Pages - Menu

31 Aug 2012

Iman Sara


Itulah kita bila diberikan sesuatu jarang sekali menghargai dan menjaganya bila sudah tiada baru terasa sia-sianya.

Satu ketika dahulu dia begitu aku hargai dan aku jaga dia dengan baiknya tetapi selang beberapa waktu aku mulai gagal menjaganya dengan baik.Mulai acuh tidak acuh sahaja dengan segala perlakuan aku terhadap dia.Semuanya seperti satu beban yang harus aku bawa ke hulu dan ke hilir.

Sudah tahu erti bosan dan jemu.

Namun sebenarnya dia bukanlah susah sangat untuk dijaga tetapi amat mudah dan sangat santai.Tiada permintaan yang diluar jangkaan dan yang bukan-bukan.Permintaan yang dipinta rasanya sama sahaja dengan semua kaum hawa didunia ini.

Iaitu ...perhatian!

Kala itu aku bukan sengaja mencari alasan untuk tidak memberikan dia sepenuh perhatian tetapi ada-ada masanya aku perlu bersendirian.Bukan lari dari dia tetapi mencari ketenangan dari kepenatan seharian mencari rezeki.Dulu aku terlalu cintakan kerja.Sehinggakan aku terlupa yang mana satu perlu aku berikan perhatian dahulu.

Benar aku yang bersalah...

Cuma aku terlambat mengetahui dan mengakuinya.Kesal sangat bila dia pergi kerana terpaksa.Begitu juga dengan aku.

Sengaja aku sia-siakan dia dengan ketamakkan aku kepada masa hadapan aku dan dia.Pada fikiran aku jika aku berusaha kuat dan bersungguh-sungguh untuk mencari sesuatu yang bakal membawa kegembiraan bersama dimasa hadapan akan membuatkan dia bahagia tetapi sebaliknya berlaku bila dia terasa dipinggirkan dan dibiarkan.

"...Wang dan harta bukan segala-segalanya...sayang!..."


Aku terdiam sejenak.Mata aku tajam melihat ke mata dia yang berlinangan airmata.Aku cuba untuk memegang tangannya agar dapat aku menenangkan hati dia tetapi secara perlahan dia menolak.Dalam tangisan semuanya dia luahkan.Katanya...


"...u terlalu sibuk dengan kerja u...u lansung tidak ambil peduli lagi dengan i...i tak minta kereta besar atau rumah besar i cuma mahu u disisi i..."


Terkebil-kebil mata aku melihat dia menangis tidak henti-henti.Aku cuba merasai apa yang dia rasai tetapi aku seperti tidak dapat memahaminya.

Adakah aku ego?


chow!

30 Aug 2012

Sesal


Kenapa kita tidak berfikir ketika kita di alam kebahagian.Kenapa kita mula berfikir bila kebahagian itu hilang dari genggaman tangan?

Seringkali juga aku bertanya dengan diri sendiri kenapa bila semuanya sudah tiada dan hilang baru kita mulai berfikir.Sukar sangatkah ketika kita bahagia kita berhenti sebentar dan bertanya kepada diri sendiri adakah kita benar-benar menghargai kebahagain ini?

Selama aku hidup didunia ini aku mulai tersedar bukan aku seorang sahaja yang tidak tahu menghargai nikmat kebahagian atau sesuatu perkara yang menggembirakan hidup kita.Kita selalunya malas atau mungkin juga terlupa untuk berfikir sejenak adakah kegembiraan dan kebahagian ini akan kekal selamanya.

Begitu banyak persoalan yang timbul bila semua yang kita nikmati tiba-tiba diragut pergi.Aku cuaikah atau aku alpakah?

Bila direnungkan kembali kepada semua kejadian dan kepada semua perkara yang telah berlaku timbul rasa sesal dihati kita kenapa dahulu kita tidak menyedarinya!

Sudah suratan mungkin tetapi bolehkah kita terima semua yang telah terjadi cuma satu suratan semata-mata.Kesilapan kita adalah jawapan yang paling sesuai dan tepat untuk kita.Setiap kali bila dingatkan kembali waktu kita sedang berbahagia dan bergembira kita terlupa kepada kedukaan.Kita seperti sudah hilang petunjuk dan arah kepada apa sebenar yang perlu kita ingat dan di elakkan.

Aku dan engkau kita sama iaitu kita cuma insan yang tidak terlepas dari membuat kesilapan dan juga lupa kepada kesengsaraan.Bila semuanya sudah tiada barulah kita mulai tersedar bahawa semuanya tidak kekal abadi.Bila tiba waktu dan masanya semua kegembiraan dan kebahagian yang kita kecapi terpaksa dilerai pergi.

Kala itu tiada apa lagi yang termampu kita lakukan hanya terdiam menekup muka tertunduk kepala ke bawah seolah semuannya sudah gelap gelita.Mata kita terbuta malah hati kita juga turut ikut sama.Sedih tidak terkira seolah-olah sudah tiada lagi esok untuk kita.

Umpama tiada lagi matahari akan terbit esok hari dan tiada lagi bulan dan bintang dilangit malam!

Perlu lagikah ada rasa sesal dihati kita waktu itu.Aku pernah bertanya dengan diri sendiri adakah aku sudah lupa diri waktu aku gembira dan bahagia?

Jawapan aku ...ya!

Jika sekarang kita diberikan kemurungan dan kedukaan adakah perlu kita nikmati dan rasainya walaupun kita tahu yang rasanya amat pahit kalahkan hempedu?

Jawapan aku ...ya!

Mahu atau tidak terpaksa juga kita adil kepada diri sendiri.Waktu bahagia dan waktu berduka kita sepatutnya terima dengan perasaan yang sama rata.Tiada berbelah bahagi atau cuba membuat helah.Mencari alasan dan juga menuduh yang bukan-bukan kepada perkara yang bukan dalam tanggungjawap dan hak kita.

Namun aku rasa kita ini kerap mencari kesalahan dan kesilapan yang tiada sebagai alasan kepada semua perkara yang kita terlupa dan patut awasi.

Kesesalan kepada perkara yang pernah kita miliki dan kini pergi adalah sesuatu yang tiada siapa mampu elakkan.

Tabahkan hati aku juga hati mu...hehe!

chow!


29 Aug 2012

Rogol Itu Free!





 Ini kes semalam...


"....Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama...."

Ini pula kes bulan lepas...

".... kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun...." 


Kalau macam ini punya kes masih boleh dipertimbangkan malah dilepaskan dengan alasan yang tidak masuk akal agak-agaknya adik-adik kita yang bersekolah itu selamatkah sangat masa hadapan mereka nanti?

Ini seperti memberikan ruang dan petunjuk yang lebih besar lagi kepada penjenayah yang bernama perogol untuk lebih berhati-hati bila memilih mangsa.Mereka sekarang sudah tahu mangsa yang bagaimana harus mereka pilih dan tahu juga bagaimana untuk melepaskan diri dari hukuman!

"....ini kesalahan pertama mereka ...dan mereka masih muda dan punya masa hadapan yang cerah...."


Bagaimana pula masa hadapan si mangsa rogol?
Hakim tidak ambil kira ke apa pula nasib mangsa yang kena rogol itu? 

Eh! aku sudah mulai curiga dengan undang-undang yang diguna pakai di negara aku sendiri.Sejak bila kesalahan yang begini punya besar boleh jadi mudah kepada si tertuduh?

Agak-agaknya la kan selamat lagikah semua gadis-gadis yang berusia dibawah 16 tahun berada sendirian dijalanan?

Ini siapa boleh jawap sekarang?

chow!

Mungkin Kita







Mungkin ada benarnya bukan semua yang kita hajati boleh termakbul dengan mudah dan segera.Cuma kalau kita bernasib baik mungkin kita akan dipermudahkan dengan segala apa yang kita hajati.Mungkin kita lansung tidak diberikan peluang untuk merasai apa yang kita inginkan.

Mungkin ini semua suratan dan takdir yang terpaksa kita terima selama-lamanya.Adakah ini adil kepada kita dan bolehkah kita mempersoalkannya?

Mungkin juga bukan hanya kita sahaja yang terima semua ini tetapi ramai yang turut serta merasainya.Bagaimana kita menerima dan memahami semua ini disitu mungkin ada perbezaannya.Kita mungkin redha dan pasrah dan mungkin juga kita akan jadi gila dan terus terusan mempersoalkannya.Jadi apakah yang harus kita lakukan sekarang?

Mungkin kita harus tabah dan gigih lagi.Mungkin kita perlu muhasabah diri.Mungkin kita terlupa akan sesuatu yang sememangnya bukan hak milik kita.Mungkin kita selalu terasa kekurangan dan terasa seperti dipinggirkan.Mungkin kita lupa diri!

Mungkin juga kita tiada kesabaran dalam menangani semua kekurangan dan juga sengaja digagalkan segala yang kita hajati dan ingini.

Mungkin waktu dan ketikanya belum lagi sampai untuk kita merasai dan meraikannya.Namun kita juga sedar kita mungkin bukan yang terbaik yang mampu bertahan dan bersabar dengan segala macam kemungkinan.Ada masa-masanya kita seperti kehilangan semangat dan haluan.Kita sudah mencuba yang terbaik dan melakukan yang sehabis bagus tetapi kemungkinan untuk kita gapai benda yang kita hajati masih lagi jauh dan samar-samar.

Mungkin ada benarnya kita jangan terlalu berharap atau menagih sesuatu yang sebenarnya bukan hak milik kita.Sengaja kita kejar dan sengaja kita membutakan mata dan sengaja kita membodohkan diri semata-semata kita ikutkan kata hati dan juga nafsu kita.

So macam mana kita perlu terima hakikat yang kita ini tidak mungkin miliki apa yang kita hajati?

Mungkin sudah sampai masanya kita berpaling semula ke belakang dan melihat apa yang kita sudah tinggalkan atau yang tertinggal.Mungkin kita kurang prihatin dengan apa yang telah kita lakukan dan buat.Mungkin itu adalah benda dan perkara yang terbaik buat kita sebenarnya dari apa yang kita hajati dan kejar selama ini.

