhadap mereka.
Aku faham mungkin orang lelaki ini bukan sahaja marah tetapi sangat kurang puashati kenapa tiba-tiba orang perempuan juga merokok seperti mereka seperti seorang lelaki.Orang lelaki didalam kepala otaknya memang selalu akan berfikiran yang bukan-bukan.Kepada mereka jika seorang perempuan yang merokok pasti sekali mereka ini bukan perempuan jenis yang baik-baik.Perempuan jahat yang sudah rosak ahlak dan jenis perempuan yang bekerja di lorong gelap atau perempuan yang bekerja sebagai escort jantan dan bekerja di spa-spa urut tradisional ...kononya...hehe!
Mungkin juga mereka ini bekerja di kelab malam atau di pusat karaoke...ini nampak tidak begitu jalang sangatlah...rasanya lah...aku tak tahu...hehe!
Merokok salah ke? Jika kita merokok kita nampak jahat ke?
Itu yang selalu aku dengar dari mulut orang perempuan yang merokok.Masalahnya yang aku dengar ini bukan dari mulut perempuan yang bekerja di lorong gelap belakang bagunan tetapi dari mereka yang mempunyai kerjaya yang sangat hebat-hebat belaka.Doktor,Peguam,Pensyarah,Engineer....eh! macam-macam lagilah...dan aku kerap sangat terjumpa dengan mereka-mereka ini dan mudah sangat terjumpa jika kita ini yang jenis rajin melepak di cafe-cafe yang ala-ala coffie bean atau starbuck!
Ramai jumlahnya bukan sedikit ...apa yang engkau risaukan sangat wahai kaum sejenis ku...kerana kerjaya mereka lebih hebat dan gah dari kamu?
Terima sahaja hakikatnya dan sepatutnya orang lelaki harus ada rasa malu apabila kuasa ini semakin terhakis dan berkurangan kini.Oleh itu kenapa harus marah-marah jika mereka merokok?
Nasib baik aku ini bukan begitu sikapnya.Aku tidak melihat orang perempuan yang merokok ini sesuatu yang ganjil dan pelik.Tiada apa yang aku perlu risaukan cuma aku lebih risaukan mereka yang tidak merokok tetapi mampu sangat melahirkan anak tanpa perlu ada ikatan pernikahan yang sah!Benar atau tidak mereka yang nampak baik dan tidak merokok adalah mereka yang mudah sekali diperdayakan oleh orang lelaki tetapi tidak sama sekali dengan orang perempuan yang merokok kerana mereka ini sangat berkeyakinan sekali...kalau tidak percaya cuba lah perdayakan mereka-mereka ini!
Pasti komen yang bakal aku terima nanti agak keras tetapi aku tidak kisah kerana itu hak masing-masing dan pendapat juga pandangan peribadi mereka ...itu hak mereka!
Hari ini mungkin engkau seorang pelajar dan masih mentah lagi dengan hal-hal dunia.Didunia luar ini semuanya berkemungkinan dan jangan terlalu yakin bahawa ujian yang bakal diterima adalah yang mudah-mudah belaka.Ujian dan dugaan yang datang tidak memilih siapa kerana itu semua hak siapa kalau bukan hak mutlak yang satu.Oleh itu setiap lontaran kata-kata harus berlapik juga berkias kerana jika datangnya ujian nikmat dunia maka semua yang kamu pegang pasti akan terlepas dari gengaman tangan!
Jika kamu berjaya melepasi semua ujian dan halangan itu maka kamu itu sangat hebat tetapi jika kamu melihat di sekeliling kamu adakah ramai yang hebat seperti kamu?
Disini apa yang cuba aku sampaikan ialah jangan kita melihat diluaran sahaja.Jangan pula mengata dari jauh dengan tanpa menyelidikinya dahulu.Jangan terlalu percaya dan yakin dengan apa yang kita lihat dan pandang.Dekati dan fahami itu lebih bagus daripada kita meneka membuta tuli sembarangan....ingat kita juga manusia bukan malaikat!
Namun tidak dapat dinafikan bahawa apa yang kita lihat dan dengar itu bohong.Sememang agak kurang manis bila seorang gadis itu merokok.Lebih tidak manis apabila berlagak bodoh seperti tiada siapa yang memandang dan melihat.Aku dengan dunia aku dan engkau dengan dunia engkau dan jangan ganggu aku kerana aku tidak ganggu engkau.Lebih menyakitkan hati bila diatas meja dia ada anak kunci kereta yang berlogo BMW atau Merc...memang makan hati you!
Tiada apa yang perlu dihairankan sangat itu semua sudah menjadi perkara biasa sekarang cuma jangan diambil sebagai teladan dan contoh yang baik!
Jika ada yang bertanya dengan aku suka x dengan perempuan yang merokok?
Ini jawapan iklas dari aku.Entah mengapa aku dari dahulu lagi memang ada citarasa yang agak luarbiasa sedikit dengan orang perempuan.Perempuan yang lasak dan perempuan yang merokok kepada aku mereka sangat comel dan sexy.Bagi aku mereka ini adalah jenis yang mempunyai tahap keyakinan yang amat tinggi.Ianya sesuatu yang mencabar buat aku dan aku memang suka kepada sesuatu yang mencabar walau ada ketikanya aku sendiri tidak dapat menangani cabaran yang aku tempuhi...hehe!
Cuma satu yang aku paling pantang ialah jika melihat orang perempuan merokok sambil berjalan pada pandangan mata aku perempuan itu nampak murah sangat!
Hari ini tidak sama seperti dahulu dan tidak perlulah kita risaukan sangat dengan fenomena ini kerana ianya pasti akan berlaku juga akhirnya kerana ianya memang tidak dapat dielakkan lagi.Mungkin bukan kita tetapi orang lain yang akan buat.Cuma ianya semakin merimaskan apabila terlalu ramai pula yang merokok sekarang.Dahulu lelaki sahaja tetapi sekarang orang perempuan turut serta.
Pehhh! Boleh mati juga walaupun pada dasarnya kita memang tidak merokok!
chow!