Mungkin kita ini kurang faham erti bersyukur dan mungkin kita ini tidak memehami apa itu erti tamak.

Mungkin kita ini manusia dan bukan binatang yang sengaja tidak dianugerahkan akal fikiran.Kita ada akal maka kita kerap kali mempergunakan daya fikiran kita kearah benda dan perkara yang diluar batas kemanusian dan terlalu luarbiasa!

Mungkin ini semua salah nafsu yang terlalu sangat mengikut arahan hati kita.Namun apa lagi yang mampu kita lakukan kerana kita ini hanya manusia yang selalu keliru pintu mana harus dipilih...

Pintu syurgakah atau pintu nerakakah?

Mungkin kita tidak tahu apa yang sebenarnya yang kita mahu.Kita mungkin terlalu mengikut apa yang berlaku dipersikitaran kita.Mungkin kita terlalu terikut sangat kekalutan yang sengaja diwujudkan oleh orang-orang yang kita kenali dan tidak kenali.Mungkin kita seperti hilang arah dan seperti bosan dengan apa yang kita miliki.

Mungkin kita terpaksa terima semua itu dengan tangan terbuka walaupun hati kita sangat terluka...

Mungkin ini sudah suratan hidup kita!

chow!


28 Aug 2012

Apakah Benar?

  • Jikalau I tak call U....."itu maknanya I sedang menunggu call dari U ,Isengaja buat begitu sebab I kan perempuan ...nak manja-manja sikit lah,boleh kan..."

  • Jikalau I jalan terus dan tidak menoleh ke belakang.... " faham-faham jer la ok itu maknannya I menanti dari panggilan U atau harap-harap U kejar I dan pujuk I ...faham..."


  • Jika mata I tak berkelip lihat mata U ..." I tunggu U untuk memberikan kata-kata manis dan romantik dari U...perempuan suka kalau di puji-puji tau...."

  • Jikalau I marah-marah dan sakit hati dengan U..."...pujuk lah I dengan pujuk rayu U dan jangan biarkan I terus berlalu pergi dengan air mata yang berlinang...I benci tau...


  • Jika I mula macam menggatal kan dan mula nak dekat-dekat dengan U ..."...I nak dengar U ucapkan ...I LOVE U ...I SAYANG pada U...ok..."

  • Jika I diam membatu tidak ceria..." I mahu U tanya kenapa ,mengapa...jangan biarkan I begitu sahaja ,I nak u layan I macam baby...I nak U  belai-belai I..." 


  • Jika I sengaja buat tak tahu dan buat tak layan U..." I sebenarnya hendak U berikan I perhatian ,jangan lah U asyik layan kawan-kawan U..."

  • Jika U nampak I tak berapa kemas atau selekeh..." U beritahu I ...U nampak cantik lah hari ini ,ambil hati I tahu jangan sakitkan hati I..."

  • Sekiranya I bersedih dan mula menangis..."pegang tangan I dan beritahu I yang segalanya akan kembali normal dan berikan I kata-kata semangat dan peransang...."

  • Jika U ternampak I dari jauh ..." buat sedikit kejutan dari belakang I ,sebagai perempuan I suka dengan kejutan...so sweet tau...

  • Andai kata U ternampak I dalam ketakutan..." lindungi diri I dan berikan I keyakinan..."


  • Jika I mula mengusik U..." jangan pula U buat bodoh jer...senda gurau dengan I ,usik I semula berikan sedikit lawak jenaka yang memungkin I ketawa gembira..."


  • Sekiranya U bertanya dan I diam..." itu maknanya I tidak suka dan juga U jangan memaksa,kami perempuan tidak suka di paksa..."



  • Andai kata I cakap,I suka dengan U..."...I berharap sangat yang U juga akan kata perkataan yang sama dan U lebih lagi suka dengan I..."


  • Ada kemungkinan besar jika I pegang tangan U...." tolong sambut semula tangan I walau cuma sebentar...bukan mahu apa-apa cuma perlukan sedikit sentuhan bermakna..."


  • Jika I beritahu sesuatu rahsia..." jangan sesekali U pecahkannya dan beritahu sesiapa ,itu maknanya I sudah percaya dengan U..."

  • Ada ketikanya I akan melihat rupa dan mata U..."jangan sesekali U berpaling ke arah lain ,walaupun U tidak kacak tapi U masih ada sinar dan manisnya..."

  • Sekiranya I rindu pada U..."ianya sangat menyakitkan di dalam diri dan I hendak U tahu..."

  • Andai mungkin U sakitkan hati dan perasaan I..." sebenarnya luka itu masih berbekas dan tidak mudah untuk di lupakan....sakit tau..."

  • Dan sekiranya I minta putus ...." sebenarnya jauh di sudut hati I , I masih perlukan U ,masih berharap pada U ....U jangan putus asa untuk dapatkan I semula....ok ....Sayang...."

chow!

Love Cinta


Cinta itu indah jangan kita takut kepadanya.Tiada salah untuk kita berkaseh dan bercinta ,bukan hanya kita manusia bercinta tapi binatang pun berkaseh sayang dan bercinta.Cinta yang indah bila kita bercinta dengan orang yang kita cintai dan cinta kita berbalas dari dia yang kita cinta.

OH!cinta.Aku cinta akan cinta.

Cinta pada aku ialah satu magik yang tak terkata dengan kata-kata.Cinta pertama lagi hebat.Cinta yang telus iklas walau tiada berlaku sentuhan.Cinta sungguh cantik dan mengujakan.Aku ghairah untuk terus bercinta ,dicinta dan di belai manja oleh orang tercinta.Bagi aku sesiapa yang hidup dan bernyawa didalam dunia ini yang tidak pernah atau kenal apa itu CINTA,memang dia ada masalah dengan jiwa dan perasaan.

Orang gila pun ramai yang gila kerana cinta akan cinta.


Aku tidak pernah puas untuk jatuh cinta,dicinta dan mencintai.Kalau ada sesiapa di luar sana yang buta dengan cinta ,jangan jadi manusia jadi batu-bata atau tembok jalan raya.Cinta pun tak tahu,bercinta juga tak tahu ,jadi apa yang kau tahu tentang cinta ?...tak tahu juga ....hmmm saja nak mampos la kau ni!!!

Tiada salah untuk jatuh cinta ,bercinta dan dicintai.

Kenapa susah sangat untuk bercinta dengan dia yang kita cintai.Susah sangat ke melafazkan kata-kata cinta kepada dia yang kita cinta.Kenapa takut dan malu-malu ,CINTA itu anugerah dari dia yang maha kuasa!

Bercinta dan berkaseh dengan dia yang kita cinta ,jangan ragu-ragu memberikan semua cinta yang kita ada kepada dia.Sekiranya cinta kita di permainkan,terima semua itu kerana cinta ,indah bila dicinta dan putus cinta.


Cinta...jangan kita benci cinta kerana akhirnya kita sangat perlukan cinta.Tiada cinta apa erti hidup di dunia,semua jadi hampa dan gila.Cinta harus di cari dan di terokai,kalau tidak kita pasti mati tanpa cinta,cinta yang indah dan agung sifatnya.


Aku cinta akan cinta,kau cinta tak cinta?Kalau tiada cinta kau ok tak?

Aku perlu cinta ,kalau tiada cinta ...kenapa aku dihidupkan? Ini kerana salah mereka yang bercinta,aku ini lambang CINTA mereka,lambang cinta IBU dan AYAH aku.


Cinta yang abadi semua orang tahu CINTA apa selamanya!

chow!

Cantik


Cantik... Gadis cantik!

Kalau ikut aku punya taste lah aku akan pilih yang cantik.Tidak kisahlah apa benda sekalipun.Baik dari boxer hingga ke berus untuk cuci tandas!

Bagi aku memilih yang cantik adalah satu keseronokkan dan satu kepuasan bila kita berjaya mendapat dan memilikinya.Budak-budak juga suka yang cantik.Mereka kalau jumpa gula-gula pasti pilih balutan dan warna yang cantik dan menarik.Begitu juga barang-barang permainan baik budak perempuan atau lelaki pasti cerewet bila mahu membelinya.Pilih hanya yang cantik sahaja.

Pernah jumpa budak-budak pilih benda yang buruk sebagai barang pilihannya?

Bantal busuk bukan buruk ok tetapi busuk!

Inikan pula orang muda macam kita malah orang tua jenis berjantina lelaki juga tidak pernah jemu atau puas mencari dan mengejar anak dara atau mak janda yang cantik!

Teruk kan! Mahu dicampak kemana lah pula yang kurang cantik tu?

Kurang cantik kepada mata kita tetapi kepada mata orang lain itu adalah yang paling tercantik!Kalau yang tahapnya bukan kurang cantik atau dikenali sebagai buruk dan hodoh ...bagaimana pula kisahnya?

Ikut aku punya pandangan setiap ciptaan yang diciptakannya ada kelebihan dan kekurangan.Kalau kita perasan setiap yang berpasang-pasang yang selalu kita lihat adalah sangat seimbang jika tidak pasti mereka tidak akan kekal bersama.Cuba kita amati secara teliti kita nampak atau tidak perbezaan mereka yang ketara tetapi amat sesuai sekali buat mereka untuk kekal bersama-sama.

Besar dengan kecil,panjang dengan pendek ,gemok dangan kurus,hitam dengan putih,mulut murai dengan batubata dan selalunya yang cantik jelita pasti dengan mamat muka ntah apa-apa yang tak kacak dan hensem lansung macam aku ini yang dapat...hehehe!

Ini aku cakap benar dan tak tipu...tak cantik aku tak kacau aku serahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.

Namun setiap benda yang cantik mempunyai risiko yang amat tinggi untuk kita miliki.Barang yang kita miliki akan menggundang seribu satu macam masalah kepada kita.Jika barang itu cantik dan berharga pasti ramai penyamun datang mengendap kita dan jika kita mempunyai gilfren yang cantik pasti ramai lelaki akan mencuba untuk mendekati dan merampas dari kita!

Semua ada harga yang perlu dibayar jika kita mahu memliki yang terbaik!

Cantik dikira adalah terbaik jika tidak cantik adakah dikira terbaik juga? Sudah tentu Tidak!

Cuma terbaik kepada mata orang tertentu dan terpilih sahaja.Itu hakikat yang tiada siapa dapat sangkalkan lagi.Siapa yang tidak boleh bezakan diantara yang cantik dan buruk dia mungkin rabun atau pun mungkin dia hilang kewarasan bila menggunakan akal yang terbenam didalam otak didalam kepala dia!

Apa yang jelas dan paling penting disini semua orang ada naluri mahu miliki benda atau barang yang cantik.Lelaki mahu gadis yang cantik.Perempuan mahu lelaki yang kacak.Mak bapak kita pula mahu menantu yang mempunyai paras rupa dan budi bahasa yang cantik.Tuk nenek kita juga tak kurang hebatnya selalu mahu cucu atau cicit yang cantik juga!

Pernah kita dengar ..."...buruknya cucu aku ni macam penyapu sampah!..." 

Kalau rupa engkau buruk sekali pun dia tetap cakap..." muka ko ni sebijik macam arron aziz la..."

Walaupun kita sedar yang rupa kita lebih kurang macam lori sampah tapi takpe lori sampah hebat kalau tiada lori sampah rumah siapa yang paling busuk?

Aku tidak andaikan aku ini lori sampah tetapi mana-mana yang terasa tu aku minta maaf yer...hehe!

Sifat aku yang terlalu taksub dengan benda cantik adakalanya memberikan aku kesusahan kerana semua barang yang cantik harganya mahal-mahal belaka.Ini bermaksud jika kita mahu barang yang cantik dan gadis yang cantik kita wajip mempunyai sekurang-kurangnya 3 ke 4 buah bank yang terkenal ditanahair kita ini sebagai rakan kongsi kita!

Mati!


Chow!

27 Aug 2012

Drama


Pagi tadi sekitar jam 10 aku terbangun dari tidur dan terus buka tv.Malam tadi beraya sakan sehingga ke pagi biasalah orang bujang yang belum punya isteri.

Namun niat murni aku ingin ke bilik air untuk bersiram terencat dek kerana terdetik di hati ingin terus bermalas di depan tv.Ketika itu aku rasa drama ini sedang bersiaran kurang lebih setengah jam.Aku tidak tahu mengapa aku tiba-tiba berminat untuk terus terpaku di situ dan melayan drama tersebut sehingga akhir ceritanya.

Drama dengan tajuk..." Perempuan di Hujung Ramadan"!

Lelaki seperti aku yang punya jiwa jantan boleh menitiskan airmata dengan agak begitu mudah ketika menghayati setiap watak yang dimainkan dengan begitu hidup sekali.Sebak hati aku beberapa kali didepan tv dan kadang kala aku tersenyum sendiri.

Tersenyum sendiri kerana aku boleh menitiskan airmata hanya kerana sebuah drama tv!

Mungkin ada yang tidak menontonnya dan tidak tahu akan jalan ceritanya.Biar aku story sedikit lebih kurang disini apa kisahnya...


"...Munira seorang isteri yang setia dan bekerjaya telah dikhianati oleh adiknya sendiri dan difitnah oleh suaminya.Munira diceraikan kerana sisuami telah terlanjur bermain cinta dengan adik iparnya iaitu adik Munira.Mereka berdua telah mereka-reka cerita kononya Munira telah berlaku curang terhadap suaminya.Sisuami yang telah kemaruk cinta terpaksa menceraikan Munira kerana dia tidak boleh bernikah dengan adik Munira selagi dia adalah isterinya!

Maka Munira telah dimaki dan dicerca oleh ibunya dan adiknya sendiri kerana fitnah yang direka-reka.Munira merana dan derita kerana terpaksa berpisah dengan anaknya,suaminya,adiknya,ibunya...selang beberapa tahun Munira pun redha dengan segala ketentuan dan memaafkan mereka semua setelah adiknya sendiri membuat pengakuan yang sebenarnya.

Dalam perjalanan ke hospital untuk berjumpa dengan mereka Munira kemalangan....

Dan akhirnya...semua yang terlibat...pelakon dan penonton bersama-sama meraikan air mata!!!!


Tamat! "


Lebih kurang 3 kotak tisu aku habiskan semata-mata untuk mengesat airmata jantan aku dari terus membanjirkan bilik aku.Ianya sangat terkesan dihati aku yang lembut ini.Walaupun aku lelaki tetapi adakalanya aku perlu membuang segala perasaan sedih dan pilu bersendirian walaupun ianya cuma sebuah drama TV!

Kata seorang doktor pakar yang pernah aku baca artikelnya bahawa menangis itu baik untuk mata dan juga jiwa.Benar selepas itu aku rasa segar dan hebat.

Aku terasa bagaikan seorang hero...aku rasa aku seperti SUPERMAN!

Engkau rasa adakah seorang lelaki yang menangis kerana menonton sebuah drama tv itu adalah.... SEXY?

chow!

26 Aug 2012

Tembak!


 Lama juga berblog tapi bukan otai sangat cuma baru mula mengenal dunia blog yang sebenar.Dulu sebelum kenali blog aku sendiri kurang pasti apa kejadah benda namanya blog.Myspace ke Tagged ke atau Facebook memang aku faham apa tujuannya dan untuk apa tetapi bila bercerita tentang blog aku lansung blur ketika itu.Haram aku tidak tahu untuk apa blog sebenarnnya.

Cuma apa yang aku ingat tentang blog ini ialah bila aku sering mencari mutiara kata yang berunsurkan cinta.Maka setiap kali aku ke Google pasti aku akan "meredah" masuk ntah siapa-siapa punya blog yang aku kurang pasti apa itu blog waktu itu.

Secara terus terang aku berblog kerana aku terbaca satu blog INI.Blog ini yang membawa aku kedunia blog.Cukup aku terkesan dengan tulisan -tulisan beliau yang jujur dan keras.

Perlahan-lahan aku merayau dan meneroka dunia blog ini.Walaupun aku baru lagi didalam dunia blog tetapi ada beberapa post aku yang menjadi agak panas dan hangat.Aku menulis apa yang aku rasa betul dan yakin maka aku tulis jika tidak aku tidak aku menulis.Itu pasal ketika tulisan aku diserang aku buat tidak peduli kerana bagi aku apa yang aku tulis adalah pendapat aku dan hak aku jika aku salah tulis engkau harus nyatakan apa kesalahan aku dengan tepat dan betul.

Jika nak "tembak" aku tidak tentu hala minta maaf banyak-banyak engkau boleh tibai orang lain tapi bukan aku.Engkau otai atau orang baru kepada aku itu bukan persoalannya.Jika tulisan engkau betul dan mempunyai hujah-hujah yang tepat lagi benar maka tiada salahnya jika engkau harus bertegas dan berdegil.Namun jika apa yang engkau percaya dan pertahankan dapat mereka patahkan dengan komen dan hujah yang bernas sudah seharusnya engkau dengan cara berhemah mengakui akan kesilapan dan dengan jujur merendah diri meminta maaf.Malu atau rasa sakit hati buang jauh-jauh tiada guna bersikap ego dan bodoh!

Hari ini aku semakin jelas dan faham dengan masyarakat blog.Yang jelas sekali apa yang aku nampak ialah sifat dan sikap kolot dan kuno yang agak terlampau.Itu tidak boleh dan ini tidak betul.Jangan buat begini ini salah atau jangan kau ikut budaya ini semua itu adalah buruk dan membawa kepada kerosakan.Tiada salah kalau cuba membuat kebaikan dengan menulis sesuatu post yang berunsurkan nasihat dan panduan.Cuma apa yang aku perhatikan mereka suka tulis sesuatu perkara atau fakta tanpa disebutkan sekali dari mana sumbernya.Ikut rasa hatikah...

Tiba-tiba ...."...ustaz ini kata haram..."!

Itu yang kadang-kadang hendak sahaja aku komen dengan ayat yang agak kurang ajar.Sesuka hati jatuhkan fatwa itu ini haram.Siapa engkau yang suka-suka jatuhkan fatwa ini? Engkau Nabi yer!

Masalah umat islam diblog ialah mudah cepat tergoda dan percaya dan mudah sangat terpedaya.Pantang sahaja jika ada orang yang kononnya ustaz keluarkan satu ayat yang berunsurkan fatwa syok sendiri maka berduyun-duyunlah umat blog menyebarkan keseluruh pelusuk alam maya yang bernama blog.Sahih ke atau tidak itu belakang kira dan belakang cerita yang penting aku dahulu yang mula-mula buat post tersebut!

.Bila ramai lagi yang bijak pandai dalam agama mempertikaikannya.Kepada yang tidak tahu apa-apa dan juga kepada bangsa lain yang berlainan agama apa tanggapan mereka.Itu orang kata haram Ini orang kata tidak haram.Nampak sangat orang Islam ini bercelaru tiada muafakat dalam membicara atau menentukan hala tuju sesuatu perkara yang diutarakan.

Begitu juga apa yang berkeliaran didalam dunia blog.Semua berlumba-lumba cuba menjadi "Hero" agama.Jika kita melihat di youtube ramai betul pakar-pakar agama ini.Promosi cara yang terbaik dan terpantas.Cuba jadi yang terbaik dan yang terpopular.Jika banyak ceramah maka banyak fulusnya.Faham ke atau tidak faham?

Aku juga ada menulis sedikit-sedikit tentang agama tetapi jelas sekali apa yang aku belajar dan percayai agak menyimpang jauh dengan apa yang aku baca dari kebanyakkan blog yang menulis tentang agama.Aku lebih kepada apa yang tertulis dari Al-Quran tetapi mereka suka ambil dari sumber berbagai-bagai kitab tulisan manusia dimana aku percayai ianya boleh dipertkaikan dan disanggah kerana jelas tiada salah atau dosanya! Bagaimana kita dapat yakinkan diri kita bahawa apa yang kita baca dari tulisan manusia ini benar-benar tulen dan tiada kesilapannya?

Sedar atau tidak bahawa nanti kita disana tiada siapa yang akan membantu kita menjawap segala macam soalan yang ditanya.Kita harus menjawap sendiri tanpa sesiapa pun disebelah kita dan jika jawapan yang diberikan salah maka siapa yang harus kita persalahkan.Salahkan diri kita sendiri atau tulisan kitab manusia yang berkurun kita ikuti dan percayai?

Bab agama ini yang aku nampak sangat banyak sekali akan kepincangannya.Lain-lain hal memang ada tetapi tidaklah seberat tulisan-tulisan yang berunsurkan agama.Jika kita tersalah tulis maka yang membacanya juga ikut turut salah ...panjang ceritanya ini nanti.Siapa yang mahu muflis sebelum tiba masanya.

Tidak sesekali aku!

(Tulisan dari blog lama)

chow!

25 Aug 2012

Hang Jebat



Dalam hikayat Hang Tuah,Hang Jebat adalah watak kedua yang paling menonjol didalam mitos itu dan telah tewas di tangan Hang Tuah.

Mitos Hang Tuah dan Hang Jebat adalah sangatlah popular dikalangan orang kita iaitu orang melayu khasnya.Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang melayu ini.Banyak tafsiran dibuat terutamanya dengan mengaitkan psikik orang-orang melayu kita  dengan watak-watak yang ada didalam Hikayat Hang Tuah.

Ada orang menyanjung Hang Tuah kerana setianya kepada Sultan Melaka.Ada orang membenci Hang Jebat kerana derhaka kepada Sultan Melaka.

Begitu juga sebaliknya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah itu cuma balaci dan pak turut kepada Sultan Melaka dan Hang Jebat itu pula wira kerana cuba menuntut bela diatas kematian sahabatnya.

Maka dengan jelas disini mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberikan dengan berbagai tafsiran demi tafsiran dari pelbagai generasi ke generasi.Disini kita lihat ianya tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang melayu pada hari ini.

Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik melayu.

Kita lihat bila Sultan Melaka menganiya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan,rakyat tidak menyalahkan sultan tetapi Jebat.Ini kerana Jebat tidak berada didalam kolompok gelombang arus perdana.

Kenapa Jebat tewas kerana Jebat tidak berada bersama golongan majoriti,menjaga daulat dan kemulian sultan.Biarpun sangat jelas Sultan Melaka bersalah tetapi dari sudut pandangan orang kita lebih baik mengikut dari menentang arus.

Apakah maksudnya disini?

Hikayat ini dengan jelas memberitahu kita bahawa sesetengah dari orang kita mereka menolak suara-suara yang lantang,kritikan dan apa sahaja dari orang yang tidak berkuasa seperti Hang Jebat!

Biarpun ada orang berkata kesetian Tuah bukan kepada Sultan tetapi kepada simbol pemerintahan iaitu bersama dengan golongan majoriti atau pun lebih mudah bersama mereka di arus perdana.Tuah bermain politik selamat .Dia tahu Sultan bersalah tetapi takut untuk menegur atau memberitahunya.Sebaliknya Jebat beliau dengan berani menghalau Sultan dari istana dan menggangkat dirinya lebih layak sebagai Sultan!

Malangnya ramai orang kita mempunyai semangat Hang Tuah maka Hang Jebat mati bukan kerana Taming Sari semata tetapi kerana sikap takut kepada kebenaran.

Jebat tewas kerana ada segelintir dari kita tidak berani mempunyai pandangan yang berbeza.Kita tidak mungkin akan berubah jika Jebat seringkali sahaja dibunuh.Sampai bila-bila pun kita terpaksa bersama Tuah kerana kita sering sahaja berkata YA bukannya TIDAK!

Hari ini orang kita memerlukan ramai " Hang Jebat " yang berani lagi lantang melontarkan pendapat dan pandangan yang berbeza dan tentu sekali tidak popular.Jika tidak kita pasti akan terus merana kerana kita sayang untuk berubah sikap demi kebaikan.

Orang kita mulai hari ini tidak boleh melihat Hang Jebat dari sudut pandangan yang lama dahulu sebagai penderhaka dan biadap kepada Sultan Melaka!

Itu satu kesilapan yang harus kita perbetulkan dari sekarang!

Chow!

24 Aug 2012

Korban Cinta



Cinta sesungguhnya memerlukan banyak pergorbanan baik dari lelaki mahu pun perempuan.Bila cinta kita yang dibina bersama telah sampai ke hujung jalan dimana kita akan diberi pilihan atau terpaksa membuat pilihan.

Pilihan pertama ialah berjumpa lalu bercinta dan akhirnya terikat bersama ikatan yang sah.Satu penamat yang sangat menggembirakan untuk pasangan yang bercinta dan juga mereka-mereka yang bersama mereka selama mereka menjalani zaman percintaan.

Bukan sahaja kita yang bercinta bahagia tetapi semua orang yang mengenali kita juga tumpang bergembira bila hubungan yang selama ini disemai kini membuahkan hasilnya.Rakan-rakan dan kenalan kita juga darah daging kita semua turut bersyukur kerana akhirnya kita di ijabkabulkan!

Pilihan kedua pula bila kita terpaksa berpisah dan berkorban.Berpisah mungkin kerana kita sudah tiada persafahaman dan hala tuju.Kita sering sahaja berbalah mengenai segala benda dan ianya seperti sudah tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin hari semakin kusut.

Perpisahan yang begini mungkin ramai yang dapat terima akhirnya walaupun ada yang mengambil masa yang agak lama untuk melupakannya.Sakit tetapi tidaklah terlalu derita kerana kita mungkin dapat faham yang kita mungkin tiada jodoh dan sudah tertulis akan hakikatnya.

Namun perpisahan kerana terpaksa berkorban adalah satu perpisahan yang sangat menyakitkan dan terlalu amat pedih lagi derita.Perpisahan yang terpaksa dilakukan demi cintanya kita terhadap pasangan kita ini adalah satu korban cinta yang paling sadis dan kejam.

Tiada siapa memaksa atau menghalang kita cuma kita terpaksa kerana kita terlalu mencintai dia.Rakan -rakan kita keluarga kita dan sesiapa sahaja pun tiada dapat memberikan jawapan kenapa kita harus berpisah dan berkorban tetapi kita faham yang kita harus berkorban demi kebaikan semua!

Satu sahaja pertayaan aku...pernahkah kamu rasakan dan alaminya?

Jika kau tanya aku pasti kau tahu jawapannya.Kalau tidak mana mungkin aku menulis tentang hal ini.Nasib baik aku lelaki kalau aku perempuan aku tidak tahu bagaimana pula caranya mahu menanganinya.Faham aku faham ...berserah dan redha dengan segala ketentuan tetapi bagaimana caranya itu yang aku mahu tahu andaikata ada diantara kamu yang membaca ini pernah alaminya....

Best tak?

Sedap lagi menjilat jari lazatnya tahu apa yang pernah aku laluinya di satu ketika dahulu.Kini aku sudah sangat ok.Happy dan sangat-sangat bahagia cuma adakalanya terasa kesunyian bersendiri.

Sekarang aku baru sedar kenapa ada orang yang putus cinta tidak kisahlah sebabnya apa sekali pun sanggup menggorbankan diri demi orang yang dia cintai.Terjun dari bagunan tinggi lah,minum racun lah...ah! macam-macam lah semuanya tujuannya cuma satu iaitu bunuh diri!

"...Bodoh...otak letak kepala lutut...macam dah takder tuhan..."


Itu suara-suara orang yang belum kena lagi tetapi kepada mereka yang pernah merasainya pasti akan faham kenapa dan mengapa perkara begitu boleh berlaku.Paling kuat pun mereka akan berdoa agar mereka-mereka ini diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapinya.

Tolong?  Tiada siapa lagi yang dapat tolong!

Tuhan?

Benar jika mereka meminta pertolongan darinya dan pastinya akan ada bantuan yang tiba dengan sekelip mata tetapi adakah mereka mampu tabah dan sabar sebelum semua yang diminta tertunai?

Bukan semua adapat ditunaikan dengan mudah kerana ada sebab-sebab tertentu bantuan lewat dan lambat sampai tepat pada waktu dan ketikanya!

Pernah terfikir kenapa hal begitu tetap terjadi?

Cuba engkau pula yang bagi ulasannya ...asyik-asyik aku jer letihlaaaaa....hehe!

Chow!

Telanjang



Mula-mula aku minta maaf kerana aku memang tidak suka berpura atau berlakon.Ialah kita dengan orang lain mana ada sama selera.Lain haluan juga lain pandangan malah lain juga pendapat.

Engkau dan aku kita berada didalam dunia yang berbeza tetapi didalam alam nyata kita berpijak dibumi yang sama.Cuma mungkin tinggi rendah kita tidak sama.Rupa kita jantina kita malah apa yang aku rasa dan aku nilai juga tidak sama seperti mana yang kau rasa.

Kalau dilihat setiap post aku seringkali aku sertakan dengan satu gambar yang besar.Itu memang style aku dan kesukaan aku.Aku memang suka kepada gambar yang cantik dan tentu sekali kebanyakkannya adalah gambar kaum wanita.

Gambar yang aku paparkan adalah berkaitan dengan apa yang cuba aku sampaikan melalui penulisan aku.

Ya benar!

Aku akuinya adakala gambar tersebut terlihat agak keterlaluan dan terdedah namun aku mempunyai sebab aku tersendiri.Seperti mana aku nyatakan dipermulaan tadi...kita sama tapi kita tidak serupa!

Lucah...jika kita berfikiran begitu.Aku melihatnya sebagai satu gambar yang cantik dan begitu berseni.Aku memang seorang manusia yang amat kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh setiap wanita.Bagi aku tiada salah untuk aku merasa kagum dengan ciptaan yang maha berkuasa ini.

Ialah tidak juga aku nafikan ianya tidak elok dan baik buat kaum adam melihat gambar yang terdedah ini.Namun semuanya terletak di dalam hati kita.Kita mahu bawa kemana imiginasi kita ...ke alam yang satu lagi atau ke alam yang kita faham dan mengerti.

Aku pula seorang lelaki yang tidak suka kepada gambar yang lucah.Aku suka gambar yang cantik dan sangat tersendiri dan mempunyai sebab untuk diperhati dan dinilaikan.Jika telanjang sampai semua terlihat maka dengan jelas maksud hati kita sudah ke arah lain.

Cuma aku berharap kepada kaum hawa yang aku hormati lagi aku sayangi jangan terasa hati dengan gambar yang seringkali aku paparkan disini.Tiada sekelumit niat di hati hamba untuk menghina kamu tetapi iklas dari hati kecil ini aku terlalu menyanjungi kamu!

"....U jangan salah faham dengan I ok...I kalau suka ini lah caranya....I harap U faham isihati I pada U all!... "



..

Cuba tonton video ini apa yang kamu rasa dan faham....

chow!

23 Aug 2012

Retak



Permulaan demi permulaan mencari yang sebenar kemana harus dituju begitu tersangat berlalu memesong aku ke laluan yang berliku.Seolah aku bangun mencari aku yang dahulu bukan kerana aku malu tetapi aku terlupa siapa yang aku ingin bertemu selalu.

Sebegitu rumit untuk difahami begitu juga aku.Biar berputar bila berfikir biar berpusar di hati bila meneka apa yang telah berlaku dahulu.Jika kita selalu beranggapan semua yang kita lakukan adalah jelas benar sebaliknya ianya adalah cuma seberkas ego yang maha jahanam.Tiada yang terlepas bila terlupa siapa yang punya bumi dan matahari.Tersandung kaki baru mengerti jika tidak maka tidak sekali-kali.

Sepintas lalu merenung kembali kisah lalu bukan terbaik kini.Semua harus dikembalikan semula kepada yang memilikinya.Aku sentiasa terlupa akan itu siapa yang harus aku lalui sebelum aku temui lagi.

Siang malam pagi dan petang selalu kita temui sehari-hari tetapi tidak kepada mereka yang gelap mata hatinya. Semua itu cuma satu cerah membelah kehangatan siang yang panas melekit dipancar matahari.Kadangkala dan ada ketika kita cuma berteduh tetapi tiada terasa dingin malahan terasa bahang mengigit-gigit kulit tubuh badan kita.Sukar untuk dipercayai tetapi yang itu juga yang punya kebenarannya.

Tulisan mengikut jalur-jalur hati berpaksikan minda memang bukan mudah untuk difahami lagi dimengertikan.Selam dalam-dalam sampai tiada tergapai oleh jiwa hati kita.Seharusnya begitu berjalan tiada berperasaan dan berpandukan apa-apa lagi.Tersesat dalam keriangan amat terasa membebaskan walau sedar itu bukan pilihan yang terbaik setakat ini tetapi menolong banyak sekali.

Pendek jika itu yang dirasakan maka harus aku akui akan kebenaran hakiki.Tidak perlu berdrama selalu nanti akhirnya termakan kata-kata palsu dari hati sendiri.Dahulu adalah dulu yang bukan kini hari ini namun sentiasa beradu didalam hati sehingga mati.

Biarkan berlaku bukan seperti yang diingati.Biarkan berlaku bukan seperti yang diketahui.Ianya pasti bukan seperti yang selalu dan bukan yang terganggu.

Malam ini  aku bermula seperti mula-mula dahulu tiada lagi kemanisan cuma kenikmatan dalam mengharungi setitian kehidupan kekal yang abadi.

 ( Ini tulisan dari blog lama aku)

chow!

22 Aug 2012

Nakal


Bulan puasa hari tu ketika Datok Lee Chong Wei menang pingat emas...eh!bukan... pingat perak la kat olimpik.Semua orang sibuklah nak makan ais baskin robin free.

Aku waktu itu bukan berhajat mahu makan ais krim free tapi nak pergi tengok  wayang cerita apa aku dah lupa.Orang punya la panjang beratur nak kan makan ais krim free memang tak hengat ramainya.Barang free siapa tak mahu cuma aku waktu itu tak de mood sangat nak beratur...panjang sangat mahu 2 jam baru merasa makan aiskrim free!

Apa yang aku mahu bicara disini ialah 2 kejadian yang agak memalukan aku dan orang yang terlibat.

Kes pertama waktu aku dok perhati orang yang sedang beratur panjang ramai-ramai tu mata aku boleh la pulak terpandang pada satu orang makcik ni.Dia punya leka melayan cucu dia sampai dia tak persan bahawa buah dada beliau terpancul keluar dari sarungnya!

Pada permulaannya aku mahu buat tak tahu dan biarkan sahaja ...lantaklah dia bukannya sesiapa kepada aku namun naluri seorang lelaki yang budiman seperti aku agak berat untuk membiarkan sahaja perkara itu berlaku.

Kasihan pulak aku dengan makcik tu...dah la tua buruk pulak tu kan...hehe!

Kalau anak dara mahu aku terus terkam sahaja tapi ini dah separuh abad usianya patut-patut la kan kalau nak buat hal pun.Pakai otak dulu sebelum bertindak.So apa perlu aku buat agar makcik itu tidak dimalukan sangat?

Aku rasa berterus terang lebih mudah dan ringkas...

"...makcikkk....buah dada makcik terkeluar tuuu.....!"

Itu lah ayat yang aku keluarkan dari mulut aku.Agak begitu selamba dan kool tapi pada dasarnya aku macam nak tergelak gila babi...hehe!

Kejadian ke-2 pula ketika malam terakhir ramadan yang esoknya kita akan menyambut syawal.Waktu itu sekitar jam 3 pagi aku pergi ke KFC pasal perut aku lapar sangat.Aku order satu set ayam goreng ori dan aku diminta tunggu sekejap lebih kurang 10 minit.

Duduk berhadapan dengan kaunter agar mudah aku terlihat atau terdengar bila dipanggil untuk mengambil pesanan aku tadi.Dalam aku berkhayal tiba-tiba lalu salah seorang kakitangan KFC di hadapan aku.Dia tanya aku tunggu apa dan aku jawap tunggu pesanan.Masa itu aku tidak perasan sangat tetapi bila dia beredar dari meja aku itu baru aku terperasan yang zip seluarnya terbuka dengan agak luas juga dan menampakkan seluar dalam warna biru bunga-bunga kecil!

Bayangkanlah ...anak gadis yang putih gebu umur sekitar 19 tahun! Pehhhhh!!! terangkat bhai!

Kejadian makcik tu aku memang dengan pantas dan segera beritahu dia situasi yang sebenar tetapi untuk sigadis yang agak ayu ini aku ambil masa sedikit untuk buat tindakan.

Jahat tak aku?

Mana ada jahat aku cuma bernakal jer sedikit ...hehe!

Aku biarkan dia berulang alik 2 ke 3 kali dihadapan aku.Mata aku juga turut mengikut arah kemana gadis itu pergi dan....

"...eehmmm abang tunggu apa lagi? Dah dapatkan pesanan yang abang minta tadi?..."

Tergamam sejenak aku dibuatnya....namun aku macam biasa buat kool-kool macho dan aku lalu berkata...

"...dik! zip seluar adik terbukak!..."

Tersipu-sipu sigadis itu berlari pergi dan aku turut tersipu malu juga lalu keluar pergi.Diluar pintu aku terpandang gadis itu dia dengan nakal menunjuk kan jari telunjuk seolah mengatakan aku ini...

"...GATAL!..."

Nakal sikit jer dik...hehehehe!

chow!





21 Aug 2012

Satu Malaysia Satu Facebook!


Facebook....adalah hak milik kaum wanita!

Betul tak?

Aku hari-hari buka FB sebab nak melayan game.Hal-hal lain aku jarang ambik tahu sesangat.Kalau aku rajin aku terjah la juga ke akaun gadis-gadis yang bergaya sexy and gedik sikit-sikit.Bukan yer apa rugi kalau tak distalker betul-betul...hehe!

Hari raya ke-2 adalah sigadis ayu ni  cantik lagi rupawan.Dia punya status bertali arus selang 5 minit dia update.Aku layankan jer ...like tak habis-habis! Bukan yer apa nak tahu apa lagi al kisahnya.Seingat aku ada 13 ke 15 status dia update sekali gus.

Rupanya dia panas hati dengan BF dia yang tak sudah-sudah ajak dia bertunang.Katanya buang masa jer 4 tahun berkawan tapi tak matang.Siap cerita pasal gigi BF dia jonggang dan besar!

Hahahahaha!

4 tahun kawan tak kanla tak perasan kot yang gigi BF dia besar dan jonggang!

Itu la dia masa suka semua nampak indah belaka bila bergaduh habis semua nya di ceritakan dan di war-warkan di wall FB...eeee malunya kannn...

Engkau tu bukan tak cantik...cantik tapi agak-agakla kalau mahu mengamuk pun.Kalau semua orang tahu kau punya perangai begitu kan malu di kemudian hari ...orang bercerita....

"...budak ni kan masa bergaduh hari tu bukan main semuanya dia sebut ...gigi jonggang pun dia mengata..."

Orang perempuan biasala suka bercerita itu dan ini...lainlah orang lelaki selalu pekak kan teliga....hehe aku agak la!

Dia cerita pasal tampung duit belanja la duit bayar yuran study la dan itu ini segala bagai ...habis semua kain dia selak dan angkat tinggi-tinggi apa lagi ada juga yang ambik kesempatan tuang lagi banyak minyak bagi besar sikit terbakar...hehe!

Dia cerita lagi bukan dia yang nak sangat dengan mamat tu tapi pasal mamat tu ugut nak terjun tasik itu yang dia terima mamat ni sebagai boyfren.Katanya lagi dia bukan hadap sangat tapi kesian.Kononya kesian takut mamat ni bunuh diri!

Komen aku...apa punya jadah la sampai 4 tahun baru perasan gigi mamat tu jonggang dan besar!

Hahaha...apa punya siak la kannn...!

Nasihat aku laa...kalau orang lelaki mengamuk sakan macam tu aku kira dia memang tengah frust menonggeng.Aku boleh terima la juga tetapi kalau orang perempuan dan  masih gadis dan cantik paras rupa pulak tu ...tolonglah jangan mengamuk di FACEBOOK!

SATU MALAYSIA tahu !


Last-last dia keluarkan statusnya begini...

"... Kata2 ku sesungguhnya bila dibaca amat menyinggung tunangku dan keluarga kami.Apa-apa pun dialah tunang yang menolong sebanyak mungkin.Keluarganya pula terlalu baik dengan ku.Menganggap aku seperti keluarga mereka sendiri.Aku minta maaf pada yang tersinggung dan selebihnya urusan allah!..."

chow!




Hebat Seorang Lelaki



Ini bukan bahan lucah tetapi ini adalah lambang menghalau kejahatan dan fitnah bagi kepercayaan orang-orang di negara Bhutan! Idea yang canggih lagi erotik ini adalah dari idea seorang sami pada kurun ke 15 hingga 16 yang mengadaptasi cara blasphemous unorthodox dalam mengajar Buddism! Amalan ini laku sehingga ke hari ini!(sini-sumber).

Aku tak tahu negara ke negeri ke atau daerah...

Cuma aku terasa hebatla pulak dilahirkan sebagai seorang lelaki bila ada juga manusia yang begitu selamba dan bangga mempaparkan alat penis lelaki dengan cukup gah dihadapan rumah juga dinding-dinding dalam rumah!

Hahahaha!

Agak-agak kan la kalau kita beraya kerumah kawan lama yang lama kita tak berjumpa lama tetiba depan rumah atau dalam rumah yer ada potret perkasa begini apakah yang patut kita buat waktu itu?

Aku syorkan atau nasihatkan ...ko bakau jer rumah dia...hahahahaha!

chow!


19 Aug 2012

K-PoP atau Kimak PoP?

Hari raya pertama sahaja sudah buat aku senak perut bukan kerana makanan tetapi rancangan tv raya saluran ria.Kalau senak perut memulas-mulas kerana makan rendang dan ketupat dan pekena pula air berkarbonat memang terhebat!

Semalam aku senak perut sebab ketawa banyak dan sakit kepala bila secara tidak sengaja anak buah aku buka saluran tv tersebut.Pada mulanya macam ok sebab ada budak kiut dengan baju ropol-ropol kaler pink dengan putih.Ianyalah gadis lagikan lepas tu kiut-kiut jer suaranya dan lenggang lenggok yer memang lah buat aku tertarik hendak melihatnya.

Itu dari jauh aku lihat dan bila aku dekatkan sedikit teliga aku ke tv dan cuba mendengar apa lagu lah yang budak ni nyanyi....mak ai! jahanam!

Aje ke kimak!

Ingatkan dia seorang jer nyayi lagu macam itu rupa-rupanya boleh la pulak semua begitu...adoi..tepuk dahi aku di buatnya.Udah ler semuanya bagaikan orang asing di tanah tumpah air aku ini.Entahlah aku yang terasa tua atau mereka yang sudah gila!

Ade ke lagu-lagu yang sangat indah melodinya dan di bulan raya pula tu budak-budak ni boleh tunggang terbalikkan semua lagu-lagu pujaan aku dan genarasi orang tua aku.Ishhh...memang diluar jangkaan kemanusian biasa-biasa ni...

"...budak-budak ni orang mana ni nak oiii..."

Dalam aku leka menonton ada pulak suara sumbang bertanya dengan aku.Aku sengeh jer la ...nak jawap apa pun aku tak tahu.Kalau aku cakap ini siaran tv dari tanah seberang macam tipu pulak kannn...hehe!

"...sudahlah lagu lagu raya klasik dirogol dek suara baby dengan chipmunk, ni kpop raya pulak?..." 

Ini aku ambik dari komen blog Serius...hehe! Betul juga apa yang dia komenkan.Aku fikir aku seorang jer yang meluat rupanya ramai.

Tahun hadapan aku harap sangatlah kalau boleh mereka jemput terus group dari geng-geng K-pop ini untuk merayakan hari raya kita.Barulah best baru ada dia punya teruja yang melampau.Ini tidak...kalau yang pompuan tu aku boleh tahan jugakla tengok ini yang jantan ...ala geli geliman la ok! 

Oh! Pleaseeeeeeee!!!!!

chow!

18 Aug 2012

Saat Rindu Menjelma

Perasaan rindu adakalanya membuatkan kita kalah kepada pendirian yang kita pegang dan genggam.Satu perasaan yang sama kuat dengan perasaan cinta.Tiada cinta tiada rindu umpama irama dan lagu yang sukar sekali mahu dipisahkan.

Rindu kepada mereka yang tiada didepan mata seolah kita memang mencintainya.Hakikatnya memang kita mencintainya kerana kalau tiada cinta mana mungkin kita rindu betul tak?

Rindu aku ketika ini ketika saat-saat mahu tiba lebaran ini ialah kebahagian.Satu benda yang pernah aku miliki satu waktu dahulu dan semua itu kini tinggal sejarah.Tidak aku tahu bagaimana boleh aku lukiskan perasaan waktu itu dan perasaan di kala ini.Cuma segelintir kecil dari kita disini yang akan memahami apa yang cuba aku sampaikan.Ianya memang agak kompleks untuk aku terangkan jika kita belum pernah merasainya...

Kepada siapa yang pernah mengalaminya akan cepat faham dengan apa yang aku tulis ini.Sekiranya tidak engkau lansung tidak akan faham apa yang aku tulis sekarang.Keliru dan tidak terus terang dan memang itu gaya penulisan aku sering berkias sampai adakalanya aku sendiri tidak faham akhirnya...hehe!

Mana mungkin aku tidak faham dengan apa yang aku tulis....itu gila namanya!

Perasaan rindu dengan seseorang yang dicintai perasaan rindu dengan suasana yang meriah perasaan rindu dengan mereka yang tiada lagi semuanya agak hampir sama rasanya.Kita seperti terdesak dan rimas taktala perasaan ini mendatangi kita.Apa sahaja yang kita lakukan serba tidak kena ...serba serbi salah dan ada sahaja perkara yang begitu mudah sebenarnya menjadi begitu rumit pada waktu itu.

Rindu kepada yang tercinta kita menjadi tidak keruan... rindu kepada saat-saat gembira buat kita sangat teruja dan tidak sabar-sabar dan rindu kepada yang tiada kita jadi resah gelisah berdiam diri menitiskan air mata sendirian!

Aku pada saat ini menerima semua saat-saat itu sekaligus!

Tiada siapa yang mahu semua itu berlaku tetapi percayalah setiap dari kita akan mengalaminya di suatu hari nanti seperti mana yang aku alami kini.Jangan dicari atau jangan cuba mengelak kerana ianya tetap akan hadir kepada setiap orang cuma yang bezanya ialah masa...!

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan maya aku!

chow!

17 Aug 2012

Tidak Adil Kepada Tuhan...akukah?


Hari ini aku belajar sedikit tentang bagaimana mahu rasa bersyukur dan beruntung.Ialah sejak putus cinta aku mulai terlupa bagaimana cara untuk rasa lazat hidup di atas muka bumi ciptaan yang maha kuasa.Faham-faham sudah bila sakit putus cinta semuanya gelap gelita bagai sudah tiada jalan dan tiada harapan untuk terus berdiri dan terus hidup.

Semua orang yang pernah putus cinta pasti faham sangat dengan keaadaan ini begitu juga dengan aku.Lama jugalah masa yang aku ambil untuk sembuh dari penyakit putus cinta ini.Aku rasa ada lagi yang lebih lama dari aku.Ikut kekuatan masing-masing ada yang kebal ada juga yang lemah semangat.Cumanya nasib aku ada sedikit baik dari orang lain.

Perlu Sedih ke Raya-raya ni...


Ialah kita ada perasaan ada rasa ada hati... lainlah kalau kita ini kambing atau lembu kannn...

Sedih memang perlu sangat hendak pula bila raya hampir tiba ...ada orang sedih kerana teringatkan arwah ibu atau ayah.Sedih pasal tak dapat cuti ...sedih bila ada orang dengki tak bagi kita cuti....sedih pasal duit bonus kena tahan pasal boss bodoh saja jer nak bagi angin satu badan!

Macam-macam sedihla kalau aku mahu tulis sampai ke sahur pun tak habis ni kannn...

Raya-raya jugak tapi kalau hati dah kureng semangat nak raya bagaimana? Aku sekarang ni la kan macam nak mengamuk pun yer jugak tapi takut pulak ada yang terasa bila aku mengamuk tak tentu pasal sekarang ni.Apa gila kau ni mengamuk tak pasal-pasal ...aku nak jawap apa?

Tak kanla aku nak jawap duit bonus aku apasal la mangkuk hayun tu boleh tahan ...bagi jer la!

Stress ni ...stress!

Kalau kau orang sedih tak macam mana aku rasa sekarang ni...sedih tahu! Aku rasa kau orang gelak adalah kan...aku tahu tuuu...jangan la  buat muka kesian kat aku ...aku tahu kau gelak kat aku ...pirahhh!

Dalam sedih-sedih ni kalau ada mata air pasti syok gila.Kompom dia pujuk kita ....

"...u jangan la macam ni tak elok tauuuu....u bukan budak2 ...u dah tua bangka dah nak mampos...!..."

Walau pun kena maki tapi dia usap-usap dahi kita bagi kita sejuk...ahhh! melampau! Ada ke kena maki boleh duduk diam tersenyum manja...mahu makan cangkul adalah la!

Serius aku sedih bila mengingatkan raya tahun lepas dengan raya tahun ini.Tahun ini raya aku suram sangat macam ada orang yang baru lepas meninggal.Betul tak cakap aku? Happy ke seisi rumah sambut raya bila ada orang dalam rumah kita meninggal?

Kalau happy juga memang kau ini bukan manusia tapi haiwan ...hehe!

Ini post aku yang ke berapa aku tak tahu hari ni...bosan tunggu cal dari kawan aku dia tiba-tiba boleh la pulak off hp dia.Kalau tak mahu kena kacau bagi la tahu kawan ni ...yang kau off kan hp kau tu apasal la labu...haramjadah punya kawan!

Semua orang aku nak marah hari ni...tak tahu apa ke halnya...period kot?

hahaha...chow!

Suram Sahaja Suasana


Tahun ini aku rasa...aku rasalah kan raya tak best!

Pertama sebab duit bonus yang aku idam-idamkan lepas raya baru dapat! Apa ke benda lepas raya baru nak kasi aku? Orang nak pakai sekarang alih-alih katanya lepas raya baru nak bagi konon-konon yer la takut anak-anak buah habiskan duit sebelum raya dan lepas raya nanti nak mintak advanced....

Eeee pandai-pandai jer buat tuduhan TETAPI sebenarnya itulah plan aku ...hehehe!

Apa barang lah boss aku ni bodoh macam lembu sakitlah! Bagila tahu awal-awal tak lah aku habiskan duit aku tuuuu...eeee bodoh betul la boss aku ni...atau aku yang bodoh?

Engkau orang rasa la aku bodoh ke atau boss aku yang bodoh? Siapa yang cakap aku bodoh kau memang nak kena bodoh dengan aku...sia-sia jer markah posa aku terpotong!

Walau macam mana sekali pun aku rasa tetap suram beraya tahun ini.Mata air dah tak der duit pulak dah makin nak habis...anak buah 24 jam asyik msj tanya balik ke tidak tahun ni.Ingat aku ni gabenor bank negara ke ...tahula tahun lepas mewah dapat duit raya dari aku.Ingat tiap-tiap tahun boleh bernasib baik ke dapat duit raya note merah 2 ke 3 keping seorang!

Tolong ingat sikit la kadang-kadang orang pun ada barang nak beli yer dak!

Kalau aku marah nanti kau kata aku ni jahat...ish2 budak -budak sekarang bukan mahu tahu apa masalah kita.Tahu cuma dia punya seronok jer ! Apa dia ingat kita ni tiada perasaan tiada hati...aku tahu la kau orang budak -budak umur 5 ke 6 tahun!

Siapa lagi aku nak salahkan sekarang ni...hehe!

Heh! Jap lagi aku nak turun jalan TAR mahu shopping sikit.Mana tahu terjumpa baju yang mari-mari boleh aku sambar lagi biar budak-budak tu tak dapat duit raya ...puas hati aku...hehehe!!!!

chow!

16 Aug 2012

Kesunyian Seorang Lelaki



Dulu aku tidaklah sesunyi sekarang.Jikalau dulu hendak dekat raya sibuk la sidia mahu kesana mahu kesini dia buat aku macam kuda.Kalau di jalan TAR mahu 2 ke 3 kali pusing untuk cari parking kereta dan selagi tak dapat jangan harap boleh berhenti ...itu baru cari parking!

Kalau dah jumpa parking mula la roadtour bermula....part ini aku rasa aku boleh cancel berpuasa pada hari itu dan sememangnya aku sudah ready tidak berpuasa dari rumah lagi agar aku nampak gagah ialah nama pun jantan tak kan nak tunjuk lemah lembik kot depan perempuan ...malulah kan...hehehe!

Kalau barang yang mahu dibeli hanya untuk dia kira ok juga ini tidak semua barang-barang dalam rumah keluarga dia semua dia yang uruskan dan makanya aku ini jadi balaci hina terpaksa menurut segala arahan dan perintah dia...ahhh! boleh jadi gaduh kalau aku berpuasa waktu itu~!!

Faham-faham je la orang kalau berpuasa godaan yang datang dari setan memang kuat dan jika kita tidak berpuasa pada ketika itu setan tak kacau kita sebab kita pun macam dia...macam setan!

Sekarang faham bukan kenapa aku sengaja tidak berpuasa demi kebaikan bukan demi setan ok!

Itu sedikit lebih kurang la al-kisah cerita tahun-tahun lepas ketika aku punya buah hati pengarang jantung ...la ni aku kembali solo...bosan doh! Kalau tidak adalah tempat untuk aku menjerit dalam kereta marahkan orang parking kereta ikut mak bapak mereka dan dia tolong kool kan aku ...syok jer waktu itu kannnn....

Kadang-kadang tu rasa rindu la pulak tapi apakan daya cempedak dah jadi nangka dah tak boleh buat apa-apa la ni.Last-last buat bodoh jer la.

Lagi 3 hari raya ...aku tak tahu nak kemana sekarang ni.Mahu balik kampung ,kampung aku dekat jer bawa kereta secara tutup mata pun aku rasa boleh sampai.Entah sampai mana aku tak tahu la tapi yang pasti hospital adalah tempat sesuai buat aku kot kalau jadi apa-apa hal...yer la bawa kereta tutup mata ...apa gila yer dak!

Malam ini aku macam mahu turun jalan TAR ...ada sesiapa yang mahu ikut aku? Kalau terjumpa la plat kereta no 43 warna merah kereta jenis itu kau tegur-tegur la aku ok.Kalau malu kelip-kelip jer mata kau tu kat aku...aku faham la kau datang dari mana ...hehehe!

Lagi best kau datang jer terus terkam dan gomol-gomol aku ....khas untuk yang gadis masih solo dan masih mencari-cari bakal laki soleha macam aku ...whua whuaaaaa!

chow!

Lagu Cinta dan Cinta 308



.

Orang lain sibuk keluarkan lagu raya aku pulak terbalik sibuk keluarkan lagu cinta.Lagu cinta aku dan DIA...lagu ini terlalu istimewa buat aku dan DIA!

Entah la aku ni memang adakalanya sewel juga.Takpe la layankan je la peel sonsang aku ini.


Cuma pada ketika ini aku baru terjatuh cinta dengan benda baru yang baru 2 bulan aku miliki dan mungkin ini juga yang menjadi sedikit penawar di hati lara aku ini.Dulu cinta hati aku berkaler hitam tapi dah aku singkirkan dari hidup aku...dia kini dimiliki oleh kekasih hati yang lainKini aku memilih kaler merah lambang kejantanan ...hehe!

Kereta dahulu terlalu banyak memori diantara aku dan DIA....dan aku rasa lebih elok aku jual dan beli yang lain walaupun aku agak sayang dengannya.Berkemungkinan besar dengan cara itu aku bakal bertemu kekasih baru...manalah tahukan...hehe!

Tidak kisahlah apa pun yang bakal terjadi dikemudian hari yang penting hati aku kini cukup berpuashati!

Jangan nak perasan sangat ...bukan yang ini tetapi yang ....cuba cari " read more " kat bawah tu..hehe!

Bunuh Orang Tersayang



Ingat lagi 2 hari lepas bila kekasih hati yang masih remaja ini membakar kekasih beliau yang berumur 16tahun dengan petrol...melecur 25% muka budak tu koma dan kritikal lagi.

Ini bukan teruk sangat kalau kita bandingkan dengan mereka yang sanggup membunuh orang yang dicintai dan disayangi.Hairan bukan orang yang kita cinta kita bunuh!

Kenapa ini berlaku kepada mereka?

Mengapa begitu tergamak kita membunuh orang yang kita cintai.Tiada persaan apa-apakah taktala mencabut nyawa orang yang selama ini kita puja-puja dan cintai lalu kita bunuh dengan kejam! Bagaimana persaan kita bila kita melihat tubuh orang kita cintai berlumuran darah dan kaku tidak bernyawa?

Aku cuba meletakkan diri aku di kedua-dua belah pihak.Kenapa dan mengapa?

Kalau bukan kerana wang ringgit dan harta benda sudah pasti kerana perasaan.Cemburu dan cinta pasti punca utama kepada kematian orang yang disayangi.Mungkin kepada kita yang belum pernah mengalaminya akan berkata mereka ini semua manusia gila yang tidak punya otak dan tidak gunakan akal ketika berfikir mahu pun waktu bertindak.

Namun jangan kita lupa kebanyakkan daripada mereka adalah manusia normal yang bijak dan berakal.Cumanya bisikan-bisikan halus yang mereka terima adalah lebih real dan hebat.Kita mungkin ada terima perkara yang sama tetapi oleh kerana ada kemungkinan besar kita ini lebih gila dari suara-suara halus itu makanya kita terselamat dari terasuk dan tergoda!

Percaya atau tidak kita lebih setan dari syaitan?

Pokok pangkalnya semua terletak di dalam tengah badan kita.Jika tiang seri kita lemah mana mungkin kita mampu berdiri teguh.Semua ada sebab dan alasan tetapi bukan semua itu kita boleh ambil sebagai sebab dan alasan untuk kita sewenang-wenangnya mencabut nyawa orang yang kita sayangi!

Itukan kerja yang maha kuasa kenapa kita mahu ambil alih?

2:72. Dan apabila kamu membunuh sesuatu jiwa, dan bertentangan di dalamnya, dan Allah mengeluarkan apa yang kamu menyembunyikan,


chow!


15 Aug 2012

Seluar Dalam Perempuan

Aku memnag ada banyak pengalaman bila mengikuti kaum hawa mencari seluar yang harus diletakkan didalam seluar atau kain yang lain.Bunyi seperti sangat mudah sahaja iaitu pilih dan beli lalu pergi.

Ketelitian mereka didalam memilih adalah tahap dewa.Kalau tiada kesabaran maka kaum adam boleh jadi garuda berteriak sakan bagai mahu diruntuhkan gunung kalimanjaro...huhu!

Orang perempuannya sebenarnya memang sensitif dengan apa benda sekalipun.Jika seluar dalam pun jadi isu untuk dibuat pilihan apa lagi benda-benda yang lain yang lagi serius dan besar.Mereka sebenarnya dilahirkan bukan sahaja untuk dicintai dan disayangi tetapi bukan untuk difahami...harap faham!

Kalau tidak faham baca dan ulangi sekali lagi dengan kadar perlahan ok!

Kita kaum adam jangan sangat mahu fahami mereka kita cuma perlu sayangi mereka dam mencintai mereka selain dari itu buat-buat tidak tahu atau bodoh sahaja.Kalau degil juga kita pasti perlu cari panadol dalam 5 biji untuk ditelan sekaligus!

Pengalaman aku yang lalu banyak mengajar aku siapa itu kaum hawa.Mereka ini sememangnya tidak harus difahami.Hanya perlu sangat disanyangi.Ada perkara-perkara tertentu mereka tidak guna pakai akal tetapi hati dan kepada kita pula perkara itu perlu guna akal bukan hati!

Kembali semula kepada cerita seluar dalam perempuan.Kadang-kadang aku pelik juga kenapa begitu sangat ambil kira dengan benda yang harus dipakai didalam dan tidak nampak dipandangan mata? Pilih lebih kurang sudahlah pilih yang selesa dipakai sudah... itukan lebih praktikal dan logik.Ini tidak...mahu yang berenda-renda dan mahu yang ada corak-corak yang entah apa ke bendanya!

Pening kepala aku ...kalau aku mudah jer hendak pilih yang mana satu...hmmm aku ambik G-string!

Faham bukan aku tidak faham adakalanya seluar dalam ini ada kegunaannya.Kalau kaum hawa di jemput oleh ABC (ada barang cair)...hehe! Maka itulah masa yang paling praktikal sekali kegunaannya ialah kalau tidak boleh berterabur jatuh ketika berjalan bagai gerak model.Itu masalah hanya berlaku kepada mereka yang masih gadis yang masih perawan dan masih belum dinikahi lagi.Kalau yang sudah dibocori mungkin mereka tiada masalah sangat... guna G-string pun masih ok tidak berterabur...mereka guna kaedah sumbat bukan tampal...hahahaha!!

Jangan mare haaa...nanti potong markah tahu!!!

chow!



Sabar je laaa....


Fikiran aku terganggu dalam 2 ke 3 hari ini.Aidilfitri semakin hampir aku pula sudah hilang mood bila habuan yang di nanti-nantikan belum kunjung jelma lagi.

Siang ke malam dan malam ke siang semula ...tup tap tup tap itu juga tiada apa-apa yang berubah atau yang terkini.Seram sejuk dibuatnya satu badan bila segala macam barang datang meminta untuk dijelaskan segala bagai bil bulanan yang tertungak.

Ahhhh! Stress gila aku!

Hendak marah tak tahu kepada siapa dan apa.Semuanya harus bersabar waktu ini dan banyak-banyak berdoa agar ada sedikit solusi yang dapat diterima.

Termenung juga la aku ketika ini memikirkannya.Beraya ke tidak aku tahun ini.Kalau ada duit barulah terasa rayanya kalau tiada apalah sangat...rasa tawar dan kelat jer.Apa yang ada sekarang bukan tidak cukup tetapi tidak cukup meriah.Mana hendak bagi anak-anak buah yang berterabur ramai tu ...kurang-kurang seorang sekeping note kaler merah kalau kaler lain mau kena hamun reramai.

Budak-budak sekarang pun bukan main demand lagi boleh pula request kaler apa nak.Ialah bukan selalu sekali setahun kalau itu pun mahu berkira baik jangan balik kampung jumpa anak-anak buah buat sakit hati kita dan hati mereka ...kedekut punya uncle!!!

Entahlah harap-harap adalah rezeki dari langit jatuh ke riba dalam waktu-waktu terdekat ini.Tak dapat banyak sedikit pun ok sekurang-kurangnya dapat cover seluar jeans 3 helai baju 6 helai kasut 2 pasang...baju melayu dalam 2 pasang sudahlah...tak nak membazir beli banyak-banyak...hehe!

Cuba pujuk hati sebenarnya ni ....jalan nak balik kekampung kabur-kabur sahaja la ni...hai nasib2...sabarjela...

Bila rogol bukan kejam


Pening juga bila aku terbaca berita di mana siperogol didakwa dibunuh kejam oleh mangsa rogol? Hakim berkata bahawa mangsa rogol itu telah bertindak kejam kerana membunuh perogol tersebut walaupun tujuannya mempertahankan diri dari dirogol!

Aku cuba baca beberapa kali dan cuba memahaminya.Siapa yang kejam sekarang perogol atau mangsa rogol?

Atau mungkinkah hakim yang kejam...aku pun tak tahu bagaimana kekejaman begini boleh bertukar tempat oleh kerana keputusan dari orang yang tidak tahu bagaimana saat-saat itu berlaku.Jika begini kalau perogol itu hidup maka dia mampu ulanginya lagi bila terlepas nanti.Itu satu hal dan satu lagi hal lagi ialah bila siperogol dibebaskan kerana dia mempunyai masa depan yang cerah!

Haram jadah apakah ini?

Habis itu yang kena rogol itu tiada masa depan yang cerah kah? Semakin seram sejuk keadilan didunia pada masa ini.Aku mulai sangsi mungkin disatu hari nanti yang membunuh pun akan diangkat sebagai hero! Mangsa pembunuhan mungkin akan dijatuhi hukuman bunuh!

Ahhh...gila!

chow!

14 Aug 2012

Rahsia DIA...


Rahsia siapakah aku adakalanya begitu meyentap perasaan aku.Di blog yang lama itu aku 80% telah mendedahkan diri aku dan hampir-hampir bertelanjang bulat!

Kini kenapakah aku kembali tetapi dengan blog yang baru ialah kerana aku takut aku mulai lupa diri.Disana segala hijab kehidupan aku hampir tersingkap penuh.Segalanya benar-benar aku luahkan tanpa ada tapisan dan akhirnya aku sendiri terasa bencinya.

Cinta aku kepada DIA.

Juga kelancangan aku bila menulis sesuatu perkara begitu menterbalikkan kepercayaan sesetengah dari pembaca aku.Jika mereka memahaminya aku tidaklah berasa bersalah cuma aku takut mereka tersalah anggapan dengan apa yang aku tulis.

Dahulu tulisan aku lebih banyak kearah keagamaan dan kecintaan aku kepada si DIA.

Benar kelancangan aku bila menulis menyebabkan aku telah tersalah langkah bila mana ada seorang blogger yang aku agak hormati telah aku pangkah dengan sewenang-wenangnya.Aku lambat berfikir tetapi cepat sangat bertindak dan walaupun sehingga ke hari ini dia masih datang menjengok ke blog lama aku dan meninggalkan jejak tetapi aku terasa malu terhadap beliau dan baru-baru ini beliau telah melancarkan beberapa buah buku di pasaran.

DIA pula adalah seorang gadis yang sangat aku cintai tetapi terpaksa pergi kerana aku!

Hingga hari ini DIA tidak jemu-jemu mengejar aku dan tidak serik menjamah segala maki hamun aku yang terlalu jujur dengan begitu iklas sekali.Itulah pengorbanan yang terpaksa aku lakukan demi kebaikan DIA.Biar dia bertemu dengan seseorang yang dia fikir lebih baik dari aku.

Benar aku sangat menCintai DIA tetapi adalah lebih baik dia pergi jauh dari aku demi kebaikan bersama.Jangan nanti kerana aku dia menyesal di kemudian hari.Dendam aku rasa marah aku masih belum reda dari dalam hati aku terhadap DIA!

Ketika ini aku senang sendirian dan bebas!

chow!


Cubaan serta dugaan


Tidak semua diatara kita bisa tabah berhadapan dengan cubaan juga dugaan.Ianya bukan perkara mudah untuk kita hadapi dan harunginya.Adakalanya kita seperti mahu lari jauh-jauh dari terus menerima juga menahannya.

Namanya manusia punyai perasaan yang selalu berputar di persekitaran kita.Tidak mungkin dapat lari dan menyembunyikan diri dari cubaan juga dugaan yang sering suka datang tanpa ada rasa jemu dan penat.Mustahil kita mampu mengelakkannya mahu pun menentang....

Hari-hari ada sahaja dugaan yang datang dan disulami dengan pelbagai cubaan.Dugaan yang datang adakalanya benar-benar mencabar sifat kemanusiaan kita.Kalau mempunyai ubat yang bernama sabar mungkin kita sembuh dengan kadar yang agak pantas dan segera.Sekiranya tidak kita mungkin akan terbelenggu selama-lamanya!

Ah! memang malang dan sial nasib kita jika dugaan dan cubaan tidak berhenti-henti datang menguji kita!

Mana mungkin kita mampu bertahan jika datangnya bersilih ganti.Hari ini begini dan esok pula begitu.Kita jadi keliru dan mula mahu memaki hamun sesiapa sahaja yang muncul dihadapan kita.Lagi teruk bila kita hilang pertimbangan dan mula mempersoalkan kepada yang menciptakan kita!

"....kenapa dan apa salah aku yang buat kau marah sangat dengan aku ?..."

Jika betul dan benar sekalipun aku mempunyai kesalahan dan membuat kesilapan tiada kemaafan dan tolenrasikah?

Cuma sesetengah dari kita mampu tersenyum setiap kali dugaan dan cabaran yang datang.Bernasib baiklah kamu kerana faham dan mengerti akan tujuaan setiap dugaan dan cubaan ini.Itu kepada mereka yang mempunyai kematangan dalam soal berfikiran.Jika tiada kebijaksanaan bagaimana pula?

Pasti bagunan dan jambatan menjadi jawapan yang mutlak!

Aku sentiasa cuba bersangka baik dengan apa jua cubaan dan dugaan.Tabah dan sabar seringkali aku guna pakai sebagai bekalan dan juga senjata.Namun memang mudah berkata dari melakukannya.Adakalanya aku juga tergelincir dari landasannya kerana tidak tertahan dengan cubaan juga dugaan yang mendatang.

Rasanya aku tidak berseorangan dalam menangani hal-hal begini.

Apakah benar datangnya dua perkara ini kepada kita sekadar ujian kehidupan semata? Mungkin juga mencabar kepercayaan kita terhadapnya? Sekiranya benar apakah rahsia disebaliknya?

Engkau ada jawapan untuk aku?

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...